Wednesday, October 16, 2019

Bantahan Berkaitan Pengagihan Belanjawan 2020 Terhadap Sekolah Dan Institusi Pendidikan Yang Tidak Di Iktiraf Perlembagaan Persekutuan.

Pemimpin berani bukan retorik,
Semoga lebih ramai Peguam seperti Azam Aziz

Saya menyeru lebih ramai professional Melayu tampil berani memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan, bukan sekadar bercakap.
~~~~

JOM PAKAT RAMAI2 COPY PASTE SURAT INI, UBAH KE NAMA DAN MAKLUMAT SENDIRI DAN HANTAR SECARA POS KEPADA LIM GUAN ENG.

SEMBANG JE TAK GUNA.

REKOD KAN BANTAHAN ANDA SECARA TERUS KEPADA MEREKA.

.............................................................................

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
8-1 Jalan Sinar 1,
Pusat Komersial Sinar Sentul,
51100 Kuala Lumpur    14 hb Oktober 2019
_______________
YB Lim Guan Eng,
Menteri Kewangan Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
Pesiaran Perdana
Presint 2   
62592 Putrajaya         

YB Encik,

Perkara : Bantahan Berkaitan Pengagihan Belanjawan 2020 Terhadap Sekolah Dan Institusi Pendidikan Yang Tidak Di Iktiraf Perlembagaan Persekutuan.
______________

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan perenggan 103 ucapan pembentangan Bajet 2020 yang di buat tuan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2019 yang lalu.

2.  Sebagai seorang pembayar cukai pendapatan, saya mempunyai ikatan kontrak dengan pihak tuan untuk menguruskan wang bayaran cukai berkenaan ke dalam satu akaun kerajaan dan peruntukan wang dari akaun berkenaan hendaklah di uruskan oleh pihak tuan dalam bentuk satu Undang-Undang Perbekalan.

3. Sebagai seorang pembayar cukai pendapatan, dan juga pembayar cukai-cukai lain yang di tetapkan oleh kerajaan, saya juga mempunyai satu pengharapan yang sah di sisi undang-undang (legitimate expectations) untuk pihak tuan selaku Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menguruskan pengumpulan dan pengagihan wang berkenaan untuk menguruskan wang tersebut mengikut undang-undang.

4.  Selepas saya mendengar ucapan bajet 2020 yang di bentangkan oleh Tuan pada 11 Oktober yang lalu, saya dengan ini ingin merekodkan bantahan saya terhadap beberapa peruntukan yang di berikan pihak tuan kepada sekolah dan institusi berikut :-

i) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) RM50 juta
ii) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) RM50 juta
iii) Sekolah Mubaligh RM50 juta
iv) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM20 juta
v) Sekolah Menengah Persendirian Cina RM15 juta

5. Bantahan ini saya rekodkan atas faktor-faktor berikut :-
 
A. Bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

i) Perkara 152(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;

ii) Perkara 152(1) (a) ini membawa maksud bahawa Melayu adalah bahasa kebangsaan Persekutuan dan apa-apa bahasa lain sekadar boleh di gunakan untuk tujuan mengajar atau belajar asalkan ianya bukan atas tujuan “maksud rasmi” Kerajaan.

iii) Sekolah yang tersenarai dalam sistem Pendidikan negara adalah “maksud rasmi” Kerajaan. Oleh itu, di sebabkan oleh Perkara 152 (1) (a) melarang sebarang penggunaan Bahasa selain daripada Bahasa Melayu untuk “maksud rasmi”(termasuk Sekolah biayaan kerajaan) maka saya menyatakan bahawa Perkara 152(1)(a) inilah yang menjadikan kewujudan Sekolah Vernakular sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

B. Seksyen 17(1) dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

i) Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan Menteri memberikan pengecualian kepada Sekolah Jenis Kebangsaan untuk menggunakan Bahasa selain daripada Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama adalah bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

ii) Seksyen 28 Akta Pendidikan yang memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyelenggarakan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

C. Prinsip dalam Keputusan kes Mahkamah Persekutuan  University Merdeka Bhd v Kerajaan Malaysia [1982] 2 MLJ 243

i) Hakim Tun Suffian yang membacakan penghakiman majoriti di dalam kes berkenaan menyatakan bahawa:-
”It would seem to us that if the learned Attorney is right, that is that MU if established would be a statutory authority powers vested in it by federal law and therefore a public authority, it would necessary follow that teaching in Chinese there would be using Chinese for an official purpose, and therefore it is not protected by the bracketed words in proviso (a) of Article 150(1), and that on the contrary it would be prohibited”.
