Wednesday, February 24, 2010

JUTAWAN TERLAMPAU : PATUT LA DIA CEPAT KAYA ...

jutawan SMS video lucah ....


KL: Kehidupan mewah melampau seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu. Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah. Namun, kegiatan tidak bermoralnya itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kelmarin, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.
Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini bekerja dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dan dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan.



Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai pengurus sistem bagaimanapun mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan laluan talian itu selain pengetahuan dimiliki untuk menghantar tawaran membeli klip video lucah kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.
“Polis sebelum ini menerima beberapa aduan daripada pengguna yang terkejut dengan penyebaran iklan SMS berbaur seks secara meluas sejak setahun lalu. Susulan itu, polis cuba menyiasat dalang kegiatan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Usaha itu akhirnya berhasil apabila suspek dikenal pasti baru-baru ini dan difahamkan dia sebelum itu diambil tindakan pihak pengurusan syarikat yang menyedari kesalahan dilakukan selama ini,” katanya.

Difahamkan, pihak syarikat telekomunikasi berkenaan sudah memecat suspek sebelum laporan polis turut dibuat berhubung penyelewengan itu.
Menurutnya, suspek yang menyalahgunakan talian syarikat itu untuk keuntungan serta kepentingan diri sendiri mengumpul sehingga lebih RM11 juta hasil kegiatan lebih 16 bulan lalu. “Jumlah keuntungan diperoleh amat menakjubkan berbanding jumlah gaji diterimanya kira-kira RM4,000 sebulan. Malah, jika diambil kira secara purata, suspek mampu memperoleh hampir RM700,000 sebulan hasil kegiatan haramnya itu.
“Suspek ditahan di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya, tengah malam semalam (kelmarin).
“Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini (semalam) bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,” katanya.
Menurutnya, kejayaan terbaru polis itu membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat. (Sumber: Mymetro)


Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah.
Bagaimana klip vedeo lucah dalam internet. Kalau dalam kes penghinaan Sultan Johor boleh dicari hingga ke lobang cacing di Malaysia, takkan dalam kes klip vedio lucah di internet tidak boleh? Bersepah-sepah, budak-budak kecil pun boleh tengok. Tak boleh sikit pun? (AK)


komen suaramerbok: buat apa nak susah-susah pi cari kat intenet pasai benda tu. takde kaitan dengan UMNO/BN pun. x der faedah. bukan bleh datang untung kat UMNO pun kalu banteras benda lucah ni. tapi kalau kata kat depa, tak kira la inetenet ka, buku ka,blog ka,papan tanda ka, secebis kertas sekali pun.....mampuih hangpa depa cari sampai ke lubang arnab...

Monday, February 22, 2010

BANGUNAN APA NI? JADI SARANG SOSIAL ...











sekarang ini, heboh tentang masalah sosial. dari bab kutu rayau, bohsia, bohjan, pelacuran, rumah urut, taik judi,arak, couple sampai buang anak. boleh kata, ntah dah jadi apa-apa ntah dengan remaja kita pada hari ini. yang paling parah... 90% melayu. padan muka kita... sapa yang nak dipersalahkan? mak bapak kita? kawan-kawan kita? bos kita? ustaz? wakil rakyat? M.B ? P.M ?. aku pun tak tau. lu pikirlah sendiri. la ni nak buat lagu mana pun tak tau.

posting kali ni nak ajak pembaca semua pakat tengok kat S.P. ada satu bangunan dah jadi sarang sosial sekian lama. ramai buat dek jek? tak tau nak rujuk kat sapa. bangunan yang buat tak siap. berlokasi di belakang kompleks chayman. dulu namanya city point. la ni jadi pasaraya ceria. banguan ni terletak di belakang tu. dah lama wujud, dari zaman BN dulu lagi...

dah jadi sarang sosial remaja kita sejak dari dulu.la ni pun ada lagi. kalau pi merayau kat situ..macam2 ada. sampah sarap dan tin-tin kosong. daun terup? ada. botol arak? ada. kondom? ada. thai song? ada. boleh kata macam-macam ada. air kencing pun ada. habis dinding kat situ bau hancing. ntah keja budak mana tak tau. anak sapa pun tak tau. sekali sekali ada kesan bakar kat situ, kemungkinan buat hiburan apa ntah.

pemerhatian kat situ, rasanya dah lama tempat tu jadi pusat sehenti dan pusat sosial bagi remaja kat sungai petani ni. bukan tue saja, kat bilik dalam bangunan tu siap ada katil ngan tilam lagi. pelik ni? nak buat apa tilam ngan katil ni? faham-faham ja kot. ntah malaun mana dok buat keja tu. kalau ada kes buang bayi kat situ konpem tak bleh kesan punya. dengan tempat sampah banyak,bekas bakar pulak,bau bangkai lagi, bau hapak, tenggelam segala bau lain. nak rujuk kat sapa ni???

Tuesday, February 9, 2010

UMNO/BN NAK BELA ISLAM? JANGAN HARAPLAH ...


Utusan Melayu 10 September 1980
” Sebenar Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan kebangsaan yang sama sekali tidak berjanji dengan rakyat negeri ini untuk menjalankan hukum Islam yang berdasar Quran dan Hadis……… Kerajaan BN hanyalah kerajaan yang berjanji untuk menjadikan Islam sebagai ugama rasmi negara dan berjanji meninggikan ekonomi umat Islam selain dari memperkuat syiar Islam” (Rencana Pengarang).

Utusan Melayu 30 Oktober 1980
” Pemimpin-pemimpin UMNO hendaklah memberitahu rakyat dengan berani dan tegas bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan nasional yang progresif sifatnya, UMNO mesti berani berkata bahawa UMNO tidak bercita-cita untuk menukar perlembagaan dengan undang-undang Islam” (Rencana Pengarang).

Utusan Malaysia 4 Mac 1982
“…malah yang lebih mendukacitakan ialah ada di antara papan-papan tanda itu ditulis AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI. Perbuatan seperti ini adalah bertentangan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Panel Code dan Akta Pertubuhan…..” . (Ucapan Menteri Besar Kedah (ketika itu) di Kampung Peliang, Kedah).

Utusan Malaysia 9 Mac 1982
Kata Perdana Menteri :
”Kerajaan telah mengambil semua langkah perlu mengikut siasah semasa bagi melaksanakan undang-undang Islam di negara ini……….langkah-langkah ini diasaskan kepada sunnah Nabi, yang mana seperti kita semua tahu perlaksanaan hukum-hukum mengambil kira bukan sahaja hukum yang ditetapkan bagi sesuatu jenayah tetapi juga keadaan penganut Islam di masa tertentu dan perasaan perikemanusiaan”
”Bagi negara-negara yang penduduknya sepenuhnya hampir seratus peratus Islam, keadaan perhubungan politik dan dagang dengan negara asing juga mempunyai kesan terhadap perlaksanaan undang-undang Islam”

Utusan Malaysia 10 Mac 1982
”Dalam keadaan orang Islam adalah 50 peratus sahaja daripada penduduk sebuah negeri, perlaksanaan undang-undang Islam tentulah terpaksa mengambilkira siasah yang wujud…..yang pertama kemampuan…dan yang kedua soal keadilan” (Kata Perdana Menteri di Parlimen)
P/S: tu kenyataan lama dari pemimpin kita dulu. la ni pun ada lagi. tapi paper tak berani keluar dah. kena tapis dulu. kalau dak penat nak jawab di zaman intenet ni. depa cakap..depa nak kena tepis. kes naya depa ni. tapi apakebenda pun, jangan harap la UMNO/BN nak pertahankan islam. dari dulu sampai la ni. dari perlembagaan agama rasmi, hukum hudud sampai la kalimah Allah. dok pelingkup islam ada la. sapa nak jawab ni???

Ir. Nizar Tetap MB Perak Yang Sah : Ku Li

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”
Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR

Sumber : Perak Daily
P/S: tak faham ka...buat-buat tak faham? benda kerajaan ni. dok bawak pi mahkamah pun tak terpakai. hakim semua makan duit gaji ja. budak hitam tuh mampuih tak bubar DUN aihhh. janagan harap la. tambah-tambah plak mahkamah kata dia MB perak sah plak. lagu mana tu? MB PR kita taraf top engineer. ada IR lagi. MB Mahkamah title DR. tapi tak faham undang-undang. Sultan Perak pulak bekah Hakim Mahkamah. tapi negeri berkecamuk gak ni. negeri perak macam negeri mahkamah kot lagu nie yek???

