Wednesday, October 16, 2019

KIT SIANG JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR



Roslan SMS

Dunia sedang menyaksikan pimpinan DAP satu demi satu dipungut di bawah SOSMA kerana didakwa menyokong perjuangan pengganas LTTE.

Di media sosial gambar dan video penglibatan pimpinan kanan DAP termasuk Menteri dan Timbalan Ketua Menteri nya dalam majlis-majlis memperingati dan menjulang perjuangan LTTE sedang viral rancak.

DAP cemas bila terdedah bahawa pimpinan mereka terlibat dalam mendukung organisasi terroris. Mereka tidak boleh lari lagi.

Namun jahatnya DAP ini apabila terdesak dan tertekan sedemikian rupa, mereka cuba mengalihkan isu dan menuding jari pada orang lain.

Rakyat mahu mereka buktikan mereka bukan dalang LTTE di Malaysia, tiba-tiba Lim Kit Siang beralih isu mendesak agar Presiden PAS pula yang pernah menjadi Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut disiasat.

KUIS kata Kit Siang termasuk dakam senarai pengganas oleh 4 negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain.

Tiba-tiba Kit Siang jadi jurucakap negara Arab sedang beliau sendiri tidak pernah dalam rekod menyokong negara-negara berkenaan?!

KUIS dipengerusikan ulamak besar dunia iaitu Dr Yusof Qardhawi yang menjadi rujukan ramai termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan pimpinan Pan.

Lihat betapa menebalnya kebencian Kit Siang dan DAP pada PAS dan perjuangan Islam yang dibawanya.

Semua sedar bahawa tindakan 4 negara Arab itu hanyalah "political" tanpa sokongan mana-mana dunia Islam lain termasuk masyarakat antarabangsa pun.

Tetapi kerana benci keterlaluan pada PAS dan para ulamak Kit Siang sanggup menangguk di air keruh dan menggunakan desakan negara-negara otokratik itu, sedang beliau bermatian sebelum ini mendakwa dirinya seorang demokrat.

Jangan biadab dan cuba lari dari dari isu sebenar.

Isu di depan kita hari ini adalah ramai pemimpin DAP ditahan di bawah SOSMA dan ramai lagi masih bebas kerana menyokong LTTE sebuah organisasi pengganas yang diiktiraf dunia.

Bersihkan nama DAP terlebih dahulu, mengapa mahu babitkan PAS dan pimpinannya pula?

Jika benar pimpinan DAP bersimpati dan menyokong serta menyalurkan dana pada LTTE, maka Kit Siang perlu bertanggungjawab dan DAP wajar diharamkan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1006797566326246&id=100009880363600

No comments:

Post a Comment