Thursday, October 8, 2015

Surat Terbuka Kepada Kerajaan Malaysia Daripada Dato Abdol Hamid (Bekas Timbalan SB)


Bismillahirahmannirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN. 

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. 

Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.

 Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara. 

Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telah pun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.

 Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS. 

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf.

 Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!! "What choice do I have???". 

Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN.

 Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang.

 Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.

 Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya.

 Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja. Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. 

Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.

 Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT. 

Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal???

 Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan. 

Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini.

 Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka. Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini.

 Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. 

 Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.

 Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!!

 Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!

Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.

 Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!

 Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau "dipecat".

 Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. 

Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan oleh para "perompak"ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

 Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! 

Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara? Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? 

Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??

 Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada, 

KETUA SETIAUSAHA NEGARA.

Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. 

Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. 

Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!

 Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. 

Ingatlah Tan Sri....jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!! 

PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.

Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi. Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. 

 Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali. Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut.......to discharge your duties with the highest standard of integrity???

Atau adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.

 Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri. 

Wahai Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. 

Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil. Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. 

Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.

KETUA POLIS NEGARA.

Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?" 

Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! 

 Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah. 

 ..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.

 MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.


Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa tangga. 

Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk "memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri. 

Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu. Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? 

Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum...... "Cummon Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir". 

 Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan "habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. 

Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......

"Hey look...this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job". Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya. Aamiin.

 PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.


Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini. 

Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka "tidak cukup tanah untuk lari". Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan. 

Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang". Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!

 LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.

 Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. 

Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.

 Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan. 

 Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali. Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah. Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu??? 

Tidak ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang "dibeliborong" oleh mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak dibayar. 

Ingat ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!

 Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.

 Salam hormat dan salam perjuangan,

ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.

PS - Saya terima surat di atas dari watsapp grup. Mkini ada melaporkan sebahagian dari surat ini

Menggemparkan! Pejabat Peguam Negara kata "tiada pendakwaan terhadap 1MDB"


Jabatan Peguam Negara mempertahan keputusan awal berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menegaskan tiada pendakwaan ke atas syarikat sarat hutang itu kerana tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan.

 Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya isu 1MDB diselesaikan segera, dua hari lepas.

 "Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu ditemui, peguam negara memutuskan mempertahankan keputusan awal yang dibuat," kata kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini.

 Jabatan Peguam Negara berkata mereka sudah menerima kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Ogos, namun Timbalan Pendakwa Raya 1 Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil.

 "Kertas siasatan dipulangkan semula kepada BNM pada 11 September, 2015.

 "Keputusan itu juga sudah diberitahu kepada BNM pada hari sama," katanya.

 Siasatan BNM dibuat mengikut bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013, berkaitan dengan 1MDB.

 Kenyataan tersebut juga memaklumkan menerima permintaan daripada BNM supaya menyemak semula keputusan tersebut pada 1 Oktober.

 Sementara itu, kenyataan tersebut turut menafikan laporan mengatakan kertas siasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.

 "Berkenaan isu ini, pihak Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan terdapat laporan antara 12 September, 2015 hingga sekarang mengatakan kertas penyiasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih berjalan adalah tidak tepat dan tidak benar," katanya.

 Pendirian Jabatan Peguam Negara itu berbeza dengan gesaan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada sidang media pada 13 Ogos lalu yang mencadangkan "tindakan penguatkuasaan" ke atas 1MDB.

 Mengenai siasatan yang dijalankan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara memberitahu kedua-dua agensi tersebut masih belum melengkapkan siasatan kerana belum merekodkan kenyataan beberapa saksi dalam siasatan mereka. Jabatan Peguam Negara juga menegaskan pasukan khas menyiasat 1MDB tidak pernah dibubarkan dan tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

 Dua hari lepas, Majlis Raja-raja Melayu bertitah mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Budaya kepimpinan kita masih budaya kepimpinan dunia ketiga


Najib seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang pemimpin yang baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan. Sekarang Najib telah menunjukkan yang beliau seorang pemimpin yang lemah dari awal lagi dan beliau tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Dr Mahathir beriya-iya benar hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri walaupun hakikatnya barisan kepimpinan UMNO sudah kekosongan kepimpinan. Malahan sesiapa sahaja di antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran UMNO yang tertinggi tiada siapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap tindakan yang berkepimpinan.

Sesungguhnya kita semua boleh belajar dari kelemahan dan ketidak-mampuan Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat 'superficial' sahaja.

Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan Perdana Menteri jika sebelum menjadi Perdana Menteri itu terdapat dan kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan negara. Di Britain pada tahun 2006, David Blunkett, Menteri dalam Negerinya telah hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan pun kesalahan yang kriminal. Blunkett telah mempercepatkan proses permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang singkat. Setelah dipersoalkan maka Blunkett telah meletakkan jawatan dari Menteri Dalam Negeri negara itu.

Seorang lagi ahli parlimen di utara London telah dipotong gajinya kerana kesalahannya menggunakan setem kelas satu apabila menghantar surat kepada ramai pengundinya. Setem kelas pertama di London itu ialah setem yang membolehkan surat yang kita kirim itu sampai pada hari yang sama sedangkan seorang ahli parlimen hanya dibenarkan menggunakan setem kelas dua sahaja. Itu pun menjadi kesalahan etika yang besar dan ahli parlimen tersebut telah diambil tindakan disiplin parlimen dan beliau telah didenda dengan memotong elaun dan gaji beliau melebihi dari jumlah nilai setem kelas pertama yang digunakan beliau.

Kenapa negara-negara maju seperti ini mempunyai taraf etka yang tinggi seperti ini? Jawapannya mudah. Ia disebabkan sifat tanggungjawab terhadap wang rakyat dan kedudukan yang mereka pegang itu adalah kedudukan dan jawatan untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mencuri dan mengambil kesempatan terhadap wang rakyat itu. Kereta resmi seorang Menteri tidak digunakan untuk pergi ke upacara-upacara yang tidak resmi seperti acara politik dan sebagainya tetapi jika lihat di sini seorang Menteri itu menggunakan kereta resmi untuk pergi ke acara-acara anjuran parti seperti mesyuarat cawangan UMNO dan sebagainya.

Di negara kita usaha mendidik kepimpinan kita dengan etika yang sangat bersih ini untuk dijadikan budaya dalam kepimpinan tidak pernah dilakukan atau pun dimulakan. Kebanyakan kepimpinan kita tidak tahu membezakan tugas politik dan tugas parti. Tugasan dan jawatan dalam kerajaan itu dijadikan sebagai hiasan diri untuk menunjukkan keangkuhan dan kebesaran diri sendiri dari melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dengan rendah diri dan jujur. Kebanyakan pemimpin kita bukan memegang jawatan itu diatas rasa tanggungjawab dan melaksanakan amanah negara tetapi hanya sebagai memenuhi impian besar sebagai 'social climbers' yang berjaya semata-mata.

'Ultimate' mereka hanyalah untuk berpuas hati dengan kejayaan 'social climbing' mereka sahaja.

MEMAHAMI KERTAS SIASATAN BANK NEGARA YANG DIHANTAR KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS 1MDB

 



Rupanya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah benar-benar tunaikan janjinya seperti yang beliau maklumkan pada 13 Ogos yang lalu bahawa Bank Negara telah selesai siasatan 1MDB dan telah hantar laporan kepada Peguam Negara yang baru Tan Sri Apandi Ali untuk tindakan undang-undang selanjutnya ke atas 1MDB. (rujuk berita: http://goo.gl/oDvUhF)

Selepas Majlis Raja-Raja bertitah, Pejabat Peguam Negara hari ini telah memberi jawapan balas yang negatif berhubung Kertas Siasatan (Investigation Paper - IP) yang telah dihantar oleh pihak Bank Negara kepada Pejabat Peguam Negara tersebut. Bank Negara telah menghantar surat rayuan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula tetapi ditolak sekali lagi oleh Pejabat Peguam Negara atas alasan "tiada bukti selanjutnya" dan telah dipulang Kertas Siasatan tersebut kepada Bank Negara.

(rujuk pekeliling am yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara: http://goo.gl/y5kXLe)

Kertas Siasatan dan laporan Bank Negara ke atas 1MDB itu adalah berkaitan pemalsuan kenyataan yang dibuat oleh pihak 1MDB di bawah perenggan (4)(b) dalam Bahagian 1 daripada Jadual 5 dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule to the Exchange Control Act 1953)  iaitu berhubung "compliance" yang ditetapkan oleh Bank Negara:

"No person in or resident in Malaysia shall—
(b) in furnishing any information for any of the purposes of this Act, make any statement which he knows to be false in a material particular, or recklessly make any statement which is false in a material particular;"

Persoalan-persoalan berbangkit:

1 - Soalnya sekarang kenapa Bank Negara sanggup menghantar semula Kertas Siasatan tersebut walaupun telah ditolak sebanyak 2 kali oleh Pejabat Peguam Negara?

