Wednesday, August 29, 2012

DATO` SERI HAJI NAJIB AKAN UMUM KELUAR UMNO ....

DR MAHATHIR ANTARA 3 ORANG PM PERNAH KELUAR DARI UMNO


"i hanya tukar party bukan tukar agama"
 
Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.


Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tunku Abd. Rahman dan Tun Husein Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi.

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members.
 
p/s:
"HARAM JADAH BETOI HANG TAMRIN"." GAMAK HANG BUAT AKU LAGU NI".
kata najib kepada tamrin tun ghaffar baba dengan nada kecewa.
"DAH LA AKU MAKIN TERUK, HANG BUAT MACAM NI PULAK"

Tuesday, August 28, 2012

NAJIB di BALAS CASH ! : KALUT KACAU ORANG, KENA BATANG HIDUNG ...

WAJIB tengok: KOMPILASI arang di muka Najib


Kompilasi air Pahang, teruknya negeri Najib

Media umno tak habis-habis sebelum ni cuba burukkan Selangor dan Kelantan dengan isu air.

Al-maklumlah 2 negeri ni negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, bukan oleh kerajaan BN, kalau diperintah kerajaan BN isu air ni akan naik kejap dan diam terus seolah-olah tak wujud pun isu air.

Dengar kata najib dah luluskan gula-gula politik untuk pikat orang kelantan, lepas cuba burukkan tak jadi, umno tukar taktik konon perihatin, perihatin sebelum pilihanraya.

lepas tu kata "janji dicapati" dan mintak rakyat balas budi. kah..kah..kah..

Pahang pulak ape cite... cuba cite cikit, dengar teruk benar masalah air kat sana.

UMNO BOLEYYY : HILANG KELAYAKAN MP? MAKA JADI MP HARAM@JADAH LAH ...???

Pelik !!!! Ahli Parlimen Umno Kekal Walaupun Bankrap.


Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan.

Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu
Apa sudah jadi nei...??
P/S :
KALAU UMNO SEMUA BOLEH ... TAK PANYAH BUAT-BUAT TANYA LAH .... UNDANG-UNDANG KITA YANG TULIH...BLEH PADAM PLAK TUH ...

UMNO/BN PENCEN PRU 13 : NAJIB DAH KALUT DAH ...

Satu-satu PM di dunia yg minta rakyat jangan berubah


PM terkebelakang sekali adalah PM Najib 1 Malaysia. Mana-mana atas dunia sekalipun PM atau ketua kerajaan mana-mana negara merdeka sering menyeru mahukan rakyatnya berubah. Maknanya semua pemimpin berkeinginan mahukan rakyatnya hari esok mereka lebih baik daripada hari ininya, maka hari semalam mereka lebih baik daripada hari kelmarinnya. Itulah namanya pemimpin yang ada wawasan dan sentiasa terkehadapan dalam sikap sifat dan wawasannya.

Pemimpin ini adalah mengutamakan kepentingan rakyat, maknanya kepentingan rakyat didahulukan. Kalau ikut slogan Najib macam-macam lah itu ini slogan tetapi perlaksanaan atau aplikasinya zero.

Namun seruaan terkebelakangnya adalah manifestasi yang 'lahir rasa takut' kerana ada pihak yang mampu dan terkehadapan dalam menyaingi kepimpinannya.Dan mampu menawarkan kepada rakyat apa yang lebih baik atau terbaik dengan apa yg kerajaan yg sedia ada mampu dan sudah baut. Serta yang paling dibimbanginya atau digeruni partinya akan terkubur tidak berapa lama sebaik sahaja beliau umumkan perbubaran parlimen negara Malaysia yang pelik lagi cermat ni.

Inilah malangnya kita mempunyai seorang PM yang daya intelektualnya wajar dipertikaikan. Mana ada orang yang mahu secara logikkannya perubahan kepada benda yang tidak baik. Misalnya jika di pencuri dia mahu menjadi baik sebab dia sudah lalui kerjaya sebagai pencuri itu tidak baik.

Takkanlah secara logikkanya rakyat yang baik mahu berubah menjadi rakyat yang jahat. Contohnya dia baik kali ini berubah untuk menjadi pencuri. Ini namanya rakyat berkenaan sudah gila dan rosak mentalnya.

