Perwakilan Perak Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memanggil "pemimpin yang memegang jawatan" yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya sebulan sebelum pembubaran parlimen.
Menurutnya lagi, mencari calon 'winnable candidate' yang dinyatakan oleh Najib "tidak susah" kerana ada ramai di antara mereka, tetapi "yang susah nak berhenti mereka daripada memegang jawatan".
"(Datuk Seri Presiden) cakap kepada mereka secara terus terang, minta maaf, kamu tak layak. Parti memilih calon yang lebih baik untuk kemenangan dalam pilihan raya," katanya.
Katanya, langkah tersebut satu "perubahan besar" yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Shaarani lagi, apabila ahli Umno sanggup bai'ah dengan menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon, maka semua ahli parlimen atau DUN kena akur apa jua keputusannya.
"Sebenarnya pada hari parlimen dan DUN dibubarkan, kita hilang jawatan, tempat tu kosong dan pulangkan kepada parti.
"Dan jangan ada sesiapa yang tidak terpilih semula (menjadi calon), berkata, konon ada orang rampas hak dia... Tidak!.
"Tempat itu kosong, pulangkan kepada kebijaksanaan parti untuk menentukan calonnya," tegasnya.
Sementara itu, Shaarani berkata Umno negeri itu mengenalpasti sebanyak 26,879 ahli Umno yang mengundi di negeri Perak tetapi aktif di negeri lain.
"Kita menjangka setiap negeri ada 20,000 pengundi luar, jadi di seluruh negara barangkali jumlahnya lebih kurang 200,000 orang.
"Kita perlu gerakkan mereka keluar mengundi kerana mereka wajib menangkan Umno dalam pilihan raya," katanya.
Sementara itu, perwakilan Kangar Marzita Mansor turut menyentuh isu pemilihan calon boleh menang dengan menasihatkan agar calon yang tidak terpilih agar tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' dengan mensabotaj parti.
"Anda (juga) membawa amanah parti, jika tidak terpilih jadi calon, pengalaman mereka diperlukan," katanya.
P/S :
OOO..begitu..rupa2nya pemimpin UMNO ni gila jawatan...Kalau mcm ni wahai rakyat Malaysia jangan undi pemimpin UMNO(BN) dalam PRU13 nanti.
jawatan tu la yang membolehkan mereka berkuasa, ketua cawangan pun dah boleh jadi kaya raya, apa lagi jadi yb jangan cerita la..satu penggal pun dah berbaloi, tak percaya perati tengok yb2 umno..macam tak mati dah, geng2 umno ni kerja melapok kedai mamak je bincang projek dan berapa komisyen boleh bagi, tak habih2...dulu kini selama2nya menipu!
weight loss
ReplyDeleteIt is a nice article.This site has lots of advantage.I found many interesting things from this site.It helps me many away. So many many thanks for sharing this information.I absolutely agree with you and thank you for pointing out several relevant and important examples. Several blog contributors have written excellently on this topic.Thanks for these sharing.