Tuesday, July 31, 2018

Kami putuskan persepakatan bersama, kata Dr Maza


Kami putuskan persepakatan bersama, kata Dr Maza
Tiga perkara telah dipersetujui antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy dengan  Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa di Putrajaya semalam.
Dr Mohd Asri yang juga dikenali dengan pangilan Dr Maza dalam kenyataannya menyebut persetujuannya menerima jemputan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana sikap yang ditunjukkan Dr Mujahid kerana sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun.
“Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini. Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran,” ujarnya.
Kata Dr Maza lagi sekurang-kurangnya 3 perkara dipersetujui;
1. Isu LTTE : Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LTTE ialah pihak polis. Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM.
2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum.
3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai.
Dr Maza juga menyentuh mengenai suasana dalam pertemuan tertutup membabitkan tiga pihak itu berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan.
“Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara.
“Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama,” ujarnya.
Semalam satu pertemuan tertutup diadakan membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mufti Perlis dan Ketua Menteri Pulau Pinang II di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya, untuk meleraikan isu berkaitan dakwaan Dr Ramasamy terbabit dalam gerakan LTTE dan  dakwaan Ramasamy terhadap pendakwah dari India Dr Zakir Naik yang mendapat suaka politik  dan  taraf penduduk tetap di negara ini sebagai pengganas Islam.
Sebelum ini Dr Maza  mencadangkan agar Dr Zakir dan Dr Ramasamy berdebat susulan cadangan Dr Ramasamy supaya Dr Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas ekoran dakwaan kerajaan India Dr Zakir terbabit dalam kegiatan keganasan.
mdl

Tuesday, July 17, 2018

HARAPAN perlu hormat manifesto walau bukan kitab suci


 
   
ULASAN | Rakyat semestinya bersyukur dan mengalu-alukan beberapa janji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan yang terbaru adalah janji untuk memberi penangguhan bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang bergaji bawah 4,000 seperti yang diumumkan PTPTN semalam.

Hari ini genap 70 hari HARAPAN telah mengambil alih pentadbiran Malaysia. Berbaki lebih kurang 30 hari lagi untuk kerajaan baru ini melaksanakan janji 100 hari yang dinyatakan dalam manifesto sebelum ini.

Semalam media melaporkan kenyataan perdana menteri yang mengatakan manifesto bukan kitab suci. Kenyataan ini dipercayai dibuat Tun Dr Mahatahir Mohamad bagi menjawab isu pelantikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang dilantik bukan daripada kalangan ahli parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto.

Saya khuatir Jawapan seperti ini akan membuka ruang kepada lebih banyak pusingan-U terhadap manifesto. Tambah membimbangkan apabila simptom pusingan-U sudah pun terjadi.

Sebagai contoh, HARAPAN sebelum ini berjanji akan memansuhkan Biro Tatanegara (BTN), namun baru-baru ini BTN dikatakan akan dikekalkan dengan perubahan tertentu pada pengisiannya.

Setelah BTN yang perkasakan oleh Dr Mahathir pada tahun 1982 tidak jadi dimansuhkan, mungkinkah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang juga telah diperkasakan oleh Dr Mahathir pada tahun 1974 juga akan mengalami nasib yang sama?

Tindakan ini seolah-olah menggambarkan manifesto yang dibuat sebelum pilihan raya dahulu tidak dibina atas asas yang benar-benar kukuh. Walhal kita semua maklum manifesto itu adalah natijah daripada pungutan suara rakyat hasil daripada berpuluh tahun perjuangan pakatan pembangkang sebelum ini.

Saya kira walaupun manifesto bukan kitab suci, namun dokumen tersebut perlu dimuliakan sebagai janji-janji yang telah membuka laluan untuk HARAPAN berjaya seperti hari ini. Justeru pemimpin HARAPAN perlu memiliki tekad dan iltizam untuk melaksanakan semua manifesto tersebut.

Jika benar-benar terdapat keperluan untuk meminda sesuatu janji, hal tersebut mestilah dibuat dengan memuliakan suara rakyat mengikut kaedah pungutan suara atau referendum. Kerajaan HARAPAN perlu tegas dalam memulakan precedent yang baru bagi mewujudan era pemerintahan yang baru.

Hal ini penting supaya rakyat memahami bahawa kerajaan hari ini tidak akan senang-senang untuk mengubah janji. Sikap meremehkan janji dan membelakangkan rakyat seperti yang diamalkan BN sebelum ini perlu ditamatkan secara total.


*Syukri Razab merupakan setiausaha pengelola Angkatan Muda Keadilan Malaysia merangkap pengarah Strategi Pemuda Harapan Malaysia.

MCA: Apa jadi lawak 'menteri pintu belakang' Chin Tong?


MALAYSIAKINI

   
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong merupakan salah seorang yang dilantik sebagai senator petang ini. Pelantikan itu membuatkan Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong mengimbas tentang kenyataan 'menteri pintu belakang' Liew.

Wee mengingatkan semula suatu ketika Liew memperlekeh Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang dilantik sebagai senator dan seterusnya timbalan menteri meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) 2013.

"Saya ingat betapa kerap dia (Liew) memperli dan menjadikan pelantikan Chong itu sebagai jenaka.
Dia malah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak wujud 'parlimen pintu belakang' yang membolehkan pelantikan itu.

"Apa jadi dengan pendirian itu sekarang? Liew perlu menjelaskan parlimen pintu belakang mana yang dia wakili. Dia tidak boleh suka hati tukar pendirian," katanya kepada Malaysiakini.

Liew yang dilantik menjadi senator mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pertahanan petang tadi.

Wee, yang mengalahkan Liew pada PRU 9 Mei lalu di kerusi parlimen Ayer Hitam juga menjelaskan bahawa Liew tidak dipaksa untuk menerima pelantikan itu.

"Saya perlu ucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan itu. Bagaimanapun, saya juga perlu ingatkan bahawa dia tidak dipaksa menerima pelantikan itu. Seseorang itu perlu bersetuju sebelum mengangkat sumpah," katanya.

Fail petisyen

Pada 12 Jun lalu, Liew memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan kerusi Ayer Hitam.

Peguamnya Yeo Yang Poh berkata kes itu mempunyai asas memandangkan mahkamah akan mengkaji semula dakwaan salah laku dalam proses pilihan raya termasuk pada hari mengundi, dan ini akan membantu memperbaiki proses pilihan raya agar jadi lebih adil.

Pada PRU ke-14 itu, Liew mendapat 16,773 undi sementara Wee yang merupakan penyandang kerusi Ayer Hitam mendapat 17,076 undi untuk memberi kemenangan tipis 303 undi.

Calon PAS Mardi Marwan mendapat 4,975 undi. Kerusi itu juga mencatat 556 undi rosak dan 94 undi yang tidak dipulangkan semula.

Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 85.52 peratus daripada 46,157 jumlah pengundi berdaftar.

Mengulas perkara itu, Wee mengalu-alukan petisyen itu dan berharap ia akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mengimbas situasi pada malam 9 Mei itu.

"Lewat malam 9 Mei itu, Liew hubungi saya dan mengaku kalah serta mengucapkan tahniah kepada saya. Saya beritahu dia bahawa saya tidak boleh gembira kerana ramai rakan saya di BN dan MCA kalah.

"Saya harap petisyen itu akan membuktikan saya tidak bersalah sekali lagi," katanya.

JANGAN BAGI JAWABAN MAT MASLAN BOLEH?


OLEH: MAN TOBA

No automatic alt text available.
Campak pastu lari?
Kerajaan cakap SST 10%
Servis cas 6%

Rakyat yg tak paham apa apa mula berpolemik macam2 pastu pakat kutuk ramai2. Kami nih nak jadi tukang beckup percuma sampai bila?
Takkan nak tulis detail pasal cukai tu supaya rakyat faham pon payah?
Kan senang je ko cakap lah 10% tu sst sebelum ada gst. 6% tu pulak tidak semua benda kena cas. Kedai2 makan tertentu je kena bla bla bla bla..
Sama la macam sebelum ujud GST dulu. Jelaskan sejelas jelasnya susah sangat ke?
Lagi satu, Kalau back tu asal. Harga barang jadi rendah. Yang nak buat nih pastikan lah harga barangan tu BETUL murah. Jangan lah bila harga lagi mahal kalian gomen salahkan peniaga. Korang kan ada kuasa. Gunalah kuasa tu untuk siasat kat mana punca harga tu jadi mahal dan kaji makanisma apa yg boleh selesaikan permasalahan tu. Jgn dok bagi jawapan mat mazlan boleh ke?


SST VS GST

No automatic alt text available.

Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya




Jika semalam, Dewan Parlimen digamatkan dengan tindakan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat protes dan keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat ketika proses angkat sumpah ahli parlimen, hari ini persidangan Dewan Negara juga turut menyajikan kisah yang tersendiri, tetapi lebih misteri.