Yang lebih menakutkan kita rakyat adalah UBN adalah syaitan seperti kata mantan PM Dr M. Dan rakyat sudah diperakukan dengan jelas sedemikian rupa, kenapa masih lagi mahu berdegil dan terus menyokong syaitan.


Kita tunggu ulasan cendikiawan alim ulama Umno dan majlis fatwa serta tok peti yang sealiran dengan kerajaan BN kerajaan Syaitan yang dikenali.
P/S : OK DAH LA TU PAK JIB. 55 TAHUN MERDEKA, JANJI DI 3THIRD PARTY. KALU IKUT PERKHIDAMTAN AWAM DULU TU, UMUR 55 TAHUN DAH BLEH PENCEN DAH. TAK PAYAH LANJUT SAMPAI 6O LA. ORANG LAIN NAK KEJA PULAK ...

TAK DAK DAH ORANG UMNO "JANTAN" MACAM NI DAH LA NI ...

SHAHRIL SAMAD YANG JANTAN


Shahril Samad pernah meletak jawatan MP Johor Bahru kerana keluar dari Umno yang tak setuju dengan kepimpinan Mahathir pada 1988. Inilah anak jantan.

Kemudian bertanding semula dalam pilihan raya kecil atas tiket bebas berlambangkan 3 kunci dan berjaya mengalahkan calun BN.

Mahathir derita sekali dengan keputusan itu, lantas membuat pindaan undang-undang - MP atau Adun yang meletak jawatan tidak boleh bertanding semula sehingga selepas 5 tahun.

JIka pada keadaan asal, ada situasi ahli politik boleh bertindak secara gentleman - jika mahu melompat parti - letak jawatan MP/ADUN dan bertanding semula atas tiket parti baru. Biar pengundi menentukan mandat baru. Tetapi pindaan undang-undang yang dibuat oleh Mahatir, tidak memungkinkan setiap MP meletak jawatan kerana tidak boleh bertanding semula!!!!
 

SHAHRIR SAMAD BENAR2 ANAK JANTAN

Kita angkat tabek kepada Dato Shahrir Samad yang membuat keputusan untuk melepas jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kerana tewas jawatan MT dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam. Kepada Tok Selampit, Dato Shahrir memang anak jantan tulin, berani dan tegas.

Dato Shahrir menganggap, kekalahannya itu merupakan satu hukuman dan penilaian ahli parti terhadap ketokohan, kewibawaan dan prestasi kerjanya selama ini. Kalaulah orang UMNO sendiri dah tak suka, rakyat di luar UMNO lagilah tak suka. Lebih baik dia letak jawatan, bagi peluang kepada orang lain yang disukai oleh orang UMNO.

Kepada menteri-menteri, timbalan menteri dan menteri besar yang tewas dalam pemilihan semalam elok benarlah ikut jejak Dato Shahrir. Walaupun Dato Najib tak suruh dah Pak Lah pun kata tak ada siapa yang suruh berhenti, tetapi faham-fahamlah sendiri. Kita dah tak dikehendaki, buat apa tunggu? Kalau benar-benar ingin membuat perubahan dalam UMNO, ini antara satu langkah awal kearah perubahan tersebut. Kenalah berkorban sikit!
 
P/S: KALU AKU ORANG JOHOR / JB PUN AKU SOKONG SHAHRIL SAMAD NI. WALAUPUN DIA UMNO, TAPI ADA PRINSIP. RESPEK SPRING ORG CENGGINI. MANA NAK CARI GANTI DAH MCM NI, DLM UMNO DAH TAK DAH DAH AIHH...

Friday, August 3, 2012

PEMUDA UMNO KEDAH: TAK CERDIK, TUNJUK BODDO ....



