Friday, July 24, 2009

CENTRAL SQUARE SP : PUNCA SOSIAL REMAJA CELAKA ...

Pusat Hiburan Di Pusat Membeli Belah,
Sekolah Gejala Sosial
- oleh UNGGAS - Landas
[Suatu kajian kes Ringkas di Central Square Sungai Petani]
Gagak, Ular dan ulat di ‘Pasar Hiburan’

Tingkat lima dan empat pusat membeli-belah Central Square, Sungai Petani sudah sinonim dengan kehadiran puluhan pemuda dan pemudi berumur semuda 11 tahun hingga lewat 30-an dengan pelbagai ragam fesyen rambut dan pakaian. Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic, Emo, dan yang terbaru budaya Shuffle telah sekian lama berakar-umbi disini dan berlumba-lumba menjangkiti pengunjung-pengunjung baru yang masih mentah yang mencari hiburan untuk jiwa mereka. Kumpulan-kumpulan ini bergerak dengan tersusun didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tanpa rasa bersalah mengaut keuntungan diatas kerosakan akhlak muda mudi ini. Modus operandi mereka ialah menggunakan muzik dan fesyen sebagai alat.

Tingkat lima Central Square merupakan pusat yang menyediakan tempat hiburan seperti bilik-bilik karaoke, permainan video, snooker dan panggung wayang. Terdapat 30 kotak karaoke yang mirip jamban awam yang tersusun panjang. Sebuah ‘karaoke jamban’ ini boleh memuatkan sehingga 5 orang bersaiz dewasa dalam keadaan bersesak. Sebuah lagu yang hendak dinyanyikan perlu dibayar wang berjumlah RM1 untuk satu lagu. Tertera di hadapan deretan kotak karaoke ini papan tanda bertulis, ‘Pusat Hiburan Sihat Keluarga’. Namun, perkataan terbabit sedikitpun tidak menggambarkan perkara sebenar yang berlaku di pusat karaoke berkenaan. ‘Jamban-jamban’ ini menjadi tempat yang strategik bagi pasangan-pasangan kekasih muslim bermadu kasih dan pemuda-pemudi kita berkhayal tanpa arah tujuan.
Lebih parah lagi, pihak pengurusan seolah-olah tidak mengendahkan peraturan apabila membiarkan sahaja kanak-kanak sekolah memasuki premis mereka. Selain pusat karaoke ini, pusat permainan video, pusat snooker dan panggung wayang juga menjadi tempat remaja-remaja ponteng sekolah melepak dan berhibur. Ditingkat lima inilah tempat persidangan pemuda-pemudi bermasalah yang bukan sahaja datang dari sekitar Sungai Petani malahan dari Gurun, Baling, Pendang, Gerik, Seberang Prai dan setiap ceruk Negeri Kedah. Matlamat mereka adalah bertemu dan bertukar-tukar fikiran tentang ‘tora’ (gam), thai song, thai siam, tahi girls, song kala, dadah ice, belen (bohsia), rempit, gaya-gaya barat terbaru, video lucah melayu rakaman telefon-telefon bimbit mereka, dan belajar ilmu baru tentang subculture-subculture yang mereka anuti.
Penyangak Moral
Budaya negatif remaja bermasalah ini akan lebih tertonjol bila penyagak-penyagak moral bergelar ‘event manager’ menganjurkan konsert-konsert sama ada dengan lesen atau tanpa lesen. Melalui tinjauan yang kami lakukan, penyagak-panyagak ini biasanya mengambil jalan mudah dengan membuat rundingan untuk mengadakan konsert di pusat-pusat membeli belah hanya dengan persetujuan suka sama suka antara ‘event manager’ dan pemilik pusat membeli belah terbabit tanpa merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Konsert-konsert ini diadakan di kawasan lapang seluas kira-kira 30 x 30 meter persegi dibelakang kotak-kotak karaoke di Aras 4 dan 5.
Pada waktu-waktu biasa yang tidak diadakan konsert, kawasan ini dijadikan oleh remaja-remaja shuffle untuk menari-nari tanpa arah. Sekali lagi ditegaskan bahawa mereka ini adalah pelajar-pelajar sekolah bawah umur dan kebiasaannya ponteng sekolah semata-mata untuk bershuffle.
Muzik dan Fesyen soldadu kemaksiatan
Tingkat empat Center Square pula tidak kurang hebatnya dalam merosakkan moral pemuda-pemudi masa depan Negeri Kedah. Disini tempat berhiburnya lebih exklusif. Pusat karaoke dibina dengan bilik-bilik khas yang boleh menempatkan sehingga 10 orang. Bayarannya berdasarkan jumlah jam yang dihabiskan untuk berhibur. Walaupun dipintu hadapan premis ini tertampal peringatan berkenaan kesalahan seksyen 5 dan seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988, namun ianya terlalu kecil dan suasana didalam bilik berkenaan tersorok dan gelap seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat.
Tidak cukup dengan muzik, pemuda-pemudi kita juga dimabukkan dengan puluhan kedai baju dan aksesori yang mempromosikan budaya-budaya subculture dan budaya barat. Kedai-kedai ini juga menjadi pusat untuk mempromosikan konsert-konsert haram underground yang disebut ‘gig’. Segala macam fesyen dan aksesori punk, skin head, black metal, shuffle dan pelbagai lagi budaya kuning dijual disini.
Sekolah gejala Sosial dan Latihan Praktikal mereka
[Arak, Narkoba dan Seks]
Perlu dijelaskan bahawa kegiatan tidak bermoral pemuda-pemudi kita tidak hanya berkitar di Central Square (CS) sahaja. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, pusat-pusat hiburan yang dibina didalam pusat membeli belah sebenarnya adalah sebuah ‘sekolah’ dan ‘dewan orang ramai’ untuk para remaja bermasalah ini belajar ilmu-ilmu baru yang merosakkan dan berkenalan dengan remaja-remaja lain seangkatan dengan mereka. Selepas belajar, bertukar-tukar fikiran dan bersosial di Central Square, mereka akan ke ‘port’ (tempat lepak) masing-masing biasanya diapartment terbengkalai dibelakang Centre Square, ditepi jambatan keretapi, dibangunan PKNK distesyen bas, di hujung bangunan Wisma Bandaran dan di lorong-lorong belakang kedai untuk melakukan aktiviti lanjutan mereka. Tidak lain, aktiviti kebiasaan mereka adalah seks bebas dan khayal dengan gam dan samsu ‘thai song, thai girls, thai siam, song kala’.
Samsu adalah arak yang dihasilkan secara haram kerana kandungan alkoholnya yang sehingga 40 – 70 peratus adalah tidak dibenarkan, kilang penghasilannya masih tidak dapat dikenalpasti. Arak ini juga dijenamakan dengan pelbagai jenama lain seperti ‘Thai Siam’, ‘Song Kala’, ‘Thai Song’, ‘Thai Girls’, ‘Cap Lelaki Botak’ dan ‘Cap Buluh’. Arak ini tidak dijual secara terbuka tetapi dijual secara haram oleh individu-individu di rumah-rumah persendirian dan dikedai-kedai mereka yang kebanyakan boleh didapati disekitar pasar hiburan sebegini termasuk di sekitar Central Square (CS).
Gejala seks bebas bermula antara lain dengan kegiatan pornografi yang berteberan merata-rata melalui VCD murahan, internet dan video-phone. Ini telah menjadi satu alat bantu mengajar (ABM) yang berbahaya dan menyemarakkan budaya seks bebas. Central Square (CS) dan pasar hiburan sebegini menyediakan semua prasarana yang diperlukan samada DVD/VCD, cyber cafĂ© dan wifi, tempat-tempat pertemuan teman-teman untuk download, bluetooth dan MMS, serta bertemu teman-teman belen (bohsia)dan ‘pendrive’ serta tidak kurang juga ruang-ruang gelap seks cepat. Kawasan-kawasan gelap CS termasuk di tangga kecemasan bomba telah digunakan untuk aktiviti seks oleh remaja dan belia dimana tompok-tompok air mani dan kondom sering dijumpai ketika pemantau UNGGAS dibuat.
Dadah dan Gam juga menjadi fenomena yang memenuhi sekitaran pasar hiburan termasuk juga CS. Gam boleh diperolehi dengan mudah dipelbagai kedai terutamanya kedai 24jam seperti 7 eleven. Beberapa port dan usrah Gam telah dikenalpasti disekitar CS. Syabu dan Ice yang menjadi ikutan baru remaja dan belia boleh diperolehi dengan mudah hanya dengan satu panggilan telefon kepada tokan. Tokan biasanya hanya akan melayan panggilan tempahan dari ‘regular customer’ yang biasanya menjadikan Pasar Hiburan seperti CS sebagai tempat perkenalan awal.
Menangani kesan bala Sekolah Gejala Sosial
Titik tolak segala aktiviti ini dibandar Sungai Petani adalah daya penarik yang utama iaitu Central Square, satu dari banyak sekolah gejala sosial yang bertanggungjawab merosakkan nilai moral masyarakat. Situasi ini tidak hanya berlaku di Central Square, tetapi di pusat-pusat membeli belah yang lain seperti Village Mall juga di Sungai Petani, Central Point di Alor Star malahan di The Summit di Bukit Mertajam dan Megamall di Seberang Perai.
Maka, sudah tiba masanya pihak kerajaan menilai semula polisi yang digunakan terhadap pusat-pusat membeli-belah sebelum generasi pemuda hari ini memusnahkan nilai moral masyarakat pada masa hadapan. Apalah gunanya keuntungan berjuta ringgit daripada operasi pusat-pusat hiburan yang dibenarkan dibuka dipusat-pusat membeli belah ini yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk keluarga membeli barangan keperluan tanpa risau akan pengaruh negatif yang sentiasa mencari peluang meracuni pemikiran anak-anak kita.
Konsep baru pusat-pusat membeli belah yang sihat untuk pengguna perlu dilaksanakan. Tempat untuk keluarga membeli barangan dapur, pakaian keluarga, buku dan barang-barang keperluan lain perlu dipisahkan dengan pusat-pusat hiburan. Pusat-pusat hiburan sepatutnya dibuka dikawasan khas yang memudahkan pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa.
Konsep gedung membeli belah yang selamat dan sihat mungkin boleh digunapakai. Gedung membeli belah seperti ini, tidak mencampurkan aktiviti membeli barangan keperluan dengan aktiviti hiburan. Namun, jika gedung membeli belah besar yang berkonsep seperti ini dibuka, keadilan terhadap peniaga-peniaga kecil juga perlu diambil kira oleh Kerajaan.
-masalah seperti ini memerlukan sokongan semua pihak untuk mengatasinya. masalah ini semakin panik. tidak cukup dengan central square ... ada lagi yang timbul .... carnival lagi, village mall, centre point, billion, park avenue.. masyaallah...limgkup remaja kita. baru-baru nie umno/bn kedah nak atoq plan..nak bawak pujuk geng golongan muda dalam umno. jadi nkita harapkan positiflah. kalau setakat nak memperbodohkan, memperdayakan, memperjudikan, memporak perandakan atau memperkudakan golongan muda ... baik lupakan saja. sudah banyak kerosakkan yang telah anda lakukan di kedah selama 50 tahun. la tengok..apa jadi dengan anak cucu hangpa nie.......

Wednesday, July 22, 2009

BILA SI BANGANG JADI MENTERI ....

Dengan satu tindakan yang mengulangi kezaliman bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Said yang pernah membatalkan MoU di lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat serta sifat kebudak-budakan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak sewaktu Perak dikuasai Pakatan Rakyat, hari ini, hal yang sama diulangi oleh seorang menteri UMNO BN.


Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar telah menegah semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang berkuatkuasa serta merta.Alasan Menteri berkenaan ialah kerana kononnya kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.Sedangkan apa yang cuba diselindungi olehnya ialah percubaan beliau untuk tidak menyalurkan pembangunan dan peruntukan pusat kepada ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.Sikap yang ditunjukkan oleh menteir-menteri bermentaliti rendah ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak memahami dan mematuhi konsep federalisma yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang mana adalah menjadi tanggungjwab untuk kerajaan pusat untuk membangunkan negeri-negeri sekalipun ianya diperintah oleh parti yang berbeza dengan parti di peringkat pusat.
Hal yang sama telah dilakukan sebelum ini oleh beberapa menteri seperti Dato Mustapha Mohd yang dengan kedudukannya sebagai ahli majlis Perunding Ekonomi Negara telah melakukan sekatan peruntukan pembangunan bagi negeri Kelantan.Sikap kerajaan BN tidak pernah berubah untuk menzalimi rakyat yang tidak memilih UMNO BN.Jika demikian halnya adalah amat wajar untuk rakyat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak lagi perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat lantaran tindakan menteri-menteri berkenaan yang mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat negeri-negeri berkenaan.Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat perlu membuat bantahan keras terhadap kenyataan terbaru Noh Omar berkenaan disamping mengheretnya ke muka pengadilan jika terbukti ianya menyalahi Perlembagaan dan undang-undang negara

Menteri Bangang : Awat Hang Ingat Kami Tak Bayaq Cukai Ka Nak Diskiriminasi Negeri Kami ..?? - bloglist-politik-malaysia

Datuk Chua Jui Meng : mengapa saya keluar MCA dan Masuk PKR ...

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa 'harapan baru' kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR. Beliau berkata,

"Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.
Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. Institut Persekutuan, PDRM, MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.
Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR. Kes sodomi DSAI juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda.
Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua".Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut. Beliau berkata,

"Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita semua hendaklah memainkan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia".Dalam pada itu, Ketua Umum PKR, DSAI menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang benar dihukum. Beliau berkata,
"Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.
Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa. Sama seperti pemerintahan di zaman gila.
Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati".Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusannya menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untuk membawa 'harapan baru' kepada kawasan itu. Beliau berkata,
"Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat. Harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.
Sudah hampir empat tahun saya dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untuk menwujudkan kekuatan. Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini. Saya ambil sebagai contoh langkah yang telah di sebut oleh Datuk Chua".

Tuesday, July 14, 2009

Tuesday, July 7, 2009

UMNO/BN GUNA "BABI" UNTUK JATUHKAN PR KERAJAAN KEDAH ???

Sah! Satu Konspirasi Terancang Jatuhkan Kerajaan Kedah Sedang Berjalan
(penyapu lidi-blog-list)

"Semarak Babi - BN Menangguk Kesempatan" oleh T.T Ting Memang munasabah. Apakah konspirasi yang sedang berjalan di Kedah? Aku yakin ada konspirasi dan konspiratornya…mungkin ada yang tuduh aku jahat pulak... Tapi yang ini SAH BENAR!

Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi। Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK.Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi।
Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani, rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

Di waktu tangah hari, beberapa jam sebelum itu, dua orang Adun berjawatan Exco memujuk seorang Adun biasa menyertai mereka। Bila dia menolak, dia dituduh sebagai anjing PAS. Sebelum itu ada orang menyuruh dia tukar nama kepada ‘Ahmad Bin Abdullah’. Kesian dia kerana mempertahankan prinsip, dia dituduh macam-macam. Inilah perjuangan untuk rakyat yang memilihnya.Beberapa jam selepas itu, mereka mengadap bigboss mereka di Penanti।

Bigboss yang sudah sarat dengan problema, terpaksa memujuk mereka pula untuk kekal dalam perjuangan.jangan mengutamakan diri sahaja. Lihat kerosakan yang telah dilakukan oleh BN. Isu babi terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kerosakan 50 tahun sepanjang BN bermaharaja lela.Malam sebelumnya, seorang daripada mereka berada di rumah MK।
Mat Che Nai juga ada di sana. Bashah juga ada di situ. Mat Che Nai bercerita sakan tentang gerakan menggerodak yang sedang dilakukan untuk untuk membangkitkan kemarahan orang bukan melayu kepada kerajaan PR.Esoknya, Adun itu tanpa sedar, di depan Exco itu, dia terlajak mengulang semula butiran perbincangan seorang Exco dengan Mat Cik Nai di dan Tunku Puteri .

utiran itu berkaitan sebuah dewan kuil di Jalan Pegawai yang hendak dirobohkan oleh Mat Cik Nai di MBAS. walaupun Adun itu tidak hadir dalam perbincangan itu, apa Mat kata, apa Tunku Putri kata, apa Exco itu kata, semuanya dia tahu sebijik-sebijik. Dari mana dia tahu butiran itu?Setelah mengikuti semua rentetan peristiwa dan gerakan ‘di bawah permukaan’ (undersurface movement), saya berani mengasahkan, satu konspirasi sedang berjalan, dan konspiratornya ialah seorang Exco dalam kerajaan Negeri sekarang। KBN 333!

Mereka lemah untuk membentangkan hujah dalam perbincangan। Mereka gagal mengemudi tanggungjawab dengan baik. Mereka bebal jika kehendak mereka terbatas oleh peraturan dan prosedur. Mereka bertaraf posmen dan tukang urut untuk mengangkat perjuangan besar untuk seluruh rakyat. Kegagalan menempatkan upaya diri dalam pemerintahan sebuah kerajaan dirawat dengan ugutan dan merajuk.Mereka merancang merujuk kepada janda tua yang kelaparan kuasa।

Janda tua yang kaya dengan duit yang dijarah sepanjang memerintah Kedah berjanji berkongsi
kuasa dan harta dengan mereka. Janda tua itu sedang kemaluan besar bila dia diganti dengan orang luar yang afdhal dan semporna. Isu babi disorong sebagai papan anjal untuk mereka melompat. Berbaloikah?

-rupanya tak puas2 lagi puak2 ni dok pulun. baguih jugak, tak kenai putus asa. tapi dok buat keja mengarut la pulak. aduhai umno. siang malam mensyuarat rata rumah, rata hutan rata belukar dok pikiaq macam mana nak tergolekkan kerajaan kedah. kalau bab idea jahat....banyak betul la. tambah2 yang dok belajar tesco sungai petani tu. tiap2 hari dok pikiaq macam mana nak buat. sampai tidoq tak lena....mandi tak basah..makan tak kenyang.......



Ya...Allah ...sesungguhnya engkau maha mengetahui atas apa yang engkau ciptakan. engkau maha berkuasa atas segalanya. engkau tahu mana teraniaya, yang menganiaya dan yang dianiaya. berikanlah peringatan dan petunjuk kepada mereka agar mereka sedar atas pa yang mereka lakukan. Selamatkan kerajaan kedah..amin...

AWAT PM NAJIB MUHUNG KITA SAMPAI LAGU TUE ....

Artikal Santai Tapi Pedas : Habis 1Malaysia kena kencing...!!! oleh AnakKedah
(bloglist-politik malaysia)

Assalamualaikum....

Perghhhh GANAZ gila rupanya dunia internate nie.. klik saja dapat tau macam2... patut la internate aku slow ja sebab mungkin depa tak bagi aku klik sana klik sini... nanti aku akan dapat jumpa TEMBERANG Manusia atas muka bumi nie....nie kes OBAMA bertelepon dengan PM Kita alahai yang nama NAJIB tuu takan tak kenai kot.... opsss apa tak kenai OBAMA... OBAMA tu pak menakan MICHEAL JACKSON hangpa tau kaa... he he he

Dak aihh OBAMA tu PRESIDEN AMERIKA nak habaq bagi kat hangpa... Ala masa waktu mamat OBAMA tu telefon bukan main gebang la surat habaq Malaysia dok canang sana canang sini...orang besaq teleponlah katakan sapa tak bangga...AMERIKA lagi tuuu....Najib pon berceritalah 1Malaysia apa yg depa borak tuu...


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menyentuh pelbagai isu termasuk isu ekonomi semasa bercakap melalui telefon selama 20 minit malam ini.Bercakap kepada para usahawan Bumiputera pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) malam ini, Najib berkata beliau telah menerima panggilan dari Obama pada pukul 9.10 malam dan mereka telah membincangkan pelbagai perkara.Beliau berkata Obama memuji keunikan dan kelebihan Malaysia."Anda sepatutnya berbangga dengan Malaysia kerana (negara) anda adalah sebuah negara Islam moden yang progresif dan anda berupaya mengendalikan satu masyarakat pelbagai ethnik dan agama," katanya yang memetik kata-kata Obama.OK laa baca sendiri laa... tengok apa depa goreng...semua best2 belaka laaa....

TAPI mai nak habaq kat hangpa apa depa dok sembang sebenaqnya.... nie aku ambik dari Surat Habaq Korea... rupa-rupanya NAJIB kena 'sound' dengan OBAMA.. pasai duit dimana beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Itu tajuk sebenaqnya... nie salah satu surat habaq online dari Korea keluaqkan artikal tuu...


North Korea sought payment through a bank in Malaysia for its suspected shipment of weapons to Myanmar that is being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, a source said Saturday, according to Yonhap News.The visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction for the cargo from the bank in Malaysia to North Korean leader Kim Jong-il, the source said."Kim will have a hard time collecting his money," the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity.

The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon by phone........






Perghhh sampai terra tuu rupanya... awat yg nie depa tak habaq kata NAJIB panas telinga kena sound dengan OBAMA... aku tak puas hati lagi ingatkan tipu ja artikal dari korea nie lalu aku godek lagi link2 internate nie.. dan terjumpa plak sahabat bagi link yg nie plak....bila klik link tu rasanya KOMPOM dah 1Malaysia kena kencing hangit dek puak-puak dongga nie... hangpa nak tau link apa hangpa klik sendiri laa.. aku buka pon naik seram...negara cinonet macam 1Malaysia nie dok pie masuk kat laman web negara besaq sana... eishhh eishhh eishhh awat la kelaku huduh sangat puak-puak nie...

Sunday, July 5, 2009

DAP & GERAKAN TAK PAYAH JADI HERO .....

Penjelasan isu babi dan bantahan DAP
- Oleh - Zulkifli Yahaya (harakahdaily)

TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.
Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.


Bukan Tersalah


Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.
Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.
Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.
Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.
Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.
Bau sangat busuk


Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.
Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.
Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.
Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!
Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.
Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.


Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.
Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.
Bukan isu perkauman
Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.
Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.
ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.
Dalam pada itu, Umno bermain 'perang saraf' di kalangan orang Melayu, "Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak."
Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, "Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan."


Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.
Hero masyarakat Cina
Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.
Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik. _

-Kalau nak jadi hero pun, carilah isu yang best sikit. kan elok kalau pakat-pakat pi kaji selsesema babi h1n1 tu. lagi baik daripada dok berkokak tak tentu pasal isu. sama jer DAP ngan Gerakan ni. Sememangnya diakui mereka bijak berpolitik, nampak bergaduh pada asasnya, tetapi pada dasar tunjangnya mereka bersatu hati termasuk MCA. semua yang terjadi sebenarnya hanyalah gurauan semata-mata. nasib baik MB kedah cool jek.

sudah terang lagi bersuluh bahawa pusat sembelihan tersebut adalah tapak haram sejak 14 tahun lalu. takkan sampai 14 tahun tak dapat tempat baru? lu pikir lah sendiri. lepas tu tak cukup tempoh bagi lagi 1 bulan. nak berapa bulan lagi. bukankah ini merupakan satu penyelesaian secara baik? apa yang tak kenanya? Mengapa terburu-buru buat kenyataan akhbar itu ini yang tak masuk akal. kalau tak cerdik pun jangan tunjuk sangat, nanti orang kata kita tak reti.

bukankah kita semua maklum, yang kerajaan umno/BN ini setiap hari mencari apa-apa yang boleh di pergunakan atau mempermainkan kerajaan pakatan rakyat? kita semua tahu? tapi yang pi bukak pekong depan media buat apa? isu kecil-kecil macam ni boleh selesai macam keluarga. jadi jadi macam puak depa juga. hal rumah tangga bincang la dalam kelambu, yang dok bawak pi pasar malam buat apa. tak dak sapa halang nak makan babi, nak bela babi, nak sembelih babi,nak juai babi, nak buat resepi apa pun, tak dak. cuma nak pindahkan tempat. itu saja. salah ka?

bukan isu perkauman la ini. kaum aPa? nak buat apa? untuk apa? menang jadi arang...kalah jadi abu? bukankah bodoh namanya. tak dak kaum nak buat macam tu. kita semua menumpang jek beb kat dunia ni. esok lupa kita meninggal, mati atau mampus. jadi tak payah la buat isu-isu kaum ni. ketinggalan zaman beb......