Saturday, January 23, 2010

KEJAYAAN TERKINI KERAJAAN NEGERI KEDAH, UMNO/BN MULA BUAT PERANGAI .....

Parti Islam Se-Malaysia memperingatkan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail agar tidak cuba menimbulkan kesangsian dan spekulasi yang tidak berasas terhadap keadaan ekonomi Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Gabem yang juga merupakan sayap kepada Biro Ekonomi Umno dilihat cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap kejayaan yang telah dilakukan oleh Pakatan di negeri berkenaan.Kedah diambil alih oleh Kerajaan Pakatan dalam keadaan negeri itu menangung hutang melebihi RM 2 Bilion setelah ditadbir BN selama 11 penggal. Selepas Pakatan memerintah, dari Januari sehingga Ogos tahun 2009, negeri kedah berjaya menarik pelaburan bernilai RM837,345,329 untuk menduduki tempat kelima dalam senarai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Sehingga Oktober 2009, Kedah berjaya mengutip hasil RM211.6 juta. Peningkatan juga berlaku melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta dan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta.11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.Fakta yang paling jelas menunjukan kejayaan Pakatan di Kedah adalah laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang memperjelaskan bahawa perbandingan kadar kemiskinan di Kedah 2004 (zaman BN) dan 2009 (zaman Pakatan), berubah secara drastik daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.
Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus.Ini adalah fakta-fakta awal yang dinafikan oleh Gabem demi untuk mempertahan kegagalan BN di Kedah selama ini. Gabem harus bersikap realitistik bahawa Kedah kini ditadbir oleh Pakatan dan sepatutnya membantu Kerajaan negeri untuk memajukan ekonomi rakyat bukannya menimbulkan spekulasi yang boleh merugikan ekonomi negeri.
Gabem sebagai proksi Umno juga pada tahun lepas telah gagal memainkan peranannya untuk mempertahankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dibubarkan dalam penyusunan semula Kabinet.Gabem turut bertanggungjawab membiarkan Presiden Umno memansuhkan syarat 30 peratus ekuiti bumiputra untuk pelaburan asing yang masuk ke negara ini. Sebagai badan yang kononnya mempertahankan ekonomi Melayu Gabem bersama Umno jelas telah mengkhianati orang Melayu dan bumiputra dinegara ini.PAS yakin rakyat sedar bahawa Gabem merupakan satu organisasi yang ditubuhkan demi untuk memberikan ruang kepada kroni-kroni Umno menguasai ekonomi dan GLC milik Kerajaan yang mana mereka juga bertanggungjawab untuk membantu ekonomi Umno.
Kebanyakan syarikat yang bukan ahli Gabem sering dinafikan hak untuk menerima tender Kerajaan Persekutuan selama ini. Jelas Umno dalam semua aspek cuba untuk menjahanamkan rakyat dan cuba sedaya upaya mensabotaj Kerajaan Pakatan.Diharap rakyat dapat membuka mata dengan segala fakta dan perbandingan yang diberikan. Walaupun baru dua tahun menguasai Kedah, Pakatan berjaya membuktikan bahawa pilihan rakyat dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 adalah tepat. - Ust. Idris Ahmad -Ketua Penerangan PAS Pusat / pinkturtke blogspot.
P/S- walaupun baru setahun jagung kerajaan PAS/PR kedah telah banyak melakukan perubahan dalam pemerintahan negeri. pelbagai perkara dan perubahan di laksanakan termasuk penjimatan kewangan. maka, tidak senang duduklah wakil umno/BN dan kerabat dengannya. manakan tidak, baru jek lancar BN menang-kedah senang dan kempen ntah hapa-hapa ntah anjuran umno itu. tak dak nampak perubahan apa-apa pun. rakyat buat tak tau ja. buat majlis, rakyat pi makan free pastu balik. kertas edaran depa buang tepi jalan. la ni wakil umno/BN buat tabur fitnah jer la apa lagi. guna media buat apa-apa kenyataan tanpa berpijak bumi yang nyata. dah nyata dah...BN Menang-Senang Lingkup...

Sunday, January 17, 2010

MANA Y.B PARLIMEN MERBOK ??? ADA WAKIL RAKYAT TAK NI ???

catatan: luahan rasa hati seorang pengundi Merbok. apabila rasa kecewa menguasai diri, apabila perubahan tidak di rasai dan apabila pena di jari........
Telah tercatat dalam lembaran baru sejarah di Merbok, apabila PKR (parti keadilan RAKYAT) dari pakatan rakyat telah berjaya menumbangkan UMNO/BN yang telah sekian lama menguasai parlimen ini. tsunami politik pilihanraya 12 telah turut sama mengubah parlimen merbok.
tapi itu dah jadi sejarah. pokoknya sekarang apa yang ada sekarang di sini?. apa yang Y.B PKR kita buat kat kerusi empuk di parlimen tu? kawasan tak turun melawat pun. tak pernah tengok muka pun. kalau ada hanya majlis tumpangan saja. sekadar hadir. tapi berani jamin 95% rakyat merbok tak kenal siapa Y.B Parlimen merbok. teruk sungguh. dah 2 tahun lebih, tak turun kawasan pun. jangan kata nak melawat orang sakit, lalu pun tak. Mungkin Y.B Parlimen kita tak tau sempadan merbok setakat mana. tak pun tak tau jalan masuk kampung. naya rakyat lagu ni.

kalau jalan pun tak berapa tau... nama kampung lagi tak tau. macam mana nak melawat kawasan. kalau tak melawat kawasan tak sempat, boleh hantar wakil. wakil pun tak nampak muka. isk..... rakyat marhean kat merbok macam mana ni? kalau Y.B parlimen kita sibuk sangat, kita faham. sebab selalu pergi k.l ada hal parlimen. tapi tak pernah tengok berucap pun dalam sidang parlimen. tak nampak muka pun. pergi k.l hal rakyat atau bisnes ni. ni ada rakyat dok kata dah pasai PKR. "parti kencing rakyat, parti kelentong rakyat, pemimpin kelepet rakyat". depa marah dah tu. kaalu tak buat apa-apa jugak, betoi la kot kata depa...
mungkin boleh di katakan Y.B pakatan rakyat termasuk PKR baru jadi Y.B dan menang mengejut. takkan tak bersedia? atau syok-syok masuk bertanding? tau tau tengok menang? jadi ikut suka tak buat keja? takkan macam tu kot? kami rakyat macam mana?. kalau Y.B kita tak bersedia jadi Y.B waktu bertanding... masuk buat apa. kalau jadi Y.B bidan terjun boleh di sesuaikan kot. Y.B Adun Tjg Dawai tengok baru jadi Y.B kali pertama. sempat tengok jugak muka dia sekali sekala kat DUN. kalut juga Y.B AdUN tu. jawatan macam-macam orang bagi peringkat negeri..tapi kerap juga tengok muka kat kawasan. boleh kata ramai gak kenai dia. kat paper pun kadang-kadang timbul. Y.B bukit selambau pun baru jugak. tengok pi program merata. sibuk jugak tu. ni Y.B parlimen tak dak tang mana pun.

dah 2 tahun lebih nii. takkan tak dan turun kawasan kot. kalut sungguh. bisnes apa ni. rakyat kampung macam kami ni bukan harap tolong sangat. makan minum kami cukup. bukan minta buat program apa-apa pun. mai turun sekali sekala pun tak pa. mai la kenduri kahwin kat sini ka, tengok orang mati ka, orang sakit ka. ni apa pun dak ni. dengar kata hari tu turun pi pasar malam sungai pial. lalu dengan keta. turun pun dak. lalu tengah orang ramai buat tak tau ja. kat nombot plat ada jata "ahli parlimen malaysia". tu dia....kemas sungguh Y.B kita. lalu tengah orang ramai nun..... "hon" pulak rakyat yang dok lalu tengah jalan.....juiwa rakyat sungguh..

bukan niat nak maki hamun ka, nak komplen ka. tak elok. tapi tengok la jadi lagu mana. kita sayang kat dia, sayang kat PR. dia selamba ja buat lagu tu. kalau ada pilihanraya kecik kat merbok ni...rasanya SAH Y.B Dato Parlimen kita ni bungkuih. kalu bungkuih dia sorang tak pa la. ni nak jadi kacau daun kat PR la pulak. dia sedar ke tak yang UMNO/BN merbok la ni dok bangkit dari tidoq? orang bangkit... dia pi sambung tidoq.... lu pikir la sendiri.... . kami bukan nak duit. kami tau Dato` kaya, duit banyak. kami ada duit nak makan minum kami. cuma nak berkawan dengan Y.B ja. takkan rakyat nak kawan dengan Y.B pun tak boleh. dah la Y.B tak turun kawasan, wakil dan orang kuat dia pun tak nampak muka. tak lama dah la lagu ni. kami rakyat yang tensen ......
p/s : waktu pilihanraya dulu tengok profile Dato" Y.B parlimen kita ni sakan. dedikasi dan intelek. walaupun bakal saingain dato dalam pilihanraya kan datang pun dato jugak. tapi mungkin ada banyak perbezaan. dato` merupakan orang melayu yang berjaya dengan usaha dato berbanding dato` yang satu lagi. pada asasnya dato berkait rapat dengan umno pada suatu ketika dulu. tapi kami respek dato. sayangilah rakyat disini, sayangilah kerusi ini, kasihanilah kawan-kawan dalam pakatan rakyat.... kalau dato` buat ikut suka dato`..kami pun buat ikut suka kami la .... macam mana ni dato`???

Monday, January 11, 2010

KALIMAH ALLAH : POLIS GUNA DARI DULU TAKPE PUN ...

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam.
Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan.
Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan bahawa UMNO "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini. Sama-samalah kita ambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini sebenarnya. -malaysiakini
P/S : malas nak layan geng umno/BN keparat ni.kecil-kecil tak nak sekolah pandai-pandai, bila besar menyusahkan orang. Apa yang pasti, puak-puak UMNO sebenarnya yang kini gigih memainkan isu perkauman ini sebenarnya. blogger umno terus berusaha siang malam dan suratkhabar keparat yang tak berhenti berusaha memesongkan rakyat. Mereka sengaja mahu mengaburi mata rakyat kononnya golongan ini adalah "Juara Rakyat" dalam mendepani isu-isu perkauman seperti ini. Walhal sebaliknya mereka yang bertindak mereka cipta skrip-skrip terbabit bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama seperti kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semua ini kini seolah-olah dilupakan, apabila media arus perdana asyik memainkan isu "perkauman" susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald itu baru-baru ini.

Sunday, January 3, 2010

THE HERALD : PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" UNTUK APA? KEPENTINGAN @ KEBENARAN .....

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja. Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut.
Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.
Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.
Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.
Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.
Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini.
Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu. Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?peguamkita
P/S: ???. dalam masyarakat majmuk begini, sebarang keputusan atau tindakan yang bakal diambil harus diteliti dari pelbagai aspek. jangan yang di kejar tak dapat...yang di gendong berciciran. apa yang pasti, jangan jadi hero macam pihak sebelah sana.....

PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" : AWAS PERANGKAP UMNO-BN ...

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?Agaknya begini…
SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa? -kedah la ni
p/s : kita harapkan agar pemimpin kita yang diatas sana yang dua tiga kerat tu jangan cepat sangat melatah. jangan cepat sanat menyokong. kalau kes judi, kes minum arak dan kes pecah amanah tak pulak cepat keluarkan pendapat. tiba-tiba kes agama bab nama "Allah" cepat pulak menyokong. bukan apa.....jangan ceoat sangat..nanti terbabas...