Wednesday, October 23, 2019

Pesanan kepada blogger politik

PENGAJARAN KEPADA CYBERTROOPER POLITIK

قال الله تعالى" مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ "

Firman Allah SWT maksudnya:
Qāf:18 - Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

قال النبي صلى الله عليه وسلم " مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ "
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah kamu dia berkata baik atau berdiam.

وما من كــاتب إلا سيفنى ... ويبقى الدهر ما كتبت يداه
فلا تكتب بكفك غير شىء ... يسرك في القيامة ان تراه
Syair Arab maksudnya:
Tiadalah bagi mana-mana penulis melainkan dirinya akan binasa,
Sedangkan masa akan mengekalkan apa yang ditulis oleh kedua tangannya,
Janganlah engkau tulis dengan tapak tanganmu melainkan sesuatu,
Yang mengembirakan engkau ketika hari Kiamat apabila melihatnya.

Pepatah Melayu menyebut:
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Peringatan kepada sahabat-sahabat yang suka menulis posting politik yang mencaci-maki peribadi individu.

No comments:

Post a Comment