SHAHRIL SAMAD YANG JANTAN
Shahril Samad pernah meletak jawatan MP Johor
Bahru kerana keluar dari Umno yang tak setuju dengan kepimpinan Mahathir pada
1988. Inilah anak jantan.
Kemudian bertanding semula dalam pilihan raya kecil atas tiket bebas berlambangkan 3 kunci dan berjaya mengalahkan calun BN.
Mahathir derita sekali dengan keputusan itu, lantas membuat pindaan undang-undang - MP atau Adun yang meletak jawatan tidak boleh bertanding semula sehingga selepas 5 tahun.
JIka pada keadaan asal, ada situasi ahli politik boleh bertindak secara gentleman - jika mahu melompat parti - letak jawatan MP/ADUN dan bertanding semula atas tiket parti baru. Biar pengundi menentukan mandat baru. Tetapi pindaan undang-undang yang dibuat oleh Mahatir, tidak memungkinkan setiap MP meletak jawatan kerana tidak boleh bertanding semula!!!!
SHAHRIR SAMAD BENAR2 ANAK JANTAN
Kita angkat tabek kepada Dato Shahrir Samad
yang membuat keputusan untuk melepas jawatannya sebagai Menteri Perdagangan
Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kerana tewas jawatan MT dalam Perhimpunan
Agung UMNO semalam. Kepada Tok Selampit, Dato Shahrir memang anak jantan tulin,
berani dan tegas.
Dato Shahrir menganggap, kekalahannya itu merupakan satu hukuman dan penilaian ahli parti terhadap ketokohan, kewibawaan dan prestasi kerjanya selama ini. Kalaulah orang UMNO sendiri dah tak suka, rakyat di luar UMNO lagilah tak suka. Lebih baik dia letak jawatan, bagi peluang kepada orang lain yang disukai oleh orang UMNO.
Kepada menteri-menteri, timbalan menteri dan menteri besar yang tewas dalam pemilihan semalam elok benarlah ikut jejak Dato Shahrir. Walaupun Dato Najib tak suruh dah Pak Lah pun kata tak ada siapa yang suruh berhenti, tetapi faham-fahamlah sendiri. Kita dah tak dikehendaki, buat apa tunggu? Kalau benar-benar ingin membuat perubahan dalam UMNO, ini antara satu langkah awal kearah perubahan tersebut. Kenalah berkorban sikit!

P/S: KALU AKU ORANG JOHOR / JB PUN AKU SOKONG SHAHRIL SAMAD NI. WALAUPUN DIA UMNO, TAPI ADA PRINSIP. RESPEK SPRING ORG CENGGINI. MANA NAK CARI GANTI DAH MCM NI, DLM UMNO DAH TAK DAH DAH AIHH...
No comments:
Post a Comment