Thursday, June 20, 2019

Bantuan Rakyat Mungkin Dipotong Jika Ini Berlaku...

FB_IMG_1561026833865

Kos pengeluaran purata minyak di Malaysia adalah US$50 satu tong.

Beberapa hari dahulu, Menteri Sumber Tenaga Rusia memberi amaran.

Bahawa ada kemungkinan harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 satu tong kalau perang dagang bertambah teruk dan pengeluaran Amerika Syarikat terus naik.

Sebelum dan selepas Bajet 2019 diumumkan, saya beberapa kali menggesa Menteri Kewayangan.

Jangan gunakan andaian harga minyak Brent pada US$72 sebagai unjuran kerana harga minyak adalah tidak menentu dan di luar kawalan kita.

Jika harga minyak jauh lebih rendah dari andaian maka belanjawan untuk tahun depan tidak tepat lagi, tidak relevan dan tak boleh digunapakai.

Saya memberi amaran ini dalam Dewan Rakyat beberapa kali dan saya juga tulis di luar parlimen.

Tapi tidak dihirau.

Untuk belanjawan 2018, saya guna andaian harga minyak pada US$52 satu tong sahaja.

Kita patut membuat andaian pada harga lebih konservatif dan bukan pada "best case scenario" atau bahasa mudah, ikut suka kita.
Kini, hampir setengah tahun 2019 sudah berlalu dan harga minyak dunia di atas tahap US$72 hanya sekali sahaja dan itupun untuk tempoh yang singkat.

Bukan itu sahaja tetapi ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak juga sudah naik dengan tinggi selepas GST digantikan dengan SST.

Ini menyebabkan bajet kerajaan PH untuk tahun ini lari dari apa yang telah dirancangkan.

Ada lagi.

Perbelanjaan PH untuk 6 bulan pertama tahun 2019 ini juga jauh lebih tinggi berbanding tahun 2018.

Jika harga minyak terus di bawah US$72 satu tong, tiga senario akan berlaku:

1. Lebih banyak bantuan dan projek Rakyat akan dipotong.

2. Kerajaan PH menjarah lebih banyak wang dari dana PETRONAS atau menaikkan dan memperkenalkan lagi banyak cukai baru.

3. Defisit kerajaan tahun ini lebih tinggi dari diumumkan dan hutang negara akan naik dengan lebih tinggi.

Ini akan menyebabkan penarafan kredit negara diturunkan lagi dan lagi banyak pelabur asing akan lari.

Sekarang harga minyak masih pada tahap US$63 satu tong.

Kejatuhan harga minyak ke bawah US$30 (di bawah kos purata pengeluaran Malaysia) ini pernah berlaku tahun 2015 dan 2016.

Jika ini berlaku lagi, Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi kerana saya tengok kerajaan PH langsung tidak bersedia untuk kemungkinan ini.

Najib Razak

No comments:

Post a Comment