Monday, February 8, 2010

Dah La Tu ! Cukuplah.. PAS Jangan Jadi BODOH Lagi..

enyataan YAB Tuan Guru Nik Aziz bahawa PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO hanya atas isu Islam sahaja telah digunakan oleh pemimpin UMNO untuk putarbelitkan kenyataan tersebut. memang benar, sejak dari dulu kala lagi PAS ajak UMNO berdebat atas isu Islam...Tapi UMNO menolak dan takmau kerana pada masa itu mereka kuat dan mantap.Sehingga UMNO pernah mengadakan DEBAT OLOK-OLOK. Satu puak berlakun sebagai ahli panel PAS dan satu puak lagi berlakun sebagai ahli panel UMNO. Depa memang takdak hujah jika berdebat dan berbincang dengan PAS atau isu Islam.
Kalau berdebat pun depa akan kalah.Dalam saat UMNO dan BN makin dibenci dan ditolak oleh rakyat, mereka sudah pasti akan gunakan apa saja isu untuk meraih sokongan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat. Mereka akan memperli dan menempelajk Pakatan rakyat dengan macam-macam ejekan. Mereka akan hentam PAS dan menuduh PAS tidak tetap pendirian. Mcam-mcm depa akan buat.Jadi, dalam saat seperti ini, sepatutnya pemimpin PAS jangan terpedaya dan terpengaruh dengan bisikan iblis dan syaitan ini. UMNO pandai mengumpan dengan tujuan untuk bagi PAS melatah.
Yang menjadi masalahnya masih ada dalam saf kepimpinan PAS yang dok gila nak jadi menteri dengan cara wujudkan gabungan Kerajaan Perpaduan.Sepatutnya apabila sudah termetri perjanjian dengan Pakatan Rakyat dengan ikrar untuk kukuhkan Pakatan Rakyat, bermak ruang dan peluang untuk berbincang dengan UMNO sudah tamat dan ditutup. Kenapa Presiden PAS masih terhegeh-hegeh lagi mau bicara dan bincang sama UMNO. Jangan layan ajakan dan perlian UMNO. Semua itu adalah mengarut. Sepetutnya fokus kepada hala tuju dan matlamat yang dijalin bersama Pakatan Rakyat.Isu yang UMNO timbulkan dengan bersandarkan kepada ketuanan Melayu sudah lapok dan basi.
Selama lebih 50 tahun UMNO dan BN memerintah, sepatutnya Melayu sudah cemerlang dan gemilang. Bukan lagi merempat dan merana mcm pelarian seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Dalam tempoh 50 tahun itu, UMNO sepatutnya sudah pulihkan Melayu dan angkat Melayu hingga ke mercu yang tinggi. Nampaknya UMNO telah gagal membela dan menjamin kesenangan kepada Melayu. Depa dok polok mulut dan perut sendiri saja. Masing-masing kaut dan himpun harta di atas kesusahan dan keringat Melayu sendiri.
Oleh yang demikian, Presiden dan kepimpinan PAS jangan terlalu kalut dan terhegeh-hegeh nak berunding dengan UMNO. Waktu ini waktu untuk kuburkan UMNO. Melayu boleh hidup senang tanpa UMNO kerana selama ada UMNO dan UMNO memerintah, Melayu tak pernah senang pun. Yang senang dan kaya adalah pemimpin-pemimpin UMNO.Ingatlah wahai Presiden PAS, jangan jadi bodoh dan mangkuk untuk kali kedua. Jangan sampai ahli dan pengundi PAS menentang PAS kerana telatah dan gila kuasa di kalangan beberapa kerat pemimpin PAS yang bergelar USTAZ dan Tuan Guru....
P/S : tak faham-faham lagi k pemimpin PAS yang 2-3 kerat tu. dok gila talak apa lagi. terhegeh-hegeh nak pi kawan nagn depa pasai pa? biaq keluaq PAS masuk UMNO la wei. buat semak dalam PAS buat apa. tergedik-gedik la nak pi kawan. tok sah dok pertikai kat media, blogger atau surat khabar. ramai ahli dah tau "niat suci hangpa" tu. cita-cita nak jadi menteri cepat. kan..kan..kan? malu-malu kucing pulak depa....

