Beberapa
orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah
dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya
berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited
dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya
ini.
Jawapan
saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini
kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada
bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada
lagi.
Jika
benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di
kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada
asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak
wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan
tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya
masih belum dapat di adakan.
Saya
berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil
pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan
rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO
sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia
berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada
kulitnya sahaja.
yes that is right and i glad to see this website thanks for sharing this knowledge
ReplyDeleteArpanetSoft.Com - Website for Blog, Forum, Poll and Free Submit Url
http://www.arpanetsoft.com
Thanks,