SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
SHAH ALAM - Jika Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP, Dr P Ramasamy yakin pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik seorang pengganas yang berbahaya untuk negara ini dan mesti dihalau, maka debat adalah peluang untuk beliau membuktikannya.
Demikian kenyataan yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman Facebook miliknya.
Katanya, debat antara P Ramasamy dan Dr Zakir yang dicadangkan bukanlah debat antara Islam versus Hindu, tetapi debat mengenai siapakah yang sebenarnya pengganas.
"Tajuknya telah kita sebutkan dari awal ‘who is the real terrorist’. Saya yakin, ramai dalam negara ini percaya P Ramasamy mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang boleh mengancam keamanan dalam negara ini.
“Lihat betapa banyak ketegangan wujud antara kaum dan agama kerana orang seperti P Ramasamy,” katanya.
Menurutnya, pentas debat yang adil juga salah satu manifestasi ‘freedom of speech’ yang Pakatan Harapan perjuangkan selama ini.
Justeru katanya, pihaknya bimbang dengan ancaman LTTE ini yang didakwa akan mencetuskan konflik kaum dan agama.
“Hapuskan racun perpaduan ini sebelum ia menjadi barah. Pihak keselamatan perlu bertindak,” katanya tegas.
No comments:
Post a Comment