Tahun ini adalah tahun pilihanraya. Dari atas ke bawah semuanya bercakap perihal pilihanraya. Dari hotel Holiday Villa Alor Setar sehinggalah ke kedai kopi catok tepi jalan dan kedai mamak nasi kandar. Mamak nasi kandar 24 jam hampir sudah boleh hafal watak-watak politikus yang berkunjung di kedainya . Siapa yang mereka pro dan siapa yang mereka anti dan maki. Minum teh tarik segelas duduk sampai tiga atau empat jam.
Sedikit keciwa ialah mereka tidak membincangkan perihal ‘survival’ bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu tetapi lebih kepada siapa bakal calun. Kononnya seperti merekalah yang akan membuat percaturan siapa bakal calun yang akan mewakili kawasan mereka. Ruang perbincangan lebih bersifat keAKUan daripada sifat keKITAan.
Ruang-ruang Facebook di gunakan wewenangnya untuk ‘character bashing’. Bekalan iPad percuma hasil sumbangan Yang Berkuasa Di Bahagian dikilik ke hulu ke hilir keciwi mencari lokasi pengambaran untuk rakaman gambar-gambar kelompok mereka sedang memberi sumbangan besalaman sesama sendiri untuk diupdatekan dalam Facebook mereka dan semuanya lebih kepada aktiviti dan kegiatan syok sendiri.
Walaubagaimana pun kesemua ini adalah menifestasi perkembangan politik yang sihat. Negara ini yang mengamalkan pemerihtahan demokrasi berpelembagaan tidak menyekat mana-mana individu yang ingin bersuara dan mengambil gambar. Cuma bagi yang beragama Islam itu harus beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Kesimpulannya blog MT juga telah menerima beberapa senarai calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Kawasan Merbok dalam PRU13 yang akan datang tetapi masih diperingkat ingin mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang tertentu supaya ia tidak mengeciwakan mana-mana individu yang nama mereka tidak dicalunkan.
Mungkin senarai ini ingin didedahkan supaya calun-calun tersebut tidak terkejut berok dan pengundi boleh bersiap siaga dari sekarang dengan pen di tangan untuk memangkah semasa hari pembuangan undi kelak. Dan yang maha penting ialah bakal calun tersebut sudah boleh membaca siapa yang akan mensabotaj beliau khasnya di peringkat Bahagian. Dan siapa yang akan melompat seperti ikan keli kehabisan air.
Apa pun di harap bersabar…WAIT AND WE ALL SEE.

p/s : PEMIMIN UMNO BERTUKAR GANTI DI MERBOK. TAPI YANG DOK TUKAR YANG MANA PUN, SEMUA KAKI PROJECT BUAT DUIT. BEGITU JUGALAH DENGAN PPEMUDA DAN PUTERINYA. PEMIMPIN KAT ATAS SEMUA GENG BUAT UNTUNG DENGAN JAWATAN. TAK DAK LAGI LA YANG TELUS BUAT KEJA. KAKI BUAT DUIT SAJA. ENTAHLAH..DI MANA HILANGNYA SEMANGAT BELA MELAYU.
PEMIMPIN MELAYU KAYA RAYA... RAKYAT ?????
blogna keren, informatif
ReplyDeletekapan-kapan kalo ada waktu mampir ke blog saya,
http://wafamohammed.blogspot.com/