Sunday, July 16, 2017

UMNO SAH MATI AKAL, AKHIRNYA HANYA LOGO HARAPAN JADI MODAL CECEHAN


shahbudindotcom

Kejayaan Pakatan Harapan membentuk struktur kepimpinan, sekaligus bermakna perbalahan dan perbezaan pendapat mengenai kedudukan serta jawatan sudah pun berakhir serta mematikan isu DAP sebagai ancaman, akhirnya telah membuatkan pimpinan UMNO mati akal dan kemurungan.

Dalam struktur kepimpinan itu, walaupun di peringkat tertingginya masih diketuai majoriti pemimpin lama, tetapi ia adalah keperluan dan suatu komiten terbaik untuk menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.

Dengan pengalaman, aura dan pengaruh tersendiri mereka itu, ajakan kepada rakyat untuk melakukan perubahan lebih mungkin menjadi realiti berbanding jika terus pemimpin muda mengemudi pilihanraya. Setelah memenangi pilihanraya dan mendapat kuasa, pemimpin lama dan berpengalaman ini tidak mungkin terlalu lama berada di atas sana.

Berapa lama Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin boleh bertahan dalam usia mereka yang kian meningkat sekatang?

Mereka berada di kedudukan sekarang hanyalah sebagai pembimbing dan peneraju sementara sebelum menyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin muda yang berada di lapisan kepimpinan kedua. 

Berbanding UMNO yang mungkin hanya ada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin muda, Pakatan Harapan sebaliknya ada Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mukhriz Mahathir, Tony Pua, Nurul Izzah, Syed Saddiq dan sederetan yang lain lagi.

Sebab itu, struktur kepimpinan Pakatan Harapan ini mudah difahami oleh rakyat bahawa ia tidak lain bertujuan untuk lebih memungkinkan Najib dapat disingkirkan dan UMNO serta BN boleh dikalahkan. Setelah proses pemulihan negara dilakukan, giliran yang mudalah pula mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Oleh kerana tiada lagi alasan dan sama mati akal untuk terus menyerang, Zahid Hamidi hanya mampu mengatakan struktur kepimpinan Pakatan Harapan itu umpama kapal yang mempunyai tiga nakhoda yang berbeza haluan yang katanya, lebih mungkin akhirnya akan karam di lautan politik penuh cabaran.

Tetapi Zahid Hamidi mungkin terlupa bahawa tiga nakhoda berkenaan tidak lagi berbeza haluan, sebaliknya sudah sehati sejiwa dan setuju untuk bergerak dengan satu tujuan.

Tidakkah kapal yang dikendali oleh tiga nakhoda yang sehati sejiwa akan jadi lebih terurus dan mampu meredah ombak serta badai di lautan berbanding kapal yang dikendali hanya seorang nakhoda, lebih-lebih lagi jika nakhoda itu lanun yang tentunya lebih sibuk menjaga hasil samunannya semata-mata?

Yang paling terbaik, tentunya berdasarkan pengalaman Tun Mahathir dan kesediaan serta jiwa besar  Lim Kit Siang untuk bertoleransi, struktur kepimpinan Pakatan Harapan itu secara langsung membunuh semua percubaan UMNO untuk mengaitkan DAP sebagai ancaman kepada kedudukan orang-orang Melayu serta masa depan negara.

Jika dulu Salleh Said Keruak mengatakan Pakatan Harapan adalah gabungan yang akan dikuasai oleh DAP serta beberapa yang lain pula mengatakan Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, lucu sekali apabila selepas struktur kepimpinan baru ini diumumkan,  mereka berteriak bertanya, di mana pemimpin DAP dalam tiga kedudukan tertinggi Pakatan Harapan?

Pemimpin UMNO ini benci dan cuba menakutkan orang Melayu dengan DAP atau mereka sebenarnya sayangkan DAP?

