Tuesday, April 7, 2009

PRK 2 BUKIT, 1 BATANG : PAKATAN 2, BN 1 ....


Pakatan kuasai 2 Bukit, BN di Btg Ai

Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi. Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia. Senarai lengkap calon bebas dan jumlah undi masing-masing (tiga terbanyak huruf tebal): R Loganathan - 31Tan Hock Huat - 78Mohd Radhi Mat Lazim - 25 Mohd Fadzil Wahab - 83 Abdul Rahim Abu - 60L Sarala - 49A Jayagopal - 35S Moganakumar - 46 Khamis Awang - 29Husaini Yaacob - 257 Venason Michael - 32Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528 T Chandrarajan - 739.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

Sunday, April 5, 2009

CALON BEBAS SEMUA BN PUNYA, APA CEQITA NI???


BUKIT SELAMBAU [11.56 am] - Laporan kami yang terdahulu bahawa calon bebas di Bukit Selambau adalah ditaja oleh BN kini bagai nampak menjadi kenyataannya. Ini berikutan edisi siasatan Pakatan Rakyat mendapati hampir kesemua calon bebas terbabit rupanya adalah orang BN atau bekas pemimpin BN yang masih setia pada parti itu. Sangkaan kita sebelum ini hanya Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang memakai lambang Telefon sahaja yang dipercayai orang UMNO dan proksi Mahathir. Khabarnya beliau akan masuk UMNO bila Mahathir diterima masuk UMNO.
Maka kini "comfirm" jiwa dan raganya sudah kembali bersama UMNO. Sangkaan kita undi BN akan berpecah kepada dua satu untuk MIC dan satu lagi untuk UMNO. Tambahan pula Mahathir dijangkan menyampaikan amanatnya di Bukit Selambau jam 5.00 petang ini yang akan disiarkan secara "live" oleh RTM. Berita menggemparkan diterima apabila hampir kesemua calon-calon bebas memang ditaja atau orang-orang BN yang bertopengkan bebas sebenarnya. Tujuan mereka sudah pastinya untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat. Target setiap seorang calon ialah menarik sekurang-kurangnya 200 undi, maka jika ada 13 calon mereka sudah berjaya membawa lari 2,600 undi atas pagar. Itu belum lagi termasuk 3,029 pengundi hantu yang telah dikesan sebelum ini. Maka itu ternyatalah bahawa UMNO dan Barisan Nasional begitu kemaruk untuk menang dalam pilihanraya kecil kali ini. Ia mungkin bagi menjaga imej dan maruah Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.Maklumat penuh tentang calon-calon terbabit ialah :
ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.
ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National.
[Maka itu jelaslah sekarang maka UMNO dan BN sedang berkomplot untuk memastikan calon PKR di Bukit Selambau, S.Manikumar tumbang dengan cara terhormat. Kami juga mendapat maklumat bahawa berbagai perancangan jahat sedang di atur untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di sini. Semuanya bagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bertindak ganas dan tidak berdisplin dalam kempen-kempen mereka. Maklumat diatas adalah yang terkini dan amatlah mengejutkan sebenarnya. Justeru itu semua jentera Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan tindak tanduk di saat akhir agar mereka tidak terperangkap dengan segala kemelut yang akan melanda selepas ini]. - pahang daily.blogspot.com

Monday, March 23, 2009

BUKIT SELAMBAU : UMNO/BN SERANG RAKYAT .....

Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai. Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Taman Ria, Sungai Petani terpaksa dibatalkan.
Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah. (malaysia kini.com)


- kerajaan bn yang melampau telah mengganggu ketenteraman rakyat di bukit selambau. tidak cukup dengan sekatan yang dilakukan kepada akhbar tabloid milik pembangkang....kini mereka menggunakan water canon pula. majoriti yang terkena penangan kekejaman umno pada malam tersebut ialah perempuan dan kanak-kanak. inilah dasar mereka agaknya.


-kononnya permit tersebut dibatalkan pada sangat akhir? tapi kenapa? atas arahan siapa? kenapa takut sangat dengan anwar ibrahim tu? orang biasa ja. tapi BN takut denagn bayan-bayang mereka sendiri. bukan kah mudah kalau bawak pak lak badwi dengan najib ceramah dekat sebelah padang satu lagi. tengok sapa banyak yang dengar? takkan perkara macam tue nak kena bagitahu. pemimpin dangkal mana umno lantik nie??? macam tue pun tak mampu nak fikir? budak pmr pun boleh jawab.....
-satu pertemuan pilihanraya yang tidak adil langsung pada kali ini. apa saja cara akan di gunakan untuk meyekat kemaraan rakyat bersama pakatan rakyat. tangan dan kaki diikat untuk masuk ke gelanggang yang penuh dengan perangkat jahat mereka. hanya terserah pada rakyat untuk menilai segalanya yang belaku dan yang diperlakukan mereka kepada kita bersama...
-kesilapan besar umno/bn ini telah dilihat rakyat seluruhnya. khususnya bagi pengundi bukit selambau. ntah arahan siapa kekacauan dan huru hara malam tersebut. mungkin arahan najib mongolia? mungkin juga arahan syed hamid albar botak chin? mungkin pula dato` tajul raja rasuah merbok atau juga zubir tukang ubat? rakyat sendiri akan menilainya. dengan suasana rasuah yang menyelubungi perhimpunan umno....sempat lagi buat kejam kepada rakyat. Allah Huakbar!!!!! perlihatkan kepada mereka jalan yang lurus agak mereka sedar atas kelakuan mereka.. amin...

Wednesday, March 18, 2009

BUKIT SELAMABAU: taktik kotor bermula........

Saya menerima email dari seorang penduduk Bukit Selambau mendedahkan tentang perancangan jahat BN untuk memenangkan calonnya. Mohon pihak berwajib menyiasat kebenaran dakwaan ini dan tindakan tegas mesti diambil jika ianya benar.
Selain itu saya menyeru petugas PR bertindak segera untuk memastikan kerja jahat ini tidak diteruskan.
Email yang saya terima dari seorang tetamu blog saya :-


saudara sofi,
saya adalah salah seorang penduduk bukit selambau. pada pandangan saya bukit selambau telah menjadi terkenal dengan sekelip mata sahaja. Dulu orang tak kenal pun bukit selambau. perkara yang ingin saya utarakan di sini ialah, apa yang disebut oleh Najib bahawa tidak ada projek mee segera di bukit gantang tetapi projek2 mee segera dan lain2 projek sudah pun sampai di bukit selambau.

semalam saya nampak jalan2 yang rosak selama hampir 6 bulan sedang diperbaiki. projek ini boleh juga diterima kerana memang lumrah pilihanraya tetapi ada satu lagi projek iaitu ada tawaran untuk mengenal pasti dan membawa orang2 yang belum mendaftar sebagai pengundi pergi mendaftar. saya difahamkan ada sedikit imbuhan diberikan kepada orang yang memperkenalkan mereka2 yang belum mendaftar dan juga kepada orang2 yang akan mendaftar. ini tidak berakhir di sini. pada hari pilihanraya nanti ada agen2 yang akan membawa orang2 yang baru mendaftar ini pergi mengundi dengan diringi oleh agen2 ini untuk mempastikan mereke mengundi parti bee end. lepas mengundi ada lagi imbuhan yang akan dibayar kepada mereka.

agen2 ini sedang bergiat aktif di sekitar bkt selambau dengan terang-terangan. semua orang tahu pasal perkara ini. agen2 mereka ini sudah mula bergerak di sekitar taman bandar baru, pekan bkt selambau, zon mawar, ladang2 di bkt selambau dan beberapa tempat lagi. saya mendapati semua pusat2 yang dibuka oleh agen2 ini digantung banner "penyokong barisan nasional".
inilah taktik yang sedang digunakan oleh bee end untuk memenangi prk dengan apa cara sekali pun.
sekian terima kasih..

-BN dah mula buat kacau dah. nampaknya strategi depa nak stat nak menang kawasan DUN bukit selambau. harap-harap rakyat bukit eselambau tak termakan atau terpengaruh dengan dakyah murahan BN nie. orang bagi...kita ambik..tapi pangkah depa jangan nooo. merata anak pinak dengan cucu nanti....

Tuesday, March 17, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO = PUSARA UMNO ...


Jika perwakilan terbeli untuk mengubah mandat dan amanat bahagian yang diwakili, dengan memilih calon selain dari yang diputuskan bahagian, itu adalah petanda riwayat UMNO akan berakhir.Menurut beberapa laman blog yang memetik sumber dari NST, satu bancian telah dibuat oleh Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia - Pensyarah Universiti Malaya bulan lalu membabitkan 2,030 respondents termasuk 163 perwakilan yang akan menghadiri persidangan agung tahunan parti itu.
Berikut adalah keputusan kajiselidik tersebut;
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Naib Presiden: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiKetua Pemuda: Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Puteri: Tiada Maklumat
Ada beberapa persoalan yang bermain dikepala kita:
1. Ketepatan kajiselidik ini diragui2
. Kemungkinan keputusannya 'bias' kepada pihak tertentu atas alasan tertentu
3. Sumber dari NST juga diragui kerana kemungkinan ada maksud yang tersirat dan memihak kepada orang tertentu tetap ada
4. Andai kata benarlah ini yang akan terjadi kelak bermakna perwakilan telah mengkhianti mandat dan amanat bahagian-bahagian yang mencalonkan mereka
5. Jika benar ianya akan berlaku bermakna ada tarikan atau dorongan tertentu yang memb
uatkan perwakilan tidak mematuhi mandat dan amanat bahagian yang diwakilinya. Seperti kita maklum, nama-nama yang dinyatakan diatas bukanlah calon favourite dan pilihan bahagian-bahagian sewaktu pencalonan.
6. Kemungkinan ini adalah strategi awal bagi menutupi permainan politik wang oleh pihak tertentu agar keputusan pemilihan kelak selaras dengan keputusan kajiselidik.
---samada kajian ni betul ker tak, itu tak penting. sama saja sapa menang pun. kesimpunan yang dapat dibuat. jika najib jadi presiden umno (jika dan hanya jika ianya terjadi), pemimpin umno yang di hasilkan adalah majoritinya BAPA SEGALA RASUAH DIDALAM RASUAH YANG ADA. YANG RASUAH LAGI MERASUAHKAN. semua orang tahu. rakyat nampak. tv, intenet, surat khabar semua bercakap tentang rasuah dalam umno. polis, SPRM, lembaga disiplin, menteri, ahli parlimen sampai kerakyat ceruk kampung yang papa kedana pun cakap. RASUAH TETAP RASUAH..........

NAK JADI KETUA PEMUDA? BENDERA TERBALIK PUN TAK TAU NIE???


UMNO OHH UMNO....tengok lah bakal calon ketua pemuda hangpa nie? teruk sungguh. nampak sangat bukan anak jati umno. BENDERA UMNO TERBALIK PUN DIA TAK PERASAN. AMIN TENPEK JEK. jenis menumpang kasih pak mentua nie susah jugak. main rembat jek jawatan pastu rebut harta benda, last-last apa yang dia perjuan pun tak tau.
KALAU MACAM NIE LA BAKAL KETUA UMNO HANGPA. sendiri mau ingat la. dia masuk umno untuk apa? untuk bela bangsa ka?sori sikit. bela agama ka? sori sikit. bela orang umno ka? soro sikit. bela orang rembau ka? sori sikit. bela rakyat malaysia ka? sori sikit.........
kalau bendera parti sendiri pun taktau bentuk lagu mana. nak jadi pemimpin macam mana. tapi nak buat mcm mana. kabel besaq. menantu PM tue. rasuah pun x per. geng disiplin umno kata AMARAN jek. lepas nie boleh buat lagi. setakat amaran nak buat apa. lepas boleh buat lagi. sah dapat jawatan MENTERI...

Monday, March 2, 2009

PEMUDA UMNO KEDAH KURANG CERDIK, MACAM KANAK-KANAK KANDOS ???

TV3: Pembohongan terkini, fitnah sensasi
Ahmad Tajdid Tue harakah daily

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".
Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.
Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.
Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.
"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?



"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?
"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.
Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.
Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.



Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.
Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.
Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.
"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.
Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.
"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.
"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.
"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.
Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.
Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.
Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi". - tajdid_



- Doa rakyat untuk rakyat. celakalah kedua-dua tangan mereka yang membuat fitnah surat layang tersebut. sesungguhnya dia akan binasa. ya Allah, ya tuhan kami, sedarkanlah mereka.....berikanlah hidayah kepada mereka agar mereka nampak dan di perlihatkan tentang keberan yang berlaku kini, sesungguhnya engkau maha mengetahui.....

Saturday, February 28, 2009

BODOH : SIAPA? KENAPA? BAGAIMANA?

Betul kata orang-orang tua, bukan susah nak tau kebodohan orang bodoh. biar aje dia tunjuk kebodohannya sendiri dan kebodohan itu akan timbul dengan sendirinya. lebih-lebih lagi kalau orang tu memang betul-betul bodoh.Macam jugak kebodohan bakal PM terbodoh yang kita ada. dah banyak kali sangat dah dia tonjolkan kebodohannya dengan cara yang paling bodoh.Pertama sekali (tolak bodoh yang dulu-dulu, kita ambik yang bodoh melampau je...) masa kes Saiful dulu. mula-mula bodoh ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah kantoi orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, dan dan tu jugak bodoh ni tukar kenyataan cakap kenal.

Tu baru gertak dengan gambar si bodoh dekat ofis si bodoh... belum tunjuk gambar si bodoh salam dengan si bodoh lagi...Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal 1 Malaysia dan ada jugak warganegara luar tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap bodoh. elok sangat... si bodoh yang nak mintak biasiswa jumpa si bodoh yang nak bagi sokongan untuk si bodoh yanng sebenarnya tak layak dapat biasiswa.Si bodoh tu dah nampak dah kebodohannya dekat situ.Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si bodoh mengatakan bahawa si bodoh yang lagi satu pergi jumpa si bodoh sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena tala dekat bos si bodoh. padahal sebelum tu si bodoh dah cakap jumpa si bodoh sekali je masa si bodoh nak mintak sokongan untuk biasiswa.Si bodoh tanpa dia sedar dah menampilkan kebodohannya nak memperbodohkan orang ramai yang tak bodoh.


tapi ramai si bodoh dari parti bodoh yang percaya cakap si bodoh ni. molek sungguh si bodoh-si bodoh sekelian berkumpul dalam satu parti bodoh untuk si bodoh.Kali ke-2 si bodoh ni menampilkan kebodohannya ialah bila dengan bangganya si bodoh ni buat kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". tak lama lepas tu si bodoh ni keluarkan kenyataan supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...Tak lama lepas tu jugak si bodoh ni keluarkan kenyataan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu si bodoh ni jugak yang keluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".


Si bodoh ni tanpa sedar telah sekali lagi menampilkan kebodohannya pada mata rakyat Malaysia yang tak bodoh macam si bodoh ni.Terbaru sekali si bodoh ni keluarkan lagi kenyataan bodoh yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataan bodohnya ialah bilamana si bodoh ni di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"Yang tak bodoh nak tau apa si bodoh ni jawab? si bodoh ni jawab "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenar si bodoh ni "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu ka?Entah... aku tak tau... ni kene tanya si bodoh-si bodoh dari parti bodoh sebab hanya si bodoh je yang paham bahasa si bodoh.Ada lagi si bodoh ni buat... malam tadi si bodoh ni gatal mulut nak komen isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN.


si bodoh ni cakap - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... si bodoh ni cakap lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan."Apa maknanya tu? maknanya si bodoh tu sendiri dah nafikan kenyataannya bahawa KERAjaan UMNO/BN Perak adalah KERAjaan yang sah..!Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!Bukan susah rupanya nak jadi PM Bakal PM Malaysia... korang cuma perlu jadi si bodoh je. kelebihan ialah pada mereka-mereka yang tak de otak.

Tuesday, February 17, 2009

UMNO MERBOK: WHO AM I???



ASTI HOLDINGS LIMITED
(Company Registration No.199901514C)
(Incorporated in Singapore)

NOTICE OF ANNUAL GENERAL MEETING
NOTICE IS HEREBY GIVEN that the Annual General Meeting of ASTI HOLDINGS LIMITED (“the
Company”) will be held at 25 Kallang Avenue, #06-01 Kallang Basin Industrial Estate, Singapore 339416
on Tuesday, 24 April 2007 at 4.00 p.m. for the following purposes:
AS ORDINARY BUSINESS

1. To receive and adopt the Directors’ Report and the Audited Accounts of the Company for the year
ended 31 December 2006 together with the Auditors’ Report thereon. (Resolution 1)
2. To declare a Final Tax Exempt (One-Tier) Dividend of 0.6 cents per ordinary share for the year
ended 31 December 2006 (2005: Nil). (Resolution 2)
3. To re-elect the following Directors retiring pursuant to Article 103 of the Company’s Articles of
Association:
Mr Charles Cher Lew Siang (Resolution 3)
Senator Dato’ Tajul Urus Bin Haji Mat Zain (Resolution 4)
Senator Dato’ Tajul Urus Bin Haji Mat Zain will, upon re-election as a Director of the Company,
remain Chairman of the Nominating Committee and a member of the Audit Committee and
Remuneration Committee and will be considered independent.
4. To approve the payment of Directors’ fees of S$108,488 (Please confirm) for the year ended 31 NDecember 2006 (2005: S$122,000). (Resolution 5)

Board of Directors
Dato' Michael Loh Soon Gnee: Executive
Charles Cher Lew Siang: Executive
Mandie Chong Man Sui: Executive
Timothy Lim Boon Liat: Executive
Fong Wai Leong: Lead Independent
Dato’ Tajul Urus Bin Hj. Mat Zain: Independent
Ong Thai Ah: Independent

Office
ASTI Holdings Limited
25 Kallang Avenue #06-01Kallang
Basin Industrial Estate
Singapore 339416
Telephone (65) 6392 6922 Fax: 6392 6933
Websitehttp://www.astigp.com/