Saturday, October 31, 2009

PAS MERBOK : AWAT JADI LAGU TUE ???

kempen jom masuk PAS !!! telah di lancarkan dengan jayanya beberapa bulan yang lalu. katanya dan tujuan serta dasarnya untuk menambah ahli pas baik golongan mana pun. ntah berjaya...entah kan tidak....
tapi apa yang di lihat di disini, (rujuk merbok), perlancaran yang di buat di alor setar khasnya untuk seluruh negeri kedah. maka, pada dasarnya kawasan merbok termasuk sekali la kot. sebab merbok dok dalam negeri kedah. lagu tu la yang penulis faham. tapi kawasan merbok rilex kedai kopi ja. sapa yang pi cari ahli baru nie? sapa yang kempen? pas kawasan ka? muslimat ka? pemuda ka? semua rilex ja tengok. perlancaran buat lama dah... nampaknya terbenam macam tue la...

mai tengok keadilan plak, sampai hari ni tak habis dok cari ahli. maka ramai la yang masuk. geng muda saja dengar kata berkecamuk pakat masuk. berduyun-duyun. sejak dari kempen pilihanraya dulu sampai la ni. dah la masuk free, proses pun cepat. dengar kata sampai kena potosthat borang, pasai ramai sangat. walaupun wakil rakyat keadilan majoroti dok lena saja atas kerusi macam MP Merbok, dan ramai Y.B keadilan yang tak boleh harap pasai depa rajin melompat macam kat perak (katak osman jailu/jamaludin), kat kedah (katak radhi saleh) dan katak selangor ( badrul). tapi dari segi kempen masuk keadilan tetap mendapat sambutan.

tengok PAS, semua o.k jek. PAs FOR ALL pun dapat sambutan. tapi tak dak plak penambahan ahli baru macam keadilan. khususnya geng muda. tapi pusat dok kempen "orang muda geng kita". PAS Merbok lagu mana nie? tengok Pemuda MErbok macam "orang kami geng kami" tue yang Ketua Pemuda Baru jadi tajuk blog macam nie "KETUA BARU KAMI". aihhh..sakan aiih depa... geng depa ja. habih geng muda kat luaq yang dok tak tentu hala ala-ala mat rempit nie geng mana? keadilan dengan umno kot...

tengok umno, ntah mana duit rasuah dia dapat..dia bagi kat geng muda. minat motor, bawak konvoi..bagi sorang lima ringgit. nak kata geng mat rempit nie maruah rendah..tak patut sangat. tapi nak buat macam mana..yang tue ja depa bagi. tapi pastu, pakat masuk umno la geng tu. permohonan pun free. pastu waktu terdesak umno la nie. leh dapat duit tepi lagi. nak jawatan? anytime. depa jaga sunggub puak-puak muda. lagi geng muda merapu...lagi untung depa...

mai bab pas kawasan balik. macam-macam pecahan organisasi ada. tapi yang mana dok tolong kempen masuk PAS tak tau ka. takkan nak harap Y.B jugak kot. elok la tue..tambah lagi satu keja. jemaah PAS lain, tidoq. la ni ada yang komplen pasai pas kawasan lagi. ada yang daftar masuk PAS Merbok, borang tak proses langsungg. bila tanya kata ada kat cawangan, pastu setiausaha kawasan , pastu ada kat aloq setaq pastu tak tau pi mana. last-last hilang lagu tue ja. sapa dok buat keja lagu tue tak tau. buat habis dakwat pen ja isi borang. depa kata isi borang PAS, akan dapat sijil keahlian. tapi ada yang kata bertahun dah masuk tapi tak dapat pun. masalahnya, jemaah lama tue ok la dah lama berjuang. yang baru nak masuk lagu mana? yang tak masuk langsung apatah lagi. yang tak di kempen memang "out of services". yang nyata, yang bukan ahli dan rakyat biasa kawasan merbok nie ramai lagi yang tak daftar mengundi. dok riuh saja, mengundi dak. haprak betoi.....
pakat dok kempem "jom pertahan kemenangan". ntah nak pertahan apa tak tau. nak pertahan lagu mana pun tak tau. buat apa pun dah dak. jom pakat-pakat rilex. elaun masuk jugak ......

PEMIMPIN PAS : WAJAR CONTOHI Pakar Mantik AL-FADHIL Allahyarham UFN

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia.
Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu.
Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Tuesday, October 27, 2009

Cerita pasai UMNO Merbok : bergolak di dalam ???

Cerita pasai UMNO merbok nie banyak juga tak silapnya. Sejauh mana keberannya, biaq depa nilai sendiri. Penulis Cuma nak sampaikan apa yang rasa pernah dengar ja. Kalau salah betulkan, kalau betul, diam-diam sudahlah kot. Dengar kata ketua bahagian yang menang hari tue, datuk tajul urus masih tidur tak lena sampai la ni. Macam mana nak lena, banyak plan tak jadi ni. Dulu nak bagi kroni bertanding kat DUN bukit selambau, heboh satu Malaysia, last-last tak dapat jugak. Pastu plan nak tumbangkan kerajaan PR kedah, habis pujuk orang siap jumpa lagi dekat lagenda height nun, tapi tak jalan jugak.

Lepas tue, ada plak suara dalaman dok kacau. Menang ketua bahagian dulu pun sebab rasuah orang. Syarikat Singapore mana tak tau bagi duit. Dengar kata asti holding milik orang asing. Betul la kot. Tengok nama dalam intenet kat syarikat tue ada. Tak pa lah, janji kaya. Pediuli apa duit mai mana pun. Ni ada plan baru lagi dengar kata, tapi ada orang bawah tak sebulu plak. Ada ja yang tak kena. Nak buat projek sorang, bahaya. Sat lagi tertonggek sorang-sorang.


Ketua penerangan kawasan yang baru, tauke Zuffa. Dato`gak nie. Macam-macam program yang disusun untuk merampas semula kedah. La nie tengah rapatkan diri dengan golongan muda kawasan. Belia satu suara la, rakan belia la, macam-macam. Maka digerakkan kanlah pemuda umno bahagian, dengan kelab keta kancil, kelisa sungai petani nun. Siap kempen dalam paper metro lagi. Baguih gak tue. Tapi macam tak sependapat gak dengan ketua bahagian. Yang sorang kalut cari duit poket, yang sorang nak ambik hati pemuda. Susah gak nie. Rancangan ketua penerangan memang relevan, think thank UMNO bahagian mungkin di wujudkan untuk merancang rampasan jangka panjang parlimen dan DUN Tanjung Dawai. Pemuda yang berkelulusan master dan degree akan dikumpulkan untuk mendapat pandangan. Bukan susah sangat, dengan duit semua bleh jadi aper. Nak jawatan pun bleh dalam parti. Tak lama lagi ada harapan bleh jadi ketua bahagian. Yang la ni dah dekat pencen dah. Berapa penggal lagi nak tahan. Pengalaman Dulu dalam keadilan pun dah duduk puncak dalam tempoh kejap jek. Yang ni harapan lagi tinggi. Tambahan jadi orang kuat ketua perhubungan umno negeri.


Setiusaha bahagian yang di lantik dahulu dengar kata dah letak jawatan. Tak tau pasai apa. Mengejut plak tue. Ada yang tak kena ka? Bukan saja jawatan setiausaha bahagian dia letak. Jawatan JKKP kg belau pun letak sekali. Dengar kata nak tumpu keja jadi kontraktor. Baguih gak tue. Tumpu keja. Tapi bahagian pinjaman TEKUN pun letak jawatan, sakan nie. Ini maknanya sudah mendatangkan marah nie. Semak punya semak, orang dalam kata beliau kecewa. Kita dengar pun kecewa. Dsengar cerita macam nie. Anak bekas setiausaha dulu banyak buat keja dan kebajikan dalam umno. Malah orang kuat kepada dato` abdul rahim baling, ketua putera umno nun. Banyak keluar belanja waktu pilihanraya dulu. Setiausaha kerja keras membantu ketua bahagian merbok la ni. Tup-tup, baling umno kalah, terus anak beliau jatuh sakit. Sampai kini. Umno/BN tengok jek. Buat tak tau. Layan pun tak. Sedangkan beliau anak-beranak pejuang kuat dalam umno/BN. Tetapi tidak dipedulikan UMNO/BN bahagian. Nampak sangat puak umno nie nak panjat orang jek. Pastu buat muka tak bersalah. Sampai hati hangpa pemimpin umno. Tak patut sungguh.


Puteri umno bahagian merbok plak cerita lain. Tak cukup dengan citer ciput-ciput yang tak elok. Mai cerita lain plak. Ketua puteri yang top mengetop la ni dah jadi naib ketua puteri Malaysia. Kejap jek leh naik. Tak lama lagi ketua puteri umno Malaysia la tue. Dulu kontroversi sakan dengan bekas MB kedah UMNO/BN dulu tue, last-last menang juga. Lagi sakan plak tue. La ni dia pegang JKM sungai petani sekali. Sakan aihhh. Tak cukup dengan tue, kompleks jeti semeling bernilai lebih RM 5 juta, dia juga yang pegang. Siap bisnes keluarga lagi. De jeti lapan beradik. Dengan kedai tiga pintu di sungai jagung kat highway baru nu. Hui....untung oii muda-muda masuk umno, murah rezeki. Naik iri hati aku tengok orang kaya cepat macam nie. Bertuah sungguh...

Cerita pasal PAS merbok : apa masalahnya ???

Seperti mana dalam pengetahuan penulis, PAS merbok kini sedikit sebanyak agak lesu. Apabila tengok kepada PUTIM merbok yang dulunya amat meriah dengan pelbagai program kini terbiar sepi. Ntah kenapa. Mana perginya pas kawasan, mana perginya sayap utama parti, mana perginya aktiviti pemuda dan muslimah. Kalau dahulunya semuanya berkobar-kobar semangat. Apa yang amat mengecewakan selepas kemenangan ini. Susah payah PAS dan penyokong serta amanah rakyat di berikan kepada PAS DUN Tanjung Dawai, tetapi kini terbiar. Mengapa tidaknya.....

Jika di lihat kini, hanya Y.B Dr. Hamdan saja bersama 2,3 orang yang pulun buat keja. 2,3 kerat yang di maksudkan ialah en. Elias yang sering bersama Y.B serta pn. Rumiza di pusat khidmat wakil rakyat. Serta driver Y.B en. Nasrol yang kelihatan bersama Y.B kita. Bukan yang lain tidak mendampingi, tetapu seperti langsung tidak bersama Y.B. pusat khidmat seperti tidak berfungsi. Pada hakikatnya, pada masa ini, PKWR seharusnya di uruskan oleh setiausaha kawasan yang di lantik menguruskan permasalahan yang ada di DUN Tanjung Dawai. Tapi langsung tak ambik tau. Y.B yang kini merangkap exco serta orang kuat menteri besar serta di pertanggungjawabkan pelbagai tugas termasuk DUN angkat sememangnya tidak mampu di pikul seorang. Orang PAS yang lain buat apa? Cakap pandai ja. Dulu kalut sangat nak DUN, la nie buat la keja. Cakap pandai apa lagi. Mengarut tak tentu pasai...

PAS kawasan merbo punyai jawatankuasa yang luas. Pelbagai sayap ada. Pemuda ada, muslimah pun ada. Tetapi berapa kerap sangat yang tolong Y.B kita yang sorang nie. Memang la dia doctor, tapi tak boleh buat sorang. Bukan mengharapkan pertolongan seratus peratus, tetapi sekurang-kurangnya tolonglah setakat yang mampu. Nie tidak, siap kutuk lagi kay Y.B nie. Mintak macam-macam, tak dapat merajuk. Kalau berminat sangat berada dalam jemaah PAS, itu maknanya berminat berjuang dengan PAS,serta sanggup meluangkan masa untuk PAS. Dah menang dalam muktamar buat la keja. Ni dok kalut buat keja lain pasai apa... bukan tak boleh buat keja untuk periuk nasik, tapi kalu guna kedudukan untuk buat periuk nasik...itu haprak namanya...
Y.D.P PAS kawasan yang menang hari tu, berturut-turut lagi. Tak dak perubahan pun tengok. Makin menjadi ada la. Bila jadi ahli majlis MPSP, tengok gah semacam ja logo mpsp depan no plat keta dia. Senyum pun susah. Pastu tengok bisnes makin meningkat naik. Melonjak-lonjak lagi.dapat kontrak merata. Dengan keranda pun dapat projek. Sakan sungguh. Dapat kedudukan dalam PAS, tapi macam pi arah lain. Dengan Y.B tak back-up langsung. Tapi Y.D.P. Y.B kita ni timbalan Y.D.P ja tak silap. Cakap lain..buat lain nie... tak dak sumbangan kat PAS kawasan pu tengok.
Yang setiausaha pun tak jalan ja. Mesyuarat kerap. Tapi jadi lagu mana tak tau. Dulu ceramah berapi kutuk UMNO/BN, bila PAS menang, dapat jawatan macam tak reti buat keja. Bungkuih la macam nie. Dok keja bagi kuliah kat masjid dengan surau ja, kempen PAS tak habis-habis lagi. Bila nak buat keja nie. PAS menang pun dok kempen lagi. Lama-lama orang sakit telinga. Nak cakap depan, orang kata lawan orang tua-tua. Cakap belakang orang kata kutuk. Habis tue nak buat lagu mana nie? Lu piker lah sendiri....

Pemuda pulak dengan cerita lain pulak. Yang menang muktamar geng2 ustaz. Bila tazkirah semua hebat belaka. Banyak yang haram. Boleh kata, kalau okut betul-betul dasar pemuda PAS bagus. Depa kata tengok kat jalan pun tau yang mana pemuda pas, yang mana pemuda umno. Bak kata pepatah, imej pemuda pas memang baik sungguh. Huiii....sakan tue. Itu atas kertas keja la. Macam kontraktor kelas F nun, tengok spesifikasi keja bagus, tengok hasil keja ntah hapa-hapa. Nak komplen tak patut sangat, depa kata dok luar jemaah pandai cakap la. Mai masuk join sekali. Nak join lagu mana, kita bukan ustaz, aliran pendidikan secular. Jangan harap la nak bercakap. Sapa nak bagi muka. Sori sikit. Hanya yang Berjaya dalam jemaah ja bleh cakap geng. Dapat jawatan, semangat berkobar-kobar nak berjuang, tapi jadi lagu mana tak tau. Bisnes radix makin meningkat, income dekat ratus ribu. Labur merata. Orang rumah bertambah. Keta makin sakan. Rumah pun lawa. Rezeki katakan. Sakan depa. Habis cawangan join jadi downline. Orang lain, nganga. Perjuangan dulu yang di laungkan, ntah pi mana tak tau.

Itulah luahan hati seorang pengundi. Nak kata sakit hati tak patut sangat. Nak kata benci tak elok. Nak kata kecewa, betul kot tue. Penat kempen, la ni jadi lagu nie. Yang kesian kat Y.B kita dengan 2,3 kerat yang terus berjuang siang malam membawa nama PAS di DUN Tanjung Dawai ni. Dah la keja banyak, tidur tak cukup, makan tak tentu hala, tak cukup dengan tue, orang kuat tak mau tolong, siap cakap-cakap belakang plak. Awat, kalau orang professional macam Y.B kita nie, ustaz tak mau tolong ka. Penulis rasa, kalau Y.B kita nie orang Parti Keadilan dah lama jadi calon bebas dah. Takpun letak jawatan.Senang, tak payah pikiaq banyak. Buat pening ja. Sebab calon PAS dan komitmen tinggi, Y.B kena terus juga. Bukan makin senang, Makin susah nampaknya. Bersabar ja la Y.B. 3 tahun lebih ja lagi. Kalau Y.B UMNO/BN tak pa la jugak, dah lama dah jadi kaya. Tengok Y.B UMNO/BN yang dulu-dulu, Y.B rosnah majid siap ada rumah dengan keta baru, adik beradik pun dapat rumah baru. Y.B datuk arzmi bauk dulu pun ada keta baru, rumah lawa, tanah berlambak. Y.B rokiah dulu, siap V6 lagi, rumah renovated, jawatan ada lagi sampai la ni jadi pengarah peladang. Sakan depa.

CERITA MERBOK: ADA APA DENGAN PAS – UMNO



Terdetik di hati kecil untuk mengungkap apa yang terpikir pasai PAS dan UMNO khususnya di merbok. Walaupun hanya hak sebagai pengundi berdaftar dengan SPR dan hanya mampu mengundi sekali sahaja undi nilai satu undi untuk 5 tahun sekali.
Nak masuk muktamar tak layak, nak masuk pemilihan duit tak dak nak bagi. Abis tue, status rakyat biasa nie layak guna macam nie jer lah. Namun. Ini mungkin pendapat peribadi penulis yang hanya berdasarkan pengetahuan semasa dan masih lagi muda dan mentah tentang politik.....
Bagi PAS yang memenangi pilihanraya di DUN Tanjung Dawai, yang sekian kalinya berlaku selepas 50 tahun Malaysia merdeka, dan bagi UMNO/BN yang buat kali pertamanya kalah di DUN Tanjung Dawai dan Parlimen merbok setelah menjadi kawasan putih selama 50 tahun hilang pengaruhnya.
Tapi, situasi pilihanraya 13 mungkin berubah, bilamana di parlimen merbok, wakil rakyat keadilannya hanya duduk lena saja di kerusi empuknya dan DUN Tanjung Dawai yang hanya membiarkan wakil rakyatnya seorang diri membuat kerja. Geng UMNO/BN telah lama menyusun strategi baik di DUN, Parlimen dan merampas negeri kedah.

PERCANGGAHAN PENDAPAT PAS – UMNO



Semenjak ini media masa sibuk membuat liputan tentang perpecahan dalam PAS kononnya. Walaupun PAS menafikannya, namun sebenarnya ada juga betulnya.
Sama saja dengan UMNO masalahnya. Cuma di besar-besarkan apabila berlaku dalam PAS. Jika pada blogger pro-PAS (mutaligat, cina islam, kedah la ni dan etc) memang wujudnya pertembungan pendapat dalam PAS. Begitu juga dalam UMNO, blogger UMNO (parpukari, nobisha,mummy rokiah,brave heart dan etc) juga memaparkan kepincangan dalam UMNO. Kesimpulannya, masalah politik PAS dan UMNO sama saja.

Pendapat Tuan Guru Nik Aziz

Pada pandangan peribadi saya, insan kerdil yang baru belajar mengundi di saluran 3 ini, pendapat Tuan Guru, ada betulnya. Walaupun ada pihak menyatakan ianya di pengaruhi oleh Hussam Musa ( tidak bergelar ustaz), namun ianya ada benarnya. Begitu juga pandangan Pror. Dr. Aziz Bari ( golongan professional- bukan ustaz). Nampaknya perkara ini ketara kelihatan selepas muktamar pemilihan dulu. Husam musa awal-awal lagi di tolak. Yang memang semuanya geng2 al azhar dan bergelar ustaz. Jadi, tergelar lah bahawa PAS masih di pimpin oleh ulama. Ntah la... geng professional lekat ciput jek. Tu pun jawatan tak penting sangat.

Lepas tue, wujud la plak golongan nak bekerja sama dengan UMNO tue. Walaupun di tegas kan tidak akan berlaku. Tapi ada juga puak-puak kecil yang buat jugak. Maka, terungkai lah kata-kata apabila keluar sendiri daripada mulut ustaz nasharudin dan dato` Hassan ali bilamana perkara tersebut terus di mainkan oleh media. Sejauh mana benarnya, entah lah. Kalau betul, kecewalah orang-orang kuat PAS. Ada yang kata kalau jadi kerajaan perpaduan nie, tok guru hj hadi bakal jadi timbalan perdana menteri la kot. Ustaz nasha jadi menteri di jabatan perdana menteri, pastu dato Hassan ali jadi menteri pelajaran, datuk mustapa ali jadi timbalan menteri mana-mana yang patut. Kalau macam tue untunglah kot. Tapi....... setahu hati aku yang masih mentah lagi, UMNO nie dia guna kejap jek, pastu bila dia senang, dia tendang la macam anjing kurap nun.....

Sunday, October 25, 2009

KAMI SOKONG TOK GURU .....

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Kategori: Isu Semasa


Latarbelakang:Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:


“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)Apa isunya? Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009