Lantaran kemurungan, terdesak dan mati akal itu, apa yang mampu mereka lecehkan sekarang hanyalah berkaitan logo Pakatan Harapan atau singkatannya Harapan saja.

Ada yang mengatakan logo itu macam roket DAP, mirip lambang Star Trek, seperti bungkusan nasi lemak, malah ada yang menyamakannya dengan bentuk hidung Tun Mahathir.

Adoiii...kesiannnnya mereka!!

Nampak sangat mati akal tahap kronik sedang melanda dan otak tak lagi "centre" seperti sebelumnya. Mereka ini kalau pergi hospital sudah tentu kena tahan di wad dalam sehari dua agar dapat normal seperti sediakala.

Dengan hanya mampu melecehkan logo Pakatan Harapan sebegitu rupa, gambarannya ialah sementara ada yang mula terbayang hilang kuasa dan tempat pergantungan, yang di atas pula mungkin lebih jauh jangkauan kebimbangannya iaitu mulai sedar mungkin mahkamah dan penjara akhirnya sebagai tempat pengakhir kehidupan.

Wednesday, July 12, 2017

Nurul Izzah Jelaskan Pertemuannya Dengan Mahathir Di London..



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, adalah tertumpu kepada membentuk sebuah pakatan berasaskan reformasi serta dalam usaha demi Malaysia yang lebih baik.



'Biar parti menentukan sama ada saya akan kekal di sini mahupun dipindahkan ke tempat lain.'

Izzah berkata, namun malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah menghangatkan isu ini sebagai serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pembangkang secara langsung dan tidak langsung.

"Kesemua serangan ini berpunca pasca berita berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai kesepakatan antara Pakatan Harapan dan parti Bersatu demi usaha formaliti membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional yang melindungi kleptokrat atau perompak bangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Mahathir di London yang dikatakan usaha menyelesaikan krisis struktur kepimpinan di barisan pembangkang itu.

Jelas Izzah, sebab utama pertemuan adalah usaha konsisten demi Malaysia, dan ini petunjuk jelas bahawa ketakutan mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan kelihatan gentar dengan kesatuan ini.

"Saat Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil bersama untuk rakyat bakal menggegar kekuatan rakyat yang mana julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para pemerintah elit," katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Katanya lagi, "alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan meluas dari pihak atasan yang tampil membuat kenyataan balas dan serangan bertubi-tubi".

Justeru katanya lagi, diyakini bahawa struktur Pakatan Harapan bakal dimuktamadkan.

"Insya-ALLAH, akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat rasmi," katanya.



Pertemuan di antara Nurul Izzah dan pengerusi Bersatu itu berlangsung pada Isnin lalu, di mana difahamkan bahawa anak sulung Anwar itu itu berada di London untuk bertemu dengan peguam ayahnya, manakala Dr Mahathir pula bagi tujuan menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya lapor Sinar

Pengarah Penyelidikan Pas cabar Mahfuz berdebat


MALAYSIA DATELINE
Dr Zuhdi Marzuki
Rimas dengan kritikan bertali arus ahli parlimen Pas Pokok Sena terhadap parti sendiri, pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencabar Mahfuz yang juga bekas naib presiden parti itu untuk berdebat.


Langkah ini kata Zuhdi penting bagi menjernihkan 'kecelaruan' Mahfuz jika benar bekas ketua pemuda Pas itu masih sayangkan parti.

Malah Dr Zuhdi yang menyokong kuat idea perpaduan Pas-Umno melihat ahli parlimen Pas itu semakin galak menjadi 'jurucakap' Pan (Amanah) dan DAP dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas.

"Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada 'masih sayang kepada Pas' sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang Pas. Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP Pas diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti," tegas Dr Zuhdi.
Zuhdi menambah, PPP juga mendapat maklumat Mahfuz tidak lagi menghadiri program-program penerangan dan penjelasan tentang halatuju dan pendirian parti, sebaliknya terus menerus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

"Isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebenarnya telahpun dijawab di dalam program-program yang dianjurkan oleh parti. Sikap yang ditunjukkan oleh MP Pokok Sena kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau atas kapasiti Pengarah PPP mencabar Mahfuz berdebat tentang isu-isu berkaitan halatuju dan pendirian Pas hari ini, untuk memberi ruang kepada bekas yang dipertua Pas Pokok Sena itu berhujah bahawa keputusan pucuk pimpinan Pas adalah tersasar seperti didakwa.

Bagaimanapun Dr Zuhdi mensyaratkan debat itu hanya terbuka kepada pimpinan dan ahli Pas disebabkan isu-isu berkaitan halatuju dan pendirian parti banyak berkaitan dengan hal ehwal dalaman Pas.

Selain PPP, beliau turut mempelawa agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan Pas Kedah untuk menjadi penganjur debat sekiranya Mahfuz lebih selesa.

"Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Datuk Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti. PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Datuk Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab," katanya.

TV3 KATA EKONOMI NEGARA BERKEMBANG, TAPI BUANG PEKERJA




Image result for media prima losses

GELI HATI apabila menonton BERITA TV3 dan akhbar-akhbar milik MEDIA PRIMA.

Cerita ekonomi berkembang entah berapa kali diJAJA oleh akhbar-akhbar mereka dan TV3 saban minggu.

Belum pernah lagilah TV3 dan akhbar Media Prima melaporkan ekonomi negara mengucup.

Apa tak geli hatinya, dalam memuji kerajaan atas usaha mengembang ekonomi, tiba-tiba terdengar Media Prima nak buang kerja staf TUA yang usianya 50 keatas.

Ketawa terbahak-bahak kita. Ekonomi negara berkembang, TV3 dan Media Prima BUANG PEKERJA.

Cerita buang pekerja ini ditulis oleh bekas pekerja Media Prima sendiri - Mustapa Kamil (lihat petikan facebook Mustapa).

Kita ada terbaca, ketika ekonomi negara melonjak seperti yang diwarwarkan oleh akhbar dan TV3, Media Prima RUGI RM38 juta bagi suku pertama 2017.

http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-sees-challenging-1q

Geli hati. Ketika ekonomi negara berkembang seperti yang diwarwarkan oleh TV3, Media Prima TUMBANG.

Jika nak cari contoh politik cari makan, lihat pada Media Prima dan akhbar-akhbarnya dan TV3.

KEROSAKAN DI FELDA JUGA DARI KEPUTUSAN PERNIAGAAN YANG MERUGIKAN, BUKAN SAHAJA RASUAH SEMATA-MATA


Laporan media hari ini memetik kenyataan Tan Sri Shahrir Samad, Pengerusi Felda yang dilaporkan berjanji untuk tidak melindungi sesiapa pun dari kalangan kakitangan dan pengurusan Felda sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada bukti telah berlaku rasuah di dalam pengurusan Felda. Kenyataan itu dibuat ekoran kenyataan SPRM bahawa satu kertas siasatan baru telah dibuka setelah beberapa maklumat baru diperolehi.

Sementara saya sentiasa mengalu-alukan apa-apa siasatan ke atas dakwaan salah laku, saya berpendapat prestasi Tan Sri Shahrir Samad setakat ini tidak banyak berbeza dari sahabatnya, Tan Sri Isa Samad. Walaupun Tan Sri Shahrir nampak lebih terbuka setakat ini, beliau menutup mulut dan tidak memberi reaksi berkenaan urusniaga besar yang diketahui akan merugikan Felda.

Pandangan rakyat bahawa kedudukan Felda sekarang adalah ekoran urustadbir yang lemah dan telah berlaku salah laku penyelewengan dan rasuah, adalah berasas. Sejak setahun lalu, pelbagai laporan dari Ketua Audit Negara dan penahanan pegawai tinggi oleh SPRM telah mengesahkan pandangan rakyat itu tidak tersasar dari keadaan sebenar.

Pun begitu, masalah paling utama yang berlaku semasa Tan Sri Isa Samad menjadi pengerusi Felda ialah satu urusniaga perniagaan yang buruk sehingga menyebabkan Felda menanggung hutang berbilion ringgit, iaitu penyenaraian FGV yang melibatkan juga “wang pengeras” kepada peneroka Felda sebelum PRU13.

Berbanding dengan pelbagai rasuah di peringkat bawah yang berlaku, kesan terbesar kepada kedudukan kewangan Felda ialah penyenaraian FGV yang kemudiannya menyaksikan harga sahamnya jatuh merudum, sekaligus mengheret Felda bersama-samanya.

Sebab itu saya ingin mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bahawa risiko terbesar kepada kelangsungan Felda bukanlah rasuah yang melibatkan pegawai-pegawainya di bawah tetapi satu atau dua keputusan perniagaan besar yang membabitkan urusniaga sehingga berbilion ringgit kerana itu akan memburukkan lagi kedudukan kewangan Felda.

Dalam bab ini, saya meletakkan prestasi Tan Sri Shahrir Samad sama sahaja dengan Tan Sri Isa Samad kerana beliau (Tan Sri Shahrir) yang mengetuai Felda ketika Felda membelanjakan sehingga RM2.2 bilion untuk membeli saham majoriti di dalam syarikat perladangan milik sahabat Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu PT Eagle High Plantations.

Hampir sebulan lalu, saya telah bertanyakan sendiri melalui satu kenyataan media kepada Tan Sri Shahrir Samad, mengenai laporan media di Indonesia bahawa Felda telah pun memuktamadkan pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations dalam bulan April 2017. Malah, menurut laporan itu lagi, Felda berhasrat untuk membeli lagi saham-saham dengan menawarkan harga belian kepada  pemegang saham lain.

Antara rumusan urusniaga yang dilaporkan di  http://m.kontan.co.id/news/felda-dikabarkan-incar-porsi-mayoritas-bwpt

i. Felda telah pun membeli 37% pegangan di dalam PT Eagle High

ii. Urusniaga itu dimuktamadkan dalam bulan April 2017 dengan Kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh

iii. Anak syarikat Felda, FIC Properties Sdn Bhd membayar sehingga USD 505.4 juta bersamaan sekitar RM2.12 bilion bagi saham-saham itu

iv. Felda dilaporkan akan membuat satu “tawaran umum” atau “general offer” bagi membeli saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya

Saya pernah mendedahkan kedudukan kewangan Felda setakat 2013 dan 2014 berpandukan penyata kewangan yang diaudit (kerana laporan kewangan Felda bagi 2015 dan 2016 belum lagi keluar walaupun kini sudah melepasi separuh tahun 2017):

i. Mukasurat 168: Pendapatan di peringkat Felda hanyalah RM87 juta setahun. Jika diambil kira pendapatan di peringkat kumpulan yang disatukan, pendapatan tahunan kumpulan Felda hanyalah RM420 juta setahun.

ii. Mukasurat 168: Rugi bersih Felda adalah RM1 bilion (2014) dan RM2.3 (2013)

iii. Mukasurat 185: Perbelanjaan kasar untuk melaksanakan rancangan tanam semula untuk peneroka ialah RM2.5 bilion (2014) dan RM2.4 bilion (2013)

iv. Mukasurat 187: Baki tunai yang ada di akaun Felda hanyalah RM291 juta (2014) dan RM685 juta (2015)

v. Mukasurat 271: Jumlah hutang Felda adalah RM6.1 bilion (2014) dan RM5.7 bilion (2013)


Ini bermakna, sudah hampir pasti Felda telah mengambil hutang baru sebanyak RM2.12 bilion untuk membiayai pembelian saham-saham PT Eagle High itu kerana Felda tidak mempunyai sumber kewangan dalam yang mencukupi.

Keputusan untuk terus berhutang dalam keadaan kedudukan kewangan Felda sudah pun parah itu tidak sekali-kali disiasat oleh SPRM kerana ia tidak dikira sebagai rasuah; sebaliknya hanyalah satu keputusan pengurusan yang merugikan.

Sebab itu saya ingin menasihati Tan Sri Shahrir Samad supaya menginsafi hakikat bahawa beliaulah yang memimpin Felda tatkala Felda membayar sejumlah harga yang begitu tinggi untuk membeli saham-saham syarikat perladangan milik sahabat Dato’ Seri Najib.

Jangan dengan hanya mengalu-alukan siasatan ke atas ikan-ikan bilis di kalangan kakitangan Felda; itu dikira cukup untuk menutup peninggalan beliau yang sewajarnya diingati seperti mana rakyat mengingati peninggalan Tan Sri Isa Samad kepada Felda juga: kedua-dua mereka bertanggungjawab membiarkan Felda terjebak di dalam urusniaga berbilion ringgit yang menyebabkan hutang Felda mula membawa kesan kepada peneroka Felda.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Pakatan Harapan dijangka tawan Putrajaya menerusi kerusi marginal


 
Pakatan Harapan dijangka akan menang mudah di kerusi marginal yang dikenalpasti di Semenanjung yang dimenangi Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk menawan Putrajaya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dapatan hasil kajiselidik yang dilakukan INVOKE itu, dengan meningkatkan kempen secara tersusun di kerusi-kerusi marginal, Pakatan Harapan boleh memenangi PRU14 kelak.

"Kempen Pakatan Harapan mesti lebih berfokus dan bijak dengan menumpukan kepada sasaran pengundi yang tepat, isu yang tepat dan kerusi-kerusi Parlimen yang tepat.

"Pantauan sentimen pengundi yang dibuat oleh INVOKE (yang menelefon pengundi setiap hari) menunjukkan Pakatan Harapan kini mendahului di 97 kerusi Parlimen sementara Barisan Nasional mendahului di 125 kerusi Parlimen yang lain jika pertandingan 3 penjuru berlaku.

"Ini bermakna, jika pilihanraya dipanggil hari ini, Dato’ Seri Najib hanya menang dengan majoriti 13 kerusi (melebihi majoriti mudah 112 kerusi) yang hampir pasti menyebabkan beliau digulingkan dari dalam Umno sendiri.

"Oleh sebab itu, saya mengambil tugas untuk memberi tumpuan khusus di kerusi-kerusi marginal yang dikenal pasti di Semenanjung," ujarnya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Pandan ini juga berkata menerusi INVOKE beliau telah mengenalpasti kebanyakan pengundi atas pagar sedia maklum mengenai skandal 1MDB dan tuduhan penyelewengan dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun ujarnya pengundi atas pagar sebenarnya lebih tertarik kepada isu-isu yang mempunyai kesan langsung kepada kehidupan seharian mereka.

"Kenaikan harga barang yang dikira tidak terkawal sebab itu rata-rata pengundi atas pagar mahukan GST dimansuhkan dan subsidi minyak dikembalikan

"Kenaikan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan kenaikan harga barang

"Lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan yang ada kepada pekerja tempatan," ujarnya.

Justeru beliau bersama pimpinan Pakatan Harapan telah pun memulakan kempen khusus di 50 kerusi-kerusi yang dikategorikan sebagai marginal bermula di Johor Bharu pada hari Ahad yang lalu.

Menerusi kempen 'Bina Semula Negara' ujarnya lagi, turut akan menjelajah ke utara tanah air pada 15 dan 16 Julai ini yang mana maklumat lanjut berkaitan kepen ini boleh diperolehi di laman INVOKE.

"Saya yakin dengan momentum yang dibina di Johor Bharu, Pakatan Harapan akan berjaya memenangi 50 kerusi marginal yang dikenal pasti untuk membentuk kerajaan di Putrajaya kelak." ujarnya.

Meterai perjanjian baru dengan PKR & DAP jika Pas mahu dilihat bermaruah


 Pakatan Rakyat
Pas harus memeterai perjanjian baharu dengan PKR dan DAP jika mahu dilihat bermaruah untuk terus berada dalam kerajaan Selangor, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, jika Pas tidak berbuat demikian parti itu akan terus dilihat mahu mengambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.

"Rakyat memahami bahawa yang 'menceraikankan' hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP ialah Pas oleh itu saya tidak mahu lihat 'parti saya' dan sahabat-sahabat saya dari 'parti saya' akan terus ditertawakan rakyat dan dilihat mahu ambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.

"Sedangkan Pas telah isytihar akan menentang PKR dan DAP pada PRU14 nanti," kata Mahfuz dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pas Selangor bahawa rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai Pas dalam PRU13 di negeri itu.

Menurut Mahfuz, PR adalah tahaluf siyasi tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP selepas PRU12 yang mengangkat kemenangan parti pembangkang sehingga dapat menguasai beberapa negeri.

Kesinambungan kerjasama antara tiga parti atas suara PR terus terjalin hingga kepada penyertaan dalam PRU13 yang lalu.

Namun jelasnya, tahaluf siyasi ini terungkai satu demi satu apabila Pas mengambil keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamarnya di Kuala Selangor dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak Pas.

Ini katanya berlaku walaupun dalam masa yang sama pimpinan Pas masih mempertahankan kedudukan dalam kerajaan PR Selangor atas alasan PR masih wujud kerana Pas bekerjasama dengan PKR.

"Akan tetapi dalam keadaan ikatan hubungan masih terjalin di Selangor, terkini 'parti saya' juga telah memutuskan hubungan dengan PKR melalui keputusan muktamar di Kedah dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak.

"Ya, betul mandat rakyat pada PRU13 untuk PR tetapi persoalannya bagaimana pula pimpinan Pas mahu menghalalkan kehadiran keberadaan PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sedangkan kerjasama politik dengan gabungan suara parti-parti pembangkang yang bersama sertai PRU13 atas sudah terlerai dan ditamatkan oleh Pas?" soalnya.

Beliau juga berkata, jika dahulunya Pas berhujah bahawa mereka boleh terus berada dalam kerajaan negeri kerana masih mempunyai hubungan dengan PKR, kini parti itu juga memutuskan hubungan PKR.

"Senario kini hanya yang masih ada kerjasama dari PR terdahulu ialah PKR dan DAP sahaja.

"Hujah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang juga MB Selangor ada kebenarannya juga kerana masih lagi mengharapkan kerjasama dengan 'parti saya' iaitu Pas untuk dapat berjalan terus dan terjalin semula," katanya.

"Jika pembangkang kususnya Pas mahu dihormati rakyat dan parti lawan mestilah sentiasa 'subur mekar' dengan amalkan sikap 'serumpun bak serai, sesusun bak sirih'," katanya.

‘RoS tidak maklum apa salah kami?’

‘RoS tidak maklum apa salah kami?’
    0
‘RoS tidak maklum apa salah kami?’
Tony Pua membuang undi ketika pemilihan semula CEC DAP pada 2013 lalu.
 
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak pernah memaklumkan apakah kesalahan yang dilakukan DAP sehingga mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, meskipun persoalan itu pernah dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, namun jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri menghampakan.

"Kami tidak pernah diberitahu apa kesalahan, atau mungkin telah mengingkari mana-mana arahan dalam proses pemilihan semula pada 2013. Walaupun persoalan itu berulang kali dibangkitkan di Parlimen, jawapan daripada Menteri Dalam Negeri adalah 'ROS masih menyiasat'," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kini selepas hampir empat tahun pemilihan semula yang dibuat berdasarkan syarat 2012, ROS sekali lagi mengulangi arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula.

Katanya, DAP sentiasa bekerjasama dengan ROS ketika diarahkan membuat pemilihan semula pada 2013.

"Pada 30 Julai 2013, ROS arahkan kami adakan pemilihan semula CEC, justeru pada 29 September 2013, kami akur dan mengadakan kongres khas.

"Pemilihan itu disertai 2,576 perwakilan dan ia adalah perwakilan yang sama ketika membuat pemilihan pada 2012," katanya.

Menurutnya, DAP menggunakan senarai perwakilan yang sama dalam pemilihan 2013 kerana mengikut arahan yang dikeluarkan ROS.

"ROS mengarahkan pemilihan semula pada 2013 berdasarkan pada senarai pemilihan yang diadakan pada 15 Disember 2012 iaitu melibatkan 2,576 perwakilan berkelayakan. Kami dah ikut arahan tersebut.

"Di sinilah timbul persoalan, hanya ROS yang mempunyai jawapan, atas sebab itulah kami ingin bertemu mereka sebaik sahaja menerima surat rasmi," katanya.

Katanya, sehingga hari ini, (semalam), DAP masih belum menerima surat rasmi daripada ROS mengenai arahan untuk mengadakan semula pemilihan CEC.

Jumaat lalu, ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baharu, dengan mendakwa pemilihan semula pada 2013 tidak sah.

Pada 2013, DAP telah mengadakan pemilihan semula selepas senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dikatakan mempengaruhi pemilihan bertarikh 15 Disember 2012.

Hasil pemilihan semula itu kemudiannya dibentangkan kepada ROS pada 8 November 2013 selaras dengan peruntukan perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.


Bagaimanapun, ROS tidak mengiktirafnya lalu, pada 22 Januari 2014 DAP memfailkan semakan kehakiman terhadap ROS. Tuntutan itu bagaimanapun digugurkan.

Munasabah tiada pemilihan semula

Munasabah tiada pemilihan semula
    0
dari media cina
Gambar hiasan
 
MESYUARAT Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memutuskan untuk tidak mengadakan pemilihan parti semula seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) harus diterima oleh semua pihak dengan hati terbuka.

Menurut penganalisis politik, Dr Phoon Wing Keong, reaksi awal yang diberikan pucuk pimpinan DAP dianggap munasabah kerana sekiranya pemilihan parti diadakan semula, ia tidak semestinya mampu menyelesaikan masalah berbangkit.

"Tidak ada seorang pun boleh memberi jaminan apakah sekiranya pemilihan parti diadakan buat kali kedua, ia sudah tentu akan diiktiraf oleh ROS?

"Saya boleh terima alasan yang diberikan oleh DAP untuk tidak mengadakan pemilihan parti semula memandangkan parti itu tidak diberikan penjelasan yang kukuh daripada ROS," katanya ketika memberitahu Oriental Daily.

Menurut Wing Keong, sekiranya pucuk pimpinan DAP segera akur dengan kehendak ROS, dari segi politik, parti itu akan dianggap lemah dan terlalu cepat tunduk kepada kehendak Umno. Ini sekali gus menyebabkan parti itu sukar memberi penjelasan meyakinkan kepada akar umbi dan pengundi.

Pada mesyuarat tergempar yang diadakan oleh DAP kelmarin, parti itu turut meminta mengadakan pertemuan dengan pihak ROS bagi berbincang masalah berbangkit.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, partinya sudah melakukan pemilihan semula ahli CEC pada 29 September, 2013 seperti yang diarahkan ROS.

“Keputusan pemilihan semula itu dihantar kepada ROS pada 8 November, 2013 selaras dengan peruntukan Perlembagaan kami dan Akta Persatuan 1966,” katanya.

Bagaimana pun, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilapor berkata, pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 itu tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan itu menimbulkan kontroversi selepas dikatakan tidak berdasarkan kepada senarai nama perwakilan berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.