Friday, March 22, 2019

UEC HIPOKRITNYA UMNO.HILANG KUASA HIDUP MELAYU.


RUPA-RUPANYA UMNO/BN TELAH IKTIRAF UEC SEJAK 2012

Tapi macai-macai UMNOpas tidak tau kan?

Ini keratan akhbar sejak 2012 (7 tahun yang lalu).

UEC diiktiraf sebagai syarat penyertaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guruan (IPG)..

Zaman UMNO berkuasa: Dia iktiraf UEC.
Zaman UMNO hilang kuasa: Dia memekik tolak UEC kononnya nak pertahankan bangsa.

Hakikatnya pemimpin-pemimpin Umnopas sedang kudakan emosi macai-macai yang lebih emosi daripada guna akal & otak.

Nota kaki: Saya pro-satu aliran. Tujuan posting ini bukan untuk sokong UEC, tapi untuk tunjuk betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin Umnopas. Tak habis-habis membodohkan orang Melayu.








.








MELAYU DIKUASAI EMOSI, HANTU PERKAUMAN DI MANA-MANA’



'Melayu dikuasai emosi, hantu perkauman di mana-mana'



Sejak PRU yang lalu, naratif politik di Malaysia berada di sekitar isu berkenaan kaum dan agama, terutama kedudukan Melayu dan Islam.
Daim dalam ucapannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor malam tadi membangkitkan perkara ini dan berkata tanggapan bahawa kedudukan Melayu kini terancam tidak lebih sekadar retorik politik mengarut.
Walaupun lebih berpendidikan dan dengan golongan berpendidikan yang besar, kita masih tidak mampu meyakinkan diri kita tiada apa yang perlu ditakutkan orang Melayu di negara ini.
“Adakah orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal? Saban hari semakin jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri – apa yang telah berlaku pada kita?” soalnya.
Menurut Daim, orang Melayu membenarkan emosi menguasai mereka dan mempengaruhi persepsi mereka terhadap orang lain.
“Ketika (majalah) Mastika berhenti menulis cerita hantu, edaran merosot dan kini Mastika tiada lagi. Berbanding baca tentang hantu di Mastika, kini kita melihat hantu di mana-mana.
“Berbanding menggunakan logik dan fakta, kita memilih untuk percaya terhadap retorik perkauman ahli politik yang reputasinya meragukan,” katanya.
Daim kemudian bertanya kepada hadirin – sebahagian besarnya ahli akademik – tentang peranan mereka dalam memasukkan fakta dan logik ke dalam naratif Malaysia.
“Adakah anda mahu dibawa arus emosi atau anda merasakan menjadi tanggungjawab sendiri untuk mempersoal naratif tidak rasional yang disuap kepada orang Melayu?
“Adakah anda yang berpendidikan bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang sedang berlaku, atau hanya berpura-pura yang perkauman semakin meningkat ini sesuatu yang absah?”
Naratif semasa yang berpusat sekitar kaum dan agama, kata Daim, memberi tanggapan orang Melayu kini kian hampir untuk dipinggir di negara sendiri.
“Ada kemarahan yang begitu kuat apabila orang bukan Melayu dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ia baru berlaku sekarang.
“Kenapa tiada kemarahan sama ketika kita berdepan dengan fakta rasuah dan kleptokrasi tahap tinggi di kalangan pemimpin Melayu kita? Kita tidak tersinggung apabila ia jadi tajuk berita seluruh dunia.
“Sebaliknya kita kata ‘Malu apa’. Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita?
Bagi Daim, orang Melayu kini ada dua pilihan, sama ada meneruskan naratif emosi dan tidak rasional sehingga membakar diri sendiri atau berhenti sejenak, berfikir dan menyeru ke arah perubahan.
“Tiada siapa yang paksa kita menjadi emosi dan tidak rasional. Kita memilih untuk jadi begitu kerana kita benarkan diri dipengaruhi ahli politik yang matlamatnya hanya untuk kembali berkuasa, walau apa pun harganya.
“Dan selalunya kitalah yang menanggung harganya,” katanya lagi.
Beliau turut menyentuh reaksi sebilangan orang Melayu berkenaan isu penghinaan terhadap Islam yang timbul mutakhir ini.
“Agama tak boleh dihina. Hanya manusia (boleh rasa terhina). Jika keimanan kita kuat, kita tidak akan rasa terhina, malah kita akan mengetawakan kejahilan (mereka yang menghina).
“Memang salah untuk menghina sesiapa saja, apatah lagi Nabi Muhammad. Menghina agama adalah tindakan bodoh, tetapi kita ada undang-undang dan perlu hormat prosesnya,” katanya lagi. –

Subhanallah, Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat, Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan










Menerusi siaran langsung itu, dunia dapat melihat masyarakat New Zealand bersatu padu menentang kegan4san yang kini menjadi sejarah hitam buat mereka.

Hal ini kerana sewaktu khutbah dibaca ketika solat Jumaat, ribuan hadir bukan hanya dikalangan masyarakat muslim dari seluruh dunia malah turut dihadiri oleh masyarakat setempat yang bukan beragama Islam.

Lebih mengharukan ketika muslim sedang bersolat Jumaat, kelihatan masyarakat bukan Islam setia menunggu dan memerhati di sekitar ruangan solat.

“ Jumaat minggu lalu, saya berdiri di masj1d ini. Menyaksikan sendiri dengan mata ini, seorang pengg4na$ melakukan pembun0han beramai-ramai. 50 terk0rban. 42 cedera. Kejadian itu menghancurkan hati jutaan masyarakat di seluruh dunia.

Hari ini, di tempat yang sama, saya melihat cinta dan belas kasihan di mata ribuan warga New Zealand serta di seluruh dunia yang tiada kaitan persaudaraan dengan kita semua tetapi semuanya bersatu melalui semangat dalam diri.



Pengg4na$ ini mempunyai ideologi yang sangat jahat. Tetapi di sini kami menunjukkan New Zealand tidak dapat dihancurkan. Dunia dapat melihat kita sebagai contoh rasa cinta dan semangat perpaduan.

Hati kami luka tetapi kami tidak hancur. Kami masih hidup. Kami tetap bersama-sama. Kami penuh kezaman dengan tidak membenarkan sesiapa memecah-belahkan kami.


Kami berazam untuk mencintai dan menyokong antara satu sama lain. Ideologi yang jahat itu tidak akan memusnahkan kita sama sekali. Ya..kejadian itu membuatkan kita terluka dengan jumlah mangsa yang terk0rban tetapi soladiriti di New Zealand sungguh luar biasa.

Kepada keluarga-keluarga mangsa, insan kesangan anda tidak terk0rban dalam keadaan sia-sia. Dunia tidak melihat darah mereka mengalir sahaja malah melihat keindahan Islam dan keindahan perpaduan kita.

Sesiapa yang terbun0h di jalan ALLAH, mereka tetap hidup, bertemu Maha Pencipta. Mereka bukan sekadar mempertahankan Islam, tetapi mereka juga mempertahankan New Zealand”.

Demikian sebahagian kandungan awal Khutbah Jumaat yang disampaikan Imam Shazly Khan di Masj1d Khadija, Hamilton, di New Zealand, hari ini.

Khutbah sentuh hati masyarakat bukan beragama Islam


Khutbah yang disampaikan di hadapan ribuan masyarakat di New Zealand itu ternyata menyentuh hati jemaah yang hadir termasuk masyarakat bukan beragama Islam.


Malah khutbah yang disiarkan secara langsung itu turut memberi kesan mendalam buat sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Melalui siaran langsung itu, dunia dapat melihat masyarakat New Zealand bersatu padu menentang kegan4san yang kini menjadi sejarah hitam buat mereka.

Selain itu antara intipati atau mesej yang diketengahkan dalam khutbah itu adalah menekankan bagaimana peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dan mereka perlu menjadi contoh kepada masyarakat bukan Muslim.

Selain itu, kisah daripada sirah Rasullullah turut dijadikan contoh dan teladan dalam khutbah tersebut.

Dalam kejadian berdarah 15 Mac lalu, 50 jemaah terk0rban dalam s3rangan pengg4na$ di dua masj1d, Al-Noor dan L1nwood di Chr1stchvrch.

Seorang remaja dari Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, turut terk0rban.

Manakala tiga lagi cedera iaitu bapa Hazir, Mohd Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Malaysia jatuh ke tangga 80 dalam Laporan Kebahagiaan Sedunia 2019



Malaysia jatuh ke tangga 80 dalam Laporan Kebahagiaan Sedunia 2019
Malaysia berada di tangga ke-80 adalah negara paling gembira di di dunia, berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2019 (WHR 2019).
Walau bagaimanapun, ini merupakan kejatuhan besar dari tangga ke-35 pada tahun sebelumnya.
Kedudukan itu berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada 2018, juga menyaksikan Thailand dan Filipina mengatasi Malaysia.
Dalam WHR 2018, Malaysia adalah negara ranking kedua tertinggi di Asia Tenggara, selepas Singapura yang ke-34 di WHR 2019, mengekalkan kedudukan teratasnya di Asia Tenggara, sementara Thailand dan Filipina masing-masing meningkat ke tangga 52 dan 69.
Sementara itu, Myanmar adalah negara paling rendah di Asia Tenggara, yang berada di tangga ke-131 daripada 156 negara dalam laporan itu, penerbitan tahunan United Nations Sustainable Development Solutions Network di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad memetik WHR 2018, dengan mengatakan bahawa laporan itu secara tidak langsung akan menggalakkan lebih ramai pelabur asing ke Malaysia.
“Ia juga akan memberi inspirasi kepada pelbagai komuniti untuk menjadi lebih bertoleransi dan hidup harmoni,” katanya, selepas perhimpunan bulanan kementerian dan 2019 sambutan Hari Keamanan Sedunia.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Datuk Rokibah Abdul Latif.
Khalid berkata bagi Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018, 10 pihak berkuasa tempatan dikenal pasti sebagai kawasan paling gembira, melebihi 90 peratus.
Kawasan itu ialah Kuala Terengganu, Petaling Jaya, Manjung, Batu Gajah, Bentong, Jasin, Jeli, Segamat, Padang Terap dan Bandar Baharu.
Beliau berkata data itu berdasarkan program Rangkaian Penunjuk Luar Bandar Malaysia (MURNInets), dan berdasarkan beberapa faktor.
“Ini termasuk persekitaran yang bersih dan komunikasi yang berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan dan gangguan.
“Faktor lain ialah kerjasama erat antara jiran, masyarakat dan pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap,” katanya.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/malaysia-jatuh-ke-tangga-80-dalam-laporan-kebahagiaan-sedunia-2019/

Konsep Istito’ah: Perlu hayati matlamat tubuh TH mudahkan pencarum tunaikan rukun Islam, kata Asyraf



Konsep Istito’ah: Perlu hayati matlamat tubuh TH mudahkan pencarum tunaikan rukun Islam, kata Asyraf
Ketua Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengurangkan subsidi ke atas jemaah haji yang disesuaikan dengan konsep Istito’ah (kemampuan jemaah).
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan harus menghayati semula matlamat penubuhan tahun haji 50 tahun lalu adalah untuk memudahkan jemaah haji menunaikan rukun Islam ke lima itu.
“Mohonlah tidak sesekali kerajaan mempertimbangkan untuk dikurangkan subsidi Haji bagi jemaah Muassasah kali pertama.
“Menggunakan alasan konsep ‘istito’ah’ atau ‘kemampuan jemaah’ untuk menghalalkan TH mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini bagaikan cuba melupakan matlamat asal penubuhan Lembaga Tabung Haji.
“Sedarlah bahawa tujuan utama penubuhan TH sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan Haji rakyat Malaysia.
“Ini termasuklah berfungsi menguruskan dana umat Islam bagi memperoleh keuntungan yang membolehkan TH membantu mengurangkan bebanan jemaah dengan menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah,” ujarnya dalam kenyataan di ciapannya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf dalam sidang dewan rakyat  pada Rabu memaklumkan subsidi haji akan dikurangkan pada masa depan.
Dr Mujahid berkata konsep istito’ah atau ‘kemampuan’ sebagai alasan untuk mengurangkan subsidi haji yang ditanggung TH.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kos sebenar haji adalah RM22,900 dan jika jemaah tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk menampung perbelanjaan, bermakna mereka tidak mampu ia bersandarkan kepada keperluan fikah, hanya boleh pergi haji dalam keadaan mampu sebagaimana dinyatakan dalam Rukun Islam.
Menurut Dr ASyraf lagi, kerajaan terdahulu sentiasa memastikan TH dapat menyediakan subsidi bagi mengurangkan kos jemaah Haji pertama kategori Muassasah.
Katanya sudah lebih 10 tahun, kadar yang perlu dibayar jemaah Haji Malaysia hanyalah RM9,980 berbanding kos terkini diumumkan Dr Mujahid mencecah RM22,900.
“Seingat saya ketika dalam pentadbiran Kerajaan lama, pernah tiga kali Pengurusan TH memohon untuk dinaikkan caj Haji kepada jemaah. Namun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak pernah bersetuju dan sentiasa memperingatkan mengenai matlamat penubuhan TH, malah membantu TH dengan memberikan peluang-peluang perniagaan, pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk hartanah bagi memastikan TH mempunyai kekuatan kewangan yang mantap dan memperolehi keuntungan yang optimum bagi meneruskan usaha membantu rakyat khususnya jemaah Haji,” ujarnya lagi.
Justeru Dr Asyraf mempersoalkan apakah kenyataan Dr. Mujahid di dewan rakyat itu memberikan indikasi bahawa Kerajaan PH tidak lagi mahu membantu TH mengembangkan perniagaan mereka?
Atau, apakah ini juga memberikan isyarat kegagalan penstrukturan semula TH termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 billion?, soalnya.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/konsep-istitoah-perlu-hayati-matlamat-tubuh-th-mudahkan-pencarum-tunaikan-rukun-islam-kata-asyraf/

SAMA SEPERTI NAJIB DULU, SUDAH ADA YANG TUTUP SIARAN BILA TUN M MUNCUL DI TV….


Sejak dua hari lalu saya berada di Terengganu bersama beberapa rakan yang kebanyakannnya berasal dari Kelantan.
Sehingga urusan ini selesai, saya dijangka berada di negeri ini sampai hari Ahad nanti.
Daripada perbualan mengenai pelbagai isu dengan beberapa kelompok penduduk negeri Terengganu yang ditemui, isu mengenai politik tentunya tidak pernah diketepikan.
Tetapi, yang paling menarik ialah apabila berbual-bual dengan mereka mengenai Tun Mahathir Mohamad.
Walaupun beliau kini adalah Perdana Menteri dan sebelum ini pernah dijulang kerana aura dan pengharapan yang tinggi daripada rakyat terhadapnya dalam menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN, yang nyata kini semua itu sudah pun mulai menurun di mata rakyat.
Ramai yang ditemui kini mulai kecewa dengan kerajaan PH dan Tun Mahathir kerana dianggap gagal menunaikan janji-janji manifesto dan memberikan ruang kehidupan yang lebih baik sebagaimana yang pernah dijanjikan sebelumnya.
Mereka mengeluh kerajaan yang ada sekarang lebih buruk berbanding BN dahulu.
Lantaran itu, selain seperti biasa, ramai yang meluahkan kekecewaan mereka ketika berbual sesama sendiri, ada sebahagiannya yang mula menunjukkan protes dengan menutup atau mengalih siaran televisyen apabila wajah Tun Mahathir muncul di udara, terutama dalam siaran berita.
Kata beberapa yang mengakui sudah dua tiga bulan berbuat demikian, mereka juga tidak percaya lagi kepada kata-kata Tun Mahathir sekarang ini.
“Kami benci dan semakin sakit hati setiap kali menonton wajahnya di televisyen,” kata antara mereka.
Mereka seterusnya menyebut, ramai kenalan atau rakan sekampung mereka yang turut berbuat hal yang sama sebagai lontaran meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan.
Begitu juga, kata mereka dengan beberapa menteri baru yang entah apa-apa cakapnya, lebih baik mereka menutup saja televiseyen daripada mendengar apa yang diperkatakannya.
“Lagi kami mendengar cakap menteri-menteri ini, lagi kami sakit hati dibuatnya,” tambah mereka lagi.
Jika kita masih ingat, sebelum PRU14 lalu, fenomena rakyat menutup siaran televisyen setiap kali Najib muncul di udara adalah perkara yang biasa di mana-mana ketika itu.
Blog ini malah pernah menulis mengenai ibu bapa seorang bekas Ahli MT UMNO sendiri yang berbuat demikian lantaran terlalu benci terhadap bekas Perdana Menteri itu yang ketika itu terkait dengan pelbagai isu seperti 1MDB dan sebagainya, tetapi masih bercakap dengan nada seolah-olah tidak menyedari kekecewaan rakyat terhadap kepimpinannya.
Nampaknya kini, apa yang pernah dialami oleh Najib dahulu sudah pun berpindah kepada Tun Mahathir pula.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan di mana-mana pun sekarang ini mereka yang mula menjauhi Tun Mahathir semakin besar jumlahnya, bahkan mereka yang menutup siaran televisyen setiap kali wajahnya ke udara turut berlaku di banyak tempat lain dan tidak terhad di Terengganu ini saja.
Semuanya tidak lain kerana kerajaan ini, terutamanya Tun Mahathir sendiri, mula bercakap dengan nada lain berbanding ketika sebelum memperolehi kuasa dahulu.
Sedarkah PH kini bahaya yang bakal menimpa mereka melalui fenomena penolakan rakyat yang kini mula menutup siaran setiap kali Tun Mahathir muncul di televisyen? (Shahbudindotcom 22/03/2019)

MANA SATU YANG BETUL TENTANG LAPANGAN TERBANG KULIM?


Dalam lawatannya ke Kedah baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mengumumkan tujuh projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Pusat untuk negeri tersebut.
Salah satunya ialah Lapangan Terbang antarabangsa baru di Kulim dengan kos pembinaan sebanyak RM1.6 bilion.
Bagaimanapun sebaik pengumuman itu dibuat, ramai pihak melahirkan rasa tidak setuju dengan langkah kerajaan itu atas beberapa faktor.
Mereka mempersoalkan bagaimana sebuah lapangan terbang baru boleh dipersetujui untuk dibina di Kulim, sedangkan ia tidak begitu jauh jaraknya dengan Lapangan Terbang Alor Setar dan Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang?
Siapakah yang mahu menggunakan Lapangan Terbang Kulim nanti?
Lebih daripada itu, melalui pembinaan lapangan terbang baru itu, termasuk di Langkawi, bermakna Kedah akhirnya akan ada tiga lapangan terbang jadinya.
Adakah ia sesuatu yang munasabah bagi negeri kecil dan tidak begitu membangun seperti Kedah?
Ada juga yang berhujah mengapa tidak diperbesarkan saja Lapangan Terbang Alor Setar berbanding dengan membina sebuah lapangan terbang baru di Kulim itu?
Sebab itu, antara pihak yang turut tidak senang dengan keputusan membina lapangan terbang Kulim itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang bertanya sama ada kajian kebolehlaksanaan telah dilakukan terlebih dahulu atau tidak oleh pihak kerajaan.
Kemudian hari ini terdapat pula laporan yang mengatakan bahawa Malaysia Airport Holding Berhad atau MAHB masih belum menerima laporan daripada kerajaan berhubung pembinaan lapangan terbang itu.
CEO MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, MAHB hanya mengetahui tentang pembinaan lapangan terbang itu melalui laporan akhbar semata-mata.
Macam mana ini boleh berlaku?
Bagaimana pembinaan sebuah lapangan terbang boleh diumumkan oleh Azmin beserta dengan kosnya sekali, sedangkan MAHB tidak tahu apa-apa mengenainya?
Beginikah cara sebuah kerajaan menjalankan kerjanya – umumkan projek terlebih dahulu dan kajian hanya akan dibuat kemudian?
Seterusnya, Azmin tampil lagi hari ini dengan mengatakan pembinaan lapangan terbang Kulim itu dibiayai 100 peratus oleh pihak swasta.
Kenapakah setelah semalam mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion, tetapi hari ini mengatakan ia dibiayai swasta pula?
Mana satu yang betul?
Persoalan lain, adakah syarikat swasta yang sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM1.6 bilion untuk lapangan terbang yang belum tentu boleh maju dan mendapat sambutan ramai?
Siapakah syarikat swasta yang sanggup melaburkan wang sebanyak itu?
Atau mungkinkah syarikat yang sanggup berbuat demikian itu merupakan sebuah syarikat daripada China melalui pertukaran dengan kesanggupan menurunkan harga pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL yang sedang dirundingkan oleh kerajaan?
Jika demikian, apa bezanya kerajaan PH sekarang dengan BN dahulu? (Shahbudindotcom 21/03/2019)

SEPATUTNYA GUAN ENG ATAU AZMIN, BUKANNYA DAIM….


Kerajaan nampaknya tidak ada pilihan lain selain meneruskan projek ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur berikutan terikat dengan perjanjian dengan China, selain tidak mahu berlaku pembaziran kerana sebahagian kerja-kerja telah pun dilaksanakan.
Bagaimanapun, kerajaan mahu melaksanakannya dalam kos yang munasabah lantaran jumlan RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini dianggap terlalu tinggi dan akan membebankan kerajaan dalam jangka panjang.
Sehubungan itu, rundingan dengan China akan dilakukan bagi tujuan tersebut.
Dalam hal ini, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan di Parlimen berhubung perlantikan Tun Daim Zainuddin sebagai utusan khas untuk melakukan rundingan dengan China itu.
Kata Tun Mahathir, Tun Daim dipilih berasaskan kebolehan tertentu yang ada padanya kerana apabila berunding, kita perlu ada orang yang berupaya diterima dengan selesa oleh pihak lain.
“Kita pilih orang yang lebih berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan China supaya keputusan menang-menang dapat dicapai akhirnya,” jelas Perdana Menteri lagi.
Soalnya, kenapa Tun Tun Daim?
Mengapa tidak Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan atau Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dipilih untuk mengetuai rundingan dengan China itu?
Apakah kedua-dua menteri kanan itu tidak berkelayakan untuk berunding dengan China atau mereka kurang dipercayai oleh Tun Mahathir?
Oleh kerana ECRL adalah projek kerajaan, seharusnya menteri kanan iaitu sama ada Guan Eng atau Azmin atau kedua-duanya secara bersama yang patut dilantik mengetuai rundingan itu berbanding Tun Daim yang tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Lagi pun, Azmin misalnya telah pun dilantik mengetuai rundingan bagi pihak kerajaan dengan negara jiran kita berhubung Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura.
Bermakna, jika Azmin boleh dipilih untuk berunding dengan Singapura, mengapa beliau bersama Guan Eng tidak boleh dilantik untuk berunding dengan China?
Apa kurangnya mereka?
Apakah pengalaman Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal dan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini tidak cukup layak untuk mereka dilantik mengetuai rundingan dengan China?
Selain itu, jika sehingga sekarang pun Tun Mahathir lebih mempercayai Tun Daim berbanding menteri-menteri kabinetnya sendiri, bila lagi mereka itu mahu belajar dan menimba pengalaman sendiri dalam soal rundingan di peringkat yang lebih tinggi?
Ini kerajaan PHlah, janganlah asyik-asyik Tun Daim saja yang diberi keutamaan!! (Shahbudindotcom 20/03/2019)

KENAPA MARZUKI TERUS DIBERI JAWATAN TAMBAHAN DALAM BERSATU?


Sedar tak sedar, semalam tersebar berita bahawa Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Bersatu yang masih berdepan isu kelayakan akademik palsunya telah dilantik mengetuai Bersatu Negeri Perlis yang sebelum ini jawatan Pengerusinya digantung berikutan kemelut kepimpinan.
Di waktu yang sama, Marzuki turut dilantik sebagai Pengerusi PH Negeri Perlis.
Meskipun dimaklumkan bahawa perlantikannya memegang kedua-dua jawatan itu hanya bersifat sementara waktu saja, soalnya, siapakah yang menyetujui perlantikan beliau itu?
Apakah PH dan Bersatu tidak sedar bahawa Marzuki sedang dipertikaikan kewibawaannya?
Tiadakah orang lain dalam kepimpinan Bersatu yang lebih layak dan tidak dipertikaikan kewibawaannya untuk dilantik memegang jawatan tersebut?
Bagaimanakah Marzuki dipercayai mampu menangani dan menyelesaikan kemelut kepimpinan Bersatu Perlis, sedangkan dirinya sendiri sedang dipertikaikan daripada segenap sudut?
Siapakah mahu mendengar kata-kata dan arahannya?
Ketika isi kelayakan akademik Marzuki meletus baru-baru ini, Bersatu sedang berdepan PRK Semenyih dan ramai yang bimbang isu tersebut, jika tidak diselesaikan dengan sewajarnya, ia mampu memberi kesan terhadap keputusan pilihanraya tersebut.
Akibatnya, sebagaimana yang dijangka, selain disumbang oleh pelbagai faktor lain, calon Bersatu di PRK Semenyih telah tewas dengan keadaan yang cukup memalukan.
Mahu tidak mahu, isu yang melibatkan Marzuki adalah antara penyumbang kepada kekalahan di Semenyih itu.
Mengambil iktibar daripada keputusan itu, tambahan lagi dilaporkan juga bahawa sudah ada laporan telah dibuat kepada Lembaga Disiplin parti, kalau pun tidak digugurkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Bersatu, beliau tidak harus sama sekali diberikan sebarang jawatan tambahan lain dalam parti.
Bagaimanakah Bersatu mahu berharap gambaran lebih baik terhadapnya di mata umum lantaran keputusan memberi jawatan kepada seseorang yang sedang dipertikaikan kredibilitinya itu?
Selain itu, oleh kerana difahamkan sudah ada laporan yang dibuat kepada Lembaga Disiplin mengenai Marzuki, bilakah badan itu mahu menjalankan siasatan dan mengumumkan keputusannya?
Apakah setelah Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu mempertahankan kedudukan Marzuki, maka badan itu juga senyap terus daripada menjalankan siasatannya?
Bukankah Lembaga Disiplin sepatutnya bebas bertindak demi menjaga imej parti tanpa mengira siapa pun mereka yang hendak disiasat? (Shahbudindotcom 18/03/2019)