Wednesday, June 10, 2009

DARI SUARA HATI : SURAT TERBUKA DARIPADA PEMBACA ...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

i. Adakah PAS boleh lupa apa juga perkara yang amat buruk dilakukan oleh UMNO kepada PAS. PAs sepatutnya mengambil ikhtibar dan adakah pas bersedia untuk dipatuk untuk kali kedua..........

ii. dengan kemenangan yang diberikan oleh ALLAH SWT, PAS sepatutnya pandang isu untuk mencapai kemenangan bukannya perpaduan.Muhasabah diri, tawakdu' dan perbanyakkan mendampingi rakyat terutama masyarakat di kampung bagi meraih sokongan.
iii. Sudah lupakah kepahitan yang diterima oleh PAS pada tahun PRU11 di mana PAS kalah teruk dengan UMNO. Adakah pada masa itu Muzakarah yang PAS lemparkan disahut oleh UMNO. Jauuuuuuuuuuuuh sekali.

iv. Adakah PAS menjangka kemenangan PRU12 lepas atas sokongan UMNO. tidaaaaaaaaaaak. Ini adalah kekuasaan ALLAH SWT, Mungkin ada diantara jemaah PAS yang bertahajud dan memohon kemenangan untuk PAS telah dimakbulkan . Di mana sokongan non-muslim telah mula diraih oleh PAS. Atas inisiatif PAS kah kemenangan ini tidak sama sekali. Tetapi adalah dengan pertolongan ALLAH SWT.
v. Adakah kerana PAS merasa mempunyai kuasa sedikit lalu mendampingi UMNO(musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan).Cuba saudara imbau kembali Kemenangan PAS PRU10 dan saya lihat betapa egonya semuanya kepimpinan PAS pada masa itu. Dan cuba saudara bandingkan PRU11 baru tahu apa itu kemenangan. PRU12 cuba saudara lihat ianya dah mula nampak persamaan dengan PRU10 dimana PAS dah mula tunjuk egoisnya. Sepatutnya PAS dah bergerak langkah menuju untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira padangan rakan pakatan rakyat.

vi. Kenapa pimpinan PAS kurang senang dengan Saudara Anwar Ibrahim. sepatutnya PAS mencari peluang untuk meningkatkan sokongan untuk kemenangan.
vii. Kenapa PAS banyak timbul isu yang boleh menggugat kestabilan PAS sendiri dan sokongan pengundi kepada PAS.Hayatilah apa TOK GURU NIK AZIZ katakan. PAS sepatutnya fikir bagaimana untuk mencapai kejayaan yang gemilang PRU 13. Apabila kuasa sudah ada ditangan PAS boleh gunakan sepenuhnya seperti menarik benang didalam tepung. Dengan itu Islam dapat ditegakkan dibumi malaysia .

AKHIR KATA MANA LEBIH BAIK UNTUK KITA BERKAWANO RANG KAFIR YANG TENTU KITA TAHU LATAR BELAKANGNYA DENGAN ORANG MELAYU YANG BERSIFAT MUNAFIK.

No comments:

Post a Comment