2- Adakah ini bermakna Bank Negara benar-benar telah pastikan siasatan mereka benar-benar jelas, yakin dan tiada syak lagi berhubung salah laku 1MDB?

3 - Kalau begitu, kenapa Pejabat Peguam Negara masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dilampirkan oleh Bank Negara untuk menolak buat kali kedua Kertas Siasatan yang sama dihantar semula oleh Bank Negara pada 13 Ogos lalu?

4 - Apakah yang Bank Negara maksudkan dengan pemalsuan makluman kepada Bank Negara yang 1MDB lakukan?

5 - Adakah ianya melibatkan pelaburan dalam usaha sama yang dibuat oleh 1MDB ke atas syarikat PetroSaudi International yang rumit itu?

6 - Atau adakah ianya melibatkan pemalsuan makluman kepada Bank Negara melibatkan pelaburan 1MDB dalam portfolio Brazen Sky Limited di Pulau Cayman?

7 - Saya fikir Bank Negara sendiri runsing melihat perkembangan ini kerana sampai DUA KALI pihak Bank Negara menghantar semula kertas siasatan tetapi ditepis juga sebanyak DUA KALI oleh Pejabat Peguam Negara.

8 - Bank Negara ada keluarkan notis untuk mencari dua individu penting bagi membantu siasatan 1MDB iaitu Casey Tang dan Jasmine Loo (rujuk notis rasmi tersebut: https://goo.gl/HZq1op).

9 - Adakah dengan mendapatkan keterangan dua saksi ini pihak Pejabat Peguam Negara akan berpuas hati dan menerima Kertas Siasatan Bank Negara berhubung 1MDB?

10 - Bolehkah pihak Polis Diraja Malaysia menggunakan Interpol untuk menjejaki kedua-dua individu ini? Seperti dilaporkan The New York Times pada 21 September yang lalu (http://goo.gl/MGZe18), salah seorang daripada mereka iaitu Jasmine Loo telah dipastikan tinggal di kondominum mewah di Times Warner Center, Manhattan, New York.

Menyahut titah Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini, rakyat menyeru semua pemegang amanah yang menyiasat kes 1MDB untuk mentaati titah Raja-Raja Melayu yang telah dititah pada 6 Oktober yang lalu iaitu "penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran"

Daulat Tuanku!

Ikhlas,
Rakyat Malaysia,
Wan Ahmad Fayhsal

Amanah ramal tindakan kekalkan Najib untuk menang PRU14 mudaratkan negara


Barisan pemimpin Pakatan Harapan pada sesi soal jawab selepas majlis mengutip dana bagi Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Oktober, 2015.
Seruan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin negara demi memastikan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memudaratkan negara, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, prestasi buruk Najib membahayakan ekonomi selain mendakwa taktik melaga-lagakan keharmonian kaum yang diguna Umno demi kekal berkuasa mengancam keharmonian kaum di negara ini.

"Saya secara peribadi tidak setuju dengan pendekatan menyimpan perdana menteri ini yang secara perlahan-lahan tetapi pasti akan merosakkan semata-mata bagi memberikan kelebihan kepada kita dalam pilihan raya umum akan datang.

"Cara mereka (Umno) menggunakan politik perkauman di bawah Najib sekarang, kita mungkin akan bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Rizab negara kita mungkin tinggal separuh dan hutang negara mungkin meningkat 2 kali ganda pada masa itu.


"Saya tak fikir dia patut kekal walau sehari lagi sekalipun. Kalau semalam kita boleh singkirkan dia, kita sudah patut berbuat demikian," kata bekas pemimpin PAS itu pada sesi soal jawab selepas majlis makan malam meraih dana Amanah di Dewan Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut berucap sebelumnya merayu orang ramai memberikan gabungan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan sedikit masa untuk terus maju ke depan.

Menurutnya, pemimpin Pakatan Harapan sudah belajar daripada kesilapan masa lalu apabila mereka dilihat kurang sepakat dan seringkali mengeluarkan kenyataan berasingan mengulas sesuatu isu walaupun pendirian mereka sebenarnya sama.

"Jika saya ini orang awam, saya akan katakan yang mereka ini semuanya badut. Mereka semua sebenarnya menyatakan perkara yang sama iaitu Najib itu teruk.

"Tidak bolehkah kamu sepakat dan keluarkan kenyataan bersama sepakat yang Najib itu teruk," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Saya harap anda semua berikan kami masa. Saya tidak pernah lari daripada kontroversi tetapi saya yakin inilah masa depan kita, ke arah satu bangsa Malaysia yang sepakat.”

Rupanya Mamat Ni Yang Tubuh Parti Baru


Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim mengakui dia antara yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu sebagai alternatif kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada FMT, dia mendedahkan 99 peratus ahli parti baharu itu akan disertai oleh bekas pemimpin dan ahli PKR.

Katanya, dia mengambil inisiatif untuk mengerakkan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga selepas mendapat sokongan akar umbi PKR yang kecewa dengan kepimpinan sedia ada.

“Kebanyakan yang akan menyertai adalah mereka yang kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

“Mereka percaya PKR telah rosak,” katanya sambil mengaku terdapat Ahli Parlimen PKR yang menyatakan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Katanya, Ahli Parlimen PKR itu kecewa kerana merasakan parti itu tidak ada masa depan.

“Bila mereka lihat parti baharu ini akan ok, mereka berkemungkinan akan menyertainya,” katanya yang enggan mendedahkan nama parti baharu itu sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran.

Katanya, dia bersama bekas Setiausaha Kerja PKR, Hasrul Muhamin Hasbi telah menghantar borang permohonan pada 2 Oktober lalu.

Zamil menafikan pemimpin Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu.

Monday, October 5, 2015

Operasi Mencari Salah..!

 


Apakah benar mereka yang sedang dipantau..?

Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.
Sekalipun menteri Wilayah Persekutuan itu tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya, namun umum boleh mencongak pemimpin yang dimaksudkan berdasarkan perkembangan semasa, aktiviti dan kenyataan masing-masing.
Setakat ini masih belum jelas pemimpin terbabit sama ada di peringkat atasan ataupun akar umbi.
"Maaf, tiada spekulasi kerana kami sedang memantau pergerakan mereka," kata Tengku Adnan kepada Malaysiakini petang ini.

Namun begitu, berdasarkan keadaan semasa, tujuh pemimpin itu mungkin melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut, di samping bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
Anak lelaki Dr Mahathir itu, yang sebelum ini diuar-uarkan akan dipecat sewaktu isu pemecatan Muhyiddin berada di kemuncak, turut terkena tempias daripada kelantangan bapanya mengkritik Najib.
Mereka antara yang lantang mengkritik kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Ia termasuklah kenyataan keras mereka mengenai dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan mendapat liputan buruk media antarabangsa.
Semua pemimpin itu juga dilihat mempunyai kaitan dengan Mahathir - yang nampaknya kini sanggup melakukan apa sahaja untuk menurutkan Najib, termasuk hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung Ogos lalu.
Beliau konsisten menunjukkan kemarahan kepada pentadbiran Najib. Sementara Muhyiddin dan Shafie – walaupun antara pemimpin paling kanan Umno tidak mustahil turut berdepan pemantauan ibu pejabat parti.
Muhyiddin, yang disingkirkan dari kabinet sering mengeluarkan kenyataan pedas dan sinis terhadap Najib, turut mempersoal mengapa sumbangan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib dan mahu lembaga pengarah 1MDB ditukar dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno.
Hampir empat bulan tiada dalam kabinet, Shafie juga mahu isu 1MDB diselesaikan segera termasuk isu ekonomi ketika ini.
Mukhriz antara pemimpin awal Umno yang tidak segan-segan menunjukkan simpati terhadap Muhyiddin dan Shafie.
Sementara itu, Khaled pula antara tokoh utama Umno Johor yang rapat dengan Muhyiddin - menyuarakan kekecewaan akar umbi yang terluka ekoran pemecatan ketua Umno Pagoh dalam kerajaan.
Khaled dilapor lantang mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan akar umbi Umno menunjukkan kesetiaan dan menyokong kebenaran.
Beliau juga mengkritik Umno supaya tidak berdiam diri dengan amalan rasuah yang menjadi budaya dalam parti.
Pemerhati juga berpendapat kemunculan semula Sanusi dan Rafidah yang ligat menghentam kepimpinan Najib sejak akhir-akhir ini turut mencetuskan persoalan antara pemimpin Umno yang berada dalam pemantauan ibu pejabat parti.
Boleh juga dikatakan operasi menyelamatkan diri dan kroni..!
Kerja Menguatkan parti???
Lu Fikir La Sendiri!!!

HOT ~ Najib Curi Duit..!


Nampaknya Tun M mengulanginya..! Untuk sekian kalinya Tun M mengatakan bahawa Najib mencuri duit..! Dengan kata lain Najib ialah pencuri..!

