Wednesday, September 5, 2012
UMNO SAPU TAIK KAT MUKA SENDIRI .....
Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.
Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.
“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,†kata beliau.
“Merah putih adalah motif nusantara.
“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.â€
Hishamuddin yang juga bekas aktivis mahasiswa 1970an berkata, Jalur Gemilang yang digunapakai sebagai bendera Malaysia hari ini telah dilihat sebagai milik peribadi perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini mendorong segelintir anak muda membencinya.
“Kerana mereka melihat Jalur Gemilang sebagai miliki peribadi Najib dan Rosmah,†katanya.
“Mereka benci Najib dan Rosmah maka mereka juga membenci simbol dan ikon yang berkait rapat dengan Najib dan Rosmah, katanya lagi.â€
Khairy Jamaluddin yang kini ketua pemuda Umno mencadangkan agar bendera Umno dinamakan Sang Saka Bangsa.
“Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa,†kata Hishamuddin lagi.
“Sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini.
“Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka,†katanya lagi.
Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, presiden Umno pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, secara rasmi mengiktiraf nama bendera Umno sebagai “Sang Saka Bangsaâ€.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.
.. bendera Pas - Sang Saka Agama.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment