Tuesday, April 2, 2013

UMNO/BN : DALIL WAJIB KAMI DI TOLAK ???


[GAMBAR] AHLI UMNO WAJIB TENGOK : 10 DALIL UMNO/BN WAJIB DITOLAK PADA PRU-13 NI

1) MEMBUAT DEMO YANG TIDAK BERMORAL, PERKAUMAN, LUCAH, KEJI DAN GANAS, MENYEMAI BUDAYA SAMSENG/GANGSTER KEPADA ANAK-ANAK MUDA:

Jangan sampai di bawah ini menjadi ikutan anak-anak kita. Tapi inilah hakikat kepimpinan tidak bermoral dan keji diterapkan oleh UMNO/BN. Tiada satupun pemimpin UMNO yang membidas pendemo ini. Sokong le tu.

Perlakuan keji,lucah dan tak bermoral
Perbuatan biadap.
Menghalang dan memprovokasi konvoi Pakatan. Gangster taik kucing.
Putri Umno pun sama -apa nak dikato Abg pemuda yang ajar.
Mengancam keselamatan Pemimpin Pakatan-budaya samseng dan ganas


2) MENYOKONG  PEMIMPIN YANG TERBUKTI TAK  BERMORAL DAN MENGHINA ISLAM :

Chua Soi Lek, Presiden MCA yang mengaku berzina dengan pelacur, terang-terang menghina hudud tetapi tiada seorangpun Pemimpin UMNO menentang atau membidas. Mereka diam membisu seolah2 mangiyakan. Janganlah semata-mata nak meraih sokongan pengundi Cina Agama digadaikan. Sebaliknya anda baca penyataan pemimpin DAP di bawah ni.


Klik untuk besar



3) MENGHINA, MEMFITNAH ORANG ALIM, MEMUTARBELIT CAKAP PEMIMPIN PAKATAN:

Ucapan Tuan Guru Nik Aziz selalu diputarbelit oleh media UMNO demi menampakkan keburukan Tuan Guru mata rakyat.




4) BERSEKONGKOL DENGAN MAKSIAT DAN MENGGALAKKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN :

Remaja-remaja kita disajikan dengan hiburan terlampau seperti K Pop. Di TV hari-hari mensajikan hiburan, nyayian, program realiti. Macamana nak lahirkan ramai pemuda-pemudi  yang ada jati diri dan menjadi aset negara. Nilai agama dikemudiankan, hiburan didahulukan.



Hiburan macam ni ke nak diterapkan kepada anak muda??

 Tarian terlampau yang ditaja UMNO guna duit rakyat..pembaziran

 Macam omputih, kan haram puan hajah.



Aik Ustazah salam Pak Lah. Boleh aje kalau UMNO



5) MENUDUH DAP (KERAJAAN PULAU PINANG)  MENINDAS MELAYU/ISLAM TETAPI HAKIKAT ADALAH SEBALIKNYA  :

Lim Guan Eng dituduh perkauman dan anti Islam/Melayu. hakikatnya Kerajaan Pualau Pinang memberi sumbangan kepada pelajar hafiz di Pulau Pinang yang belum dibuat oleh Kerjaan BN sebelum ini. LGE juga percaya bahawa orang Islam yang pegang ajaran Islam tidak akan makan rasuah.





Al hafiz pun dapat sumbangan oleh Kerajaan DAP Penang, tak pernah dibuat Kerajaan Gerakan BN.

5 Kali ganda peruntukan Hal Ehwal Islam di bawah DAP


6) MEMBEBANKAN SARA HIDUP RAKYAT MARHAEN (BARANG NAIK-BN) :

Rakyat di bawah Kerajaan BN dibebankan dengan harga air yang mahal, bil lektirk mahal, kereta denagn cukai melampau, biasiswa dihapuskan diganti PTPTN (hutang), minyak mahal, gula, tepung beras semakin naik harga dll.
Harga minyak yang mahal walau Negara pengeluar minyak

Harga air paling mahal di Negeri BN (Johor) manakala harga air paling murah Negeri Pakatan(Penang). Melaka(BN) kedua termahal manakala Selangor (Pakatan) pula memberi air percuma.

Air percuma/murah tak mustahilkan di bawah Pakatan. Tarak tipu punya.




7) MENUDUH NEGARA AKAN HURU HARA JIKA PAKATAN MEMERINTAH, SEBALIKNYA UMNO YANG AKAN BUAT HURU HARA  JIKA KALAH :




8) MEMBERI IC PERCUMA UNTUK PENDATANG ASING -PROJEK IC MAHATHIR:

Ini taktik paling busuk yang digunakan untuk mengekalkan kemenangan UMNO/BN seperti yang berlaku di Sabah 'Projek IC Mahathir'. Ianya tidak mustahil digunakan secara meluas di Semenanjung- ini yang dinamakan pengundi HANTU. Menghianati rakyat semata-mata untuk menang.




Sumber berita



9) TIDAK MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN, PENDIDIKAN ISLAM DIABAIKAN. ISLAM DIKEMUDIANKAN :









10) GAGAL MENGAMALKAN PEMERINTAHAN YANG BERSIH DAN AMANAH SEBALIKNYA BUDAYA RASUAH MEMBIAK DAN TIDAK MUSTAHIL NEGARA AKAN BANKRAP DI BAWAH PENTADBIRAN UMNO.
Semakin lama UMNO memerintah semakin hampir negara menuju kebankrapan bukan menuju wawasan 2020. Skandal-skandal rasuah dan penyelewengan berleluasa. PKFZ,NFC , PUSPAHANAS, TAIB MAHMUDKHIR TOYO, SCORPENE sekadar menyebut yang mega-mega.
RM500Juta duit rakyat (hangus) digunakan untuk bayar komisen belian.

Kerugian duit rakyat yang dirugikan oleh BN dalam skandal PKFZ mencecah 2 Billion



250 juta duit rakyat disalahgunakan oleh Kroni

UTUSAN MALAYSIA: KAMI MACAM MAJALAH LUCAH ...


Terkini! Utusan Kini Cipta Skrip Fitnah Terlampau?

 0
Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.
Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu.
DS Anwar telah dibebaskan daripada penjara pada bulan September 2004. Agak-agak, berapakah usia pemuda berkenaan, lebih sembilan atau sepuluh tahun yang lalu? Pastinya pemuda berkenaan berusia di bawah 18 tahun! Mana mungkin seorang remaja yang berusia bawah 18 tahun dimasukkan ke penjara?
Yang pastinya, pengarang Utusan bernama Azman Ibrahim ini semakin ghairah dan bersemangat untuk terus menabur fitmah dan meliwat para pembaca akhbar berkenaan yang rata-rata boleh dikategorikan sebagai jahil hukum agama dan buta maklumat. Demi sesuap nasi, si pengarang sanggup menggadaikan pegangan agama, sanggup menabur fitnah.
Bagi sipengarang ini, 'rezeki' yang diperolehi datang daripada Umno, bukan daripada Allah Taala. Rezeki menabur fitnah untuk dijadikan makan-minum anak-isteri. Sudah tidak ada pertimbangan halal, haram, dosa pahala dalam dalam diri si pengarang. Na'uzubillah..

UMNO/BN : ANWAR BUKA GEREJA TERBESAR ASIA TENGGARA...

ANWAR benarkan Gereja 

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam. Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe. Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang. "Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya. Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam. Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata:

 "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim" Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000  yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras. Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus. "Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.-TMI Gambar pelan Gambar pelan Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia? Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2013/04/anwar-benarkan-gereja-dibuka.html

NAJIB: BIAQ HILANG NYAWA ...


UMNO bakal Cetuskan Keganasan Jika Kalah PRU13 ???

Bismillahirrahmaanirrohim.


UMNO tidak pernah kalah dalam Pilihanraya Umum walaupun sekali.   Apakah ini maksudnya UMNO akan mencetuskan keganasan bila mereka Kalah dalam PRU13 ini ???  Cuba mengugut dan menakutkan rakyat dengan pertumpahan darah.???  Pakatan Rakyat tidak pernah menang dalam menawan Kerajaan Persekutuan setiap kali Pilihanraya.   Tapi tidak berlaku keganasan.  Kita inginkan keamanan.  Inikah parti yang akan kita sokong??? 

Panglima7
Jika Pakatan Rakyat menang...Kita akan pastikan keamanan untuk Rakyat walaupun kemungkinan UMNO dijangka mencetuskan huru hara akibat kekalahan mereka.

UMNO/BN: JANGAN BIAQ KAMI ULANG SEJARAH NIH ...


Masihkah Kau Ingat.......pada waktu itu ..???

Bismillahirrahmaanirrohimm.....