Bukankah aib bila diperkatakan sebegitu..! Kenapa Najib tak mahu mematahkan hujah Tun M? 

Kalau tuduhan Tun M itu sudah cukup menggemparkan, tindakan Najib yang tidak  menjawab tuduhan tersebut sebenarnya lebih lebih lagi menggemparkan..!

Tak gitu?

Tun Dr Mahahtir Mohamad sekali lagi membangkitkan mengenai dakwaan mencuri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta-juta, apa kita nak buat?

"Curi la, curi duit," kata bekas presiden Umno itu, yang mengundang tepukan gemuruh hadirin.
Satu video ucapan yang disampaikannya di Tawau, Sabah petang ini telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Bekas perdana menteri itu yang disiasat polis berhubung kenyataannya berkaitan Najib pada himpunan BERISH 4, dilihat tidak kisah jika beliau ditangkap.
"Kalau kena tangkap, saya nak cakap terang-terang di sini, kena tangkap, tangkaplah, tapi saya nak cakap Najib curi duit," katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu dengan merujuk dakwaan bahawa dana dari 1MDB berjaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib dan penyokongnya menyifatkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan politik dari sumber Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Lagi...

Penyumbang derma Arab akan mahu publisiti jika mereka menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas presiden Umno itu juga berkata mereka tidak akan menyumbang jumlah sebesar itu secara senyap-senyap.

"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya dalam satu majlis di Tawau, Sabah hari ini.
"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," katanya lagi.
Satu video ucapannya dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Didedahkan pada tahun ini bahawa Najib didakwa menerima RM2.6 bilion yang didepositka ke akaun peribadinya menjelang pilihan raya umum ke2013.
Jumlah itu dikatakan sumbangan daripada penderma dari Timur Tengah yang didakwa sebagai penghargaan kepada usaha Malaysia membasmi terorism dan mengekalkan kuasa Umno.
Najib yang juga menteri kewangan mendakwa tiada elemen rasuah dalam sumbangan derma itu.
Lagi...
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini membawa kempen anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyeberangi Laut China Selatan.
Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah petang ini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu terus menerus menyerang Najib.

Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.
"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang (sokong Najib) katanya (Najib). Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.
Satu video ucapannya telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Dr Mahathir merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.
Laporan menyebut seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.
Berani kerana benar..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
 

 

TPPA

 

Amin Ahmad

Akhirnya Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) disimpulkan di Atlanta, selepas perbincangan bermula sejak lebih lima tahun lalu.
Dalam sidang akhbar sempena pengumuman ini, beberapa menteri perdagangan negara terlibat menyatakan, TPPA ialah rundingan yang mencabar dan juga bercita-cita tinggi untuk mengurangkan birokrasi secara global dan menetapkan peraturan dagang di abad ke-21.
Bagaimanapun, wacana yang menonjol berkaitan TPPA cenderung negatif.

Bantahan Beberapa bantahan yang ada boleh dikelaskan seperti berikut:
1) Kerahsiaan
Ini adalah aspek paling utama mengapa TPPA dibantah. Logiknya, jika ia baik, maka mengapakah kandungan mengenainya tidak boleh diakses?
Beberapa dokumen berkaitan TPPA yang dibocorkan tentulah memberi gambaran buruk terhadap rundingan ini.
2) Kedaulatan
Dakwaan seterusnya merujuk kepada cabaran kedaulatan negara kerana sebarang perselisihan antara pelabur dan kerajaan mengenai pematuhan kepada perjanjian ini boleh dibicarakan mahkamah arbitrasi antarabangsa untuk diselesaikan.
3) Keadilan
Seterusnya, TPPA dipertikai kerana didakwa bakal menguntungkan syarikat besar, menjejaskan peluang tenaga kerja tempatan, dan monopoli melalui hak paten dan hak cipta khususnya dalam bekalan ubat-ubatan.
Untuk menyokong kenyataan ini juga, kajian antisipasi Rashmi Banga, ahli ekonomi kanan di UNCTAD yang menyatakan imbangan dagangan (trade balance) akan jatuh di mana import akan mengatasi eksport sekitar RM5 billion.
Kerana kesimpulan TPPA yang dicapai belum ditandatangani sehingga negara-negara mengesahkannya di dewan legislatif masing-masing, semua bantahan ini perlu diperhalusi.
Tambahan pula, jika hujah-hujah yang dikemukakan sebenarnya bukanlah bersifat anti-TPPA, tetapi cenderung bersifat anti-perdagangan.
Sisi positif
Sejak rundingan TPPA bermula, sangat jarang berita positif ditemukan. Ini mungkin kerana faktor kerahsiaan, tidak ada akses terhadap kandungan yang dibincangkan.
1) Kerahsiaan

Apabila kenyataan media semalam menyebut kesimpulan yang dicapai masih belum ditandatangani kerana memerlukan pengesahan di dewan legislatif negara terbabit, kita mengharapkan kerajaan persekutuan Malaysia akan membentangkannya untuk dibincangkan secara terbuka.
Saya menanggap, kerahsiaan sebelum ini berpunca kerana tidak ada yang konkrit memandangkan belum ada kesimpulan bersama dicapai, hanya usul-usul tertentu sahaja.
2) Penyertaan
Malaysia sebenarnya perlu menyertai rundingan ini, bukan menolak atau menarik diri kerana hanya dengan itu kita boleh mengetahui kandungan terperinci, membuat saringan dan memberi maklum balas dalam proses rundingan.
3) Kedaulatan
Dakwaan kedaulatan negara terjejas dengan ISDS berbunyi agak naif. ISDS ialah mekanisme yang dimasukkan di dalam perjanjian pelaburan antarabangsa untuk memastikan komitmen perlindungan pelaburan bersama dihormati.
ISDS wujud sejak dekad 1960-an dan sehingga kini dimasukkan ke dalam lebih daripada 3,000 perjanjian antarabangsa. Daripada jumlah ini, hanya 50 melibatkan Amerika Syarikat sementara 1,400 melibatkan Kesatuan Eropah.
Ia bersifat neutral, sebagaimana seharusnya sifat tribunal atau mahkamah, dibentuk untuk mendengar dan menghakimi secara adil dan saksama kes-kes yang dibawa. Ia undang-undang antarabangsa, justeru berbeza dengan undang-undang domestik.
Sehingga akhir 2014, sebanyak 356 kes disimpulkan. Daripada jumlah ini, 37 peratus (132 kes) diputuskan memihak kerajaan/pemerintah berasaskan merit atau hujah perundangan. Kes yang memihak pelabur pula masing-masing 25 peratus (87 kes) melibatkan pampasan wang dan 2 peratus (7 kes) tanpa pampasan wang.
Selain itu, 28 peratus (101 kes) diselesaikan bersama dan 8 peratus (29 kes) tidak diteruskan.
Gambaran seolah-olah syarikat boleh menggugat kerajaan/pemerintah sewenang-wenangnya tidak berasas, lebih didorong kepada sikap anti-perdagangan.
4) Pertumbuhan
Dengan jumlah pasaran mencecah 800 juta orang dan mewakili 40 peratus ekonomi dunia, tidaklah merugikan untuk Malaysia berunding. Tambahan pula, kita memang mempunyai hubungan dagang dengan negara-negara terlibat di mana nilai import kita mencecah lebih RM200 billion dan eksport pula mencecah lebih RM300 billion.
Kita tidak harus mengutamakan imbangan dagangan berbanding jumlah dagangan (volume of trade). Jelas, dalam kajian antisipasi Rashmi Banga menunjukkan jumlah import-eksport akan meningkat.
Import yang lebih tinggi bukanlah masalah besar. Ia menunjukkan ada permintaan yang banyak terhadap barangan luar. Barangan import ini mungkin lebih mahal jika tidak ada TPPA. Ia mungkin dalam bentuk teknologi yang boleh membantu menjana lebih banyak barangan eksport pada masa akan datang.
Pasca-kesimpulan TPPA
Ia bukanlah sebuah perjanjian perdagangan bebas yang ideal tetapi tentunya lebih baik daripada banyak dasar anti perdagangan yang ada. Penganjur perdagangan bebas juga berbelah bahagi, terutama dalam hak paten dan hak cipta.
Memang, dalam persaingan perniagaan, tidak semua pihak beruntung. Perdagangan bebas bukan bertujuan memenangkan mana-mana pihak secara khusus, sebaliknya bertujuan membuka peluang kepada semua.
Berdasarkan kesimpulan yang dibuat, puluhan ribu cukai di semua negara terlibat akan sama ada dikurangkan atau dihapuskan. Sebaik sahaja pengesahan dibuat, ia pasti akan memberi wajah baru kepada tahap perdagangan di semua negara ini.
Secara bersihnya, negara kita tetap akan beruntung dengan ekonomi lebih terbuka.