Pemuda UMNO Kedah tak sedar diri

(Petikan dari blog pro Umno, Mummy Rokiah)

Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim telah melahirkan hasrat semoga kepimpinan tertinggi UMNO dapat memberi 8 kerusi calun kepada pemuda dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mereka telah mencadangkan nama-nama lapan calon kepada ibu pejabat parti yang dirasakan mempunyai kredibiliti, sangat komited dan sering turun padang bersama rakyat dan kononya mempunyai ciri-ciri winnable candidate. Permintaan kerusi tambahan dibuat kononya lagi berdasarkan satu kajian mereka baru-baru ini yang menunjukkan perubahan mood pengundi, yang kini berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya generasi pemuda UMNO Kedah ini masih tak sedar diri, kerja tak buat dok dabik dada nak jadi calun” kata seorang sahabat MR dari Kedah dalam e-mail beliau semalam. Pemuda Kedah kelihatan mandom (bahasa Kedah = lemah) seperti ayam cirit berak kapor. Keberanian mereka tidak sehebat Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR anak muda alat DS Anwar yang bertelor kehadapan. Cuma nasib beliau tidak baik apabila terlalu ghairah mendedahkan maklumat sehingga terperangkap dengan strateginya sendiri dan boleh didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia). Sebaliknya maklumat DS Anwar yang konon berkotak-kotak masih disimpan sehingga sekarang.

Berbalik kepada pemuda UMNO Kedah, soal rakan itu lagi, apa kaedah dan sampel kajian yang mereka pakai?. Realitinya hari ini ialah perubahan mood pengundi kepada BN adalah berdasarkan aura kekuatan DS Najib sendiri bukannya kekuatan UMNO Bahagian atau kepimpinan UMNO negeri. Rata-rata 83% bahagian-bahagian UMNO dalam negeri Kedah masih lagi bergolak dan bertokak dalaman mereka. Kencing dah naik haring. Peruntukkan penyelarasan Parlimen yang diamanahkan telah digunakan untuk popularkan diri mereka.


Di dalam situasi kapal hampir karam seharusnya pemuda UMNO Kedah menyerah kepada nakhoda kapal untuk mengemudikan bahteranya. Di dalam kontek ini serah sahaja kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Bukannya mendesak atau kata oghang Kedah dok kenen-kenen kot-kot Tok Najib ikut cakap hangpa, awai sikit....

Akhir kalam, sedarlah diri, suluhlah cermin.

PS/ Nasihat tambahan kepada Pemuda UMNO. Untuk menambahkan ilmu sejarah konflik bangsa Melayu dan kaum Cina mohon Pemuda UMNO baca buku terbaru edisi keempat “RED STAR OVER MALAYA” kajian Dr Cheah Boon Kheng yang boleh didapati di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC dan MPH. Ianya berkisarkan peristiwa ketegangngan Melayu dan Cina semasa ‘interregnum period’ selama dua minggu 15 Ogos – 3 September 1945. Semoga mendapat kesedaran diri supaya Melayu tidak dibangsatkan.

X MALU GUNA LESEN PAK DIA ...

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.


"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.


P/S : X MALU GUNA LESEN PAK DIA...
PAKAT-PAKAT NAK KEDARAH DUIT RAKYAT
LEBIH KURANG MCM KJ JUGAK, GUNA PAK MENTUA

Thursday, August 2, 2012

JANJI DI TUP-TUP "PATI" ...

UNTUK
PENDATAN ASING TANPA IZIN
(PATI)
PASTI DITEPATI JANJINYA
UNTUK
PRU 13

MERDEKA HANYA UNTUK UMNO? PALA HOTAK DEPA ...


TENGKORAK CHEE HANG

Untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55...
1- pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati" yg mendapat tentangan

2- dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet.
3- pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya,

Apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara?

Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya.

Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN.

Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

UMNO GADAI HAK MELAYU ....


Calon Melayu/Islam dari PR
P148 AYER HITAM - Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
P151 SIMPANG RENGGAM - Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
P158 TEBRAU - Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
P162 GELANG PATAH - Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
P132 TELOK KEMANG - Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
P94 HULU SELANGOR - Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
P100 PANDAN - Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
P111 KOTA RAJA - Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
P54 GERIK - Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
P74 LUMUT - Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
P77 TANJONG MALIM - Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
P52 BAYAN BARU - Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
P80 RAUB - Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
P83 KUANTAN - Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
P124 BANDAR TUN RAZAK - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
P205 SARATOK - Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
P170 TUARAN - Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
P173 PUTATAN - Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)

PRU 13: PERAK UNTUK PAKATAN - BN MAKAN KUAH ...

Sungguh! Aku pun tak percaya ramalan tu yang aku jumpa di MediaPerak.com.

Takkan kut cuma 2 kerusi Umno BN boleh menang kerusi parlimen di Perak. Dari 24 Kerusi takkan Umno BN boleh menang 2 kerusi ja.

Kalau tanya pendapat Prof UUM yang buat 'kajian ilmiah' pasai PRU13 hari tu pasai ramalan ni, tentu bersemangat depa belasah.

Kalau tengok keputusan PRU12 dulu memang Umno BN cuma menang 13 kerusi, dan banyak kerusi yang Umno BN menang dengan majoriti agak tipis. 

Tapi takkan dari 13 kerusi akan tinggal cuma 2 kerusi, memang la tak mustahil tapi nampak macam tak berapa nak logik.
PARLIAMENTARY SEAT 2008 SUPPORT FOR PAKATAN(%) GE13 PROJECTED SUPPORT FOR PAKATAN (%) EXPECTED WINNER
1 GERIK 34 41 BN
2 LENGGONG 35 42 BN
3 LARUT 46 53 PR
4 PARIT BUNTAR 60 67 PR
5 BAGAN SERAI 53 60 PR
6 BUKIT GANTANG 50 56 PR
7 TAIPING 60 65 PR
8 PADANG RENGAS 44 52 PR
9 SUNGAI SIPUT 50 55 PR
10 TAMBUN 44 52 PR
11 IPOH TIMUR 69 75 PR
12 IPOH BARAT 65 72 PR
13 BATU GAJAH 71 75 PR
14 KUALA KANGSAR 45 51 PR
15 BERUAS 52 59 PR
16 PARIT 42 49 PR
17 KAMPAR 45 52 PR
18 GOPENG 56 62 PR
19 TAPAH 42 49 PR
20 PASIR SALAK 44 51 PR
21 LUMUT 45 53 PR
22 BAGAN DATOK 43 51 PR
23 TELOK INTAN 50 55 PR
24 TANJUNG MALIM 41 48 PR

UMNO MERAYU MINTAK NYAWA ......

TERIMA SMS DARI +601115665842 " UMNO TELAH 66 TAHUN MEMBINA NEGARA . UMNO MASIH MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA UNTUK TERUS MEMBELA AGAMA DAN BANGSA . MARILAH ! TARIKH 2 OGOS 2012 6:15 P.


Macam teruk sangat UMNO / BN ni merayu agar di berikan sokongan. Tapi adakah UMNO / BN betul pentingkan parti dari individu. Dulu UMNO paksa Pak Lah letak jawatan PM kerana dikatakan bermasaalah. Sekarang ni Najib tak ada masalah ke. Kalau sayangkan parti ini masa terbaik Najib berundur.
UMNO sebenarnya telah membina masalah dari pemilihan MT lagi. UMNO tidak mengiktiraf KJ sebagai ketua pemuda. Satu penghinaan kepada PEMUDA UMNO. Sedangkan yang kalah dalam PRU 12 di berikan kedudukan juga yang tiada jawatan juga di berikan kedudukan menteri. Adakah pemimpin UMNO mengamalkan dasar politik dendam.
Pimpinan UMNO harus sedar akan kepincangan dalam UMNO sendiri. Dari kes KAPAL SELAM yang di bicarakan di luar negara hingga masalah lain seperti lembu , hutang Tajudin ,ALTANTUYA ,LRT AMPANG ,PKFZ dan kerenah pemimpin tempatan.Tetapi UMNO masih mendabik dada seolah-olah rakyat masih di belengu ketaksuban kepimpinan UMNO. Dan rakyat di gambarkan menderhaka kepada " RAJA BERPELEMBAGAAN" sekira tidak memilih UMNO / BN.
Berbagai isu di kaitkan dengan pemimpin PR tetapi UMNO / BN sebolihnya menyembunyikan kelemahan kepimpinan UMNO /BN. UMNO /BN lupa laporan audit negara banyak menegur kepincangan pentadbiran kerajaan dibawah UMNO /BN. Dan kepincangan itu seperti satu mainan dalam pentadbiran UMNO /BN.