Monday, December 26, 2011

LEMBU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN ...

Jahanam!!!
Sungguh Puak Umno Ni... Melayu Sedarlah!!!!!

Seorang
rakyat marhaen
yang ingin membuat pinjaman
dari Tekun untuk mengubah
hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang
ramai...
Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun
telah "disuruh balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi
bin Abdullah...
Mungkin jawatan beliau
sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik"
rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..

Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu
hanyalah "sebuah" tandatangan..
bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin
UMNO tersebut..
Tetapi hanyalah tandatangan bagi
mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun
tersebut..
Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan
diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan
polis..
Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua
UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama
pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..
Apakah ada syarat sedemikian di dalam
syarat-syarat permohonan Tekun..?

BILA LEMBU TERNAK LEMBU ...



PAKAT-PAKAT SELAK KAIN...PAKAT-PAKAT TENGOK...

Selepas di serbu, Pengarah NFC di panggil untuk berikan kenyataan.
Ingat Kak Ijat kata apa?
“Beritahu saya,
pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?”
merupakan jawapan pantas
Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan
bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan
oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

ANTARA 2 DARJAT .....

Thursday, December 1, 2011

UMNO BEREBUT JADI CALON : SIAPA CALON MP MERBOK & DUN TJG DAWAI???





Perwakilan Perak Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memanggil "pemimpin yang memegang jawatan" yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya sebulan sebelum pembubaran parlimen.



Menurutnya lagi, mencari calon 'winnable candidate' yang dinyatakan oleh Najib "tidak susah" kerana ada ramai di antara mereka, tetapi "yang susah nak berhenti mereka daripada memegang jawatan".

"(Datuk Seri Presiden) cakap kepada mereka secara terus terang, minta maaf, kamu tak layak. Parti memilih calon yang lebih baik untuk kemenangan dalam pilihan raya," katanya.

Katanya, langkah tersebut satu "perubahan besar" yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Shaarani lagi, apabila ahli Umno sanggup bai'ah dengan menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon, maka semua ahli parlimen atau DUN kena akur apa jua keputusannya.

"Sebenarnya pada hari parlimen dan DUN dibubarkan, kita hilang jawatan, tempat tu kosong dan pulangkan kepada parti.

"Dan jangan ada sesiapa yang tidak terpilih semula (menjadi calon), berkata, konon ada orang rampas hak dia... Tidak!.

"Tempat itu kosong, pulangkan kepada kebijaksanaan parti untuk menentukan calonnya," tegasnya.



Sementara itu, Shaarani berkata Umno negeri itu mengenalpasti sebanyak 26,879 ahli Umno yang mengundi di negeri Perak tetapi aktif di negeri lain.

"Kita menjangka setiap negeri ada 20,000 pengundi luar, jadi di seluruh negara barangkali jumlahnya lebih kurang 200,000 orang.

"Kita perlu gerakkan mereka keluar mengundi kerana mereka wajib menangkan Umno dalam pilihan raya," katanya.

Sementara itu, perwakilan Kangar Marzita Mansor turut menyentuh isu pemilihan calon boleh menang dengan menasihatkan agar calon yang tidak terpilih agar tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' dengan mensabotaj parti.

"Anda (juga) membawa amanah parti, jika tidak terpilih jadi calon, pengalaman mereka diperlukan," katanya.
P/S :
OOO..begitu..rupa2nya pemimpin UMNO ni gila jawatan...Kalau mcm ni wahai rakyat Malaysia jangan undi pemimpin UMNO(BN) dalam PRU13 nanti.
jawatan tu la yang membolehkan mereka berkuasa, ketua cawangan pun dah boleh jadi kaya raya, apa lagi jadi yb jangan cerita la..satu penggal pun dah berbaloi, tak percaya perati tengok yb2 umno..macam tak mati dah, geng2 umno ni kerja melapok kedai mamak je bincang projek dan berapa komisyen boleh bagi, tak habih2...dulu kini selama2nya menipu!

Mukhris MP Jerlus "Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti,"

'Perwakilan Kedah Datuk Mukriz Mahathir menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno, antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu'. lor, pepatah ada sebut, klau x ada angin, x akan pokok bergoyang. Apa, pembangkang ni sj2 ke buat citer x benar?? Sendiri mau ingat la bro! Ti (transparenci international) pun baru sj repot, yg mengatakan persepsi rasuah malaysia terus merudum, kat situ pun boleh fhm. Ingat rakyat ni 'bodo' sgt ke x dpt tangkap bnda2 sebegini?

