Wednesday, March 6, 2013

TUN DR. M: AKU DOK KATA DAH, HANGPA TAK PERCAYA ...

Anwar malukan Najib lagi...


 
Salam semua...

Hadoihh... gelak guling-guling anak cucu Pak Long. Pakat sakit perut habih...!

BANNER BN DI TAHIKU..!!

Haha...

Ikut risikan susulan dari Mak Long hang diberitakan ini "betoi-betoi terjadi" bukannya gambaq yang dah diedit... Ni semua kerja hasutan Anwar nak malukan Najib, tu jaa...

Rakaman gambaq neh ditangkap kat jejantaih jalan kaki depan SMKA, Khairiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pak Long tak tau yang selebihnya pasai apa tapi konfom ni bukan kerja buat pelawat-pelawat bersenjata kesultanan Sulu, konfom...

Wassalam...
 
BETULLAH KATA DR. M MELAYU MUDAH LUPA....

UMNO/BN: MORO DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN NTAH MANA-MANA NTAH ...

Sulu@Lahad Datu - Disembelih pengganas ? Celaka kamu !
 

Disebut dalam berita, sohih lagi terang, pengganas Sulu itu menang ganas dan barbarian sifatnya. Islam apa itu jika sanggup sembelih orang islam yang juga saudaranya. Jangan naik darah jika aku bilang kamu itu (yang menceroboh) ke Sabah itu kumpulan paling celaka wujud di Kepulauan Sulu. Puiihh !!

Dibawah, 4 foto tampil perlihat pengganas yang jadi korban di Lahad Datu.


 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

SHAFIE BEDAL: SESAJER MAMAT NIH NAK BAGI AKU KANTOI ....

Pengganas Ditangkap Pakai Baju BN & Gambar Shafie Apdal

Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna

Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu.

Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah.

Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan.

Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk





UMNO PERAK: RAKYAT DILANGGAR DULU, PENCAPAIAN CABUT LARI ...

BERGAMBAR] Neneknya Maut Dilanggar Pacuan 4 Roda Milik UMNO
 

Satu cerita yang sangat menyayat hati yang perlu anda semua baca!!!!

Petikan dari tulisan oleh Joanne Li ditranslate ke bahasa Malaysia yang telah menceritakan bagaimana beliau kehilangan neneknya akibat dirempuh oleh 4WD BN hingga mati oleh 4WD milik UMNO di wall FaceBooknya…

Antara rentetan peristiwa berlaku yang ditulis:

Pada 3 March 2013, Ahad lalu, kedua-dua Datuk dan juga Nenekku dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah dengan menunggang motorsikal secara berasingan.

Datukku mengekori motorsikal yang ditunggang oleh nenekku dalam jarak 20 kaki, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux yang dipenuhi dengan logo UMNO dan BN memotongnya dengan sangat laju dan merempuh belakang motorsikal nenekku.

Nenekku tercampak dan terjatuh dan kepalanya telah terhantuk kejalan tar. Setelah melihat keadaan nenekku yang terbaring berlumuran darah pemandunya terus melarikan diri.

Pada masa yang sama dua orang penumpang dalam kenderaan tersebut telah turun dan mengoyak bendera 1Malaysia dan turut melarikan diri.

Datukku yang menyaksikan seluruh kejadian telah berlari mendapatkan nenekku tetapi malang beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu kerana nenekku kehilangan banyak darah.

Nenekku telah meninggal dunia di tempat kejadian…

Menurutnya lagi tiada bantuan yang dihulurkan oleh macai-macai UMNO/BN yang berada di dalam kenderaan tersebut..

Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah menanggalkan bendera 1Malaysia yang dipasang pada kenderaan tersebut dan melarikan diri.. seolah-olah imej 1Malaysia lebih berharga dari nyawa seorang insan..

Oleh itu bendera 1Malaysia perlu diselamatkan bukannya insan yang telah dilanggar mereka









PM NAJIB: KURANG AJAQ BETOI AHMAD MASLAN NIH....

Ahmad Maslan Pernah Kata UMNO 2 Kali Bodoh Jika Cuba Aibkan Anwar Untuk Hadapi PRU
 

Langkah UMNO untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah adalah lambang kebodohan UMNO yang tiada taranya.

Ia disahkan sendiri oleh kenyataan Ketua Penerangan UMNO melalui kenyataannya sebelum ini seperti paparan di atas.


Anwar: TV3, Utusan melampaui batas


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan juga stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.

"Mereka bertindak melampaui batas-batas sivil dalam hal ehwal politik.

"Saya tahu Umno terus berbuat begini dengan membayar orang untuk memburukkan nama orang lain," katanya.

Menurutnya, saman itu difailkan kerana kedua-dua pertubuhan berita itu kerana menyiarkan dakwaan berkenaan tanpa mendapatkan ulasannya mahu pun memberikannya ruang untuk membuat ulasan balas bagi membela dirinya.

Menurut Anwar, tindakan "tidak bertanggungjawab" itu berbeza sama sekali dengan media bebas Filipina seperti Philippine Inquirer yang dipetik kedua-dua pertubuhan berita itu.

Menurutnya Philippine Inquirer hanya memetik sumber risikan Filipina yang mendakwa beliau ada bertemu dengan pemimpin Sulu namun mereka tidak menuduhnya terlibat mendalangi pencerobohan di Lahad Datu.

Menurutnya lagi, akhbar Filipina itu juga menghubungi beliau bagi mengatur sesi wawancara selepas mendengar penafiannya.

"Jika saya nak saman mereka pun, saya perlu melakukannya di Manila," kata Anwar.

Utusan Malaysia dalam laporannya yang dipersoalkan Anwar itu pada 2 Mac lalu memetik laporan Philippine Daily Inquirer bertajuk “Philippine govt intel eyes 3 groups abetting Sulu sultan’s claim”.

TV3 dalam laporan Buletin Utama juga memetik laporan yang sama.
-mk


Ulasan GB

Jika diteliti kata-kata Ahmad Maslan yang pernah diucapkan sebelum ini, ternyata sangatlah betapa "bodohnya" media massa pencacai yang bernama Utusan dan TV3 serta sekalian blogger pencacai UMNO, dan ada kemungkinan juga Presiden UMNO yang juga PM Malaysia yang bernama Mohd Najib itu kerana sebelum ini Najib meminta siasatan dilakukan ke atas pembangkang yang dituduhnya disyaki terlibat dengan insiden Lahad Datu.

Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, dan sememangnya UMNO itu bodoh, dulu, kini dan selamanya............

ZAID HAMIDI: NTAH LAH, AKU PUN TAK PASTI GAMBAQ NIH ....

Panas: "Gambar Foto Mangsa Serangan", Ramai Pihak Kini Keliru Dengan Keadaan Mayat Yang Di Dedahkan



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Olehitu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan itu di Sabah atau di mana?.



Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom.. Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi.

MUHYIDIN YASSIN: KENA SEDIA BACA YASSIN MACAM NIH ...


50,000 ORANG ANAK MUDA PEENUHI STADIUM DI PASIR GUDANG PERASMIAN GELOMBANG BIRU OLEH TPM


ANAK-ANAK MUDA JOHOR SUDAH MULA TOLAK UMNO!!!!!!

Rakaman gambar sebagai bukti berbicara bukan cerita pakai air liur basi punya.

Utusan dok kelentong satu dunia kata melebehi 5,000 anak muda hadir hakikatnya.. sekitar 500 orang saja walau pun siap ada kugiran dan konsert lagi..Baju T percuma dengan disediakan makanan nasi bungkus dan minuman air mineral.

Parlimen Pasir Gudang Ins'ya Allah bakal tumbang ketangan Pakatan rakyat.. Ini disebabkan janji MB Johor pasal nak beri geran tanah dah 25 tahun masih tergantung tidak bertali.

Ini kali rakyat Johor akan ajar para pemimpin UMNO yang kurang ajar kepada rakyat Johor.  Layan rakyat Johor macam warga bangsat.

Jangan UMNO ingat dan berangan-angan Johor sebagai kubu kuat UMNO dan deposit tetap pada PRU 13 akan datang.

Rakyat sudah bijak menilai.. UMNO bakal berlayar jauh dari Johor.

SUMBER : OMAK KAU

Tuesday, March 5, 2013

PM NAJIB: GAMAK DEPA BAWAK KELUAQ GAMBAQ NIH....


SEMUANYA SALAH ANWAR

KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.

“Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari,” kata Johari.

“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa, bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.

“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan,” tempelak Johari.
http://www.keadilandaily.com/?p=46401

PM NAJIB: MACAM MANA BLEH KANTOI BENDA NIH ???


PANAS!! AKHIRNYA PENIPUAN NAJIB/UMNOBN TERBONGKAR!!



Kesultanan Sulu tidak bincang dengan pembangkang

 
KUALA LUMPUR: Di sebalik bermacam tuduhan oleh kerajaan kononnya kehadiran penceroboh di Sabah ada kaitan pembangkang, Kesultanan Sulu pula tampil menafikannya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.

Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.

Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.

Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan./HarakahDaily

UMNO SELANGOR: WEI...HANG BELAH MANA PULAK NIH ???


UMNO/BN golongan yang tidak boleh di tegur,humbankan je ke longkang


Mantan Menteri Besar selangor mula bersuara,maka ramailah pencacai UMNO marah menggila,memaki hamun beliau,susah sangatlah bagi UMNO utk menerima teguran,apa yang baik kita terima dan tidak kita tolak demi negara tercinta ini

Berikut kenyataan beliau,di sedut dari Blognya dan di paparkan kepada korang antaranya

1. Krisis bersenjata di Lahad Datu telah melarat di beberapa kawasan lain di Sabah. Sehingga kini dilaporkan 7 orang anggota Polis kita telah meninggal dunia akibat ditembak oleh penjenayah yang mencerobohi negara.

2. Seingat saya inilah krisis yang mengambil masa paling lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa negara sejak Peristiwa 13 Mei 1969. 
 
Kita mempunyai beberapa krisis bersenjata yang membabitkan orang tempatan dan juga pengganas luar seperti situasi Tentera Merah Jepun yang menawan bangunan AIA pada 1975, peristiwa Memali dan peristiwa Sauk.

3. Lebih menimbulkan kegusaran orang ramai ialah setelah hampir sebulan, krisis ini bukan menampakkan jalan penyelesaian atau kesudahan. 
 
Sebaliknya, dari situasi hanya terhad di Lahad Datu semata ia telah merebak ke Semporna dan tidak mustahil daerah-daerah lain sekitar sempadan maritim Filipina.

4. Kematian 7 anggota Polis kita akibat ditembak pengganas ini dalam tempoh tidak sampai seminggu sangat menyedihkan. 
 
Sungguhpun ia adalah risiko yang telah pun difahami mereka sejak berikrar mempertahankan negara, namun ia tetap sesuatu yang menyedihkan.

5. Saya percaya Polis tentulah mempunyai strategi tersendiri dalam memangani perkara ini kerana mereka merupakan pihak yang pakar dalam bidang keselamatan negara.


6. Namun melihat kekalutan yang ada sekarang saya fikir bukan sahaja isu keselamatan yang perlu dititik beratkan kerajaan tetapi juga isu keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani isu ini. 
 
Kerajaan tidak lagi boleh sekadar mengulangi keadaan dalam kawalan (under control) kerana setiap kali pihak Polis mendakwa keadaan berada di dalam kawalan ketika itu juga muncul berita anggota Polis terkorban.

7. Justeru adalah wajar kerajaan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih peranan pihak Polis dalam isu ini. 
 
Mungkin Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan MKN untuk krisis ini. MKN harus beroperasi 24 jam sehinggalah isu ini diselesaikan secara tuntas.

8. Dengan menggerakkan MKN untuk isu ini maka bukan sahaja PDRM yang terlibat tetapi juga ia akan melibatkan pihak Tentera dan beberapa pihak berkuasa lain serta Ketua Menteri Sabah. 
 
Ini sekaligus menjamin kerajaan mendapat maklumat dan pandangan dari pelbagai kumpulan yang terbabit secara langsung dengan situasi di Sabah ini.

9. Melalui pembabitan banyak pihak ini, banyak maklumat akan lebih mudah sampai kepada bilik operasi bagi membolehkan tindakan mencegah situasi lebih parah berlaku.

10. Menggerakkan MKN bukan bermakna Polis gagal mengawal keselamatan negara. Sebaliknya ia bermakna terdapat usaha lebih bersepadu untuk meningkatkan usaha memulihkan keamanan di beberapa kawasan di Sabah.

UMNO SABAH: DIA NIE DULU KAMI LANTIK JADI TIMBALAN SULTAN SULU....


Gambar Aziz Shamsudin, Pemberi IC Pada Pendatang Asing Di Sabah Bersama Sultan Sulu - by Roslan Alan





Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada  Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah". 
Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. 
Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini. 

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu. Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. 
Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini. 

Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini. 
Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri. 
Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya ~ PDO.
Laksmana Bukit Bintang 

TUN DR. M: TAKKAN DIA MACAM TUH KOT...


Tun Dr Mahathir Mahu Serang "Ahli UMNO Segera"..!!!! Orang Ni

 
BAGAN SERAI - Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan pada Himpunan Rakyat Perak anjuran Perkasa di sini, semalam. - SH.

Jom Lihat Bukti Mahathir Mahu Serang Ahli UMNO Segera:
 

SULTAN SULU: SAYA SAH AHLI UMNO/BN .....


.................................................

Orangni: Rupanya Sultan Sulu orang UMNO jadi padanlah releks jer Najib dan Hishamuddin menangani kes ini. Apapun Hishammuddin bin Tun Hussein Harus Letak Jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia kerana gagal menjaga dan mentadbir urus anggota keselamatan..!!!!
 
 
Tidak mustahil kerana UMNO BN mahu kekal kuasa akan muncul selepas ini Sultan Bangla,Sultan Nepal,Sultan Indon dan macam2 Sultan....

TV3: SAH....INI SEMUA SALAH ANWAR...


Sindrom salah anwar tiba tiba menular..

 

Kantoi !! Dengan Sindrom Salahkan Anwar...


Lahad Datu kena serang.... salah Anwar.
Semporna diserang hendap..... Anwar salah.
 
Polis Malaysa terkorban..... salah Anwar.
Askar Sulu bangkit.... Anwar salah.

Abis Semua salah Anwar......

Ha ha ha ha...

Tetapi berita ini pasti melegakan Anwar serta penyokong Pakatan Rakyat...

Anak Sultan Sulu nafi pencerobohan di Sabah ada kena mengena dengan pihak pembangkang di Malaysia:

Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram, jurucakap rasmi Sultan Sulu mengesahkan bahawasanya pihak DSAI maupun Pakatan Rakyat tidak pernah ada berhubung maupun bercakap atau berunding dengan pihaknya. 



" We are not connected to Malaysian opposition; we have not taken to any of them" Princes Jacel Kiram daughter of Sulu Sultan III . 


Sah  fitnah oleh musuh Anwar  telah kantoi dan terburai....