Sunday, January 20, 2013

PRU 13: HADIAH BN UNTUK RAKYAT ...

GST, BN dan PRU-13.


BN akan laksanakan GST selepas PRU. Kenapa aku cakap begitu? Ini kerana beberapa kali media massa memberitakan hal tersebut. Kerajaan akan tetap laksanakan GST dan kerajaan sedia luangkan masa untuk terangkan GST kepada semua peringkat.

Dalam erti kata lain, kerajaan sememangnya serius dengan pelan GST mereka. GST sememangnya akan dilaksanakan oleh mereka. Adakah kita patut menolak BN untuk menolak GST ataupun menolak BN untuk menangguhkan GST?

 Aku rasa ramai yang tahu GST tue apa.
GST juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan. GST dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit GST adalah cukai penggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barangan dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia termasuk import kecuali barangan dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah bekalan berkadar sifar, bekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.
Rujukan  : sini

 
Maksud secara ringkas?

Cukai kepenggunaan. Semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli product dan perkhidmatan akan terikat dengan GST.

Apakah negara2 yang sudah melaksanakan GST?

Banyak. Antaranya ialah Perancis sebagai negara terawal. Aku pernah baca dalam HARAKAH dulu. Lain2 negara adalah seperti Korea, Singapore, Taiwan bahkan di Laos juga. Indonesia dan Thailand juga ada GST.

Bagaimana GST akan mempengaruhi hidup kita?

GST ialah satu bentuk cukai yang akan dikenakan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses melakukan perkhidmatan dan perniagaan kepada pengguna. Maka kerajaan akan cukaikan perkara2 tersebut mengikut peringkat dan kadar tertentu. Dari situ pihak yang dikenakan cukai akan tampung kos tersebut melalui penjualan product mereka. 

Kat sini automatik nilai barangan/perkhidmatan meningkat. Beban cukai MUNGKIN di alih kepada pengguna akhir. Ini ditentukan dengan harga BARANGAN dan PERKHIDMATAN yang ditawarkan. Antara barangan yang termasuk dalam kes neh ialah peruncit yang membekalkan dan mengedarkan barangan asas seperti barangan dapur.

Selain itu apabila kita membeli di pasaraya, kita juga akan membayar GST. Ini kerana mana2 perniagaan yang cukup syarat termasuklah pasaraya juga akan dikenakan GST. Pasaraya = peruncit + pemborong.

Maksudnya?

GST untuk semua perniagaan yang cukup syarat dan kelayaka

dan

GST akan mengantikan GTS. Kadar GTS sekarang ialah 6%. Jika GST dilaksanakan kadar ini akan menjadi 5%.  

Pengguna akan beli product yang diGSTkan dan membayar harga product bersama cukai GST. Faham tak?  

Adakah GST baik?

Baik. Baik kepada kerajaan dan baik kepada rakyat. Semakin ramai yang bayar cukai = semakin banyak dana yang kerajaan collect = semakin banyak kebajikan yang kerajaan kita mampu tawarkan.

Jadi secara asasnya sistem ini baik. Baik kepada pertumbuhan ekonomi juga mampu meningkatkan pendapatan kakitangan awam dan swasta. Yelah, bila kerajaan dapat lebih banyak wang mereka boleh salurkan kepada sektor2 tertentu. Dan mereka membeli. Bila membeli, kakitangan swasta pula dapat manfaat.

Tetapi kenapa ia di tentang?

BN.   

Kita kenal BN. BN yang kita kenal bukan pro rakyat. BN kita pro kapitalis. Pro mereka2 yang kaya dan berharta. Yang miskin dan serdahana BN taknak pandang dan peduli. 

Kita bimbang jika GST dilaksanakan, lebihan pendapatan hanya akan berlegar2 di kroni2 mereka. Itu satu. Mereka gunakan lebihan ini untuk buat projek2 yang tak memberikan kesan kepada rakyat marhaen. Bahkan mungkin berkerjasama dengan kapitalis bagi menekan kita.
 

No comments:

Post a Comment