Pastu dia (mukhriz) berkata lagi, "Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing sebahagian perwakilan. La, apa kerajaan Kedah tu koman sgt ke, smpai label mcm tu sekali?? Ke, sbb hati tu dah pedih, sbb tu buat statement mcm ni? Mentang2 la, mcm2 taktik jht dipergunakan utk mengharu birukan kerajaan Kedah (antaranya fitnah seorg mp PR sehingga terpaksa letak jawatan, tapi bila tanding balik, PR jugak menang), tapi satu pun x jadi! Marah la tu, kan??
Cuma satu bnda yg saya nak sentuh, mukhriz kata, 'tangkap ikan keli pun tak reti', lebih kurang sama dgn apa yg umno kata pd pejuang kemerdekaan sbnar masa zaman british, 'nak buat jarum sebatang pun x pandai' (memperlekehkan hasrat mereka utk perjuangkan kemerdekaan). Klau dah umno itu, umno jugalah. Dulu & kini sama jer...
P/S :
Putra Kedah · Pengulas Tertinggi
MUKRIZ INGAT KAWASAN PARLEMEN JERLUN TU NAK TERJERLUS.KAWAsan BERUBAH2.PERNAH PAS TAWAN.ANDA TU ANAK IKAN KEMEREH.JANGAN ANGAN NAK JADI MENTERI BESAR ATAU MENTERI PENUH PERANGAI TAK ELOK BAPA AWAK TU JANGAN DIIKUT.NANTI JADI MACAM MUGAMBEE.
DAPAT JAWATAN TIMBALAN MENTERI PUN PAKAI KABEL EHSAN BAPAK, MENANG JERLUN KABEL BAPAK, HIDUP PUN DENGAN DUIT BAPAK. KALUT NAK KATA KAT ORANG. TENGOK ANAK HANG TU MUKHRIZ WOI, BUKAN SETAKAT IKAN KELI TAK TAU TANGKAP, KENAI PUN TAK DAK YANG MANA SATU KELI. IKAN TEMENUNG PUN DIA TAK TAK BESIANG...

NAK SURUH RAKYAT BERSATU? UMNO SENDIRI PUN BERKECAMUK ...

Umno digesa bawa Dr M dan Pak Lah duduk semeja

Umno digesa membawa dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - duduk semeja bagi memastikan parti itu lebih kuat pada masa depan.



"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak)," kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.

Syed Ali membangkitkan isu itu ekoran pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi dalam keadaan Umno yang "paling getir".

Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin', bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri) - pengganti yang dinamakan sendiri itu.

Malah, beberapa hari lalu sebelum menjelang perhimpunan agung Umno hari ini, Dr Mahathir (kanan) dilaporkan masih mengkritik kepimpinan Abdullah yang didakwa menyebabkan Umno rosak dan sukar dipulihkan Najib.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya sudah mula berlaku.

"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada anggota).

"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan," katanya.


p/s :Tengku Utara · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
Susah Che Det ngan Tun Dopllah Nak duduk semeja dan sependapat.keduanya hidung tinggi,gitu jugak ngan anaknya Mukhriz dan Khairy J.Tapi itu ada "Point" buiat Pakatan.Biar mereka berpecah....,kita akan rapatkan Saf perjuangan kita menawan Putrajaya.

YANG AYAT LAST TU??? UMNO MERBOK ADA KAITAN TAK ?????????????? MACAM KENE BATANG HIDUNG JEK...

AGM UMNO-SHAHRIZAT: DIAM TANDA SETUJU LA TUE ...

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.



Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah

P/S : Matthill Eduardo
wahai shahrizat, mana kau nak lari ahhh? hayati pantun hamba.

Kerana tebu berat 2 tan, kerana lembu kau letak jawatan.
Kerana mi hilang selera, kerana suami kau sengsara.
Kerana harta tak ke mana, kerana 250juta kau merana.
Kerana mak kita ada di dunia, kerana tamak kau dihina.
Akhir sekali,
Kerana Sukarno Indonesia patoh, Kerana UMNO kau bodoh.