Tuesday, June 29, 2010
PEMIMPIN UMNO/BN SAH TOLAK ISLAM. ULAMA MUDA NAK DAKWAH APA ???
1. ‘Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)
2.‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.( Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)
3.Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)
4. ‘Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur’. (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)
5.Kalau pencuri kita potong tangan kanan,nanti besok2 dia mencuri tangan kiri pulak,potong tangan kiri,besok2 dia mencuri pakai kaki pulak,potong kaki pulak..dah tk ada apa untuk di gunakan untuk mencuri dia pakai mulut pulak.(Dr Mashitah Ibrahim 2008)
Apakah hukumnya orang Islam yang menolak hukum Hudud?
Orang Islam yang sengaja menolak hukum Hudud adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.
Apakah hukumnya orang Islam yang menghina agama lain?
Walaupun Islam menganggap semua agama , ideologi , falsafah dan ajaran yang tidak berasal daripada wahyu Ilahi dan bertentangan dengannya sebagai SESAT & MENYELEWENG , akan tetapi Islam tidak membenarkan ( mengharamkan ) para penganutnya menghina agama-agama itu dengan sewenang-wenangnya , apatah lagi menghina tuhan-tuhan mereka .Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 108 , surah al-An’am“ Janganlah kalian, wahai orang-orang mukmin, mencela patung-patung yang disembah oleh orang-orang musyrik selain Allah. Hal itu akan membuat mereka marah lantaran perbuatan kalian, dengan berbalik mencela Allah akibat sikap melampaui batas dan kedunguan mereka. Seperti apa yang Kami hiasi mereka dengan rasa cinta terhadap patung-patungnya, masing-masing umat juga Kami hiasi dengan pekerjaannya sesuai kesiapannya. Kemudian, semuanya hanya akan kembali kepada Allah di hari kiamat. Dia akan memberitahu mereka hasil perbuatannya dan akan memberikan balasannya “:.
Apakah HUKUMnya kita memilih PEMIMPIN yang menolak atau tidak melaksanakan HUKUM HUDUD?
Memilih pemimpin yang menolak hukum Hudud adalah berdosa.
Mari kita semak maksud Firman Allah Ta’ala:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).
Friday, June 25, 2010
CALON ULAMA BERIKUTNYA YANG BAKAL DI "CAP AYAM" OLEH UMNO/BN
Labels: Umno
Utusan Malaysia sebentar tadi menyiarkan berita bertajuk "40 ulama serah borang keahlian Umno" (lihat juga berita Malaysian Insider "40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri"). Apa yang depa nak? Nak jadi orang besar dalam Umno?
Kalau depa rasa depa boleh jadi orang besar dalam Umno, harap mereka kenang apa terjadi kepada kupang-kupang tembaga (maknanya syiling satu sen yang hampir tidak digunakan) seperti Datuk Dr Abdullah Md Zin, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi yang saya tak perlu sebut. Jangankan pemimpin utama di peringkat nasional, nak jadi pemimpin utama di peringkat bahagian pun tak merasa.
Atau, adakah depa fikir depa nak beri wajah dan ruh Islam kepada Umno? Kalau itu yang depa nak buat, elok depa kenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika dia masuk Umno pada Mac 1982, dengan penuh kurang ajar Anwar bangangkan orang ramai dengan dakwaan kononnya dia masuk Umno untuk Islamkan parti pengkhianat Islam dan Melayu itu. Akhirnya, Umno tak sedikit pun Islam, Anwar yang tenggelam. Tenggelam dalam budaya kafir Umno - siap luluskan judi di Sabah dan Sarawak.
Ada juga bekas imam yang menyertai Umno. Beliau dijadikan bidak di papan catur Umno untuk melawan seorang pemimpin pembangkang. Akhirnya bila dah tak dak kerja nak bagi anak bini dia makan, dia jadi pegawai khas kepada ketuanya di dalam Umno yang juga seorang menteri. Menteri itu khabarnya ada berpuluh pegawai khas. Orang di kementerian berkenaan memberitahu, tidak ada peruntukan untuk membayar gaji kesemua mereka. "Gaji dia orang pihak swasta bayar," kata pegawai itu.
Persoalannya, kenapa swasta bayar? Adakah pihak swasta nak bayar free-free? Tentulah ada habuan yang dijanjikan. Kalau tak, apa kerja dia nak bayar gaji depa termasuk bekas imam tu. Adakah amalam itu tak termasuk rasuah?
Cerita bekas imam yang mendapat gaji penuh misteri dari pihak swasta sedangkan beliau pegawai khas menteri boleh menerangkan nilai sebenar orang-orang agama yang masuk Umno. Bagaimana kalau gaji yang diterimanya itu dikategorikan sebagai rasuah kepada menteri berkenaan? Adakah bekas imam itu memberi makan anak bininya dengan duit rasuah yang diterimanya setiap bulan?
ONE MALAYSIA : JUAL BUKU LUCAH TAK PA, BUKU KARTUN TAK BOLEH ...
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.
Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.
Bagaimanapun, Mahmood tidak menyebut mengenai satu lagi buku terbitan Malaysiakini - 'Where is Justice?' - yang telah dirampas bersama dengan '1Funny Malaysia' dari kedai buku empat bulan lalu.
'1Funny Malaysia' merupakan kompilasi kartun Zunar, manakala buku 'Where is Justice' adalah mengenai kematian atau kekejaman dalam tahanan polis dengan fokus terhadap empat kes besar - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim
Di bawah akta tersebut, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. -mk
Dengan buku kartun pun kerajaan 1Malaysia Najib begitu trauma sampai diharamkan buku berkenaan.
Benar-benar kerajaan UMNO BN dah takut... kartun pun dah disangka real, sehingga dikatakan boleh mengubah pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
Jika demikian, tak cukup kuatlah kerajaan Najib jika kritikan dengan buku kartun pun diharamkan.
Lagipun, ingat bagus sangat kepimpinan dan dasar kerajaan yang ada kini sampai tak boleh dikritik dan ditegur? Teguran dengan lukisan kartun dah kira baik daripada rakyat gulingkan kerajaan dengan peti undi nanti. -GB
P/S : BUKU UJANG DENGAN MAJALAH GILA-GILA STANBY ....
PARTI LIAR @ MABUK ANAK-ANAK PEMIMPIN UMNO/BN
PARTI LIAR ANAK NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO - HIDUP YAHUDI!!
Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar,Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.
Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.
Yang menggemparkan bila Ashman Najib (ANAK PM MALAYSIA) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.
Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.
Ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO.-BLOGLIST
Monday, June 21, 2010
BLOGGER UMNO/BN TERANG-TERANGAN SOKONG JUDI ....
Dr Novandri Hasan Basri
1. Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.
1. Gambling is encouraged during the Diwali (Deepavali) season as a way of ensuring good luck for the coming year and in remembrance of the games of dice played by the Lord Shiva and Parvati on Mount Kailasa or between Radha and Krishna. In honour of Lakshmi, the female player always wins during Diwali.-http://www.religionfacts.com/hinduism/index.htm
Wednesday, June 16, 2010
SUNGAI PETANI : LANDSKAP KREATIF TAPI ....
Admin - Orang Sg. Petani.. hangpa boleh kompom tak pokok atas bangunan nie ada dak lagi...
Pemandangan Di Sungai Petani..
"pokok diatas bangunan"..lokasi Stesen Bas Bandar Sungai Petani Kedah......
*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh utaraonline & detikdaily pada Isnin 27/04/05
Apakah yg anda fikirkan selepas melihat gambar ini?...
Bagi saya cukup memalukan..ini adalah tempat tumpuan umum..ditengah-tengah Bandar Sungai Petani..yang datang dari Buterworth,Sik,Baling,Jeniang,Alor Star semuanya bertumpu ke sini dahulu dan menyaksikan pemandangan seperti ini...
Anda boleh tafsir sendiri berapakah usia pokok diatas bangunan tersebut..oleh itu selama itulah pemandangan seperti ini dibiarkan menjadi tatapan umum..
Sungai Petani ini telah mendapat taraf "Bandar"..namun pemandangan seperti in umpama "pekan-pekan koboi" saja layaknya..
Bangunan ini sememangnya milik persendirian..namun tidakah ada mana-mana pihak tampil utk menyelesaikanya agar tidak mencemar keindahan Bandar Sungai Petani yg juga dikenali dengan Dataran Jam Besar yg indah ditengah-tengah pusat bandar..
harap MPSPK dapat menyelesaikan masalah ini yg sudah berlarutan sejak sekian lama... -kedahlanie
PERINGATAN KEPADA PAS/PR MERBOK : TENGOK BERITA DAK NI???
PM: Tarikh pilihan raya satu kejutan | ||
|
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.
"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.
Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri. - Bernama
P/S :TERUS TERANG CAKAP, TENSION BETUI DENGAN KERJA-KERJA PAS MERBOK BUAT. APA BENDA TAK JALAN. DULU BUKAN MAIN RAJIN CARI AHLI DENGAN DAFTAR PEMILIH. TAPI LEPAS MENANG HARU TU, HAPRAK TAK BUAT. GEBANG SAMPAI KE MALAM SAJA. NTAH HAPA BENDA NAK TEGUR TAK TAU LA.
KALAU LAGU NI LA, BAIK KALAH DARI MENANG. WAKTU KALAH DEPA RAJIN BUAT KEJA, LEPAS MENANG DEPA PENYENGAN. NYANG BEGANG SANGAT TU, MAKAN ELAUN MAU. LETIH LA LAGU NI. SAMPAI BILA NAK LAGU NI. NAJIB KATA DIA NAK BUAT KEJUTAN PILIHANRAYA KALI NI. HANGPA DENGAR TAK TU???
BUKAN APA, DULU HANGPA NAK SANGAT JAWATAN KAWASAN DENGAN CAWANGAN..LA NI MANA PI SEMANGAT TU??? SEMANGAT TU LA NI TINGGAL KAT Y.B ADUN DENGAN 2,3 ORANG TUE JA. YANG LAIN ......
KALAU PILIHANRAYA 13 NI TAK DAK ISU BESAQ, JANGAN HARAP LA NAK MENANG. TAPI KALAU MENANG JUGAK, LAGI EKSEN LA YANG TAK BUAT KEJA TU.....
KUASA ALLAH : JESUS HANGUS DI PANAH PETIR
Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini dibuat dari plastik dan gelas fiber.
Malam isnin lepas, Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.
Mungkin elok pendiri patung Jesus ini membaca dalam kitab mereka sendiri:
"Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth."
-Exodus 20:4
UMNO/BN : Padan Muka Pengkhianat Rakyat Kelantan...!!!!
Fiesta Kelantan hambar: Hanya 300 hadir | ||
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.
Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus. Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara. Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.
Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Mursyidul Am PAS itu berucap. Menurut Takiyuddin, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Nik Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.
Siaran langsung dibatalkan
Berikutan itu, katanya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan. Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan persetujuannya untuk merasmikan Fiesta Kelantan itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam. Berikutan itu, RTM juga membatalkan siaran langsung yang dirancang. Namun, RTM menerusi Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1. Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja dipercayai sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut. Ia dilihat sebagai tindakan terdesak. Adalah dipercayai jemputan untuk Nik Aziz berucap ditarik balik kerana ada pihak yang tidak mahu ia disiarkan secara langsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.
UMNO/BN DAN JUDI TAK DAPAT DI PISAHKAN
Yahudi zionis sememangnya mahu melihat umat Islam rosak dengan judi; sekaligus menjadikannya sumber haram negara yang tiada mendapat barakah . Apalagi, untuk menjadi sebuah negara yang “ Baidatun toiyibatun warabbun ghafur” ( Negara yang makmur, aman damai dan mendapat keampunan Allah)
Di sinilah peranan APCO selaku konsultansi negara ke arah kehancuran ummah, institusi keluarga dan negara. Ternyata Umno tiada agama kerana tergamak untuk merosakkan sistem sosial demi untuk mengaut rasuah politik sebanyak RM525juta; mengaut keuntungan secara haram kepada Negara; demi kelangsungan jelmaan DEB iaitu, MEB untuk mengkayakan lagi kroni seperti Vincent Tan .(taukeh judi).
Ternyata UBN bukanlah parti pemerintah yang bersih dan tiada daya usaha langsung ke arah pembersihan negara daripada elemen-elemen subahah dan dosa kerna bukan kali ini UMNO menerima Yahudi Zionist selaku penasihat Negara. Bahkan, di era Tun Mahadir lagi Umno sudah ‘engaged’ syarikat yahudi Zionis . Iaitu, Sathy and Sathy selaku propagandis kerajaan UBN dan pilihanraya . Tiada hairanlah mantan PM itu selepas menghadiri sidang PERKASA menjadi PERKASA JUDI dan menyokong judi bola dunia; sekaligus Umno memperkasamkan PERKASA.
Tuduhan mantan PM itu bahawa kerajaan PAS Kelantan cuma haramkan judi bola dunia semata-mata dan tidak judi empat ekor . Ternyata lidah putar alam beliau seperti dahulu kerna kerajaan Kelantan mengharamkan semua jenis judi termasuk empat ekor.
Inilah ajaran sesat Umno yang mendayusi para mufti menjadi setan bisu untuk menegurnya . Menteri agama Umno diam seribu bahasa.Umno ternyata tiada menjunjung perintah agama . Justeru itu, ulamak Umno seperti ‘ulamak’ yahudi bersubahah dengan kefasadan dan selama ini di’biro’kan sahaja di dalam Umno. Beristirehat dengan sogokan duniawi diperketiakkan Presiden mereka. Inilah Umno yang menipu penyokong Melayunya secara terang-terangan meninggalkan perintah agama yang bersubahah secara buta tuli kerna kepentingan projek dalam Umno . Itu pun, habuan buat kroni suku-sakat Umno-elitputra sahaja. Kalangan yang miskin dapatlah beras dua tiga kampit habuan bersubahah sokong merebahkan agama.. Lantaran, syirik bertuhankan benda dan manusia. Sekaligus, mengkhianati dan memperkosai kesucian agama Islam yang suci murni.
Umno menyesatkan orang Melayu terumbang ambing tanpa hala- tuju keimanan sekaligus menjadikan umat Melayu lemah tanpa agama. Agamalah yang menguatkan sesuatu bangsa bukannya bangsa yang menguatkan bangsa seperti yang terjadi kepada bangsa Arab yang meninggalkan Islam menjadi ‘subordinate’ Amerika. Tetapi, Amerika dan yahudi zionis gerun kepada Hamas Palestina( Gerakan Islam ) , Iran dan Turki yang berbangsa Parsi dan Turki bukan berbangsa Arab ; kerna dasar dan aqidatul Islamiyyah yang dijiwai dan diperjuangkannya; bukannya nasionalisma atau kebangsaan.
Kesesatan dan keterlanjuran Umno ini sudah tiada bisa ditransformasi lagi ; apalagi untuk direformasi kepada Islam kerna Umno tiada seperti PAS yang mempunyai Dewan Ulamaknya sendiri yang tiada bisa duduk ‘selesa’ ( ‘comfort –zone’) di bawah ketiak Presiden menjadi ‘Yesman”. Bahkan, PAS sebagai satu-satunya Gerakan Islam yang syummul meletakkan Presidennya di bawah pemantauan dan kuasa Majlis Tertinggi PAS . Iaitu, Majlis Syura Ulamak yang menjadikan Kitabullah, Assunnah , Kias dan Ijmak Ulamak sebagai tatacara prinsip perjuangan dan rujukan tertingginya.
Justreru itu , alhamdulillah Gerakan Islam PAS tiada seperti Umno yang terhanyut dengan aqidah sekularnya kerna PAS dipimpin dan dibimbing oleh kepemimpinan para ulamak yang tersohor , berintegriti , berilmu dan beramal dengan ilmu selaku ulamak yang hiraki mempertahankan sistem Islam dan keadilan Islam untuk semua.
Bahkan Majlis Syura Ulamak meluluskan Dewan Himpunan Penyokong PAS , dulunya dikenali dengan nama Kelab Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Islam yang menyokong keadilan sistem Islam untuk semua melewati batas ras, ethnic dan agama. Bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia yang senantiasa kontemporari sehingga hari kiamat. Sistem Islam lebih kondusif berbanding sistem sekular ciptaan manusia. Sistem Islam langsung daripada Tuhan yang Maha Bijaksana.
Apakah bisa kaum India, Cina, Siam, Kadazan , Iban dan Murut, umpamanya menjadi anggota sayap Pemuda atau wanita Umno ! Pastilah Umno selaku parti perkauman Melayu ( kaumiyyah) akan porak peranda. Sekarang pun sudah jadinya huru hara dengan komponen parti yang bernansakan kaum yang lain dalam BN seperti MCA dan MIC. Apabila setiausaha PM dengan terbuka menyelar kaum Cina sebagai pelacur dan kaum India sebagai pengemis! Namun , Akta Hasutan tiada dikenakan ke atasnya!
Ternyata Umno dengan dasar assobiyyahnya tiada bisa menyatukan komposisi kaum yang plural di negara ini kerna masing-masing adalah parti perkauman. UBN bermain dengan sentimen perkauman di dalam pilihanraya demi untuk meraih undi kaum masing-masing.
Yang terang dan jelas , perkara sekotor dan sejijik ini tiada berlaku dalam PAS yang sudah pun mempunyai sekitar 20,000 anggota DHPP dan juga pada DAP dan Keadilan yang bernaunsakan prinsip universal dan keadilan sejagat sebagaimana PAS : “Islam rahmatan lil’alamiin” ( ‘Islam Just For All’)
Jika dulu PAS di tuduh tiada layak memerintah kerna Malaysia masyarkat majmuk. Tetapi sekarang PAS sudah ada masyarakat majmuk dalam Dewannya. Bahkan sanggup berjuang untuk menegakkan keadilan Islam untuk semua .
Jika Umno Johor kecuali Muftinya , sudah berani menentang Presiden Judi mereka . Nah ! mari Johor bersama-sama dengan negeri-negeri perintah Pakatan Rakyat; Iaitu, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah mengharamkan judi bola. Dengan tiada membenarkan PBT mengeluarkan lesen premis judi . Bahkan negeri –negeri Pakatan tiada akan memperbaharui lesen premis judi yang baru . Kementerian Kewangan dengan sombong dan bongkak berdegil untuk hapus lesen judi sekali pun , masyarkat Cina sendiri daripada kalangan MCA dan DAP menentang judi kerna itu bukan budaya kaum Cina.Tetapi budaya penjudi ! Judi juga menggamit jenayah , Along dan budaya maksiat seperti merogol, zina , bayi longkang, pemabuk dan membunuh kerna darah termakan wang haram .
Umno , eloklah dibubarkan dan masuk Pakatan Rakyat jika Presiden judi mereka bertegak dengan kefasadan judi dan keluarlah daripada Umno beramai-ramai kerna Umno sudah tiada bisa lagi menyelamatkan , Negara , ummah dan agama . Bahkan , Umno menanamkan ajaran sesat lagi menyesatkan . Justeru, merosakkan agama bangsa dan tanah air. Untuk itu orang Melayu hendaklah menyertai Pakatan ; tawan Putrajaya dan Selamatkan Malaysia daripada SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .Apalah ertinya menyokong Palestina –Gaza, sedangkan di waktu yang sama . Si hipokrit yang sama juga yang menyokong APCO ( Zionis Yahudi ) dan Judi !!!
P/S : NO KOMEN DARI BURUNG MERBOK. MALAS NAK ULAS. KALAU PENYOKONG UMNO/BN TERUS DOK SOKONG JUGAK... TAK LAH KAT HANGPA....
Sunday, June 13, 2010
PM PAKATAN RAKYAT : ANWAR PILIHAN TUAN GURU MURSYIDUL AM.
Jun 14, 10 12:55pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam Pakatan Rakyat jika mereka berjaya menawan Putrajaya.Sebaliknya menteri besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.
Saturday, June 12, 2010
PAS PILIH MAIN BOLA, UMNO PILIH JUDI BOLA !!!
PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini. Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu. Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.
Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram. "(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. "Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah. Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an. Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aski menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.
Ajak Dr M, Pak Lah berdemo
Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius. "Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya. Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir. "Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. "Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya. Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya. Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong. "Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. "Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.