Thursday, September 28, 2017

Baru 6% GST Dah Bising Riuh Rendah... Najib Kata?



RAKYAT Malaysia tidak suka bayar cukai tapi mereka hanya berminat dengan makanan dan cuti umum, kata Perdana Menteri Najib Razak.

Beliau turut mengingatkan bahawa di India rakyat mereka perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 28%, berbeza dengan di Malaysia iaitu 6%.

"Saya terima pandangan soal PTPTN. Kita akan kaji lebih mendalam lagi sebab ini bukan sahaja masalah kaum India tapi (masalah) semua komuniti.

"Kita tak boleh tambah cukai. Rakyat Malaysia tak suka. Mereka suka cuti umum, makan. Mereka tak suka bayar lebih banyak cukai.

"GST di India 28%. Please remember that (tolong ingat tu). Kita baru 6% itu pun dah riuh-rendah - bising. Marah kerajaan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tambahnya, ia (masalah kenaikan barang) bukan salah kerajaan sebaliknya peniaga yang sering menaikkan harga barang dan menuding jari kepada kerajaan. GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan berjaya memungut hasil kutipan cukai GST sebanyak RM41.2 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM39 bilion pada tahun lalu. 

Najib berkata demikian sebagai respons kepada ucapan dasar Presiden MIC Dr S. Subramaniam yang mencadangkan agar jawatankuasa Malaysian Indian Blueprint (MIB) menyediakan mekanisma pembiayaan tambahan bagi menyokong pelajar India daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

"PTPTN telah membantu ramai pelajar khasnya daripada golongan kurang berada dan miskin. Tetapi bagi sesetengah bidang pengajian yang profesional, pinjaman yang diberikan tidak mencukupi," kata Subramaniam ketika ucapan dasarnya lapor The Malaysian Insight

Hmmm... sedapnya dia cakap.. dah tak kena kat hang cakaplah apa pun.

No comments:

Post a Comment