Sunday, November 2, 2014

PM KITA KAKI TIPU ....

KU LI - NAJIB MEMPERLIHATKAN KEEGOAANNYA.



Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( gambar ) menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.

"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.

"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.




Keratan akhbar hanya hiasan, kejab kata tak naik
kemudian " terpaksa " di naikan.

Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini. 

Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh.

"Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu untuk mengurangkan defisit negara.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

 

Benarkah, kata-kata PM ini?
berfikirlah untuk kebenarannya

Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Dengan pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan berlebihan, kerugian tidak bertanggung jawab, salah urus dan rasuah mutlak, kita sebagai rakyat dan pembayar cukai, harus dimaafkan jika kita menunjukkan kemarahan kita terhadap masalah ini.

"Kita seharusnya berjaya dalam menguruskannya dan dengan itu, dapat mengurangkan bajet mengurus yang melonjak naik," katanya.

Sambil melahirkan rasa takutnya terhadap ekonomi yang semakin memburuk di negara ini, ahli Parlimen Umno itu berkata reformasi ekonomi drastik diperlukan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa negara ini ke dalam kekacauan.

"Rakyat memerlukan perubahan berani yang perlu dibawa pemimpin yang peka terhadap kehendak dan perasaan rakyat. Kita harus mengambil berat tentang kebimbangan dan aspirasi mereka. 

"Kenyataannya adalah, mereka perlu perubahan sekarang. Jika tidak, negara ini akan gagal. Ingat, kita bertanggungjawab tentang hal ini untuk generasi akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment