Tuesday, March 5, 2013

UMNO SELANGOR: WEI...HANG BELAH MANA PULAK NIH ???


UMNO/BN golongan yang tidak boleh di tegur,humbankan je ke longkang


Mantan Menteri Besar selangor mula bersuara,maka ramailah pencacai UMNO marah menggila,memaki hamun beliau,susah sangatlah bagi UMNO utk menerima teguran,apa yang baik kita terima dan tidak kita tolak demi negara tercinta ini

Berikut kenyataan beliau,di sedut dari Blognya dan di paparkan kepada korang antaranya

1. Krisis bersenjata di Lahad Datu telah melarat di beberapa kawasan lain di Sabah. Sehingga kini dilaporkan 7 orang anggota Polis kita telah meninggal dunia akibat ditembak oleh penjenayah yang mencerobohi negara.

2. Seingat saya inilah krisis yang mengambil masa paling lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa negara sejak Peristiwa 13 Mei 1969. 
 
Kita mempunyai beberapa krisis bersenjata yang membabitkan orang tempatan dan juga pengganas luar seperti situasi Tentera Merah Jepun yang menawan bangunan AIA pada 1975, peristiwa Memali dan peristiwa Sauk.

3. Lebih menimbulkan kegusaran orang ramai ialah setelah hampir sebulan, krisis ini bukan menampakkan jalan penyelesaian atau kesudahan. 
 
Sebaliknya, dari situasi hanya terhad di Lahad Datu semata ia telah merebak ke Semporna dan tidak mustahil daerah-daerah lain sekitar sempadan maritim Filipina.

4. Kematian 7 anggota Polis kita akibat ditembak pengganas ini dalam tempoh tidak sampai seminggu sangat menyedihkan. 
 
Sungguhpun ia adalah risiko yang telah pun difahami mereka sejak berikrar mempertahankan negara, namun ia tetap sesuatu yang menyedihkan.

5. Saya percaya Polis tentulah mempunyai strategi tersendiri dalam memangani perkara ini kerana mereka merupakan pihak yang pakar dalam bidang keselamatan negara.


6. Namun melihat kekalutan yang ada sekarang saya fikir bukan sahaja isu keselamatan yang perlu dititik beratkan kerajaan tetapi juga isu keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani isu ini. 
 
Kerajaan tidak lagi boleh sekadar mengulangi keadaan dalam kawalan (under control) kerana setiap kali pihak Polis mendakwa keadaan berada di dalam kawalan ketika itu juga muncul berita anggota Polis terkorban.

7. Justeru adalah wajar kerajaan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih peranan pihak Polis dalam isu ini. 
 
Mungkin Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan MKN untuk krisis ini. MKN harus beroperasi 24 jam sehinggalah isu ini diselesaikan secara tuntas.

8. Dengan menggerakkan MKN untuk isu ini maka bukan sahaja PDRM yang terlibat tetapi juga ia akan melibatkan pihak Tentera dan beberapa pihak berkuasa lain serta Ketua Menteri Sabah. 
 
Ini sekaligus menjamin kerajaan mendapat maklumat dan pandangan dari pelbagai kumpulan yang terbabit secara langsung dengan situasi di Sabah ini.

9. Melalui pembabitan banyak pihak ini, banyak maklumat akan lebih mudah sampai kepada bilik operasi bagi membolehkan tindakan mencegah situasi lebih parah berlaku.

10. Menggerakkan MKN bukan bermakna Polis gagal mengawal keselamatan negara. Sebaliknya ia bermakna terdapat usaha lebih bersepadu untuk meningkatkan usaha memulihkan keamanan di beberapa kawasan di Sabah.

No comments:

Post a Comment