Saturday, August 15, 2020

Laporan KLUSTER SALA DI KEDAH

 


KLUSTER SALA DI KEDAHKKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikesan di Daerah Yan, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9148) adalah lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020.

 Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9148).Sehingga 15 Ogos 2020, 80 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah ini: 4 kes dikesan positif COVID-19 manakala 76 individu masih menunggu keputusan.


Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment