Thursday, June 28, 2012


 


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak kat Starbuck, tengok konsert AF,konsert M’sianIdol..,beli nombor ekor,
tempat2 cam tuh lah. Ehh..,ko pulak macam mana?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk dengan rasa sedih dan kecewa, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau, masjid tak pun kat ceramah PAS…"
 
 


Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
atau surau kot? tak pun ceramah PAS, tambah laa lebih sikit..
nak beeli bendera pun kantoi budget ......

UMNO : KITA MAKIN DEMAM ???

 
 
Lihat lah bagaimana sokongan rakyat yang secara terbuka dan mahu memberitahu orang ramai. Kalau lihat ini, maknanya bukan lah dia anti umno/BN, tetapi dia ini telah mendapati yang pemimpin-pemimpin PAS yang ada ada lah pemimpin- yang memimpin dengan penuh keikhlasan dan tidak rasuah.PAS juga telah di-lihat sebagai bukan lagi macam Taliban sebagaimana yang sering di-gambarkan olih media-media arus perdana yang menjadi lembu tunggangan umno/BN dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang-orang bukan melayu, cina khususnya.
p/s : MASA MASIH ADA. JOM BERSAMA PAS BAGI SAMA-SAMA MERUBAH MALAYSIA. JANGAN TUNGGU .....

UMNO YANG RASA TAKUT, MAKIN TAKUT DAN DALAM KETAKUTAN ....

Oleh : Aspan Alias
Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.


Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.
Untuk renungan bersama, elok kita imbas kembali tema-tema sambutan Hari Merdeka sejak 1970 untuk melihat kematangan pemimpin sebelum itu berbanding Najib yang kelihatan cukup pendek akalnya. Tema sambutan kemerdekaan hanya diperkenalkan mulai tahun 1970 dan sebelum itu is tidak mempunyai tema dan lebih menjurus kepada erti kemerdekaan sahaja.

1970 - Muhibbah dan perpaduan
1971 - Masyarakat progresif
1972 - Masyarakat adil
1973 - Masyarakat berkebudayaan Malaysia
1974 - Sains dan teknologi alat perpaduan
1975 - Masyarakat berdikari
1976 - Ketahanan rakyat
1977 - Bersatu maju
1978 - Kebudayaan sendi perpaduan
1979 - Bersatu berdisiplin
1980 - Berdisiplin berbakti
1981 - Berdisiplin berharmoni
1982 - Berdisiplin giat maju
1983 - Bersama ke arah kemajuan
1984 - Amanah asas kejayaan
1985 - Nasionalisme teras perpaduan
1986 - Bangsa tegas negara teguh
1987 - Setia bersatu berusaha maju
1988/1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan asas kemajuan
1993 - Bersatu menuju wawasan
1994 - Nilai murni jayakan wawasan
1995 - Jatidiri penggerak wawasan
1996 - Budaya penentu kecapaian
1997 - Akhlak mulia masyarakat jaya
1998 - Negara kita, tanggungjawab kita
1999 - Bersatu ke alaf baru
2000 - 2006 - Keranamu Malaysia
2007 - Malaysiaku gemilang
2008 - Perpaduan teras kejayaan
2009 - 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
2010 - 1Malaysia menjana transformasi
2011 - 1Malaysia, transformasi berjaya, rakyat sejahtera
2012 - 1Malaysia janji ditepati

Jelas dapat dilihat bahawa tema-tema hari kemerdekaan sebelum ini adalah bersifat menyeluruh dan mengajak kepada kebaikan untuk semua orang serta tidak pernah digunakan untuk matlamat politik.

Bagaimanapun sejak Najib menjadi Perdana Menteri, kecenderungan kepada mempromosi pendekatan politiknya mulai terserlah melalui tema yang digunakan sejak 2009 itu.

Friday, June 22, 2012


KITA BUKAN GILA NAK KUASA ....
TAPI...
NAK KUASA DARI ORANG GILA ....