Siri penerangan umum
dan pembuka minda supaya tidak ditipu lagi oleh Nik Ajis mengenai Hukum Hudud
ciptaan PAS dan penyokong Anwar peliwat dan penzina tegar yang melakukan
perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah swt dan Nabi Muhamad saw dalam bilik
berkunci tanpa 4 saksi saranan ahli-ahli Fiqh PAS itu.
Siri penerangan umum dan pembuka minda
supaya tidak ditipu lagi oleh Nik Ajis mengenai Hukum Hudud ciptaan PAS dan
penyokong Anwar peliwat dan penzina tegar yang melakukan perkara-perkara yang
dikutuk oleh Allah swt dan Nabi Muhamad saw dalam bilik berkunci tanpa 4 saksi
saranan ahli-ahli Fiqh PAS itu.
Mari
Kita Kenali Penghina Hukum Allah.. menghina Hudud.. mana p perkasa? menghina
Islam!! Inilah Pencacai UMNO bernama Sidek Abdullahdin - SEBARKAN !!
ulasan bila pemimpin Islam Hina ugamanya beginilah
jadinya..Orang bawahan ikut sahaja apa pemimpin mereka berkata
kata...bertaubatlah sebelum terlambat...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya
untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau
berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu
syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah
syarikat perusahaan arak, San Miguel.
“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas
mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini
bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan
anaknya mendapat tender besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Azmi
juga mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa syarikat milik negara
disalahguna kepada syarikat peribadi.
“Kerajaan perlu jelaskan kenapa
syarikat penting milik negara seperti Petronas dan MAS harus ditundukkan kepada
sebuah syarikat peribadi yang boleh menjejaskan kepentingan kedua-dua syarikat
strategik kerajaan.
“Terlalu banyak perundingan urusniaga di negara ini
yang mengutamakan kroni lebih dari kepentingan negara. Apakah perkara ini akan
terus diuruskelola dengan cara sumber negara difaraid sesama kroni yang tidak
mempunyai agenda utama selain dari mengaut keuntungan lumayan,” tegas
beliau.
Beliau juga mengkritik budaya kronisme dalam pentadbiran negara
yang masih kukuh dan mendapat rangsangan kuat di kalangan pemimpin dan bekas
pemimpin negara.
“Bermula dari kes tender secara rundingan terus sehingga
kes anugerah kepada syarikat tanpa ketelusan dan tanpa tender terbuka, negara
ini jelas mengabsahkan amalan kronisme yang sangat ketara.
“Teras berani
mengatakan tidak ada kontraktor dalam kelas apa sekalipun di negara ini yang
dapat menafikan betapa proses pemberian tender sarat dengan amalan kronisme dan
rasuah,” kata Mohd Azmi. Katanya, Teras juga mendapati punca utama
sesuatu projek menjadi terlalu mahal disebabkan budaya kronisme dan
rasuah.
“Sistem kronisme dan rasuah yang menjadi sangat lazim di negara
ini adalah faktor utama kenapa suatu projek menjadi sangat mahal.
“Lebih
malang lagi, tender diberikan kepada sebuah syarikat yang mengenepikan syarikat
kerajaan yang strategik padahal syarikat itu sepatutnya lebih diutamakan kerana
ia mempunyai kepentingan negara,” kata beliau lagi. (keadilandaily)
Berikut senarai 10 kesilapan yang telah
dilakukan oleh mantan Piem Umno, Tun Mahathir yang tak akan dilupakan oleh Melayu sebagaimana
yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Menurut bekas Menteri Kewangan Malaysia dan
rakan karib Tun M, Tun Razaleigh Hamzah, DEB dirangka untuk meningkatkan
penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi tetapi telah diterbalikkan
oleh Tun M untuk melahirkan segolongan kapitalis Melayu yang menjadi usahawan
istimewa dengan disumbat berbagai peluang mewah dari kerajaan sehingga pecah
perut.
Mengutamakan kroni sedangkan rakyat
terbesar tak dapat apa-apa - Tun Mahathir telah mengumpulkan semua kekayaan
negara ke dalam tangan segelintir orang yang amat bernasib baik seperti Vincent
tan, Robert Kwok dan Ananda Krishnan. Mereka selain itu hanya menikmati kuah
saja sedangkan habis isi telah dibelasah oleh kumpulan pilihan. Akibatnya orang
Melayu menjadi sebahagian daripada 96% mereka yang miskin dan 40% daripada
mereka berada dalam golongan yang amat rendah pendapatan.
Menaruh kepercayaan pada orang yang
salah - Mereka seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Rashid Hussein, Mohd Noor
Mutalib dan Abdul Rahman Maidin menggambarkan keadaan ini.
Menjadikan negara kaki hutang -
Hutang negara membuncit sehingga melebihi RM450 billion. Selama 22 tahun
memerintah satu senpun tidak disimpan oleh negara untuk hari hujan.
Lemah pengetahuan mengenai
ekonomi - Mahathir hanyalah seorang doktor perubatan dan beliau bukanlah
seorang pakar ekonomi yang baik. kelemahan tersebut membuatkan segala
tindakannya tidak mempunyai asas yang betul dan kukuh.
Menghidapi sindrom Diktator -
Salah satu contohnya adalah beliau mengubah perlembagaan untuk mengurangkan
kuasa Agong dan para Sultan. Beliau juga menjadikan sistem kehakiman menurut
segala kehendaknya sepertimana tindakannya memecat Tun Salleh Abbas. Akibatnya
rakyat sampai sekarang masih syak wasangkan dengan keletusan sistem
kehakiman.
Polisi perkauman - Beliau
meyakinkan rakyat Melayu bahawa apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan
orang Melayu. Badan seperti BTN seumpamanya digunakan untuk menyebarkan dakyah
agar menaruh curiga pada bukan Melayu
Rasuah - Beliau bukannya
melawan rasuah sebaliknya menyuburkannya lagi sehingga negara menjadi
sepertimana yang ada sekarang ini.
Campurtangan dalam pengurusan
negara - Selepas 55 tahun memerintah Melayu masih lagi ketinggalan dan susah
hasil daripada jagaan khas pemerintahan Umno/BN dan ini membuatkan orang Melayu
mula kecewa dan mula beralih pada pembangkang. Melihat itu beliau lalu
menyerahkan kuasa pada Pak lah dengan harapan boleh menguruskan negara secara
kawalan jauh. Malangnya beliau tak dapat kawal Pak lah lalu melancarkan gerakan
menjatuhkannya bagi menggantikan Najib. Kini Najib juga mengalami perkara yang
sama. Mahathir sampai sekarang masih nak kacau pengurusan serta pemerintahan
negara.
Mengkacau bilaukan Umno dan menolak
naik Mukhriz - Beliau dengan terang sentiasa menyokong anaknya untuk naik ke
atas tanpa memperdulikan apa nak jadi dengan Umno. Lagipun bukankah dia juga
yang membiarkan Umno diharamkan lalu menubuhkan Umno yang baru. Apa dia
peduli....
10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI
♥ antara amalan-amalan yang mengalami
tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam
yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan
oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan
kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika
tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah
ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan
di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus
(kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa
bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi
makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika
menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi
bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja
bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita
rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat
sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan
oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan
mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang
mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita
dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.
Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah
terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang
akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak
buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat
dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi
kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen
sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak
dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau
bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi
kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.
Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak
datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak
ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah
samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di
rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk
suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumah tangga kurang bahagia. -mencariyangbenar/HD