Sunday, December 11, 2022

Menteri terbabit rasuah akan dipecat, tapi bagaimana dengan Zahid?


10 jam lalu · Politik

Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) diberi amaran bakal dipecat jika terlibat dalam amalan rasuah.

Amaran tersebut diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ironinya pemimpin kluster mahkamah juga berada dalam barisan Kabinetnya yang diumumkan baru-baru ini.

“Saya sudah bercakap dengan semua ketua-ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika pemerintahan saya. Saya minta pecat serta merta. Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya.

“Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan saya bukan mahu mendabik dada sebab aku menang,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Anwar juga memberi jaminan tiada sesiapa mereka akan dilepaskan daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Anwar berkata, ini kerana kalau beliau mampu kompromi, beliau sudah menjadi Perdana Menteri bertahun-tahun.

“Kebebasan, profesionalisme badan-badan kerajaan, saya adakan beberapa pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain yang memberi gesaan yang sama.

“Saya membuktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang gunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.

“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati, diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan,” katanya.

Untuk rekod, Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang masih dalam perbicaraan di mahkamah ketika ini.

Selain itu, Anwar mendapat sokongan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri selepas anak muridnya, Zahid memberi sokongan kepada PH.

Peguam beri penjelasan empat MP Bersatu Sabah keluar parti perlu kosongkan kerusi

 


19 jam lalu · Politik

Terdapat liputan media yang meluas selepas beberapa ahli Bersatu Sabah bertindak keluar parti mereka. 

Justeru, persoalan yang timbul ialah adakah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang baharu terpakai kepada mereka.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan parti politik. GRS adalah gabungan politik berdaftar rasmi. Salah seorang ahlinya merupakan ahli parti politik Bersatu. 

Jadi ia adalah gabungan politik parti politik bukan parti politik individu. 

Secara dasarnya parti politik adalah ahli kepada GRS bukan individu parti masing-masing. B

agaimanapun semakan mesti dilakukan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk melihat sama ada individu tersebut adalah ahli parti GRS. 

Saya meragui perkara ini kerana individu yang sudah menjadi ahli parti masing-masing seperti Bersatu, PBS, Star, dan lain-lain tidak boleh menjadi ahli parti politik lain.

Di bawah Perkara 49A baharu, Jika ahli Parlimen meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti politik tertentu, dalam kes ini parti Bersatu, ahli Parlimen tersebut perlu mengosongkan kerusinya di bawah undang-undang baharu.

Satu-satunya pengecualian jika parti politik itu sendiri misalnya Bersatu adalah berhijrah secara en bloc dari satu gabungan parti politik ke parti politik yang lain. 

Dalam kes ini hanya ahli tertentu Bersatu yang berhijrah ke gabungan lain.

Kita juga perlu melihat apabila calon-calon ini bertanding dalam PRU, mereka adalah ahli parti mana dan di bawah manifesto parti mana yang mereka wakili semasa Pilihan Raya Umum (PRU).

Pada asasnya Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

1. Selepas pilihan raya jika ahli Parlimen meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti politik, kerusinya kosong. Ia tidak menyebut tentang gabungan politik.

2. Jika Ahli Parlimen menyertai parti politik lain, mereka juga perlu mengosongkan kerusinya. Jadi jika dalam kes ini, Ahli Parlimen memilih untuk keluar Bersatu, adakah mereka tidak akan menyertai parti lain?

GRS bukan parti politik berdaftar tetapi gabungan parti politik berdaftar.

Jadi sekarang, jika individu-individu Ahli Parlimen ini keluar dari Bersatu, parti politik manakah mereka sekarang? 

Sebarang pertukaran parti daripada parti asal mereka akan membangkitkan persoalan berhubung Artikel 49A.

Ada yang mengatakan 49A baharu tidak terpakai untuk Sabah kerana ia belum dibentangkan dan diterima pakai. 

Saya percaya ini hanya berkaitan dengan kerusi DUN bukan kerusi persekutuan. 

Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada semua termasuk Sabah dan Sarawak. 

Perkara 49A mengenai anti lompat telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu secara semula jadi ia mengikat semua ahli Parlimen Dewan rakyat.

Bagaimanapun di bawah 49A, ia terserah kepada Yang di-Pertua Dewan untuk mengesahkan kekosongan sementara sekiranya ada menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat.

Rajan Navaratnam

Peguam

*Kenyataan asal dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Akta Larangan Bertukar Parti terpakai terhadap 4 Ahli Parlimen Sabah, ini penjelasan

 


13 jam lalu · Politik

1. Akta A1663 – Akta Pindaan Perlembagaan (No. 3) (2022) telah dibentang dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada April 2022, dan telah menerima perkenan Tuanku YDPA pada 31.8.2022 serta disiarkan dalam Warta 6.9.2022.

2. Pasca PRU-15, pada 10.12.2022, negara telah dikejutkan dengan pengumuman Pengerusi Bersatu Sabah bahawa pimpinan Bersatu Sabah telah mengisytiharkan diri keluar dari Bersatu, tetapi kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Untuk rekod, terdapat 4 orang MP Bersatu Sabah yang bertanding di atas tiket GRS pada PRU-15 yang lalu.

3. GRS adalah sebuah gabungan parti-parti politik yang berdaftar.

4. Isunya – dengan pengisytiharan keluar 4 orang MP Bersatu Sabah (yang bertanding menggunakan logo GRS), adakah akan menyebabkan kerusi itu kosong?

5. Mari kita teliti pindaan Perlembagaan terkini berkaitan Perkara 49A dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan:-

(a) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas Perkara 49 Perkara yang berikut: “Pertukaran parti politik anggota, dsb”

49A. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah Fasal (3) jika—

(a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik—

(i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu; atau

(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau

(b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.

(2)  Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh—

(a)  pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;

(b)  pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau

(c)  pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

(b) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2) dengan memasukkan selepas takrif “Orang Melayu” takrif yang berikut

“parti politik” ertinya—

(a)  mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri; atau

(b)  mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan-tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri,

dan termasuklah gabungan pertubuhan sedemikian yang telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;’.

6. Perkara 49A (a)(i) PP (dalam konteks terkini di Sabah), 4 MP Sabah bertanding sebagai ahli berdaftar Bersatu melalui logo gabungan GRS. Setelah memenangi PRU-15, maka 4 MP tersebut telah “dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik itu – Bersatu/GRS” (melengkapi Perkara 49A(1)…. dan kemudiannya “melepaskan keanggotaan keanggotaan parti politik itu – Bersatu” tetapi KEKAL di bawah GRS.

7. ISUNYA – adakah ia melengkapi Perkara 49A(a)(i)?.

8. Perkara 160 PP pula memperuntukkan takrif “parti politik” pada bahagian proviso – “…. dan termasuklah gabungan pertubuhan sedemikian yang telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan”?.

9. Isu di hadapan kita ialah apakah keanggotaan sebenar 4 MP Sabah di kala bertanding dan memenangi PRU-15?

10. Pandangan saya – 4 MP ini menjadi ahli gabungan GRS tertakluk kepada keanggotaannya dalam parti politik asal (Bersatu), yang merupakan anggota komponen GRS. Keahlian/keanggotaan mereka sebagai MP GRS tidak secara langsung (not a case of direct membership). Justeru keanggotaanya dalam GRS adalah bersifat “by extension” – iaitu melalui keanggotaanya dalam Bersatu. So to speak, their status as GRS MP is conditional upon them maintaining their Bersatu membership.

11. Bilamana 4 MP ini mengisytiharkan diri keluar dari Bersatu, mereka bukan lagi ahli kepada mana-mana komponen parti dalam GRS. Pada peringkat itu, mereka secara automatiknya bukan lagi ahli kepada gabungan GRS kerana mereka telah memutuskan talian keahlian melalui parti komponen Bersatu.

12. Hakikatnya, mereka tidak boleh mengatakan keluar dari Bersatu, tetapi KEKAL dalam GRS (kerana keahlian mereka bersifat by extension / conditional upon Bersatu membership). Berhenti dari menjadi ahli Bersatu, maka secara jelasnya mereka turut berhenti dari menjadi ahli gabungan GRS.

13. Justeru operasi undang-undang berkaitan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(i) adalah terpakai ke atas 4 MP ini.

14. Maka keahlian mereka sebagai Ahli Dewan Rakyat turut gugur!!!.

Ini pandangan awal saya. A case to ponder. An interesting point of law need to be built up and further argued.

*Wan Rohimi bin Wan Daud

Ketua Pasukan Undang-Undang,

Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional

Pengerusi LUHAM PAS Pusat

11 Disember 2022

Kerajaan Anwar bakal tumbang dalam masa terdekat?

 


  1. DS Anwar telah "berjanji" untuk laksanakan undi percaya pada 19 Disember.
  2. Adakah ini "hero" atau malapetaka pada DS Anwar?
  3. Prinsipnya bagus, namun risikonya tetap ada.
  4. Namun aku positif DS Anwar akan mendapat undian majoriti.
  5. Cuma .... ada gerakan dari pihak tertentu untuk menumbangkan Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan yang dibentuk.
  6. Rakaman audio yang tersebar, perjumpaan beberapa ahli MP menguatkan lagi dakwaan tersebut.
  7. Akan ada "tikam belakang" dari mereka yang membentuk kerajaan perpaduan sekarang?
  8. Apakah peristiwa 20 Febrbuari 2020 akan berulang?

Selamatkan Selagi Boleh


Bhai/DeeDee semua...


Jawatan Presiden UMNO sekarang nih memang berada seperti telur di hujung tanduk... Anytime boleh jatuh dan pecah...  bila-bila boleh ditolak...


Risiko cukup besar... banyak akar umbi menyalahkan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) atas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional pada kempen Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) yang baru sahaja berakhir...


Tidak dapat tidak... dengan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU15 memang menggugat kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO... Huhuhu ... Apa pun yang berlaku ... semangat kesepaduan dalam UMNO perlulah dipertahankan demi pengukuhan UMNO itu sendiri...


Walaupun begitu ... Memang kedudukan Presiden UMNO terdedah untuk dikritik dan dijatuhkan bila mana sesuatu keputusan pilihanraya tidak memihak kepada UMNO... Itu standard... tak terkejut pun... cumanya bila terjadi macam ini... boleh pulak ada saranann untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam persidangan UMNO yang akan diadakan tak berapa lama lagi...


Hahaha... takut ker jawatan Presiden hilang?? Hahaha... Takkan la kot... Takkan la lemah sangat sampai susah nak dapat undi majoriti... Hahaha



Sebenarnya memang ramai akar umbi UMNO yang tak suka kerjasama Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan.... memang ramai... tapi mereka tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa.... Sebab banyak pimpinan menyokong kerjasama ini ... kerana pimpinan ini yang sedang mendapat manfaat yang menguntungkan dalam tindakan ini... yer la.. depa dapat jawatan dalam Kabinet Anwar Ibrahim.... Kabinet Kerajaan Perpaduan... memang la untung.... 


Huhuhu...


Nampak gayanya kemungkinan besar Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) yang diganjakkan masa ke Januari 2023 akan menjadi satu perhimpunan protes dan boikot terhadap Presiden UMNO... Memang akan terdengar suara-suara yang akan mengkritik Presiden UMNO dengan jelasnya... Hahaha... kita tunggu dan lihat...






Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz7nDDVsWUm

Bimbang lihat calon kalah pegang jawatan, kata penganalisis

 


23Shares
facebook sharing button
twitter sharing button 16
whatsapp sharing button
email sharing button
Menteri yang baharu dilantik di Istana Negara bagi upacara angkat sumpah, minggu lalu. Empat daripada mereka dilantik sebagai senator sebelum mengisi jawatan masing-masing.

PETALING JAYA: Pelantikan calon kalah sebagai menteri dan timbalan menteri dianggap amalan membimbangkan memandangkan kebanyakan mereka tidak memiliki merit, kata penganalisis politik, Azmi Hassan.

Azmi dari Akademi Nusantara, berkata perkara itu bagaimanapun boleh diterima jika mereka dilantik sebagai senator sahaja memandangkan ia sering menjadi ganjaran kepada pemimpin kerana menyokong parti.

“Namun, saya fikir ia agak membingungkan dalam kes lantikan Jemaah Menteri dan timbalan. Ini kerana, daripada enam yang dilantik senator serta dipilih memegang jawatan kerajaan, hanya seorang sahaja memiliki kepakaran.

“Beliau adalah menteri agama Na’im Mokhtar. Lima yang lain dilantik berdasarkan hubungan politik,” katanya kepada FMT.

Ads by Kiosked

Na’im pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie. Manakala, yang lain merupakan calon bertanding di Parlimen tetapi kalah pada PRU lalu.

Saifuddin Nasution Ismail dari PKR, Zambry Abdul Kadir serta Tengku Zafrul Aziz dari Umno dilantik sebagai menteri, manakala K Saraswathy dan Fuziah Salleh dari PKR dilantik sebagai timbalan menteri.

Saifuddin adalah setiausaha agung PKR, manakala K Saraswathy merupakan naib presiden dilantik dalam parti itu. Zambry pula adalah setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

Kesemua tujuh mereka dilantik senator bagi membolehkan mengisi jawatan menteri atau timbalan menteri.

Azmi berkata, tawaran menjadi senator sepatutnya hanya digunakan bagi menarik kumpulan profesional dan teknokrat dalam kerajaan dan bukannya menyediakan “pintu belakang” bagi pihak yang kalah.

Ditanya mengenai sama ada Dewan Negara perlu direformasi bagi menamatkan lantikan calon kalah pilihan raya atau dijadikan ganjaran kepada pemimpin parti, Azmi bersetuju sambil menyatakan pilihan raya bagi senator akan menjadikan Dewan Negara lebih cekap.

Ads by Kiosked

Dalam pada itu, saintis politik, Wong Chin Huat dari Sunway University, juga bersetuju dengan cadangan diadakan pilihan raya membabitkan Dewan Negara.

Beliau juga mencadangkan Sabah dan Sarawak masing-masing diberikan satu per enam kerusi untuk membentuk blok veto.

Chin juga mencadangkan pengenalan perwakilan berkadar pada PRU kepada golongan profesional dan wakil sektor yang tidak mampu menang pilihan raya berdasarkan merit peribadi.

Katanya, kaedah “senarai tertutup” bagi perwakilan berkadar membolehkan pengundi memilih antara parti bertanding, dengan kerusi senator diperuntukkan kepada parti berdasarkan penguasaan undi diperolehi.

“Ini jauh lebih baik berbanding melantik calon kalah atau teknokrat yang tidak dipilih masuk dalam pentadbiran. Amalan sedia ada memberi keselesaan kepada parti, namun melemahkan demokrasi dan keabsahan pentadbiran,” katanya.

Sementara itu, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata pelantikan senator membolehkan kumpulan minoriti seperti wanita dan etnik lain mempunyai wakil mengambil kira kesukaran dipilih.

Ads by Kiosked

Azmil berkata, melantik calon kalah pilihan raya dalam kerajaan menerusi lantikan senator disifatkan tidak menimbulkan masalah selagi lantikan itu layak bagi portfolionya.

“Selain itu, ia hanya dilihat sebagai satu bentuk politik naungan dan usaha mengukuhkan kuasa,” katanya. “Dalam kes di Malaysia, pelantikan senator sentiasa digunakan sebagai sebahagian politik naungan bagi memberi ganjaran kepada sekutu dan memperkukuh kuasa perdana menteri dalam kerajaan.”

Wednesday, December 7, 2022

Rais Yatim Sindir Siapa Ni?

 


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan tindakan terpilih dalam kes pendakwaan mahkamah membabitkan pemimpin politik dengan penjawat awam.

Dalam satu hantaran di Twitter, bekas menteri Kabinet itu membangkitkan situasi apabila penjawat awam didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah, khidmatnya digantung hingga kes selesai.

Bagaimanapun, katanya, ahli politik yang berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah masih boleh dilantik menjadi anggota pentadbiran.

"Bila seseorang penjawat awam didakwa di mahkamah atas satu-satu kesalahan jenayah, khidmatnya digantung hingga kesnya selesai, tetapi bila seseorang ahli politik berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah, dia boleh pulak dilantik sebagai anggota pentadbiran. Adilkah? " katanya.


Dalam ciapan ringkas itu, Rais yang pernah menganggotai UMNO dan BERSATU, tidak menyatakan siapa yang dimaksudkannya atau memberi penjelasan lanjut berhubung perkara terbabit.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menarik beratus komen warganet yang menyokong kenyataan berkenaan.

Dalam hantaran berikutnya, beliau turut memuat naik karikatur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melaungkan kempen 'No Anwar, No DAP' dan menulis: "Rakyat masih ingat igauan ini".

Ia dipercayai merujuk pelantikan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam Kabinet diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun UMNO sebelumnya menetapkan pendirian tidak bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dan DAP yang berada dalam PH.

Selain diberi kepercayaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Kabinet baharu yang turut disertai lima lagi pemimpin UMNO.

Mereka adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Azalina Othman Said; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - BH