Thursday, August 27, 2009

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Saturday, August 22, 2009

ADUN LUNAS BELOT : ADA KAITAN DENGAN PLAN BN KEDAH ???

LAPORAN BONGKAR PLAN BN SEBELUM INI ....

Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 (ADUN LUNAS ???) ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi. Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK (MAHADHIR KHALID) .Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi!

Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani (DEKAT UMAH DATO` TAJUL URUS), rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga (PLANNING NAK LOMPAT JUGAK)- maybe seorang dari s.p bakar arang dan sidam)। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

- MAKA, jika benar laporan media tentang kebelotan ADUN Lunas, radhi salleh tu..maka akan ada lagi yang kan belot selepas ino. ini kerana rancangan tersebut telah sekian lama di atur oleh pihak BN. maka selepas ini mungkin ada lagi yang secara terang-terang berpakat dengan BN. malahan pula ADUN Lunas terbabit baru ini terdedah kepada laporan salah guna wang di mana membuat tuntukan perjalanan yang tidak masuk akal dan sedang di siasat. apa lagi.... umno pi injek sikit....abis. kena getah la dia. sudah menjadi lumrah bagi wakil rakyat dari PKR yang kurang pendidikan agama serta tidak faham apa makna amanah rakyat. jenis spesis umno nie..sama ja. suka kedarah benda haram. habih pakat jadi haram jadah....

PELAQNYA SEORANG Y.B BILA JADI BARUA UMNO DI KEDAH ....


Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu.

-[Persoalannya sekarang ialah kenapa pembubaran dan tindakan keluar parti dilakukan dua hari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir?. Tambahan pula, kenapa sidang media itu dilakukan di Kuala Lumpur dan bukan Alor Setar?. Apakah mereka ini juga telah termakan "gula-gula" habuan lumayan yang ditawarkan oleh UMNO kepada mereka?. Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu.
Apa sudah jadi kepada Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh pemimpin mereka masih belum sebati dan bersemangat seperti pemimpin PAS. Satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Biar apa pun yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin PKR terbabit, rakyat lebih tahu yang sememangnya mereka dijanjikan kemewahan oleh pemimpin UMNO gara-gara tindakan yang dilakukan ini. Apakah insiden ini dapat merubah sokongan rakyat kepada PAS di Permatang Pasir. Apapun, tahniah juga diucapkan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang sanggup menjadi "kambing hitam" UMNO bagi menarik simpati rakyat kepada Barisan Nasional !].

Tuesday, August 11, 2009

1 MALAYSIA : KITA AMAT LEMBAB DALAM TANGANI SELSEMA BABI H1N1 ...

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.
Utusan dan Berita Harian tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand.
Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.
Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.
Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?
---INI LAH KITA DIBAWAH pimpinan raja rasuah 1 malaysia. nak beli topeng muka kat rakyat pun x dak duit. bukan 2 saja, kat hospital pun boleh kata nak bagi semua pesakit pakai topeng pun x cukup. dah la tue, kat farmasi pulak x leh jual banyak2. dengar kata harga naik lepas ni? habih tu...nak bagi rakyat malaysia pupus semua...bleh lah pm syer harta negara dengan anak, bini kaum kerabat jer la kot ...

Wednesday, August 5, 2009

" TAK MAU TERFITNAH" : ingatan untuk org pas dan pimpinan di merbok, banggol,semeling,dan kawasan yg sewaktu dgannya

Sampai balik rumah dari Demo Mansuh ISA jam 3.15 pagi. YB Naset hantar sampai rumah, lena atas kereta tak sedar habaq sampai Ust Mud gerak........ sampai dah depan rumah.
Bertolak lewat balik dari KL kerana dok adjust peserta yang kena tahan Polis dari......... Baling satu bas, Jerlun 5 orang, Kuala Kedah 10 orang , Alor Setar 2 orang...............

Bukan nak cerita Demo ISA, tetapi teringat nak pesan kepada Bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah, ahli pemuda PAS Kedah yang pegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan mana-mana pun la. Jika tidak mahu terfitnah, maka janganlah buat kerja-kerja yang boleh menimbulkan fitnah.

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.
2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.
3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.
4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.
5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.
6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.
7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.
8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".
9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.
10. Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita.

Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............
Nota: Syabas kita semua yang sama-sama bertempur dengan pihak FRU dengan "empty hands" melawan gas dan air racun di pusat bandaraya Ibu Negara Satu Malaysia. Kalau rajin aku cerita detik-detik cemas itu.
(from blog - arisawang)
-terima kasih atas makluman tuan. semoga ramai lagi golongan pejuang2 dalam pas seperti anda.