“In any event, bearing in mind the history of education in this country and the divisive results of allowing separate language schools and the lesson learned from the experience of our neighbour with a private university and the determined of Parliament to so regulate schools and universities and education generally as an instrument for bringing about one nation out of the disparate ethnic elements in our population, we have no choice but to hold, as we have already held, that MU if established would be a public authority within Article 160(2) of the Constitution and that accordingly teaching in Chinese there would be use of that language for an official purposes, which use may be prohibited under Article 152."

ii) Ini menunjukkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan adalah jika di tubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 akan menjadikan institusi berkenaan sebagai satu pihak berkuasa awam di bawah perkara 160 Perlembagaan, maka penggunaan bahasa Mandarin atau Tamil  adalah di larang untuk maksud rasmi di bawah Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan.

iii) Mahkamah Persekutuan juga di dalam kes Universiti Merdeka di atas turut memutuskan bahawa maksud perkataan “menggunakan” di dalam Perkara 152 (1 )(a) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak termasuk "mengajar dalam' bahasa selain daripada Bahasa Melayu apabila YA Hakim menyatakan bahawa:-
“-It is well known that the Reid Commission included Mr. Justice Malik of the Allahabad High Court who was presumably familiar with the Indian Constitution from which many provisions of our Constitution were taken, and when we contrast the language of Articles 29 and 30 of the Indian Constitution which provide as follows:
29 (1) Any section of the citizens ... having a distinct language ... of its own shall have the right to conserve the same.
30(1) All minorities, whether based on religion or language, shall have the right to establish and administer educational institution of their choice”, and which were omitted from the provisions recommended for inclusion in our Constitution, we cannot help but conclude that the word "using" in proviso (a) to our Article 152 cannot also mean "teaching in” as was contended by Mr. Beloff."

iv) Saya percaya bahawa adalah tidak sah bagi Kerajaan Persekutuan memperuntukkan apa-apa bantuan kewangan daripada dana awam kepada sekolah vernakular ini kerana kedudukan sekolah vernakular yang tidak berpelembagaan ini.

D. Sekolah Mubaligh tidak wujud dalam Akta Pendidikan 1996

i) Tiada mana-mana peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang mewujudkan sekolah mubaligh.
ii) Tiada juga mana-mana peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan bahawa Sekolah Mubaligh berhak ke atas bantuan kerajaan untuk penubuhan atau penyenggaraan.

E. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina tidak wujud dalam Akta Pendidikan 1996.

i) Tiada mana-mana peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang mewujudkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina.

ii) Tiada mana-mana peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan penubuhan dan penyenggaraan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina.

F. Langsung tiada peruntukan bajet untuk Sekolah Menengah Kebangsaan.

i) Seksyen 30 dan 31 Akta Pendidikan 1996 mewajibkan Menteri untuk mengadakan dan menyenggarakan Sekolah Menengah Kebangsaan.

ii) Amatlah mengejutkan bahawa terdapat sejumlah 2436 buah Sekolah Menengah Kebangsaan seluruh negara telah di anaktirikan dalam bajet 2020 sedangkan kewujudannya sah mengikut Akta Pendidikan 1996 berbanding Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang tidak pernah di wujudkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

G. Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak berhak untuk mendapat bantuan kerajaan.

i) Tiada mana-mana peruntukan ternyata dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberikan kuasa kepada Kerajaan untuk memperuntukkan bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina.

6.  Saya dengan ini memberikan Notis kepada YB Menteri Kewangan untuk menarik balik semua perancangan dan persediaan untuk memberikan bantuan kewangan kepada semua sekolah yang di bantah seperti di peranggan 4 atas alasan-alasan yang di kemukakan di perenggan 5 surat ini.

7.  Jika pihak tuan tidak menunjukkan tanda-tanda atau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti yang di tuntut di perenggan 6 surat ini dalam tempoh 24 jam, maka pihak Kerajaan Malaysia berisiko untuk di hadapkan ke Mahkamah bagi memutuskan tentang perkara ini.

Sekian dan terima kasih.

…………………………………………..................
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
770509-06-5757

No comments:

Post a Comment