Monday, April 11, 2011
Tu dia depa kata MP Merbok tak wujud.. biaq betoi..??
MR berkesempatan mengikuti program lawatan DS Najib ke Sungai Petani, Kedah semalam walaupun terlewat sedikit kerana terlepas penerbangan ke Pulau Pinang. Kelangsungan berada di Kedah MR mengambil kesempatan meronda beberapa kawasan seperti Parlimen Jerai, Sungai Petani, Merbok dan Baling.Di antara semua kawasan ini yang menarik perhatian MR ialah di Merbok kerana kawasan ini satu ketika dahulu memang hebat dan tidak banyak politiking dalaman.Hebat kerana kawasan ini dahulunya diwakili oleh bukan calang-calang tokoh sebagai Ahli Parlimen mereka seperti YBhg Tun Daim Zainudin bekas Menteri Kewangan yang sangat dihormati dan berjasa kepada negara. Selepas Ybhg Tun Daim sebagai Ahli Parlimen kawasan ini diwakili pula oleh seorang lagi tokoh iaitu Tan Seri Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan dan Tokoh Wartawan Negara juga bukan calang-calang ketokohannya. Tetapi hari ini Kawasan Merbok seperti kontang dan tandus, Ahli Parlimen mereka Datuk Rashid Din bekas CEO Modenas langsung seperti tidak wujud atau dalam lain perkataan “ada seperti tiada”.Rata-rata tempat dan beberapa kampong yang MR turun mereka berkata masih tidak nampak batang hidung Ahli Parlimen mereka. Malah yang melucukan masih banyak yang bercakap-cakap tentang kesan-kesan hasil peninggalan jasa-jasa Tun Daim dan Tan Seri Zainudin Maidin.Tun Daim kata mereka telah membawa dua buah universiti iaitu UiTM dan Asian Institute of Medical Science, MRSM dan hospital besar. Tan Seri Zainudin katanya walaupun satu penggal menjadi Ahli Parlimen telah membina beberapa jambatan, riadah dalam kampong dan banyak aktiviti-aktiviti rakyat sehinggakan kata seorang imam "kain putih nak mati pun Datuk Zam bagi percuma". Entah imam itu perli MR tidak tahu, ini belum disiasat lagi.Malah salah satu jambatan kata mereka yang dibawa oleh Tan Seri Zainudin telah di"hijack" oleh PAS mengatakan mereka yang membawa pembangunan tersebut. *(Maaf, MR tak sempat lagi turun untuk mengambil gambarnya kerana kesuntukan masa). MR mendapat banyak lagi maklumat-maklumat yang terperinci dan MR akan karau maklumat ini untuk posting yang terdekat kalau ada masa.Hakikatnya Kawasan Merbok seperti dilanggar garuda. Rakyat mengharapkan pembaharuan kepada pemimpin yang mereka undi dalam PRU12 yang lepas tidak melaksanakan tanggung jawab yang sewajarnya.Datuk Rashid Din wakil dari PKR yang MR temui masih seperti dibuai mimpi tidak tahu apa tugasnya sebagai Ahli Parlimen mungkin pengalaman beliau menjadi CEO syarikat motosikal MODENAS maka rakyat pun nak ditunggang beliau seperti motosikal juga. Jika DS Najib mahukan “winnable candidate” mungkin dipanggil balik Tun Daim dan Tan Seri Zainudin kalau mahu dicalunkan semula atau pun dipanggil memberi nasihat. Ini kerana pengaruh dan jasa mereka masih kuat dan mantap jika ditanya kepada rakyat, tetapi jika ditanya kepada UMNO awal-awal lagi mereka akan diselinap tinggal tulang. Posted by MUMMY ROKIAH http://mummyrokiah.blogspot.com p/s : PENULIS malas nak komen dah benda nie. apa mummy rokiah tu kata betoi dah. tak berubah apa pun MP Merbok yang osrang ni. sbelumni dah banyak posting pasai dia. sendiri MP mau ingat la. kalau over haul pun tak boleh, kasi tukar baru laa. PKR kasi mau ingat laaa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment