Wednesday, March 23, 2011

JOM TENGOK HUTANG UMNO/BN ...

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:
Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion
p/s : tak percaya ? pi tengok rekod dengan audit negara. tapi penyokong umno kalu jenis bangang tu..bangang jugak

KERANAMU UMNO/BN : MALAYSIA KIAN MUFLIS ...

Saya adalah seorang penganalisa ekonomi yang sekarang ini bekerja di sebuah firma perbankan yang terkemuka di Malaysia . Saya bertanggung jawab untuk menguruskan dana yang berjumlah RM45.2 juta untuk tujuan pelaburan dalam dan luar negeri. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia .Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat.
Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah.Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.
Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.
Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam EkonomiGagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya.
Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.
P/S : kalau biaq kat umno/bn lagi 5tahun, alamatnya tidoq bawah daun pisang la kita rakyat malaysia. tak pun BN juai malaysia dengan rakyat sekali dekat negara zionis. pastu kita jadi hamba abdi. pemimpin bn melompat syok di negara lain...

Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEKS PULAK : HUDUH SUNGGUH PERANGAI UMNO/BN ...

KENYATAAN AKHBAR

Johari Abdul, MP Sg Petani from PKRSaya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya.
Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu.

Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.
Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu. Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini.
Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.2.

Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 4.
Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.
Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

P/S : dah la nampak huduh, makin huduh pulak perangai puak-puak umno/bn la ni. bukan isu nak menaik taraf hidup rakyat. tapi depa dok kalut kacau anwar. PM pun satu, mana pendidikan dia dapat tak tau, benda macam ni pun tak boleh pikiaq. ingankan bapa dia ja tak berapa reti, mai anak buat keja bodo...

yang rahim tambik perogol budak pun kalut nak join sekaki pulak. tuan penasihat yang makan percent haram. ang dah makan luar kat thailand dengan tok eskay (estacy) tu senyap2 sudahlah. dok cerita kat orang. biaq pi kat ang la nak makan puteri umno ka, puteri thailand ka, puteri FLOM big mum ka. peduli hapa... bodo tua ...

Thursday, March 10, 2011

ISU UMNO VS PAS, KENYATAAN MUFTI KENA ADIL

SEMPURNYA PARTI BERNAMA UMNO...

MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.
Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan?
Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya.


P/S : orang melayu islam di malaysia hormat pada ustaz. dengan mufti dan ulama apatah lagi. tapi kalau mufti buat kenyataan ikut sedap mulut, macam mana ni. ustaz kampung pun bleh jawab betoi ikut nas-nas al-quran. tapi mufti buat kenyataan yang bleh di pertikaikan. rakyat biasa tak dak hak tegur, mufti pandai-pandai la pikiaq sendiri...

DAH PENCEN TU..SUDAH-SUDAHLAH TOK DET ...

Mahathir adalah satu wajah yang paling hodoh yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang korup yang telah sedia hodoh iaitu Umno. Dia adalah contoh kelaku paling buruk terhasil atas daya usaha Umno memperbodohkan Melayu demi survival bangsa Umno.

Tetapi susuk bernama Mahathir ini bagai bernasib baik kerana hidupnya dikelilingi oleh para pak yet yang termakan budi yang sedia mati demi menjilat dirinya sehingga berkilat. Sekali lagi baru baru ini, Mahathir bagai digilap semula dengan terhasilnya buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad” yang sarat dengan dendam kesumat terhadap musuh musuh politiknya.
Mungkin salah silah keturunannya yang berliku yang tak ramai tahu itu, membuatkan lidah Mahathir begitu lincah berpusing memutar mutar ayat sehinggakan memaksa rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak dilihat untuk bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.
Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memecat Tun Salleh Abas, mengarah Operasi Lalang mahupun untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.
Seperti biasa, hanya bangsa Umno yang bodoh saja yang ternganga percaya karutan Mahathir ini...
p/s : kalau dah bersara tu sudah-sudahlah. orang tak kacau kita, kita tok sah la dok kacau orang. orang yang teraniaya pun kata dia dah ampunkan tok det. jadi, tok det dok hingaq buat apa lagi. contohilah pak lah badawi. lepas bersara dia dok diam-diam. buat rumah besaq, beli tanah banyak ( duit mai mana jangan tanya), pastu dok diam-diam ...

APA PANDANGAN BEKAS Y.B MERBOK ???

RAMALAN TUN DAIM
Daim zainuddin pernah menggemparkaN dunia politik tidak lama dahulu apabila meramalkan Barisan Nasional akan jatuh di lima negeri. Ternyata ramalan beliau tepat. Terbaru, beliau memberi pendapat tentang suasana polotik terkini:RATING FOT NAJIB IS GOOD BUT RATING FOR UMNO IS NOT GOOD
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin meluahkan pendapat beliau di dalam Malayisan Business yang terbaru bahawa pencakar langit Warisan Merdeka yang dicadang dibina PNB adalah tidak perlu.Kerajaan seharusnya menumpukan perbelanjaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat daripada keghairahan membina pencakar langit. Walaupun perbelanjaannya oleh swasta iaitu PNB tetapi rakyat merasakan mereka tidak memerlukanya.Menurut Tun Daim jika beliau ada sebanyak RM5billion seperti jumlah kos pembinaannya, beliau akan laburkan di England dengan perolehan pendapatan sebanyak 6% setahun bermakna RM300juta.“Saya tidak fikir pembinaan projek tersebut akan memberi pulangan yang sama sebanyak RM300juta malah saya boleh membina setiap tahun satu bangunan 20 tingkat” kata Tun Daim.
Berhubung dengan ura-ura untuk mengadakan PRU tahun ini Tun Daim berpendapat BN masih belum bersedia untuk menang kerana keserabutan politik di akar umbi masih belum selesai.Walaupun kepimpinan DS Najib dilihat agak memberansangkan tetapi prestasi BN khasnya UMNO masih diparas tercorot. ‘Rating for Najib is good but rating for UMNO is not good’, kata Daim.BN masih lagi gagal memenuhi kehendak asas pengundi dan harus kurangkan laungan dan slogan.
P/S : pandangan tun daim zainuddin, selalu tepat. mungkin pandangan terbaru ni buat najib lega sikit. tapi tak lega pulak bagi umno. kalau tun daim kata BN boleh menang besar kalau buat pilihanraya terdekat, konpom najib dah bubar parlimen. sapa boleh pujuk tun daim tukar kenyataan tak ???