Thursday, September 28, 2017

Pilihan Raya Bila-bila Masa Najib Kata..



Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh Perhimpunan Agung Umno telah ditetapkan pada 5 hingga 9 Dis ini, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 



Beliau yang juga presiden Umno berkata jika kedua-dua tarikh itu bertembung, perhimpunan agung itu boleh ditangguhkan.

“Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa, malah jika ia bertembung dengan tarikh Perhimpunan Agung Umno, kita akan tangguhkan (perhimpunan Agung Umno),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata perhimpunan agung itu akan dimulakan dengan Taklimat Presiden pada 5 Dis, diikuti perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam. 

Katanya persidangan sayap parti akan diadakan pada 6 Dis diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi pada malamnya.



Persidangan penuh pula akan diadakan pada 7 hingga 9 Dis.

Turut hadir timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden dan naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein lapor MMO

No comments:

Post a Comment