Wednesday, October 15, 2014

HISHAM : ADIK BERADIK SAYA PUN NAK JADI KAYA JUGAK ...

Bagaimana Adik-beradik Hishamuddin boleh dapat kontrak cetak label cukai rokok, arak bernilai RM77Juta ni?


DAP hari ini mempersoalkan kewajaran saudara kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, atau adakah mereka sahaja yang menawarkan kontrak yang paling rendah," soal Pua pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan akhbar perniagaan The Edge pada 12 September berkata, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.

Kod Efisien menerima konsesi berkenaan pada 2003 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kontrak itu berubah tangan namun diserahkan kepada Lembah Sari, menimbulkan persoalan bagaimana konsesi dianugerahkan kerajaan," kata Pua memetik laporan The Edge ~ The Malaysian Insider









No comments:

Post a Comment