Wednesday, December 25, 2019
Dong Zong patut ikut majoriti, ini cakap Melayu tak lepas
OLEH AINUL ILLIA MEOR SUZURUDIN
PERTUBUHAN RASIS TENTANG JAWI TAKUT IDENTITI MELAYU DITERAPKAN PADA PELAJAR
BANGI – Punca sebenar pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong menentang habis-habisan usaha kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah vernakular kerana mereka takut unsur identiti Melayu diterapkan kepada pelajar.
Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yakin pertubuhan rasis itu tidak mahu sebarang perkara termasuk pengenalan tulisan jawi mengganggu proses ‘pencinaan’ di sekolah vernakular.
“Bila jawi diperkenalkan bermakna akan masuk lagi unsur identiti Melayu dalam silibus. Mereka tak mahu perkara ini berlaku.
“Mereka tak mahu belajar asal usul sejarah negara ini. Mereka tak mahu kaji asal usul Tanah Melayu. Mereka lebih perjuang hak kaum daripada negara,” katanya dalam rancangan Kerusi Panas yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.
Beliau berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan terbesar pertubuhan rasis berkenaan kerana sepatutnya sebagai minoriti, asal usul negara yang didiami perlulah difahami dan dipelajari dengan baik.
“Sepatutnya mana-mana minoriti di negara lain berasimilasi. Nak tak nak kita kena fahami majoriti. Tapi puak ni tak nak fahami Melayu. Ini mereka bercakap pun bahasa Melayu pun tak lepas.
“Tak cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Patutnya mereka kena faham orang Melayu, tak banyak pun, sedikit,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia sangat pelik kerana kerajaannya lebih ‘tunduk’ kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Walhal, pada hakikatnya, keputusan kerajaan mengikat, NGO tidak boleh mengikat, katanya.
“Kuasa bergantung kepada kerajaan. Setiap arahan kerajaan mesti dipatuhi, tetapi mengapa sekolah kerajaan yang tentukan adalah Dong Zong dan Jiao Zong. Hatta kemasukan guru Melayu di sekolah Cina, ditapis mereka.
“Dia boleh bagi surat ke PPD minta tukar guru besar di SJK(C) Puchong kerana mereka tak suka guru besar dan guru besar berkenaan ditukar. Nampak tak betapa besarnya pengaruh Dong Jiao Zong ni.
“Kita berada dalam situasi politik sebegini. Pembinaan negara dalam negara. Ini sangat berbahaya. Tidak boleh dibiarkan. Sebab itu saya minta, kerajaan bertindak,” katanya.
Justeru, beliau menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengharamkan pertubuhan ini kerana mereka sudah terkeluar daripada norma sebagai sebuah NGO.
“Haramkan pertubuhan ini. Pemimpin yang sokong, tarik kewarganegaraan. Kita nak bina negara ke kita nak bina bangsa? Sekarang komunis sedang bersarang di Kajang, saya minta dari dulu lagi pantau institusi pendidikan, teliti silibus mereka. Apa guru mereka ajar. Adakah proses pendidikan itu melahirkan orang orang seperti ini lagi.
“Kita sudah tidak ada banyak masa, sepatutnya kita matang dah nak melahirkan anak bangsa. Sepatutnya dah lama ‘selesai’ dah dalam isu ini kerana sudah 60 tahun merdeka. Tapi kita masih tarik tali,” katanya.
MCA tunjuk taring, pertikai pula program dakwah di universiti
OLEH SITI HAFIDAH ABD GHAFFAR
PARTI PERKAUMAN JADI 'LEBIH DAP DARI DAP' SEJAK MENANG TG PIAI
BANGI – Sejak memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, MCA bagai mendapat ‘nafas baru’, malah menjadi lebih cauvinis dan Islamofobia, kata Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.
Beliau berkata demikian selepas Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membangkitkan isu kebenaran yang diberikan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membuat program di universiti dan sekolah.
Terdahulu, Ka Siong mendedahkan surat KPM kepada semua pengarah pelajaran negeri mengenai aktiviti Rakan Siswa Yadim untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah, politeknik, kolej komuniti, universiti awam dan universiti swasta terpilih.
Presiden parti perkauman itu turut mempersoalkan mengapa penyebaran agama dicampur adukkan di sekolah.
Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin berkata, MCA bangkit dengan semangat mahu menjadi ‘lebih DAP dari DAP’ bagi memenangi hati orang Cina.
“Terlalu banyak isu dan kontroversi yang dibangkitkan MCA selepas PRK Tanjung Piai seperti isu jawi, UEC, pilihan raya PBT dan sebagainya.
“Terkini, presiden MCA mempertikaikan pembabitan ‘Rakan Siswa Yadim’ ke dalam universiti dan sekolah-sekolah dengan menuduhnya sebagai Islamisasi.
“Pertama sekali, salahkah sebarang usaha Islamisasi di Malaysia? Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Islam sebagai agama bagi Persekutuan? Bermaksud Malaysia adalah negara Islam,” tegas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yakin sekiranya Yadim masuk ke sekolah vernakular, ia adalah lebih berpeluang untuk menjelaskan keharmonian Islam, menjelaskan salah faham terhadap Islam supaya tidak ada elemen kebencian kepada agama itu.
Bahkan tindakan itu juga sekali gus menangkis Islamofobia, bukannya untuk menukarkan agama pelajar Cina kepada Islam, tegas beliau.
“Justeru, mengapa Ka Siong membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji tujuan dan motif pihak KPM mengeluarkan arahan demikian?
“Adakah beliau hanya mahu menghasut masyarakat Cina dengan menggunakan Islamofobia? Ini nampaknya serupa seperti taktik dan modus operandi DAP sahaja.
“Saya sama sekali tidak menghalang mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan MCA tetapi perlulah kita bertegas supaya jangan yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran,” kata Haji Aminuddin.
Dong Jiao Zong digesa hentikan polemik anti-Jawi
Oleh MALAYSIA DATELINE
Pemuda AMANAH Terengganu menggesa Pertubuhan Pendidikan Cina, Dong Jiao Zong supaya menghentikan polemik berkaitan pembelajaran Jawi yang diperkenalkan kerajaan.
Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, pihaknya kesal hingga kini, Dong Jiao Zong terus menerus dengan sikap anti-Jawi sehingga terbabit menganjurkan satu himpunan bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran Jawi di sekolah vernakular.
Ujarnya, walaupun didedahkan hanya tiga muka surat yang sekadar memperkenalkan tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia, ia seolah satu kejutan besar buat sebuah Pertubuhan yang berusia 65 tahun itu.
Tambahnya, ketakutan melampau Dong Zong kepada tulisan jawi yang merupakan khazanah warisan nusantara adalah bertentangan dengan usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
“Tindakan Dong Zong tidak lain hanya akan menimbulkan lebih banyak kemudaratan terutama dalam hal perpaduan kaum dalam negara. Api api perkauman akan terus dimarakkan dan seterusnya prasangka dan curiga antara kaum dalam negara akan semakin meruncing,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, Pemuda AMANAH Terengganu cukup kesal dan turut mengesa sekiranya himpunan anti jawi tetap diteruskan, kerajaan perlu mengkaji kembali keperluan Dong Zong menjadi pertubuhan yang sah disisi perlembagaan.
Sebelum ini, kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jia Zong mengumumkan akan mengadakan kongres anti-Jawi yang dijadualkan pada 28 Disember ini.
Namun tindakan Dong Zong dan Jia Zong itu mendapat bantahan dan kecaman daripada pelbagai pihak.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/dong-jiao-zong-digesa-hentikan-polemik-anti-jawi/
AWAN gesa kerajaan pertimbang semula penamatan bayaran insentif perkhidmatan kritikal
SITI NUR ZAWANI MISCON
Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penamatan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.
Pengerusi Biro Kesihatan AWAN, Dr Hafidzah Mustakim, berkata, hal tersebut perlu dipandang serius ketika sektor kesihatan berhadapan pelbagai masalah yang belum diselesaikan termasuk isu pegawai perubatan kontrak.
Tambahan pula katanya, rakyat termasuk penjawat awam dihimpit dengan cabaran kehidupan termasuk dalam bidang ekonomi dan kewangan.
“Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan alasan bahawa 33 sektor yang dahulunya dikategorikan sebagai perkhidmatan kritikal, kini tidak lagi tersenarai dalam kategori berkenaan.
“Namun, hakikatnya pekerjaan yang mereka lakukan selaku doktor dan perawat di sektor kesihatan adalah begitu kritikal sekali.
“Dengan penambahan bilangan pesakit di fasiliti Awam Kementerian Kesihatan Malaysia, ia meningkat 4.5 kali ganda bersamaan 445 peratus kepada 77 juta daripada 17 juta orang dalam tempoh sedekad (2008-2018).
“Sebagaimana yabg diumumkan dalam Parlimen baru-baru ini, kita boleh membayangkan beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh para doktor baharu yang bakal merawat pesakit kita,” jelas Dr Hafidzah dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, elaun perkhidmatan kritikal yang diberikan kepada penjawat awam di 33 sektor kritikal sejak 1992 baru-baru ini, telah dinilai semula.
Dalam penilaian semula tersebut, elaun sebanyak RM750 dihapuskan untuk doktor dan pensyarah perubatan, doktor gigi dan Pensyarah Farmasi yang baru diambil berkerja bermula tahun hadapan.
Dalam pada itu, Ketua AWAN Kelantan itu menyifatkan pemotongan elaun tersebut secara tidak langsung akan mematahkan semangat mereka bekerja dalam persekitaran yang sedia mencabar.
“Justeru, AWAN Nasional menggesa agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan penamatan pemberian elaun ini atau sekurang-kurangnya menggantikannya dengan satu bentuk elaun lain yang setara,” ujarnya lagi.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/awan-gesa-kerajaan-pertimbang-semula-penamatan-bayaran-insentif-perkhidmatan-kritikal/#more
KL Summit 2019 gagal tetapi berjaya mengirim motif tersendiri
ULASAN
NIAT yang baik itu kalau pelaksanaannya tidak baik atau sambutannya tidak memuaskan ia tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Tidaklah ia merugikan tetapi tidak menguntungkan.
Begitulah perihal Sidang Kemuncak KL 2019 (KL Summit 2019) yang mula berlangsung 19 Disember dan akan berakhir hari ini.
Sidang itu semacam ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan ia seperti tidak beraura tinggi. Tidak ada umpp. Kenapa?
Antara tujuan utama sidang itu diadakan untuk menyelesaikan beberapa isu yang berlingkar dalam dunia Islam waktu ini, khasnya Islamophobia dan isu keganasan.
Sidang itu bukan bertujuan membincangkan soal agama tetapi soal dan masalah ummah Islam.
Sidang itu merupakan edisi ke-lima diusahakan atas kerjasama NGO dengan kerajaan Malaysia yang disokong oleh empat buah negara, selain Malaysia, Indonesia, Turki, Qatar dan Pakistan. Keempat pemimpin negara ini sangat dinanti-nantikan kehadiran mereka.
Bagaimana pun ia tidak berlaku begitu. Presiden Pakistan dan Indonesia tidak hadir. Tanpa kehadiran dua presidennya ia kelihatan seperti cacat.
Mungkin tanpa kehadiran Raja Salman Abdulaziz Al Saud, tidak menjadi masalah kerana beliau sudah tidak menunjukkan minat. Tetapi tanpa kehadiran Presiden Joko Widodo dan Imran Khan sesuatu yang dimusykilkan.
Pembesar negara yang hadir, adalah Presiden Turki Tayyip Erdogan, Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Iran Hassan Rouhani.
Jika tidak silap kehadiran Erdogan ke Malaysia adalah pertama kali, justeru ada suara nakal mengatakan beliau hadir bukan sangat untuk menyertai sidang itu tetapi lebih untuk mengambil peluang berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang menjadi rakannya di negara kelahiran Anwar sendiri.
Seperti mana disebut sidang itu akan membincangkan tujuh teras utama;
1. Pembangunan dan kedaulatan,
2. Integriti dan tadbir urus yang baik,
3. Budaya dan identiti,
4. Keadilan dan kebebasan,
5. Keamanan, keselamatan dan pertahanan,
6. Perdagangan dan pelaburan,
7. Tadbir urus internet dan teknologi.
Sidang itu diharap akan dihadiri 450 para perwakilan terdiri daripada cerdik pandai dan intelektual daripada berbagai aspek dari seluruh negara Islam dan mendapat liputan kira-kira 800 orang wartawan dalam negeri dan asing.
