Sunday, September 9, 2012

UMNO/BN : SEBELUM KENA PECAT KELUAQ, LEBIH BAIK LARI KELUAQ ....

SUMBAT BOCOQ KAT SINI, BELUBANG DI SANA ...
“Ahli-ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan UMNO tidak memerlukan mereka”. Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang UMNO sedang hadapi dan jika UMNO menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan 'priority' yang salah yang dilakukan oleh UMNO.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ dalam BN.

Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas. Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara. Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan ‘kuda pelejang’ untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika UMNO masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi. Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“It’s better late than never’ kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan UMNO bermaharajalela. UMNO akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang UMNO sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri. Masalah dalaman parti UMNO, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang ‘terminal’ yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah UMNO akan membuang ahli-ahli UMNO yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN. Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya UMNO sejak akhir-akhir ini. UMNO tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli UMNO) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli UMNO itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana UMNO hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli UMNO menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan? UMNO tidak sedar yang ahli-ahli UMNO itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun UMNO memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang UMNO itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam UMNO ia hanya akan memberikan persepsi yang UMNO bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar UMNO itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang UMNO itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan UMNO sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin UMNO ‘suspect everybody and trust nobody’ terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUMNO tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka. Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh UMNO.

Bagi ahli UMNO, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam UMNO pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli UMNO sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini. “Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga.” Kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, “By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable bang Aspan!. Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini.Sumbat kat sini berlubang kat sana”
P/S : HANG TUAH DULU X PERNAH PULAK MASUK UMNO DAN KELUAQ UMNO. TAK DAK APA PERUBAHAN  KAT DIA PUN. TUNKU KELUAQ UMNO TAKD AK PERUBAHAN, SAMA MACAM TU HUSSEIN DENGAN TUN DR M. TAK MATI PLAK PUN. MCM ORANG TAKUTSANGAT KENA PECAT DARI UMNO....
"Tak Mamak Hilang Di Dunia"
"United Mamak Naina Organisations"
Errrr.... ada persamaan tak...???? muaaa...klaka...klaka...klaka......!!!!
 
ORANG NON-MUSLIM SIBUK KAWAN DENGAN PAS. TAPI ORANG MELAYU/MAMAK UMNO DOK KALUT LAWAN PAS.
KALU AHLI UMNO DOK DALAM UMNO, UMNO PUN SUKA...DOK TUNGGU BUAT APA LAGI WEIIII....
SEBELUM DI TENDANG KELUAQ, LEBIH BAIK SEPAK DEPA DULU....

Wednesday, September 5, 2012

AHLI UMNO/BN : GAMBAQ BELI BOOKING TIKET "GO TO HELL"

MEREKA TERPAKSA FITNAH PAS UNTUK TUTUP AIB UMNO (2 GAMBAR)


 
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/392128_141372346005860_2117240629_n.jpg
Gambar edit untuk memburuk-burukkan PAS


https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/386227_477446535613179_320217976_n.jpg
Gambar asal yang memalukan UMNO

UMNO/BN JELAS BUKTIKAN MALAYSIA AKAN BANKRAP ...

TOLAK BN PADA PRU 13 - Ketua Audit: Hutang Negara Paras Tertinggi?


Photo: Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang
tu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan
 
P/S : PATUT LA YANG PAKAR MASUK PAS, YANG CERDIK MASUK DAP, YANG PANDAI MASUK PKR.
PASAI DALAM UMNO TINGGAL YANG BANGANG JA. YANG BARU MASUK PLAK BENGONG2....

PM MUHYIDDIN : KABINET BARU MALAYSIA 2012

UMNO SAPU TAIK KAT MUKA SENDIRI .....


Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.

“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau.

“Merah putih adalah motif nusantara.

“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.”




Hishamuddin yang juga bekas aktivis mahasiswa 1970an berkata, Jalur Gemilang yang digunapakai sebagai bendera Malaysia hari ini telah dilihat sebagai milik peribadi perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini mendorong segelintir anak muda membencinya.
“Kerana mereka melihat Jalur Gemilang sebagai miliki peribadi Najib dan Rosmah,” katanya.

“Mereka benci Najib dan Rosmah maka mereka juga membenci simbol dan ikon yang berkait rapat dengan Najib dan Rosmah, katanya lagi.”







Khairy Jamaluddin yang kini ketua pemuda Umno mencadangkan agar bendera Umno dinamakan Sang Saka Bangsa.

“Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa,” kata Hishamuddin lagi.

“Sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini.

“Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka,” katanya lagi.

Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, presiden Umno pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, secara rasmi mengiktiraf nama bendera Umno sebagai “Sang Saka Bangsa”.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

.. bendera Pas - Sang Saka Agama.....