Sunday, February 7, 2010

PESANAN : Jangan Sampai Rakyat Meluat Pada PAS

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ?
Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti.
Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!MOHAMED HANIPA MAIDIN - KedahLaNie
P/S: nampaknya ada lagi bibit-bibit percintaan PAS - UMNO yang masih berbunga. ada lagi yang tak puas hati tentang kata putus lepas? sampai bila nie? kena buat EGM kot...

Wednesday, February 3, 2010

KES "SAMPAH" MASUK MAHKAMAH : 10 MISTERI KES ANWAR IBRAHIM ...


Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
1. Bukti asas tak dibenarkan
Menurut logic akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan. Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..
2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.
Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.
Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.
3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.
4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.
5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.
Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.
Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.
Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.
Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.
Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.
Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.
Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.
10 Misteri Kes Anwar II-Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper.Oleh: dewa
P/S : masalahnya bila kutip kes tepi jalan bawak masuk mahkamah. ntah sampah sarap apa ntah. ambik masuk mahkamah. peguam mengaji tinggi-tinggi tapi ambik kes lagu nie. banyak lagi kes dok ada, tunggu buat pa. buat malu kat orang ja bicar kes haprak lagu ni. kadang-kadang UMNO ni bijak juga. Timbulkan isu nama Allah dan dakwa Anwar dekat mahkamah, maka tumpuan pun beralihlah dari isu korupsi, isu pengkhianatan negara dengan menjual enjin jet pejuang kepada syarikat asing, isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, isu bakar gereja, isu pijak kepala lembu dan banyak lagi.

Tuesday, February 2, 2010

MERBOK@KEDAH : MKK VS JKKK ...

Dulu JKKK kini MKK. lepaih tu timbul pula JKKK(P). banyak sungguh jawatan kat dalam kampung la ni. lagu mana keberkesananya? sepatutnya banyak jabatan, jawatan dan majlis ni menguntungkan masyarakat, tapi awat jadi sebaliknya? sapa rugi sapa untung? JKKKP ka MKK ka, tau buat keja dak? ka dok melangut ja makan elaun? data-data penduduk ada dak tu?

bukan apa...jawatan tu sebenaqnya untuk menyenangkan keja Y.B. bleh la pakat-pakat tolong dia buat keja. nak tolong tempek tak payah la kot. JKKKP atau MKK kat kampung tengok sah berlainan fahaman. nak dok semeja jangan harap la. macam mana? bangsa sama kulit tu.tak payah kempen la pasai "1 malaysia", "1 negeri" pun susah. "1 daerah" pun payah nak jadi."1 kampung" pun kalau jadi kira ok dah. JKKKP tak pa la, depa duit banyak...duit kerajaan mak bapak depa punya. MKK mana nak cari? tengok pesan Exco dulu tu...
UCAPAN Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Haji Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi memberi nasihat sedemikian pada Seminar Pengukuhan Majlis Ketua Kampung / Ketua Komuniti Peringkat Daerah Kota Setar 2009 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar.
“Adalah menjadi tanggungjawab ketua kampung memastikan penduduk kampung bawah seliaannya tingkatkan pendapatan mereka bagi memastikan langkah membasmi kemiskinan dapat ditingkatkan."
“Kita (ketua kampung) boleh buat program dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan yang ada untuk tingkatkan pendapatan penduduk kampung."
“Kita juga perlu pastikan penduduk kampung khususnya, ambil peluang atas pembangunan yang kerajaan wujud melaui pelaburan yang dibawa masuk, industri, pekerjaan, jika tak ambil peluang ini, orang luar yang datang ke Kedah bekerja di sini, buat sewa rumah, buka kedai dan sebagainya."
“Kerajaan boleh buat perancangan, tetapi kita yang perlu ambil kesempatan ini, kita (kerajaan) tak bagi duit secara langsung, itu bukan cara kerajaan sekarang, kita nak bina rakyat yang berdikari, punya keupayaan sendiri, bersedia untuk bekerja daripada ekonomi negeri Kedah yang sedang membangun sekarang,”.
ketua kampung atau ketua komuniti yang merupakan pemimpin di akar umbi dalam sistem pentadbiran kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat tanpa menggira agama, bangsa serta fahaman politik, di mana sistem perlu demokrasi diamalkan.

SAMBUT TAHUN BARU CARA UMNO/BN DAN SEKUTUNYA ...







umno membuat sambutan tahun baru yang lalu di pantai tanjung dawai. dengan konsert hiburan sehinnga lewat malam. tanpa menghormati malam tersebut. di mana malam tahun baru adalah jatuhnya pada malam jumaat, tiada majlis kesyukuran ataupun bacaan yaasin, hanya hiburan semata-mata di sajikan kepada penduduk tanjung dawai. telah di ketahui remaja di situ majoritinya sosial, maka umno terus menggunakan cara tersebut bagi mengembalikan kealpaan mereka.
pada tanggal 12 tengah malam, bunga api di dipersembahkan bersama sorakkan hadirin. dari mana mai duit tu? duit umno ka? lu pikirlah sendiri. kos tinggi tu baiii. majlis di rasmikan oleh ketua umno bahagian merbok. ntah mana hilangnya kesyukuran kita, kesedaran kita dan keazaman kita pada malam itu. yang ada hanya keseronokkan seketika, kealpaan dan hpembaziran di saat ekonomi kita yang kian meleset.
P/S : kalau kat merbok yang lecik ni pun kita mampu buat pembaziran, macam mana la kalau umno buat peringkat negeri. kompon belanja juta. peringkat "1 malaysia" mestilah ratus juta. belanja? rakyat tanggung. sambutan tahun baru oleh umno peringkat bahagian (di tanjung dawai) mengalahkan sambutan tahun baru kerajaan negeri (di jam besar sungai petani). dari segi belanjanya, hiburannya dan pembazirannya... wow....

TAHUN BARU : MACAM MANA CARA PAS/PR BUAT SAMBUTAN ...








ketika sambutan tahun baru 2010 di dataran jam besar sungai petani. di rasmikan oleh ustaz azizan abdul razak, menteri besar kedah. bermula pada petangnya, malamnya dengan solat hajat dan berakhir dengan ceramah agama pada malam dan dendangan nasyid. majlis tahun baru di serikan dengan majlis agama dan hiburan yang sederhana. tahniah kerajaan kedah. "kedah sejahtera-nikmat untuk semua"

Y.B Ir. Khalid Samad (MP Shah Alam) - Penjelasan Terhadap Pertuduhan JK Disiplin

Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya.
Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO.
Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:

1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:
a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.
b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.
c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.
d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.

2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:
a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim.
Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR.
Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya.

Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti.
Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.WaLlahu 'Alam
drp: blog - Y.B Ir. KHALID SAMAD
P/S : terima kasih atas penerangan Y.B Khalid dengan penerangan penuh berkaitan perkara berkenaan. ramai tertanya-tanya hasil siasatan sebenar. di harapkan JK Disiplin tak ambil tindakan atas pendedahan "rahsia" ini. tapi tak tau la kot S/U Agong yang bertaraf professor serba tau yang cakap ikut sedap mulut dia ja. besaq kuasa dia. taraf "tauke".
bukan niat untuk menyokong atas apa yang di katakan Y.B khalid, tetapi di mana keadilannya? sorang kena sorang lagi terlepas. macam UMNO ja. ingat pengundi dengan penyokong PAs kat luaq tak tau ka? kami nampak weiii... tu la. Tuan Guru suruh buat EGM dulu tak mau. la ni buat keputusan ikut suka. tunggu hangpa. kami tak biaq aihh...

Monday, February 1, 2010

UMNO/BN @ JUARA RAKYAT + JUARA KELENTONG = RASUAH ...

Cukup rancak Umno kini menyerang Pakatan Rakyat dengan memberi gambaran bahawa PR sedang mengalami krisis keyakinan dan umpama retak menanti belah.
Tidak dinafikan wujud sedikit masalah seperti 'pendarahan dalaman' menurut Lim Kit Siang tetapi tidak sampai mengalami komplikasi.Isu melibatkan YB Khalid Samad, Dato Dr, Hassan Ali, Zuklifli Nordin dan beberapa ahli parlimen daripada PKR lebih kepada proses 'pendidikan' kepada PR. Tetapi apa yang berlaku kepada Umno-BN menyebabkan mereka sebenarnya dalam kepanasan.
Tengku Razaleigh secara terbuka berada di pentas rakyat bersama kerajaan Pas Kelantan, Khairy didesak secara terbuka melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyebabkan parti 'juara rakyat' cukup tertekan.Oleh itu tidak ada cara lain kecuali mengalih isu dan cuba menyogok wakil rakyat PR sama ada di parlimen dan Dun untuk berpaling tadah untuk 'memulih semangat' Umno-BN. Mereka tahu kalau mempelawa sekadar guna 'air liur basi' tak berkesan maka ratusan juta ringgit ditawarkan untuk wakil rakyat PR melompat parti. Dato Seri Anwar mendedahkan bahawa Dato Dr. Jamaludin Jarjis mengetuai komplot untuk menumbangkan PR. Siapa tak kenal JJ, bagi penduduk Rompin cukup mengenali beliau bahawa rasuah sudah sinonim dengannya untuk memastikan beliau kekal sebagai ahli parlimen Rompin.
Maka saya tak pelik tugas untuk 'membeli' wakil rakyat PR diketua oleh JJ. JJ cukup dekat dan rapat dengan Presiden parti juara rakyat. sudah pasti beliau bukan bertindak bersendirian kalau tak buat apa susah-susah perabis bil telefon untuk menghubungi wakil rakyat PR dari Amerika!Apa yang berlaku mendedahkan tembelang sebenar Umno yang bukan parti juara rakyat tetapi parti juara rasuah!
-angkasanuri.
p/s - PR kata kat BN, PKR kata kat DAP, UMNO kata kat PAS. la ni pakat dok lawan kata, lawan balas. lepaih tu pi repot kat balai polis. apekebende la politik kita. nak mintak rakyat bertenang, bertenang apa pakat dok bertumbuk kat atas. la ni pakat jaga periuk nasik masing-masing dulu la. buat PR rapatkan jemaah. buat PAS teruskanlah prinsip dan kepimpinan seperti dahulu. jangan keluar garisan. UMNO/BN tak pa depa banyak duit. mana-mana pun boleh dapat. nak beli orang pun boleh. dengan duit semua jadi. PR nak ambik duit mana? larat ahli dengan penyokong nak derma? cakap jangan sebarang cakap ...
ikutlah rentak tuan guru nik abdul aziz kita. cool jer anytime anywhere. tak kalut keluar kenyataan. tak kelam kabut jawab soalan. setiap kenyataan telah siap dengan jawapan balas. begitu matapnya jawapan mantik tuan guru. biarlah umno dengan caranya, bangsanya dan assabiyyahnya...jangan kita turut gedik dengan irama tarinya. tabik tok guru...

PAKATAN RAKYAT : Rakyat sedang menilai PAS !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat.
Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.
Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?
Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.
-HARAKAH DAILY.
P/S - merujuk kepada masalah kini yang berlaku dalam pakatan rakyat, sememangnya perlu di lakukan perubahan drastik. walaupun dalam umno parah, teguran patut di lakukan oleh pihak PR. tetapi kalau PR sendiri jalan tak betul, macam mana? apa masalah kita sebenarnya?apa sudah jadi? bukankah kita kini kita semakin menuju ke arah memerintah malaysia? 2/3 ahli parlimen BN telah berjaya di pertikaikan, perlukan sedikit sahaja lagi untuk ambil alih malaysia. tiba-tiba kita ada masalah dalaman. paling mengecewakan ia juga menjerut PAS ke arah kekusutan tersebut? mengapa?
yang jelas kini, PKR telah mencalarkan imej PR. parti tesebut dahulunya menjadi titik pertemuan PAS dan DAP. tapi kita ianya menjadi pencetus krisis perpecahan kepercayaan. bermula di perak, kedah dan kini ke pulau pinang. apa ni? wakil rakyatnya seolah-olah tiada tanggungjawab langsung. semuanya gara-gara pentingkan diri sendiri yang mencalarkan parti dan PR. jadi, dari terus meneruskan mengeluarkan kenyataan mengarut, lebih baik letak jawatan. begitu juga pimpinan tertinggi PAS, kalau ada agenda tersembunyi, baik letak jawatan. meluat kami tengok. keputusan yang buat ikut suka sedap mulut. nak jadi umno juga. bukan suara majoriti. termasuk lah pimpinan PAS kawasan dan cawangan. jangan dok cakap benda mengarut lah. cukup-cukup lah. rakyat dok meluat tengok. depa dok nilai.....