Tanpa kehadiran dua buah negara tunggak itu, Pakistan dan Indonesia yang menimbulkan sedikit persoalan. Walaupun kedua negara itu menghantar wakil mereka (Duta) tetapi ia menjadi cacat. Berbagai tafsiran boleh dibuat, apakah sidang itu tidak mendapat persetujuan (komitmen) penuh negara berkenaan?
Presiden Pakistan, Imran Khan yang dijangka akan hadir membatalkan niatnya tanpa memberi alasan yang kemas. Bagaimana pun ia dilihat ketidak sediaan Imran Khan datang itu apabila Raja Salman daripada Arab Saudi awal-awal menyatakan tindakannya tidak hadir.
Raja Arab Saudi itu tidak hadir dikatakan apabila Qatar negara yang sedang berkrisis dengannya turut sama dijemput. Kehadiran Sheikh Tamim Hamad Al Thani itu menjadi penghalang buat Raja Salman untuk hadir.
Dalam hal ini Malaysia atau pihak penganjur serba salah menerima keadaan itu. Tindakan Raja Salman itu sekaligus menjadikan usaha sidang Kemuncak itu untuk menjadi pendamai kepada negara bermasalah gagal. Sebagai negara berpengaruh di kalangan negara Islam dengan kedudukan Baitullah di Makkah tanpa kehadiran itu persidangan itu tempang.
Tentunya hasrat Dr Mahathir untuk mempertemukan dua pemimpin itu dalam satu forum bagi kemungkinan mencari titik perdamaian gagal.
Imran pula mengambil sikap itu kerana Pakistan memerlukan kepada bantuan Arab Saudi untuk negaranya walaupun kepentingan tujuh teras dibincangkan dalam Sidang Kemuncak itu penting. Di sini menunjukkan kuasa kewangan (material) itu lebih penting daripada kepentingan lain.
Yang tidak difahami kenapa sidang itu ikut sama dipandang sepi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo. Kehadiran Jokowi penting untuk memberi semangat dan menunjukkan kesatuan kerana negara itu merupakan negara umat Islam teramai di dunia. Lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara tetangga Malaysia, kehadirannya memberi signifikan tersendiri khasnya buat Malaysia.
Barangkali terlalu melampau kalau dikatakan sidang berkenaan dan hasrat murni yang tertanam dalam diri Perdana Menteri Malaysia daripada forum berkenaan tidak berhasil. Namun apabila ia tidak melibatkan dua negara tunggak Pakistan dan Indonesia, menyebabkan sidang itu sebagai cacat.
Tidak dapat dinafikan, impian besar ditadahkan oleh Dr Mahathir menerusi forum berkenaan adalah untuk maslahat ummah yang tidak lari dari bersifat politik. Apa yang tertunjuk, walaupun Malaysia negara kecil tetapi ia sedia dan sanggup menjadi tuan rumah. Malaysia obses kepada negara seagama dengannya. Apakah motif dan maksud Dr Mahathir menyediakan tapak persidangan itu?
Di sini apa yang dapat saya suluh, selain daripada hendak mempamerkan dirinya sebagai pejuang Islam, (kemanusiaan dan keamanan), ada maksud lain yang ingin diselitkan Dr Mahathir dengan sidang berkenaan. Barangkali ada motif politik tersendiri yang tidak mudah untuk diselak dan ia dibuat dengan sangat zeni (seni), bagi orang awam.
Dalam hemat saya melalui sidang itu Dr Mahathir ingin menunjukkan bukan sahaja kepada dunia negara Islam akan komitmen beliau kepada kepentingan daulah Islam di Malaysia, tetapi kepada segelintir rakyat negara ini juga. Sidang itu dihitung Dr Mahathir bagi memberi kefahaman (signal) kepada golongan yang anti Islam di Malaysia.
Tidak dinafikan di Malaysia ada segelintir yang tidak mahu menerima gelaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mereka mahu serta memperjuang mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular berdasarkan perlembagaan. Mereka berselera untuk tidak membabitkan Malaysia dengan Islam.
Jadi untuk menonjolkan gelar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, maka sidang seumpama itu diadakan. Dengan penyertaan negara-negara Islam ke sidang itu ia merupakan penghormatan negara Islam kepada Malaysia yang sekaligus mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen.
Tentunya sidang kemuncak itu kurang disenangi oleh golongan yang anti Malaysia sebagai sebuah negara Islam atau oleh para pejuang mahu mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular. Golongan ini tidak begitu senang dengan sidang berkenaan. Bagaimana pun jika mereka menerima kata awal Dr Mahathir bahawa sidang itu bukan membincangkan perihal agama, tetapi perihal ummah, mereka tidak perlu bimbang dan konfius.
Masalah Islamophobia dan isu keganasan serta isu-isu pembangunan dan keselamatan adalah isu yang perlu dipikul bersama tanpa dibumbui dengan kebimbangan-kebimbangan lain yang tidak rasional. Isu-isu itu lebih mirip kepada isu kemanusiaan dan keamanan.
Justeru kepada saya motif sidang itu yang diutamakan oleh Dr Mahathir, berbanding dengan beberapa maksud dan tujuan lain seperti untuk menyelesaikan masalah Islamophobia dan juga keganasan yang perkara bukan senang untuk ditanganinya itu adalah signal tadi.
Apapun dari sisi lain apabila sidang itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada negara-negara Islam ia memberi kesan sampingan kepada Dr Mahathir, dimana menggambarkan beliau tidak dihormati pemimpin negara Islam lain apabila mereka enggan untuk sama-sama berada dalam sidang kemuncak berkenaan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir.
Sidang Kemuncak KL 2019 itu walaupun menggembirakan Dr Mahathir tetapi ada sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Dari sisi lain ia memberi gambaran bahawa Dr Mahathir sudah tidak popular dan seagung dikhayalkan.
Dr Mahathir bergambar bersama Dr Wan Azizah, dan Anwar berlatarkan prop sidang Kemuncak KL 2019. |
Begitulah perihal Sidang Kemuncak KL 2019 (KL Summit 2019) yang mula berlangsung 19 Disember dan akan berakhir hari ini.
Sidang itu semacam ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan ia seperti tidak beraura tinggi. Tidak ada umpp. Kenapa?
Antara tujuan utama sidang itu diadakan untuk menyelesaikan beberapa isu yang berlingkar dalam dunia Islam waktu ini, khasnya Islamophobia dan isu keganasan.