Panglima7
Hanya gambar yang berkata-kata.  Tumabngkan UMNO BN dalam PRU13 ini

ULAMA MUDA UMNO : HINA SUNGGUH PUAK NIH ...


HINA SUNGGUH UMNO

Bukti Ulama Umno hina Nabi SAW tersebar....

Ameno World, 02 Apr 2013

SEDUTAN CERAMAH ABDULLAH SAAMAH

Di antara isi kandungannya ialah :

1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.."

2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala.. berhala hok tidur ado jugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.."

3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS"

4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..."

BLOGGER UMNO: KAMI TAU...BN BAKAL KALAH TERUK ...


Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendiri - Kenapa?

Pada aku tak payahlah nak buat ramalan bila Najib akan membubarkan Parlimen,, dia tak bubar.. tunggu sahajalah terbubar dengan sendirinya...

Kenapa...


Tolong baca apa blogger otai umno tulis ni..



NASIONAL.


Suara sudah mula terkeluar dari dalam Bilik Gerakan PRU 13 Barisan Nasional - Adakah benar hanya 87 dan semakin menurun kerusi putih yang ada untuk Barisan Nasional. Ada cerita yang mengatakan bahawa kerusi jangkaan milik BN sudah jatuh kepada 67 dan ini memerlukan magis Najib untuk melakukan pusingan terhadap ranking Barisan Nasional dan sebenarnya meningkatkan semula kerusi milik BN. Masa semakin suntuk dan kita perlu SEGERA bangkit dari hanya menunggu pembubaran parlimen. Perpecahan undi Melayu dan kesepakatan undi Cina adalah antara punca kedudukan BN diancam. Kita memerlukan undi lebih dari 2/3 kali ini. Kedudukan Najib dalam UMNO juga akan terancam sekiranya sokongan terhadap BN - menang nipis dalam PRU 13 berlaku. Segera bangkit dengan Magis berkesan untuk PRU 13 kali ini.

Sumber : Link

Kalau sekadar 87 kerusi,, itu jangkaan blogger tu, mungkin terlalu sedikit, seratus kerusi pun umno masih lagi kalah... jadi tak payahlah nak susah kepala nak bubar-bubar kalau dah tak boleh nak memang,, memerintah lah selagi boleh ,, sehingga habis tempoh,, 

Perkemaslah dan bakarlah file-file rahsia yang boleh disabitkan kesalahan di mahkamah selepas PRU13 nanti...

PEMUDA UMNO: KETUA KAMI X DAK KERUSI ...


KETUA AMK DAN KETUA PEMUDA PAS DAH ADA KERUSI, KETUA PEMUDA UMNO MACAMANA????


Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi mengumumkan bahawa Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi akan bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti. Manakala beberapa minggu lalu Ketua Umum PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bertanding di Parlimen Bukit Katil.

Ketua DAPSY, Teo Kok Siong pula akan mempertahankan kerusi Dun Bahau yang dimenanginya pada PRU 12 lalu.

Tetapi malang dan peliknya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sehingga kini sunyi sepi tanpa berita. Kerusi pun tak tahu di mana malah besar kemungkinan akan hilang kerusi. Kesian sama Khairy ...................

UMNO: PULAK DAH...DUTA JOIN BELAH SANA ...


Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.

Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.

ORANG KAMI PUN LAWAN KAMI ...


Menteri Umno Paling Lantang, Saifuddin Abdullah Bakal Di Gugurkan?


Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi Umno, namun oleh kerana Umno mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.

Ahli majlis tertinggi Umno itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Altantuya selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh.

The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili Umno dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu.

Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini. 

TANAH KUBUR MASUK PAS ???


GAMBAR PANAS: Artis mana bersama selebriti Pakatan Rakyat neh...


Pergghh...!!!
Nampaknya si "Penggali Kubur" juga sudah tidak sabar. Sudah mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat. Mula mengorak langkah mencari jalan camana untuk kuburkan Umno/BN dalam PRU ke 13 nanti...!!

Kehkehkeh...

ORANG UMNO: GENG PAS MEMANG KREATIF


Foto Terbaik : Kreativiti Penyokong Pas Menjelang PRU 13






Saksikan betapa kreatifnya penyokong Pas menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi pada parti yang di cintai.

Selain tenaga mungkin segala perbelanjaan menggunakan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan seperti pihak sebelah sana.Tahniah semua ~ Tinta Hijau DKB