Monday, January 17, 2011

PENGUNDI MERBOK:CALON DUN TANJUNG DAWAI / PARLIMEN MERBOK UNTUK PRU - 13 ...

selaku pengundi di DUN Tanjung Dawai dan Parlimen Merbok pada PRU-13, rasanya tak lama dah. mungkin begini :

DUN Tangjung Dawai (N26)

Y.b Dato` Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib (PAS/PR)
VS
Yg. Bhg. Dato' Haji Mohd Zubir Saad (UMNO/BN)

PARLIMEN MERBOK (P14)

Y.b Dato` Rashid Din (PKR/PR)
VS
Yg. Bhg Dato' Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain (UMNO/BN)

MANA CALON PILIHAN ???

mai kita tengok calon DUN dulu.

calon PAS, Dato` Dr. Hamdan mungkin ada kelebihan (jika dan hanya jika terus bertanding) kerana kapasiti dan kelebihan yang ada padanya. namun beliau mungkin lebih layak untuk bertanding pada peringkat parliman merbok kerana idea dan hasil kerja beliau (jika dan hanya jika PKR boleh kompromi dengan kouta kerusi). beliau boleh membawa suara rakyat di parlimen dengan lebih matap berbanding Y.B parlimen sekarang yang sunyi sepi. jika terus kekal di DUN tanjung dawai, y.b dr. hamdan kemungkinan juga boleh tewas kerana UMMO/BN akan menggunakan wang yang banyak. selain itu, majoriti lalu (79 undi) adalah amat goyah. kerana di sebabkan oleh protes penyokong umno ( tidak keluar mengundi / pangkah yang lain). jika pada PRU 13, penyokong umno keluar semua, PAS mungkin kalah. maka, y.b Dato` Dr Hamdan adalah lebih baik di calonkan di DUN bukit selambau kerana di sana lebih selamat kerana kaum cina dan india sukar beralih kembali sokongan kepada BN berbanding melayu yang "mudah lupa" bila tengok duit.
saingan dari UMNO/BN iaitu Dato` Hj. Zubir yang mempunyai kuasa kewangan yang besar dengan perniagaan farmasi yang berkembang pesat mampu untuk kuasai undi majoiti. dengan kempen telah di jalankan melalui pelbagai program komuniti (bersunat) dan sukan (piala datuk zubir) ia boleh menggugat kedudukan PAS merbok. begitu juga dengan pengalaman beliau sewaktu di dalam PKR dahulu, ada berita dalam yang akan di korek keluar.

Calon Parlimen Merbok.

secara kasarnya, y.b sekarang memang failed.(out of services). UMNO/BN jauh di hadapan dalam mengetengahkan masalah rakyat. macam mana PR nak ambik putrajaya kalau y.b hanya makan tidoq?. calon PR/PKR pada PRU 13 harus atau wajib DI TUKAR !!!. kami bagi pengundi di merbok, tak mau dia dah. serik mengundi macam ni. pilih calon yang lebih sesuai, atau kembalikan kerusi parliman merbok kepada PAS, bagi menyelamatkan kerusi tersebut. sesungguhnya PAS ramai calon pemimpin yang berkualiti. biarlah pilih calon bawahan dan berpendidikan bagi membawa masalah rakyat serta mempunyai suara di parlimen. kalau setakat dok atas kerusi, baik bagi kami si penoreh getah/pesawah dok kerusi y.b tu...
secara amnya, calon UMNO/BN, Dato` Hj. Tajul Urus giat menjalankan aktiviti di sekitar merbok sejak dari kekalahan BN (mac 2008). rata cerok kampung di turunnya. banyak duit di keluarkan ( jangan tanya mai mana, yang penting ambik sudah). rekod hitam dulu sudah lama terbenam ke dasar bumi merbok. beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk merampas kembali parlimen merbok walau apa cara sekali pun. sebut saja apa program di kampung atau cerok mana di merbok. mesti di turun. lagi awal sampai daripada y.b parliman sekarang. bahkan, y.b sekarang tak sampai langsung. muka pun rakyat tak kenai... lagu mana tue???

PILIHAN CALON.

maka kami bagi rakyat biasa di merbok ni mintak jasa baik PAS/PKR MERBOK, tengok -tengok la calon dulu yang sesuai. kalau ada hati nak dapat sokongan rakyat dan perintah malaysia. jangan dok tiru mcm depa main tangkap muat saja. kalau nak konhsi kerusi, kongsi elok2. kalau tak..bagi semua kat PAS la. bagi PAS bertanding. gerenti baik punya calon. no lompat-lompat party .PASti Wibawa dan mantop.... sekian, selamat beramal ...

SPR/UMNO : Undi Proksi Untuk Untuk Orang Mati mai mengundi !!!

KENYATAAN MEDIASISTEM UNDI PROKSI BAKAL MEROSAKKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA!
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sistem undi proksi ini dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.DPPM merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi ini tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana undi proksi mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan. SPR tidak menjelaskan siapakah proksi yang layak dilantik bagi menggantikan pemilih yang tidak dapat hadir pada hari mengundi.
Meskipun sistem ini dilaksanakan dengan kawalan ketat, DPPM merasa sangsi bagaimana pengundi proksi mampu mengundi secara jujur bagi pihak pengundi sebenar. Mereka tidak merasakan sentimen bahawa hak mereka sebagai pengundi perlu ditunaikan dengan penuh amanah kerana mereka hanyalah wakil bagi pihak pengundi sebenar. Justeru mereka boleh mengundi calon lawan secara sesuka hati ataupun merosakkan undi pemilih sebenar yang tidak hadir.Selain itu, sistem ini boleh mewujudkan rasuah pilihanraya di mana pengundi sebenar boleh diugut atau dipujuk agar memberikan hak mereka kepada proksi.
Tidak ada siapa yang boleh memberikan jaminan bahawa pengundi sebenar menyerahkan hak mereka kepada proksi tanpa apa-apa pujukan, tawaran, mahupun ugutan. Jika undi proksi benar-benar diadakan, DPPM berpendapat tidak ada faedahnya diadakan kempen pilihanraya apabila pemilih sebenar tidak turun mengundi, sebaliknya diserahkan kepada pengundi proksi yang tidak tahu latar belakang parti politik mereka.DPPM mengingatkan kepada SPR agar menjayakan proses pilihanraya yang sedia ada dengan secara lebih telus dan adil.
Mencadangkan sistem yang baru dengan tidak memperbaiki sistem yang sedia ada tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di Malaysia.Pakatan Rakyat telah lama mendesak agar sistem celup jari digunapakai bagi mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali, membersihkan daftar pemilih, serta menghapuskan undi pos.
Seharusnya SPR melihat dahulu kepada pelaksanaan sistem undi pos yang sangat dicurigai kerana berlaku ketempangan yang jelas dalam mana-mana pilihanraya.DPPM juga menegaskan agar SPR tidak masuk campur dalam pertempuran politik antara Pakatan Rakyat dengan BN. Biarlah pilihanraya ke 13 akan datang berlangsung dengan suasana paling tenang dan aman. Janganlah kerana keadaan BN yang sedang nazak, SPR cuba untuk menyambung talian hayat mereka. Rakyat tidak akan sesekali boleh ditipu buat kesekian kalinya.
Disediakan oleh;
YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia
p/s : spr sekali lagi akan buat benda karut untuk kalahkan PR dalam pilihanraya akan datang. apa-apa saja akan di buat untuk mempertahankan umno/bn. seperti kata najib nazak, akan pertahankan putrajaya walau dengan apa cara skali pun ...

Monday, January 10, 2011

GANDINGAN MANTOP UMNO KEDAH, PAS KEDAH TERUS MARA ...


Implikasi dari pengumumam dari SU Agung UMNO wakil Presiden DS Najib tentang pelantikan baru Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah terdapat beberapa reaksi yang kurang menyenangkan dan salah seorang blogger yang menggelarkan dirinya 1Melayu didapati menyinga tak tentu pasal berikut ialah reaksinya :
YAB Dato Sri Najib Tun Razak,Rakyat Kedah,Pengundi, dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Sri yang telah membuat satu keputusan yang amat TEPAT lagi BIJAKSANA dengan Melantik Dato Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah mulai 1.1.2011.
Perlantikan ini akan membawa Negeri Kedah kembali ke ZAMAN PURBA, dengan cara pemikiran yang kuno, jumud dan dikelilinggi dengan pelakon-pelakon hipokrit yang tidak boleh ditegur serta dikawal, mereka ini akan menghancurkan Negeri Kedah.
Dato Sri Najib adakah Dato Bashah 'A WINNABLE CANDIDATE ' seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato Sri. Dato Bashah hanya mendapat 358 majoriti didalam PRU 12, BELIAU JUGA DIDAPATI GAGAL MENERAJUI BAHAGIAN ALOR STAR, macam mana beliau hendak teraju Negeri Kedah?Dato Sri Najib, dimana slogan RAKYAT DIDAHULUKAN? Pencapaian diutamakan? dan DENYUTAN NADI RAKYAT MESTI DIRASAI?
Sir, you have let Kedahan down, you belittle their intelligent and worst you are destroying Kedah slowly but surely. Ustaz Azizan and his gang are laughing and they will be having a big kenduri in Mentalon this friday night.JANGAN MARAH KEPADA RAKYAT KEDAH JIKA MEREKA TIDAK LAGI MENYOKONG DATO SRI.
1Melayu /Posted by MERBOK TIMES
P/S : di harapkan gandingan mantop ini akan lebih berdaya saing. takut tak sempat masuk gelanggang, tersungkoq di bangku simpanan. rasanya, orang umno/bn ulas sendirilah isu ni. orang umno merbok...ulas sat....

PASAI PA JALAN RAYA KITA TERUK SANGAT ???

Jika jalan raya percuma di Malaysia ini rata dan cantik permukaannya ;



1. Lebuhraya yang memerlukan pengguna membayar tol tidak akan digunakan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar defisit forecast collection yang dikeluarkan oleh syarikat Lebuhraya



2. Syarikat yang mendapat tender kontrak untuk membaiki,menampal lubang dan menurap semula tar tidak akan berkembang maju



3. Syarikat yang menjual dan membaiki rim dan tayar akan mendapati pengurangan keuntungan



4. Kedai alignment dan balancing tidak akan beroperasi kerana mesin alignment dan balancing tidak dapat balik modal



5. Syarikat pengeluar spring dan absorber tidak lagi berminat untuk membuka perniagaan spare parts di Malaysia



6. Orang ramai akan memandu lebih lancar kerana tidak lagi perlu berhati-hati mengelakkan lubang mengakibatkan khidmat tonto-tonto tow truck tidak kritikal mengakibatkan tonto-tonto ini perlu mencari kerja lain mengakibatkan kenaikan masalah pengangguran



7. Kalau semua fasiliti kat Malaysia ni lengkap dan elok,apa benda lagi yang kerajaan boleh hadiahkan masa pilihanraya untuk tarik sokongan?



It's about economics,people!

cursingmalay.blogspot.com

KERANAMU BN ... SEMUANYA MAHAL ...


Saturday, January 1, 2011

SESALAN SEORANG PENGUNDI BN

Saya sebagai pengundi berdaftar dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) sudah rasa jijik untuk undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum atau kecil kerana parti itu dibarisi ramai pemimpin yang tidak bersih, akhlak buruk, kaki rasuah, kaki betina yang boleh menjeaskan imej negara dan bolehkan menjadi negara ini bankrap.

Mereka yang menjadi bapak menteri tidak tahu penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang, sebaliknya mereka membazirkan wang rakyat kepada perkara perkara tidak berfaedah.


Rasa rasa terpanggil untuk merayu kepada pengundi pada pilihan raya baik pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, supaya memberhentikan tindakan mereka mengundi BN cubalah kepada parti yang berteraskan Islam supaya kerajaan yang akan dibentuk kelak dibarisi pemimpin yang bersih, beriman, jujur, amanah dan berkahlak mulia.

Pemimpin yang dikehendaki ialah yang berperikemanusiaan, membela nasib rakyat serta tahu dosa pahala terhadap rasuah, berzina, melakukan maksiat, merogol seperti cerita yang digembar gemburkan kebelakangan ini.

Pemimpin yang dikehendaki ialah pemimpin yang tidak menggunakan wang rakyat sesuka hati seperti wangnya sendiri, sedang rakyat masih ramai yang menderita dengan dibebani pelbagai masalah, termasuk terpaksa bayar hasil, cukai, saman polis dan sebagainya.

Kalau negara ini ada pemimpin yang berakhlak mulia, alim, dan tahu dosa pahala, mereka tidak akn guna wang kerajaan dengan sewenangnya, menolak rasuah kerana tahu akibatnya dan balasan Allah terhadap seorang yang menerima rasuah.

Saya sering dengan cerita daripada bapa mentua saya yang juga penggali kubur serta selalu mengusung orang mati ke kubur di kampungnya.

Menurutnya, sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasai jenazah seorang anngota polis yang diusungnya untuk di bawa ke tanah perkuburan di kampung itu begitu berat sekali hingga terpaksa banyak kali bertukar orang yang mengusungnya.

Bapa mentua saya mengandaikan ini mungkin kerana dia menerima rasuah ketika bertugas sebagai anggota polis menyebabkan jenazahnya terlalu berat untuk diusung penduduk kampung ke kubur dan begitu juga ketika hendak menurunkan jenazah itu ke dalam kubur hingga runtuh tebing kubur yang digali itu.


Dia memberitahu dia tidak pernah berjumpa jenazah seberat itu yang diusungnya secara sukarela apabila ada penduduk kampungnya yang meninggal dunia.

Jadi beringatlah mereka yang menerima rasuah, jangan sampai perkara yang sama menimpa diri anda, rakan keluarga juga pemimpin negara dan negeri

Mengenai pengundi pilihan raya, satu ketika dulu saya pernah mengundi BN, tetapi disebabkan berlaku perkara yang tidak dingini, seperti pembunuhan, rogol, rasuah serta mementingkan kekayaan peribadi dilakukan pemimpin yang dihormati, sejak itu saya bertukar mengundi PAS iaitu sejak PAS bergabung dengan Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.

Kalau rakyat terus mengundi BN bermakna rakyat merestui dan membiarkan gejala yang tidak sihat tadi dilakukan pemimpin yang dipilih memerintah negara.

Cubalah bertukar sekali sebagaimana rakyat Kelantan menerima baik kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah negeri Serambi Makkah itu. Saya juga berharap rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang kekalkan pemerintah yang ada kerana terbukti sudah melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya walaupun baru setahun memerintah.

Saya yakin kehidupan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan bertambah baik jika pemimpin yang memerintah negeri berkenaan terus dikekalkan.

Mohamed Noor Jaafar,
Kuala Lumpur.


P/S : sesal dulu pendapatan, sesal kemudian......
jom ubah ....