Sidang itu bukan bertujuan membincangkan soal agama tetapi soal dan masalah ummah Islam.
Sidang itu merupakan edisi ke-lima diusahakan atas kerjasama NGO dengan kerajaan Malaysia yang disokong oleh empat buah negara, selain Malaysia, Indonesia, Turki, Qatar dan Pakistan. Keempat pemimpin negara ini sangat dinanti-nantikan kehadiran mereka.
Anwar dan isteri merai kehadiran Tayyip Erdogan dan isteri yang hadir ke sidang Kemuncak. |
Mungkin tanpa kehadiran Raja Salman Abdulaziz Al Saud, tidak menjadi masalah kerana beliau sudah tidak menunjukkan minat. Tetapi tanpa kehadiran Presiden Joko Widodo dan Imran Khan sesuatu yang dimusykilkan.
Pembesar negara yang hadir, adalah Presiden Turki Tayyip Erdogan, Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Iran Hassan Rouhani.
Jika tidak silap kehadiran Erdogan ke Malaysia adalah pertama kali, justeru ada suara nakal mengatakan beliau hadir bukan sangat untuk menyertai sidang itu tetapi lebih untuk mengambil peluang berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang menjadi rakannya di negara kelahiran Anwar sendiri.
Seperti mana disebut sidang itu akan membincangkan tujuh teras utama;
1. Pembangunan dan kedaulatan,
2. Integriti dan tadbir urus yang baik,
3. Budaya dan identiti,
4. Keadilan dan kebebasan,
5. Keamanan, keselamatan dan pertahanan,
6. Perdagangan dan pelaburan,
7. Tadbir urus internet dan teknologi.
Sidang itu diharap akan dihadiri 450 para perwakilan terdiri daripada cerdik pandai dan intelektual daripada berbagai aspek dari seluruh negara Islam dan mendapat liputan kira-kira 800 orang wartawan dalam negeri dan asing.
Tanpa kehadiran dua buah negara tunggak itu, Pakistan dan Indonesia yang menimbulkan sedikit persoalan. Walaupun kedua negara itu menghantar wakil mereka (Duta) tetapi ia menjadi cacat. Berbagai tafsiran boleh dibuat, apakah sidang itu tidak mendapat persetujuan (komitmen) penuh negara berkenaan?
Presiden Pakistan, Imran Khan yang dijangka akan hadir membatalkan niatnya tanpa memberi alasan yang kemas. Bagaimana pun ia dilihat ketidak sediaan Imran Khan datang itu apabila Raja Salman daripada Arab Saudi awal-awal menyatakan tindakannya tidak hadir.
Raja Arab Saudi itu tidak hadir dikatakan apabila Qatar negara yang sedang berkrisis dengannya turut sama dijemput. Kehadiran Sheikh Tamim Hamad Al Thani itu menjadi penghalang buat Raja Salman untuk hadir.
Dalam hal ini Malaysia atau pihak penganjur serba salah menerima keadaan itu. Tindakan Raja Salman itu sekaligus menjadikan usaha sidang Kemuncak itu untuk menjadi pendamai kepada negara bermasalah gagal. Sebagai negara berpengaruh di kalangan negara Islam dengan kedudukan Baitullah di Makkah tanpa kehadiran itu persidangan itu tempang.
Tentunya hasrat Dr Mahathir untuk mempertemukan dua pemimpin itu dalam satu forum bagi kemungkinan mencari titik perdamaian gagal.
Imran pula mengambil sikap itu kerana Pakistan memerlukan kepada bantuan Arab Saudi untuk negaranya walaupun kepentingan tujuh teras dibincangkan dalam Sidang Kemuncak itu penting. Di sini menunjukkan kuasa kewangan (material) itu lebih penting daripada kepentingan lain.
Yang tidak difahami kenapa sidang itu ikut sama dipandang sepi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo. Kehadiran Jokowi penting untuk memberi semangat dan menunjukkan kesatuan kerana negara itu merupakan negara umat Islam teramai di dunia. Lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara tetangga Malaysia, kehadirannya memberi signifikan tersendiri khasnya buat Malaysia.
Barangkali terlalu melampau kalau dikatakan sidang berkenaan dan hasrat murni yang tertanam dalam diri Perdana Menteri Malaysia daripada forum berkenaan tidak berhasil. Namun apabila ia tidak melibatkan dua negara tunggak Pakistan dan Indonesia, menyebabkan sidang itu sebagai cacat.
Tidak dapat dinafikan, impian besar ditadahkan oleh Dr Mahathir menerusi forum berkenaan adalah untuk maslahat ummah yang tidak lari dari bersifat politik. Apa yang tertunjuk, walaupun Malaysia negara kecil tetapi ia sedia dan sanggup menjadi tuan rumah. Malaysia obses kepada negara seagama dengannya. Apakah motif dan maksud Dr Mahathir menyediakan tapak persidangan itu?
Di sini apa yang dapat saya suluh, selain daripada hendak mempamerkan dirinya sebagai pejuang Islam, (kemanusiaan dan keamanan), ada maksud lain yang ingin diselitkan Dr Mahathir dengan sidang berkenaan. Barangkali ada motif politik tersendiri yang tidak mudah untuk diselak dan ia dibuat dengan sangat zeni (seni), bagi orang awam.
Dalam hemat saya melalui sidang itu Dr Mahathir ingin menunjukkan bukan sahaja kepada dunia negara Islam akan komitmen beliau kepada kepentingan daulah Islam di Malaysia, tetapi kepada segelintir rakyat negara ini juga. Sidang itu dihitung Dr Mahathir bagi memberi kefahaman (signal) kepada golongan yang anti Islam di Malaysia.
Tidak dinafikan di Malaysia ada segelintir yang tidak mahu menerima gelaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mereka mahu serta memperjuang mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular berdasarkan perlembagaan. Mereka berselera untuk tidak membabitkan Malaysia dengan Islam.
Jadi untuk menonjolkan gelar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, maka sidang seumpama itu diadakan. Dengan penyertaan negara-negara Islam ke sidang itu ia merupakan penghormatan negara Islam kepada Malaysia yang sekaligus mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen.
Tentunya sidang kemuncak itu kurang disenangi oleh golongan yang anti Malaysia sebagai sebuah negara Islam atau oleh para pejuang mahu mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular. Golongan ini tidak begitu senang dengan sidang berkenaan. Bagaimana pun jika mereka menerima kata awal Dr Mahathir bahawa sidang itu bukan membincangkan perihal agama, tetapi perihal ummah, mereka tidak perlu bimbang dan konfius.
Masalah Islamophobia dan isu keganasan serta isu-isu pembangunan dan keselamatan adalah isu yang perlu dipikul bersama tanpa dibumbui dengan kebimbangan-kebimbangan lain yang tidak rasional. Isu-isu itu lebih mirip kepada isu kemanusiaan dan keamanan.
Justeru kepada saya motif sidang itu yang diutamakan oleh Dr Mahathir, berbanding dengan beberapa maksud dan tujuan lain seperti untuk menyelesaikan masalah Islamophobia dan juga keganasan yang perkara bukan senang untuk ditanganinya itu adalah signal tadi.
Apapun dari sisi lain apabila sidang itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada negara-negara Islam ia memberi kesan sampingan kepada Dr Mahathir, dimana menggambarkan beliau tidak dihormati pemimpin negara Islam lain apabila mereka enggan untuk sama-sama berada dalam sidang kemuncak berkenaan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir.
Sidang Kemuncak KL 2019 itu walaupun menggembirakan Dr Mahathir tetapi ada sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Dari sisi lain ia memberi gambaran bahawa Dr Mahathir sudah tidak popular dan seagung dikhayalkan.
mso
BOLEH MENANGIS PENYOKONG DONG ZONG BILA TENGOK GAMBAR NI.
Foto-The Vocket
Seperti yang kita sedia maklum Dong Zong adalah sebuah NGO yang sangat lantang menentang pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah.
Tentangan yang dilakukan Dong Zong telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu kerana tulisan Jawi adalah warisan yang sangat bernilai kepada negara dan kaum Melayu.
Penentangan Dong Zong itu dilihat sangat rasis dan mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran.
Namun ternyata bukan semua yang menentang tulisan itu dan sebenarnya ramai pihak yang menghargai tulisan yang indah itu.
Terbaru pasukan Juventus telah menunjukkan jersi terbaru mereka dengan tulisan nama Jawi bagi kempen Piala Super Italia 2019.
Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi iaitu Shaker Kashgari bagi menyediakan design terbaru jersi mereka beserta nama pemain yang ditulis dari tulisan Jawi.
Dapatlah aku simpulkan Dong Zong sebenarnya hanyalah NGO katak dibawah tempurung yang bersifat rasis melampau.
Sekian.
KALAU INI BUKAN HIPOKRIT KORANG NAK PANGGIL APA? BANTAH TULISAN JAWI TAPI GUNA LOGO HALAL JAWI UNTUK BUAT DUIT.
Foto-Facebook
Bersungguh-sungguh mereka membantah tulisan Jawi.
Tapi untuk buat duit mereka sanggup pula guna tulisan jawi yang mereka anti sangat tu.
Inilah sikap hipokrit mereka. Kenapa tidak guna sahaja perkataan tulisan Cina untuk tulisan 'Halal' itu?
Berikut adalah logo halal baru yang dicadangkan:
Kalau semua produk keluaran syarikat non-muslim dan non-bumiputera setuju guna logo baru ini aku setuju dengan bantahan mereka terhadap tulisan Jawi.
WANITA INI PUJI YB PH MELAMBUNG-LAMBUNG KERANA KOMITMEN BELIAU KEPADA PENDUDUK SETEMPAT.
Sudah pergi pejabat, tapi YB selalu tidak ada, adu wanita kepada Budiman
MalaysiaGazette – Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat yang mahu mendapatkan bantuan.
Dulu, kata Datuk Seri Najib Razak ramai yang datang ke pejabat BN atau pejabat kerajaan minta bantuan.“Sehingga ke hari ini juga.“Kita bantu. Kita selalu cari jalan untuk jaga kebajikan rakyat,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu mengulas mesej daripada seorang wanita yang dikongsi oleh bekas Ali Parlimen Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Wanita berkenaan menghantar mesej melalui Whatsapp memohon bantuan Budiman kerana keadaan hidupnya semakin mendesak sekarang.
Berdasarkan perkongsian mesej itu, wanita berkenaan memaklumkan suaminya sudah kehilangan pekerjaan.
Disebabkan itu, keadaan keluarga itu semakin sukar, ditambah pula bantuan persekolahan sudah tiada.
Wanita itu memaklumkan kepada Budiman dia sudah cuba pergi ke pejabat wakil rakyat tetapi ‘Yang Berhormat’ selalu tiada.
Lantaran itu, wanita tersebut terpaksa mencari Budiman. Budiman melalui Facebooknya berkata, beliau meminta maaf. “2020 semakin suram”, katanya.
Sumber
Sudah dinyatakan berjuta-juta kali PH menang rakyat senang.
Sekian.
Video perarakan bawa "bendera komunis" di Pulau Pinang pula tersebar
HARI ini tersebar di media sosial Facebook, satu klip video rakaman perarakan didakwa membawa bendera "Komunis," yang dikatakan berlangsung di Jalan Raja Uda, Butterworth Pulau Pinang.
Sumber — https://www.milosuam.net/2019/12/video-perarakan-bawa-bendera-komunis-di.html#ixzz69ASxJOQV
Thursday, December 12, 2019
Bersedia Untuk PRU 15, Pakatan Harapan Bakal Tumbang Akibat Kemelut PKR
Home » » Bersedia Untuk PRU 15, Pakatan Harapan Bakal Tumbang Akibat Kemelut PKR
Benar, ini isu rumah tangga Parti Keadilan Rakyat (PKR)...
Tapi PKR adalah antara parti tunggak dalam Pakatan Harapan...
Dan Pakatan Harapan adalah pakatan yang membentuk Kerajaan Persekutuan...
Bermaksud, masaalah PKR adalah masaalah Pakatan Harapan dan masaalah Pakatan Harapan adalah masaalah negara dan rakyat Malaysia...
Apa Kesudahan Pertembungan Geng Bang Non Dengan Geng Kartel Azmin
Ada yang dakwa geng kartel Azmin cuma ada 13 Ahli Parlimen bersama mereka...
Sedangkan 37 kekal setia dan obses bersama Bang Mon...
Bang Non tak der hal dan tak terjejas dengan pemberontakkan ini...
Tapi jangan lupa, Azmin punya dukungan kuat...
Payung Dr. Mahathir kembang baik untuk geng kartel Azmin...
Dan PBBM pulak ada 26 kerusi...
Dr. Mahathir lebih cenderung pada Azmin berbanding Bang Non bukannya rahsia lagi...
Tapi dengan kerusi PPBM + Warisan dan kerusi geng kartel Azmin menjadikan 26 + 13 = 39 kerusi Ahli Parlimen yang Azmin dan Dr. Mahathir ada di Dewan Rakyat...
Untuk membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 122 kerusi Ahli Parlimen dan ini bermaksud gabungan Dr. Mahathir dan Azmin jauh panggang dari api untuk membentuk kerajaan...
Nak harapkan DAP dengan PAN, mereka lebih cenderung bersama-sama geng Bang Non dan bagi DAP, orang yang patut disingkirkan adalah Dr. Mahathir, bukannya Bang Non atau Azmin...
Nak harapkan pembangkang, UMNO dah secara terang-terang menolak segala usaha untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang, kita orang tak suka main belakang derrr HARAMMM!!!
Nak harapkan PAS, DS TG Hj. Hadi dah terang lagi bersuloh jelaskan, PAS TIDAK AKAN masuk Putrajaya ikut pintu belakang...
Nak harapkan Ahli Parlimen Sarawak, boleh, tapi tanpa Dr. Mahathir!!!
Dr. Mahathir dengan Azmin tersekat di jalan mati...
Sebelah Bang Non pulak, percaturan dia macam nie...
Kerajaan Pakatan Harapan terbentuk dengan 139 kerusi Ahli Parlimen termasuk dari Warisan...
Betul, peluang Bang Non jadi Perdana Menteri ke 8 tak akan terjejas dengan pemberontakkan Azmin semat-mata...
Tapi kalau Dr. Mahathir terus bersama Azmin, maka 13 + 26 = 39 kerusi...
Tolak 39 dari 139 bermakna jika geng kartel Azmin dan PBBM memilih keluar dari Pakatan Harapan, maka akan tinggal 100 kerusi...
Dengan itu bukan sahaja Anwar tak layak jadi Perdana Menteri ke 8 malah dengan cuma 100 kerusi runtuhlah kerajaan Pakatan Harapan!!!
Dr. Mahathir tidak rela dan tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri pada Bang Non adalah fakta yang tak boleh dinafikan, kecuali bagi mahacai-mahacai yang tahu riwayatnya dah tinggal nyawa-nyawa ikan...
Kedudukan sekarang sangat cemas bukan saja bagi PKR...
DAP dan PAN pun dah lembik lutut dan goyang...
Kerajaan Pakatan Harapan boleh tumbang bila-bila masa...
Bagi blok Muafakat Nasional, dah boleh fikirkan senarai calon untuk PRU 15 dan persiapkan jentera pilihanraya, eratkan kerjasama dalam Muafakat Nasional kerana, In Sya Allah, rakyat akan memilih gabungan yang erat perpaduannya dan bukan pakatan yang di ambang perpecahan...
Gabungan yang erat perpaduannya akan menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk rakyat kerana pelabur luar akan merasa lebih yakin...
Tapi jangan kita catur kemenangan kita kerana berpaksikan kelemahan dan kehancuran lawan, ingat pesanan Tok Mat Hassan, kita bina kemenangan kita berpaksikan kekuatan kita sendiri dan bukannya di atas kelemahan lawan!!!
Mana hilangnya pelancong China di Malaysia?
DR AHMAD SANUSI AZMI
BIMBANG MEREKA BELI HARTANAH, MYKAD DAN ADA HAK UNDI PULA
1. MENURUT Laporan Audit Negara, terdapat hampir 95% pelancong dari China dan India yang datang ke Malaysia tidak memiliki rekod keluar dari negara ini. Laporan Audit tersebut menyatakan, dari tahun 2016 hingga 2018, seramai 79,799 pelancong China datang ke Malaysia, namun 95% (iaitu sebanyak 76,258) daripada mereka tidak pernah keluar dari negara ini.
2. Maklumat yang dilaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri ini menimbulkan kebimbangan sehingga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyuddin Yasin mengarahkan pihak Imigresen menjalankan siasatan menangani isu ini.
Lihat: https://www.thestar.com.my/…/audit-over-95-of-chinese-and-i…
3. Apa yang lebih membimbangkan, September lalu, pihak polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang yang didalangi pegawai JPN negeri. Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad yang sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.
Lihat: https://www.sinarharian.com.my/…/6-termasuk-pegawai-JPN-Pul…
4. Andai sekiranya pelancong dari negara luar ini mempunyai wang yang lebih, dibimbangi mereka bukan sahaja boleh membeli hartanah di Malaysia ini bahkan memiliki Mykad dan ada hak undi mengundi pula nanti.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Malaysia.
* Dr Ahmad Sanusi Azmi - Ahli Majlis Ylama Isma
Chin Peng: Rakyat perhati tindakan Peguam Negara
OLEH ATHIRAH HUDA ZALHE
KREDIBILITI TOMMY THOMAS DIRAGUI KERANA PERNAH WAKILI PENGKHIANAT
BANGI – Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan kredibiliti Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk menguruskan kes abu mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, rakyat pasti akan menjadi pemerhati rapat kepada tindak-tanduk Peguam Negara dalam menguruskan kes berkenaan, sebaik sahaja siasatan polis selesai dan laporan diserahkan ke jabatan itu.
Beliau bimbang pihak Tommy akan bertindak sama seperti kes Muhammad Adib, memandangkan Peguam Negara mempunyai kaitan dengan Chin Peng kerana pernah mewakili bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu satu ketika dahulu.
“Jadi, kita berharap Peguam Negara tidak mempermainkan ‘rule of law’ dan sekali lagi menjadi punca sistem perundangan negara tercemar akibat kepentingan peribadinya.
“Rakyat akan terus memerhati gerak-geri Tommy Thomas. Jika sudah lagi tiada kredibiliti sebagai Peguam Negara, lebih baik berundur,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu, polis sudah merakam keterangan 10 individu, termasuk pengarang sebuah portal berita selepas menerima 11 laporan berhubung kes abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya sedang mendapatkan laporan dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk siasatan lanjut.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan susulan,” katanya.
Isu Chin Peng menjadi perhatian apabila kumpulan pengurusan abu mayatnya dilaporkan membawa masuk abu berkenaan dari Thailand dan ditabur di laut berhampiran lumut Perak serta hutan banjaran Titiwangsa.
Chin Peng pernah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya sendiri dan PKM bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 September 2009 menolak saman ‘tidak mampan’ itu kerana permusuhan antara PKM dengan kerajaan adalah fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.
Chin Peng ketika itu diwakili peguam bela, Tommy
Jangan terkeliru fakta sejarah berkaitan PKM – Sultan Selangor
Bernama
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terkeliru dengan fakta sejarah berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan mengagung-agungkan pemimpin mereka.
Titah baginda, perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka berteraskan demokrasi Raja Berpelembagaan walaupun dikatakan turut menentang penjajahan.
“Fakta perjuangan ideologi PKM ini merupakan satu fakta sejarah yang perlu rakyat generasi sekarang memahaminya dengan mendalam agar kita tidak terpesong dengan fakta-fakta yang mengelirukan tentang perjuangan mereka,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraannya Yang ke-74 di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Seramai 91 individu menerima darjah dan bintang kebesaran Selangor pada istiadat berkenaan.
Sultan Sharafuddin bertitah melalui fakta sejarah juga rakyat dapat menghargai pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan negara sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia atau pasukan tentera terutamanya ketika negara diancam dengan ancaman PKM pada sekitar tahun 40an hingga 70an.
“Begitu ramai pasukan keselamatan kita yang telah terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dari anasir komunis ini, ramai rakyat negara ini yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain juga turut terkorban akibat serangan pengganas komunis, kehidupan rakyat pada ketika itu sentiasa di dalam ketakutan akibat serangan yang dilakukan oleh anggota PKM ini dan banyak perkampungan dan balai polis telah diserang, rakyat dan anggota polis dibunuh dan diseksa oleh anggota PKM ini,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menasihati pemimpin-pemimpin politik di Selangor agar sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Sejak kebelakangan ini rakyat menderita dengan kesempitan hidup akibat daripada kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
“Beta menyeru kepada pemimpin politik ini untuk turun bersama rakyat bagi melihat masalah rakyat dan berusaha keras ke arah membantu mereka terutama mereka yang berpendapatan rendah dan miskin,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menyeru agar rakyat Selangor terus menjalinkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memelihara sensitiviti kaum dan tidak mencampuri urusan sesuatu kaum yang lain khususnya apabila melibatkan isu-isu keagamaan.
“Keharmonian akan sentiasa terpelihara sekiranya rakyat yang menganut pelbagai agama ini tidak mencampuri urusan agama penganut agama yang lain.
“Janganlah perpaduan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama ini kita runtuhkan hanya kerana kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan hilang rasa hormat sesama kita yang berlainan agama dan bangsa ini,” titah baginda.— BERNAMA
Gagal di Sukan SEA, kejutan dari lena - Timb menteri
MALAYSIAKINI
Kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas di Sukan SEA ke-30 di Filipina adalah hakikat ‘pahit’ yang harus ditelan.
Namun, kegagalan itu yang disifatkan sebagai mengejutkan daripada lena (wake up call) harus diberi perhatian serius oleh semua pihak terlibat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim berkata trend kemerosotan pencapaian atlet sebenarnya sudah dapat dilihat selepas edisi 2007 di Korat, Thailand namun pencapaian dilihat pulih apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017 menyaksikan kontinjen negara muncul juara.
“Saya tidak mahu buat analisa awal sebelum kami buat post mortem secara terperinci. Saya rasa lebih baik kita duduk dan bincang dengan lebih terperinci apa faktor-faktor yang menjurus kepada kita tidak mencapai sasaran kita.
“Tapi hakikatnya ialah sejak Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, prestasi kita memang dalam trend yang menurun. Di Sukan SEA 2007 kita ada 68 emas dengan 216 pingat secara keseluruhannya dan sejak dari itu memang dalam trend menurun.
“Memanglah (nampak meningkat) dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur apabila kita jadi tuan rumah.
Jadi, kita lihat ini merupakan satu perkara yang amat serius seperti satu wake up call kepada semua pihak,” katanya pada satu temu bual khas dalam rancangan Warna Sukan SEA di Bernama.
Pada edisi 2007, Malaysia meraih 68 pingat emas; edisi 2009 di Laos (40 emas), 2011 di Jakarta-Palembang (59 emas), 2013 di Myanmar (43 emas), 2015 di Singapura (62 emas) dan 2017 di Kuala Lumpur (145 emas).
Dalam pada itu Steven berkata misi ke temasya dwitahunan yang melabuhkan tirai semalam itu adalah misi bersama yang membabitkan banyak pihak dan tidak wajar untuk menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.
“Misi ke Sukan SEA merupakan misi bersama semua pihak sama ada MSN, KBS , persatuan sukan, atlet, pegawai dan jurulatih, jadi kalah dan menang kita galas tanggungjwab itu bersama-sama. Tidak guna kita tuding jari pada sesiapa pun.
“Kita perlu lihat ke depan, bagaimana kita dapat merapatkan jurang yang kita sudah nampak menurun sejak 2007 lagi dari segi prestasi kita di Sukan SEA dan bagaimana kita hendak bangkit dalam sektor ini,” katanya.
Ditanya kemungkinan faktor tuan rumah turut menjadi punca kegagalan kontinjen negara, Steven (gambar, atas) berkata tidak wajar juga untuk meletakkan sepenuhnya kegagalan kontinjen negara berpunca daripada hos walaupun jelas ada kelemahan khususnya berkaitan sistem pengadilan.
“Di pihak tuan rumah, sudah tentu ada kelemahan. Kalau kita sekadar untuk menyalahkan tuan rumah untuk kegagalan kita mencapai sasaran, saya rasa kita tidak akan dapat memperbaiki diri kita.
“Saya rasa lebih baik ketika ini, kita fokus kepada kekurangan dalam diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memperbaiki kekurangan itu,” katanya.
Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa, di belakang Indonesia yang meraih 73 emas, 84 perak dan 110 gangsa.
Tuan rumah Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 emas, 118 perak dan 119 gangsa, diikuti Vietnam di tempat kedua dengan 98 emas manakala Thailand di tempat ketiga dengan 92 emas.
- Bernama
Yusoff Rawther: Anwar, beberapa saksi akan dipanggil – Bukit Aman
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa saksi lain yang berkaitan untuk memberi keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dirinya dicabul presiden PKR itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua mereka akan dipanggil setelah PDRM mendapat tarikh temu janji yang sesuai.
Beliau berkata pihaknya telah merakam keterangan Muhammed Yusoff pada Isnin lepas dan mengambil akuan bersumpah yang dibuat olehnya.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta beberapa cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan,” katanya dalam kenyataan pada awal pagi ini.
Semalam, Muhammed Yusoff hadir semula ke Bukit Aman buat kali kedua untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Pada Sabtu, media melaporkan Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaannya dan dalam laporan sama, beliau turut menzahirkan kebimbangan dengan keselamatan dirinya yang diancam pihak tertentu.
Rabu lepas, bekas pegawai penyelidik itu membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar pada 2 Okt tahun lepas, bagaimanapun, perkara itu dinafikan presiden PKR, yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.—Bernama
'Muafakat Nasional pilihan Melayu, luar bandar, pendapatan rendah, orang muda'
ANNABELLE LEE
Muafakat Nasional paling popular di kalangan responden Melayu, bumiputera, masyarakat laur bandar, golongan muda bawah 31 tahun dan golongan berpendapatan rendah, menurut tinjauan Emir Research.
Lebih separuh (53 peratus) responden Melayu dan Bumiputera cenderung kepada gabungan pembangkang itu manakala 33 peratus lagi berkata akan memilih Pakatan Harapan jika pilihan raya umum diadakan sekarang.
Seramai 14 peratus berkata mahu memilih calon bebas.
Mereka ditanya soalan: “Antara parti politik berikut, yang mana kamu akan undi untuk kerusi parlimen?”
Di kalangan responden Cina dan India pula, mereka masih cenderung pada PH.
Tuduhan ‘Deep State’ untuk sembunyi salah laku PH
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
MUTAKHIR ini, pimpinan PH sering menuding jari kepada penjawat-penjawat awam, setelah naratif menyalahkan Kerajaan lama tidak lagi ditelan oleh rakyat. Sepertimana biasa mereka akan memperkenalkan jargon baru iaitu ‘Deep State’ atau Daulah Terpendam supaya ditelan oleh rakyat.
Ekoran daripada tindakan itu, beberapa Penjawat Awam dalam kategori jawatan utama (Turus dan Jusa) telah dijadikan ‘kambing hitam’. Selain daripada pimpinan-pimpinan PH di semua peringkat memainkan lagu yang sama, menuduh wujudnya Penjawat-penjawat Awam yang cuba mensabotaj pentadbiran Kerajaan diterajui oleh PH.
Menteri-menteri PH bersama pegawai-pegawai lantikan politik sebenarnya telah melangkaui kuasa yang ada pada mereka sehingga menghakis sistem pemisahan kuasa di negara ini. Tindakan ini juga telah mencabuli janji-janji mereka seperti yang diuar-uarkan dalam Manifesto PH sebelum ini.
Tindakan pimpinan PH memungkiri janji manifesto mereka sendiri sebenarnya menimbulkan satu lagi persoalan, mengapa janji yang semudah itu tidak boleh ditunaikan? Mungkinkah dengan mengugut Penjawat-penjawat Awam, pimpinan PH mengharapkan pekung mereka dapat disembunyikan daripada pengetahuan rakyat?
Sekiranya itulah yang cuba disembunyikan oleh pimpinan-pimpinan PH, saya yakin Penjawat-penjawat Awam sentiasa bersedia untuk mendedahkan salah laku mereka demi menyelamatkan negara. Saya sendiri menawarkan diri untuk menerima maklumat-maklumat salah laku pentadbiran Kerajaan PH tanpa mendedah identiti whistleblowers.
*DR MOHD ZUHDI MARZUKI -Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY
PAS, Umno junjung kasih atas titah Tuanku Sultan
HARAKAHDAILY
SEMPENA hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-74, DYMM Tuanku Sultan Selangor kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terkeliru dengan fakta sejarah sebenar berhubung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga terlibat mengagung-agungkan pimpinan dan perjuangan mereka.
Titah Tuanku lagi walaupun PKM kononnya dikatakan menentang penjajah namun perjuangan mereka bukannya berlandaskan konsep pembentukan negara Malaysia Merdeka yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Malah ramai anak-anak bangsa dari pelbagai keturunan termasuklah dari pihak Polis dan Angkatan Tentera Malaysia telah terkorban dan menanggung derita akibat aktiviti keganasan pihak PKM ini.
PAS dan Umno Negeri Selangor merafak sembah dan menjunjung kasih serta taat setia atas kebijaksanaan titah Tuanku Sultan itu dan menyeru seluruh penyokong dan ahli kedua-dua parti khususnya di Negeri Selangor agar mengambil iktibar dan mengutuk sebarang usaha mengelirukan fakta sejarah apatah lagi mengagung-agungkan pimpinan dan perjuangan PKM yang merupakan musuh negara itu.
Sehubungan dengan itu kedua-dua parti turut mahu menegur dan mengingatkan Adun DAP Sungai Pelek, YB Ronnie Liu Tian Khiew agar menarik balik kenyataannya sebelum ini yang pernah menyatakan simpati serta mengagung-agunkan perjuangan PKM dan segera memohon maaf pada Tuanku Sultan atas kebiadapannya itu.
Pada 1 Disember 2019 lalu YB Ronnie Liu telah hadir sebagai tetamu khas dalam satu majlis memperingati Ulang Tahun ke 30 Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan di Kajang. Seramai lebih 300 veteran dan bekas pejuang PKM telah hadir dalam majlis berkenaan dan YB Ronnie Liu dalam ucapannya telah menyatakan simpatinya pada perjuangan PKM serta berbangga bahawa datuk dan abangnya pernah bersama perjuangan PKM.
PAS dan Umno Selangor turut menuntut agar dengan semangat titah Tuanku Sultan ini jangan lagi ada mana-mana pihak mengambil kesempatan menganjurkan apa-apa majlis atau keramaian bagi memperingati perjuangan pengganas PKM di Negeri Selangor.
Daulat Tuanku.
YBHG. DATUK MAT NADZARI BIN AHMAD DAHLAN
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor
YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Tarikh: 15 Rabiul Akhir 1441/ 12 Disember 2019 – HARAKAHDAILY
Subscribe to:
Posts (Atom)