Berikut senarai 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Piem Umno, Tun Mahathir yang tak akan dilupakan oleh Melayu sebagaimana yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle.
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Menurut bekas Menteri Kewangan Malaysia dan rakan karib Tun M, Tun Razaleigh Hamzah, DEB dirangka untuk meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi tetapi telah diterbalikkan oleh Tun M untuk melahirkan segolongan kapitalis Melayu yang menjadi usahawan istimewa dengan disumbat berbagai peluang mewah dari kerajaan sehingga pecah perut.
- Mengutamakan kroni sedangkan rakyat terbesar tak dapat apa-apa - Tun Mahathir telah mengumpulkan semua kekayaan negara ke dalam tangan segelintir orang yang amat bernasib baik seperti Vincent tan, Robert Kwok dan Ananda Krishnan. Mereka selain itu hanya menikmati kuah saja sedangkan habis isi telah dibelasah oleh kumpulan pilihan. Akibatnya orang Melayu menjadi sebahagian daripada 96% mereka yang miskin dan 40% daripada mereka berada dalam golongan yang amat rendah pendapatan.
- Menaruh kepercayaan pada orang yang salah - Mereka seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Rashid Hussein, Mohd Noor Mutalib dan Abdul Rahman Maidin menggambarkan keadaan ini.
- Menjadikan negara kaki hutang - Hutang negara membuncit sehingga melebihi RM450 billion. Selama 22 tahun memerintah satu senpun tidak disimpan oleh negara untuk hari hujan.
- Lemah pengetahuan mengenai ekonomi - Mahathir hanyalah seorang doktor perubatan dan beliau bukanlah seorang pakar ekonomi yang baik. kelemahan tersebut membuatkan segala tindakannya tidak mempunyai asas yang betul dan kukuh.
- Menghidapi sindrom Diktator - Salah satu contohnya adalah beliau mengubah perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Agong dan para Sultan. Beliau juga menjadikan sistem kehakiman menurut segala kehendaknya sepertimana tindakannya memecat Tun Salleh Abbas. Akibatnya rakyat sampai sekarang masih syak wasangkan dengan keletusan sistem kehakiman.
- Polisi perkauman - Beliau meyakinkan rakyat Melayu bahawa apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan orang Melayu. Badan seperti BTN seumpamanya digunakan untuk menyebarkan dakyah agar menaruh curiga pada bukan Melayu
- Rasuah - Beliau bukannya melawan rasuah sebaliknya menyuburkannya lagi sehingga negara menjadi sepertimana yang ada sekarang ini.
- Campurtangan dalam pengurusan negara - Selepas 55 tahun memerintah Melayu masih lagi ketinggalan dan susah hasil daripada jagaan khas pemerintahan Umno/BN dan ini membuatkan orang Melayu mula kecewa dan mula beralih pada pembangkang. Melihat itu beliau lalu menyerahkan kuasa pada Pak lah dengan harapan boleh menguruskan negara secara kawalan jauh. Malangnya beliau tak dapat kawal Pak lah lalu melancarkan gerakan menjatuhkannya bagi menggantikan Najib. Kini Najib juga mengalami perkara yang sama. Mahathir sampai sekarang masih nak kacau pengurusan serta pemerintahan negara.
- Mengkacau bilaukan Umno dan menolak naik Mukhriz - Beliau dengan terang sentiasa menyokong anaknya untuk naik ke atas tanpa memperdulikan apa nak jadi dengan Umno. Lagipun bukankah dia juga yang membiarkan Umno diharamkan lalu menubuhkan Umno yang baru. Apa dia peduli....
JOM ABU...
Asal Bukan Umno...
No comments:
Post a Comment