Ia bermula apabila daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman rasmi Twitter miliknya. Hasil dua daripada tiga keping gambar yang dikongsi beliau pantas menarik perharian netizen yang tertanya-tanya dengan sosok lelaki misteri yang terakam di dalam gambar yang sama.

Imej lelaki misteri tersebut dilihat berada di belakang salah seorang lelaki. Namun berdasarkan gambar tersebut, kami mendapati hanya bahagian kepala lelaki misteri tersebut sahaja yang kelihatan.


Tweet itu pada asalnya dimuat naik oleh beliau sebagai ucapan tahniah kepada semua senator-senator lantikan baru yang mengangkat sumpah di Dewan Negara.

”Tahniah kepada semua senator-senator lantikan baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara!,” katanya.

Namun yang nyata, netizen lebih memberi tumpuan terhadap imej lelaki misteri tersebut berbanding menyambut keterujaan yang hendak dikongsikan oleh KSU tersebut.

”Siapa belakang tu Tan Sri,” soal seorang netizen.

Namun ada juga beberapa orang netizen tampil dengan beberapa jawapan antaranya menyatakan bahawa lelaki misteri tersebut mungkin tetamu senator dalam majlis tersebut.

”Itu tetamu senator,” kata seorang netizen yang lain.

Seronok Anak Najib Razak Layan Final World Cup Di Rusia





Piala Dunia 2018 berlangsung meriah malam semalam dengan pasukan Perancis pulang dengan gelaran juara setelah menewaskan Croatia 4-2. Jika sebelum ini netizen tertarik dengan kehadiran warganegara Malaysia lengkap berbaju Melayu dan gadis cantik ke stadium menyaksikan perlawanan, salah seorang penonton perlawanan final turut tidak ketinggalan.

Anak bekas perdana menteri, Nazif Najib dilihat hadir ke stadium sekaligus menarik perhatian netizen. Sebelum ini beberapa keping foto lelaki miripnya bersama dengan selebriti Taiwan viral di media sosial, kali ini Nazif dilihat berseorangan tanpa teman.



Takziah kepada makcik Wanita UMNO yang gadai barang kemas



Ahli UMNO sebelum ini membuat kutipan Tabung Bebas Najib sebagai tanda sokongan kepada mantan perdana menteri itu bagi membiayai wang ikat jamin dikenakan kepadanya. Malahan, Ketua Wanita Umno Jasin Datuk Zaleha Bujang turut mendermakan seutas barang kemas bagi membantu Najib membayar yuran guamannya.

Kehadiran Nazif ke sana menimbulkan persoalan kepada netizen yang meragui kemampuan keluarga Najib untuk berbelanja namun tidak mampu membayar sendiri wang ikat jamin sehingga perlu mewujudkan tabung.

Tak ada duit untuk rawatan anak tapi…


Malahan, keadaan kesihatan kakak Nazif, Puteri Norlisa yang menderita kanser darah tahap empat turut dikaitkan. Puteri Norlisa kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Utusan Online, wanita itu mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk rawatannya.

Anak relaks je pergi Taiwan, Russia




Sementara itu Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal membalas dakwaan komen berkenaan dengan mengatakan tabung diwujudkan ahli UMNO bukan bermakna Najib tidak mampu membayar sendiri kos guamannya namun derma itu disumbangkan sebagai tanda taat setia mereka.

Sumber: Duke Of KL

Debat mengenai siapakah sebenarnya pengganas Dr P Ramasamy atau Dr Zakir Naik


SYAHIDATUL AKMAL DUNYA

SHAH ALAM - Jika Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP, Dr P Ramasamy yakin pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik seorang pengganas yang berbahaya untuk negara ini dan mesti dihalau, maka debat adalah peluang untuk beliau membuktikannya.

Demikian kenyataan yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman Facebook miliknya.

Katanya, debat antara P Ramasamy dan Dr Zakir yang dicadangkan bukanlah debat antara Islam versus Hindu, tetapi debat mengenai siapakah yang sebenarnya pengganas.

"Tajuknya telah kita sebutkan dari awal ‘who is the real terrorist’. Saya yakin, ramai dalam negara ini percaya P Ramasamy mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang boleh mengancam keamanan dalam negara ini.

“Lihat betapa banyak ketegangan wujud antara kaum dan agama kerana orang seperti P Ramasamy,” katanya.

Menurutnya, pentas debat yang adil juga salah satu manifestasi ‘freedom of speech’ yang Pakatan Harapan perjuangkan selama ini.

Justeru katanya, pihaknya bimbang dengan ancaman LTTE ini yang didakwa akan mencetuskan konflik kaum dan agama.

“Hapuskan racun perpaduan ini sebelum ia menjadi barah. Pihak keselamatan perlu bertindak,” katanya tegas.

Kenyataan Zuraida membayangkan Azmin akan mencabar Anwar untuk jawatan presiden




Wanita PKR ingatkan agar parti 'julang demokrasi' jika Anwar dicabar

Wanita PKR menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti, namun mengingatkan agar parti bersedia "menjulang prinsip demokrasi" sekiranya jawatan itu dicabar.

Jelas ketuanya, Zuraida Kamaruddin, PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

"Peranan beliau (Anwar) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pencetus agenda perubahan hampir 20 tahun lalu tentulah tidak dapat disangkal mana-mana pihak.

"Pasca pilihan raya umum ke-14 menyaksikan PKR telah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, ia juga membawa bersama perubahan dalam struktur kepimpinan parti serta dinamika yang berbeza dari sebelumnya.

"Dalam pada tawaran Anwar diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar pada 15 Julai lalu mengumumkan akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti itu Ogos ini.

Keputusan itu, kata Anwar, diambil selepas berbincang dengan isterinya, Dr Wan Azizah yang juga merupakan penyandang jawatan presiden.

Terdahulu Dr Wan Azizah menyatakan sedia berundur untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding jawatan itu.

'Azmin mampu galas tanggungjawab'

Sementara itu, dalam kenyataan sama Zuraida turut menyorot "kecemerlangan" pentadbiran Selangor dan kepimpinan bekas menteri besarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Zuraida, PKR mempunyai ramai pemimpin berkelayakan yang teruji kesetiaannya, berkarisma dan mempunyai rekod cemerlang pentadbiran.

"Tidak boleh disangkal lagi bahawa tatakelola dan kecemerlangan kerajaan Selangor menjadi antara penyumbang signifikan kepada keyakinan rakyat dalam melihat model pemerintahan Malaysia baru.

"Keyakinan inilah yang menyebabkan BN yang berusi 61 tahun mampu ditumbangkan.

"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.

"Telah dibuktikan dalam pentabdiran kerajaan Selangor terdahulu, peranan terkini beliau yang memegang portfolio kanan kerajaan selaku menteri hal ehwal ekonomi membuktikan lagi sumbangan beliau bakal memberi impak positif dalam bersama-sama mengemudi bahtera PKR yang kita cintai," katanya

Zuraida yang merupakan anggota parlimen Ampang turut mengingatkan bahawa PKR "berbeza" dengan Umno yang sering menyaksikan jawatan tertinggi parti mereka tidak ditandingi.

"Justeru, Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bertanding jawatan presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“We must walk the talk, kita perlu lakukan apa yang kita laungkan," katanya.
-malaysiakini

Tun M terus dijulang, Anwar sabar menanti

WAN HARON WAN HASSAN

SUDAH dua bulan Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Diangkat sebagai PM untuk kali kedua adalah satu sejarah yang unik dan mungkin sesuatu yang sukar untuk dicipta atau diulangi kembali.

Pencapaian dan legasi Tun M ketika menjadi PM yang ke-4 sudah pun diperakui ramai. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menerima dan memperakui hakikat ini tetapi pemimpin-pemimpin luar negara serta rakyat mereka turut memberi pengiktirafan yang sama kepada Tun M.

Tun M diiktiraf sebagai seorang negarawan yang unggul. Mengikut Shakespeare: “Some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them.”

Pun begitu, kita akur bahawa Tun M bukanlah insan yang maksum dan pemimpin yang penuh sempurna sifatnya. Beliau tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan ketelanjuran, khususnya di masa-masa silam. Tun M sendiri telah mengakui secara terbuka hakikatnya dan pernah memohon maaf kepada rakyat dan ‘mangsa-mangsa’ yang telah teraniaya.

Sebagai PM untuk kali keduanya, Tun M berpeluang bukan sahaja untuk menangani dan menyelesaikan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan rejimnya, malah beliau turut berpeluang untuk membaiki dan membetulkan kembali kesilapan serta keterlanjuran tersebut. Kiranya Tuhan amat menyayanginya sehingga memberi peluang keemasan dan istimewa kepadanya untuk berbuat demikian.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga berasa bertuah kerana masih mempunyai Tun M sebagai pemimpin. Sekali gus kita juga diberi peluang untuk sama-sama menggembleng tenaga dan membanting tulang dalam agenda pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih berdaya maju, sejahtera dan aman damai. Insya-ALLAH.

Tun M menggalas dan memikul harapan rakyat yang begitu tinggi di atas bahunya untuk memimpin dan membawa mereka ke arah mercu kejayaan dan kemakmuran yang mereka idam-idamkan. Kita yakin beliau mampu untuk melakukannya.

Malaysia sekarang di persimpangan jalan di mana Tun M dan kerajaannya sedang mengorak langkah untuk mara ke depan dengan lebih yakin lagi. Berbekalkan prinsip kepimpinan yang telus dan amanah, meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat sebagai pertimbangan yang paling utama, mengatasi kepentingan peribadi pemimpin, puak atau parti sepertimana yang berlaku di masa-masa silam atau khususnya sebelum ini di bawah kepimpinan Najib.

Antara agenda perubahan dan transformasi yang sedang giat diusahakan termasuklah usaha-usaha untuk:

* menegakkan sistem pemerintahan yang berteraskan peruntukan perlembagaan dan keluhuran undang-undang;

* mewujudkan kepimpinan yang telus dan terbuka dengan amalan-amalan terbaik (good governance and best practices);

* mewujudkan keadilan sosial untuk rakyat yang berbilang kaum dan agama;

* menangani dan membendung dengan tegasnya gejala rasuah yang berleluasa;

* memberi ruang kepada rakyat untuk memberi maklum balas menegur dan mengkritik kerajaan dalam urus takbir negara atau apa-apa isu yang menyentuh kepentingan mereka.

Jika Tun M dan kerajaannya berjaya menghasilkan wawasan dan agenda tersebut, maka sudah tentu masa depan rakyat dan negara akan lebih terjamin berbanding dengan keadaan dan hala tuju yang tidak menentu sebelum ini, khususnya di bawah pemerintahan Najib.

Pun begitu, kita perlu akui bahawa agenda membangun negara adalah satu proses yang berterusan yang tidak akan tertumpu dan berlaku semasa era Tun M sahaja atau terhenti dengan pemergiannya nanti. Kita juga perlu mengambil kira bahawa Tun M sudah begitu lanjut usianya.

Jika sayang sekalipun kita kepadanya, kita perlu terima hakikat bahawa sampai masa dan ketikanya, beliau terpaksa pergi atau berundur jua dari persada politik negara. Menjadi kewajipan kita bersama untuk menyusun satu perancangan peralihan dan kesinambungan kepimpinan negara, agar dapat dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik, tersusun dan penuh teratur nanti.

Bila kita melihat dan menoleh kiri dan kanan untuk menilai tokoh-tokoh barisan pemimpin pelapis yang sedia ada serta mengambil kira keadaan dan faktor politik semasa, maka kita tidak nampak pengganti lain yang lebih layak dan berwibawa selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi PKR, komponen parti Pakatan Harapan yang terbesar dari segi jumlah bilangan wakil rakyat di Parlimen dan Dun, sudah pastilah pilihan mereka ialah Anwar sebagai pengganti kepada Tun M. Anwar bukan sekadar pemimpin ‘de jure’ dan ‘de facto’ kepada PKR tetapi beliau juga dianggap sebagai satu institusi yang paling unggul bagi PKR.

Jawatan Presiden PKR walaupun disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika ini, adalah dikira sebagai hak mutlaknya. Bahawa Wan Azizah hanya memegang jawatan tersebut sebagai langkah interim sahaja. Anwar boleh mengambil alih bila-bila masa sahaja yang dikira perlu dan sesuai baginya.

Namun PKR perlu akur dan akui bahawa perkara ini bukanlah sekadar isu dalaman PKR sahaja. Ianya bukan sekadar melibatkan jawatan Presiden PKR tetapi melibatkan jawatan PM yang membawa implikasi lebih besar kepada negara dan rakyat jelata seluruhnya. Oleh itu pertimbangan dan perkiraan yang dibuat perlulah melangkaui dan membatasi perhitungan dan pertimbangan parti semata-mata.

Pemikiran dan pendirian parti-parti komponen-komponen Harapan juga perlu diambil kira. Bagi mereka, sekurang-sekurangnya ada dua pertimbangan utama yang perlu diambil kira dalam hal ini.

Pertama, persetujuan dasar antara parti-parti tersebut dan PKR untuk mengangkat Anwar sebagai pengganti kepada Tun M didalam tempoh masa dua tahun selepas PRU14. Kedua, sejarah bermula terbentuknya pakatan pembangkang sebagai satu gagasan politik menentang Umno dan BN bermula dengan Anwar melalui cetusan reformasi pada akhir tahun 80-an. Dalam tempoh yang begitu lama, sudah pasti banyak cabaran getir dan pahit maung yang dihadapi dan dialami bersama. Pastinya semua pengalaman dan cabaran ini telah membentuk semangat setiakawan dan solidariti yang kental dalam kalangan pemimpin-pemimpin serta ahli parti-parti berkenaan.

Perlu juga diingat bahawa sepanjang hampir 20 tahun sejarah politik gagasan tersebut, Anwar telah diiktiraf dan diangkat sebagai bakal perdana menteri, (a PM Designate) semasa PRU12 dan 13. Kemudiannya semasa PRU14, ikut dipersetujui sebagai bakal pengganti kepada Tun M sebagai Perdana Menteri. Keputusan PRU14 jelas menunjukkan rakyat jelata menerima dan menyokong susunan kepimpinan ini.

Semua ini pasti membawa makna dan ertinya yang tersendiri dalam lipatan sejarah dan ikatan hubungan setiakawan di antara parti-parti komponen. Hanya Pas sahaja yang goyah dan yang sering menimbulkan masalah dalaman. Keputusan Pas untuk keluar dari pakatan pembangkang dan memilih untuk bersekongkol dengan Umno pada mulanya mencemaskan keadaan dan menimbulkan kerisauan kepada rakyat. Tetapi akhirnya ianya adalah satu perkembangan yang terbaik untuk Harapan dan negara. Ianya menjadi satu rahmat yang tersendiri di dalam percaturan politik negara. Sebagai 'a blessing in disguise and a God-sent solution to the recurring problems within the opposition coalition'.

Bagi Tun M dan Bersatu pula, parti komponen yang terakhir yang menyertai Harapan, mereka juga ikut terikat dengan perjanjian bertulis berhubung dengan pelan peralihan kuasa tersebut. Apa yang disebut atau dikenali sebagai ‘The Succession Plan’ dari Tun M kepada Anwar telah tertulis dengan tinta emas dan dipersetujui bersama. Yang mana ianya akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun dari PRU14.

Namun Anwar telah memberi kenyataan dan jaminan terbuka kepada Tun M bahawa beliau bersedia memberi masa dan tempoh laluan lebih dari dua tahun kepada Tun M untuk terus memimpin negara.

Baru-baru ini, Tun M juga berkata bahawa beliau peka dan sedar dengan kepahitan dan kegetiran yang telah dilalui serta dialami oleh Anwar dalam perjuangan politiknya. Oleh itu Tun M memperakui bahawa Anwar berhak diberi peluang dan ruang untuk tampil ke depan untuk meraih dan menuntut haknya sebagai pemimpin.

Apabila diambil kira faktor-faktor tersebut, maka adalah jelas dan nyata sekali bahawa Anwar adalah pemimpin yang paling berhak dan layak untuk menggantikan Tun M sebagai PM.

Lain-lain perhitungan dan pertimbangan juga menyokong pilihan tersebut. Anwar dikira mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemimpin tertinggi kerajaan termasuk pengalamannya sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau telah melalui banyak pahit getir kehidupan dalam penjara yang pastinya telah memberi masa dan ruang yang cukup kepadanya untuk berfikir, bertafakur dan bermuhasabah diri untuk menjadi pemimpin yang lebih baik lagi. Anwar juga merupakan tokoh politik yang amat dikenali di peringkat antarabangsa dan diterima dengan senang hati oleh dunia barat dan timur. Pendek kata tidak ada tokoh-tokoh lain dari barisan pelapis yang sedia ada yang dapat menandingi kehebatan dan ketokohan Anwar sebagai seorang pemimpin yang berwibawa untuk mengganti Tun M.

Bagaimana pun, perlu diakui bahawa terdapat pihak-pihak tertentu semenjak dulu sehingga sekarang yang sering mengambil sikap anti-Anwar dan tidak pernah senang dengannya. Sepanjang masa mereka telah meneruskan berbagai angkara agenda dan retorik terhadap Anwar serta menimbulkan berbagai sentimen-sentimen negatif terhadapnya.

Anwar digambarkan sebagai seorang pemimpin nasionalis yang radikal, aktivis anti-establishment, bukan seorang negarawan, kurang kesabaran, cenderung kepada retorik dan slogan daripada intipati isu, tidak jelas visinya dan tidak terperinci dalam isu-isu besar negara, mudah berkompromi dan condong dengan pihak-pihak tertentu seperti institusi raja dan bermacam-macam lagi.

Ini semua telah dicanang oleh mereka dari dahulu lagi sebagai propaganda terhadap Anwar. Mereka mempunyai agenda gelap tersendiri untuk menyekat dan menahan Anwar dari menjadi PM. Mungkin tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke atas diri Anwar sedikit sebanyak ada asas dan kebenarannya. Kewajaran menuntut Anwar untuk membaiki diri dan membawa perubahan yang bersesuaian. Namun pada keseluruhannya tuduhan dan tohmahan-tohmahan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diada-adakan oleh mereka untuk merosak kredibiliti Anwar.

Seperti Tun M, Anwar juga bukan insan maksum dan sempurna. Nak cari pemimpin yang sempurna dan serba lengkap, maka sampai kiamat pun kita tidak akan ketemui. Maka marilah kita mengambil sikap yang pragmatik dan rasional dalam hal ini. Hakikat yang perlu kita diperakui ialah Anwar mempunyai banyak ciri-ciri keperibadian yang murni dan terserlah dan juga kepimpinan yang baik serta terbukti. Beliau merupakan pemimpin yang terbaik dan paling layak yang kita ada ketika ini sebagai pengganti kepada Tun M.

Perlu juga diingati bahawa sebelum ini pihak-pihak tertentu telah juga melempar berbagai tuduhan dan tohmahan yang lebih kurang sama ke atas diri Tun M sepanjang karier politiknya. Dari dulu sehinggalah sekarang. Namun rakyat jelata lebih tahu kebenarannya. Mereka dapat menilai dan membezakan antara yang benar dan yang batil.

Apa sekalipun kebaikan yang dilakukan oleh Anwar atau Tun M mungkin tidak akan membawa apa-apa perubahan atau impak kepada sikap dan sentimen gerombolan-gerombolan ini. Jika betul-betul hendak diambil kira, maka kita boleh katakan bukan sekadar Tun M atau Anwar yang sering dipersoal atau dipertikaikan, malah Nabi Muhamad SAW sendiri pun, walaupun sebagai insan pilihan Allah juga ikut dipersoal dan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu semenjak dulu sehinggalah sekarang.

Jadi perlukah kita melayani atau rasa terganggu dengan angkara durja segelintir manusia ini?

Kiranya apa yang lebih penting ialah rakyat jelata atau khususnya majoriti rakyat yakin dan percaya dengan kepimpinan regu berbisa Tun M dan Anwar. Bahawa regu tersebut adalah merupakan kepimpinan yang terbaik untuk negara dan rakyat ketika ini. Bagi rakyat jelata, Anwar adalah pemimpin pilihan mereka untuk menggantikan Tun M sebagai PM.

Bagi gerombolan-gerombolan tersebut pula, mereka harus dibiarkan saja dengan suara sumbang mereka persis anjing-anjing liar yang mempunyai tabiat suka menyalak bukit. Tak akan runtuh bukit disalak anjing.

Bagi Anwar dan kita yang akur dengan ketentuan Ilahi, kita ambil saja peringatan yang tersurat dan tersirat dalam kata-kata berikut: “It might take a year. It might take a day. But whatever ALLAH has willed will surely find its way.”
-sinarharian

Merungkai Kekeliruan Antara GST Dan SST



ISU 'Goods and Services Tax' atau GST kembali menjadi perbincangan hangat di kalangan pengamal media, pihak kerajaan dan pembangkang.

Wujud beberapa kekeliruan dan salah tafsir mengenai GST yang memerlukan kepada penjelasan. Penjelasan ini penting bagi merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST.



Terdapat tiga persoalan utama yang perlu dijawab.

Pertama, benarkah cukai GST lebih mahal dan menekan kos pengeluar berbanding SST?

Secara teknikalnya, cukai GST lebih murah berbanding SST. GST adalah cukai yang dikenakan ke atas nilai ditambah ataupun bahasa mudahnya margin keuntungan di setiap rantaian bekalan. 'Sales and services tax' atau SST pula cukai yang dikenakan ke atas harga jualan akhir barangan. Walaupun GST dikenakan pada setiap rantaian bekalan, ianya lebih kecil kerana dikenakan ke atas penjanaan nilai ditambah.

Ramai keliru di dalam membuat perbandingan kaedah pengiraan GST dan SST. Kekeliruan wujud juga disebabkan oleh penggunaan perkataan "GST". Di kebanyakkan negara, cukai ini dipanggil "value added tax" atau VAT. Penggunaan VAT lebih tepat kerana maksudnya lebih jelas.

Berikut diberikan contoh mudah pengiraan GST dan SST.



• Untuk hasilkan produk, pengeluar membelanja RM1 untuk bahan mentah.

• Pengeluar mengenakan peruncit RM1.20, dengan mengambil untung RM0.20. Untung RM0.20 adalah bersamaan dengan nilai ditambah di dalam sistem GST.

• Peruncit mengenakan harga akhir kepada pelanggan sebanyak (RM1.50 + 10% SST) = RM1.65. Margin keuntungan peruncit adalah RM0.30 dan cukai SST dibayar sebanyak RM0.15.



• Pengeluar mengenakan peruncit RM1.20, dengan mengambil untung RM0.20. Untung RM0.20 adalah bersamaan dengan nilai ditambah di dalam sistem GST. Jadi cukai GST yang dikutip (RM0.20 x 6%) adalah RM0.012.

• Peruncit mengenakan harga akhir kepada pelanggan sebanyak $1.50 dengan margin keuntungan RM0.30. Cukai GST yang dikutip adalah RM0.018 (RM0.30 x 6%).

• Jumlah cukai GST yang dikutip adalah RM0.03 (RM0.012 + RM0.018).

• Peruncit sepatutnya mengenakan harga lebih murah kerana mereka membayar cukai yang lebih rendah.

Kedua, jika GST lebih murah, kenapa harga barangan meningkat di pasaran?

Secara teknikalnya, kos cukai GST yang dibayar oleh pengeluar lebih rendah kerana ianya adalah cukai yang dikenakan ke atas nilai ditambah yang dijana pada setiap rantaian bekalan. Apabila kos pengeluaran lebih rendah, harga barangan cenderung untuk turun.

Secara praktikalnya, penurunan harga tidak berlaku selepas tiga tahun selepas perlaksanaan GST.

Kajian menunjukkan terdapat empat faktor mengapa harga terus meningkat selepas perlaksanaan GST. Pertama, kadar kepatuhan firma kepada sistem GST masih rendah. Tidak sampai 50% daripada firma mendaftar di bawah sistem GST sedangkan andaian yang digunakan bila GST dilaksanakan ialah kepatuhan 100%.

Kedua, penguatkuasaan yang lemah daripada pihak berwajib menyebabkan berlakunya manipulasi harga di pasaran.

Ketiga, kadar pemahaman kepada sistem GST oleh firma, pengguna dan pihak berwajib masih rendah.

Keempat, faktor tekanan harga bukan GST seperti nilai Ringgit yang lemah menyebabkan import menjadi mahal, upah minimum yang meningkatkan kos buruh dan struktur pasaran yang bersifat monopoli.

Faktor pertama sehingga ketiga tidak lagi relevan apabila GST dihapuskan. Faktor keempat masih relevan walaupun GST dihapuskan. Impak ke atas harga akibat penghapusan GST mungkin tidak terkesan ataupun hanya minimal kerana pengeluar masih terbeban oleh peningkatan kos pengeluaran akibat daripada kos import bahan mentah dan kos buruh.

Selain itu, sifat pasaran yang bersifat monopoli juga menekan sebahagian pengeluar untuk bersaing dengan lebih kompetitif.

Rakyat dapat melihat walaupun pada masa kini walaupun tiada sebarang cukai dikenakan sama ada GST atau SST, harga barang di pasaran tidak menunjukkan tren yang menurun. Jadi, menganggap GST sebagai punca kenaikkan harga adalah tidak tepat.

Ketiga, adakah pengenalan semula SST akan menyebabkan harga meningkat?

Wujud kecenderungan harga akan meningkat selepas pengenalan semula SST. Hal ini kerana kadar SST lebih tinggi berbanding GST dan ditambah dengan pengaruh faktor-faktor bukan cukai seperti yang diterangkan di atas.

Mohd Yusof Saari

Mohd Yusof Saari adalah pemegang ijazah PhD daripada University of Groningen, the Netherlands. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM dan juga Ketua Laboratori Kaedah Kuantitatif Analisis Dasar, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM.