Tuesday, October 10, 2017

Bayangkan apa jadi kalau DAP berucap di kongres Parti Komunis China


SELASA, 10 OKT: Baru-baru ini media melaporkan Parti Komunis China (CPC) memilih UMNO untuk menghantar wakil bagi berucap dalam kongresnya 18 Oktober depan.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia merupakan kelangsungan hubungan kedua-dua parti pemerintah untuk saling bertukar-tukar pandangan.
Namun, cuba bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya DAP atau wakil kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang atau Selangor diberi penghormatan berbuat demikian soal Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Beliau berkata, sudah pastinya DAP akan diserang habis-habisan kononnya menjadi tali-barut komunis China sebagaimana yang sering dimomokkan selama ini oleh jentera propaganda parti lawan itu.
“Cuba bayangkan jika parti komunis itu menjemput Lim Kit Siang berucap dalam kongres nasional mereka, sudah tentu media pro-BN akan memainkan propaganda jahat menyerang DAP pagi, petang, siang malam,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Adun Mentakab itu berkata, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan apa sahaja muslihat jika memberi faedah kepada parti itu.
“Tapi jika perkara sama dilakukan oleh pihak pembangkang, sudah tentu pembangkang akan dicemuh dengan kata-kata nista, tidak bermaruah dan sebagainya,” katanya.
Dalam perkara berkaitan, Tengku Zul memandang sinis propaganda UMNO selama ini yang tidak habis-habis menyebar fitnah mengaitkan DAP sebagai parti komunis, cauvinis, anti-Melayu dan Islam.
Ini termasuk kempen fitnah jahat melalui pengedaran carta ‘Keluarga Komunis Malaya’ yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan pengasas Parti Komunis Malaya.
Carta fitnah yang mula tersebar dipercayai sejak tahun 2016 itu menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng; bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dan Kit Siang sebagai sepupu dan kononnya mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin DAP lain seperti Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Tony Pua dan Lim Guan Eng.
“Tapi hari ini UMNO sendiri berbangga bila dijemput berucap di kongres Parti Komunis China,” sindir Tengku Zul. – Roketkini.com

ORANG JERMAN TERIMA SEJUTA PELARIAN ISLAM TAPI MEREKA MINUM ARAK, SOAL DR MAHATHIR

Dr Mahathir Mohamad berkata orang Islam sepatutnya lebih memberikan perhatian kepada masalah salah guna dadah di kalangan anak orang Melayu dan Islam sehingga membawa jenayah berat berbanding perhatian yang lebih kepada soal hendak melarang orang bukan Islam minum arak.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Dr Mahathir merakamkan rasa hairannya kenapa orang Melayu Islam lebih membantah perayaan arak yang dianjurkan untuk orang bukan Islam berbanding soal penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak orang Melayu dan Islam sendiri.
oleh Dr Mahathir Mohamad
1. Saya diberitahu ramai yang marah saya kerana tidak menyatakan sokongan saya terhadap bantahan perayaan beer (beer festival – Oktober Fest) oleh orang bukan Islam.
2. Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di waktu mabuk.
3. Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah.
4. Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua takdir. Oleh itu terima sahajalah. Seperti yang telah dinyatakan oleh guru tahfiz, anak yang mati setelah ke sekolah tahfiz akan menunggu ayah dan emak di pintu syurga kelak.
5. Tetapi bagi saya soal yang timbul ialah kenapa ada anak orang Melayu / Islam yang terlibat dengan dadah. Kenapa tidak didengar anak Cina dan India terlibat dengan dadah. Apakah ini juga takdir. Tidak adakah apa-apa yang boleh dibuat untuk menentu anak Melayu / Islam menolak dadah?
6. Allah SWT berfirman dalam Al Quran bahawa Allah tidak akan memperbaiki keburukan yang menimpa manusia melainkan manusia itu sendiri cuba memperbaikinya terlebih dahulu.
7. Penagihan dadah disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini. Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah.
8. Tetapi di sekolah, selain dari mengajar ibadat tertentu untuk pahala tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam. Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah.
9. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian dari tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara yang dilarang akan berkurangan. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada latihan dan pengajaran secara sistematik dalam bidang ini di sekolah-sekolah.
10. Ilmu sahaja tidak berguna jika tidak dikawal oleh budaya yang baik. Saya amat malu membaca laporan berkali-kali akan perlakuan yang tidak baik oleh orang Islam, terutama anak muda. Saya berpendapat perkara ini perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam dan bukan melarang orang bukan Islam minum beer.
11. Ini adalah pendapat saya. Jika nak kecam dan nak marah saya kerana tidak memecah botol beer di hadapan pejabat MB, marahlah.
12. Oktober Fest, perayaan minum beer pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.
13. Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka dari minum beer dalam Oktober Fest mereka.
14. Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol beer.

Monday, October 2, 2017

HIPOKRASI SEORANG POLITIKUS...

Inikah ungkapan yang menyebabkan KJ terpaksa bayar pampasan kepada Anwar


"DAP main PAS dari kanan, PAS main DAP dari kiri, PKR main dua-dua dari belakang," -ucapan Ketua (Naib ketika itu) Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada pelancaran jentera pilihanraya UMNO di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008.
Alhamdulilah. KJ diarah bayar pampasan RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala kos guaman RM65,000. Jumlah RM215,000.

#BebasAnwar #BebasRakyat #KJPemfitnah

Perang saraf musuh, tiba-tiba keluar senarai isytihar masuk PAS




Samada di peringkat PAS Pusat atau Mesyuarat Panitia Fastaqim 2.0, tak pernah disebut pun nama-nama seperti nama bekas Exco, bekas Ketua Wanita Umno dan beberapa nama lain kononnya akan diistiharkan masuk PAS atas pentas Fastaqim 2.0.

Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata. Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh ianya dari kita. Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0 dan menutup kegagalan pelbagai program lain yang dianjurkan oleh pihak lain di sekitar Kuala Terengganu pada masa dan tarikh yang sama.
Nak tangkap tukang onar atau pelakunya adalah sangat mudah. Kita perhatikan siapa yang bersungguh mainkan isu ini, merekalah tukang baling batu yang tak mampu menyembunyikan tangan. Kesian mereka kerana mengaji ilmu perang saraf tapi tak sempat khatam.

Fastaqim 2.0 membawa agenda perjuangan yang sangat besar. Dijayakan dengan pengorbanan besar dari semua pihak. Kita pula sebuah gerakan besar. Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil kata, kalau campur semua ahli PKR, DAP, Bersatu dan PAN ianya belum menyamai separuh dari bilangan ahli PAS. Ini kenyataan dari seorang yang berada di luar parti. Ia bukan kenyataan syok sendiri.

Seekor singa yang perkasa tak akan melayan usikan nakal seekor tikus. Nakal tikus ini macam-macam ragamnya. Ada tikus nakal dengan mempamerkan gelagat orang tak lulus pengajian ilmu hisab. Ada yang kononnya berlagak dialah pejuang ahli sunnah dengan mempertikaikan kenapa PAS buat himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh 10 Muharram yang menyerupai syiah. Mereka tak sedar bahawa untuk menyaingi PAS mereka juga buat himpunan pada tarikh yang sama. Mungkin mereka guna kalendar lain dari kalendar PAS. 

Kita buat program tak usik mereka dan tak minta duit lawan kita. Kita adalah kita dengan cara kita. Malah Fastaqim 2.0 tak menyusahkan kerja Polis dan Majlis Perbandaran. Tempat program kita bersih sendiri, lalu-lintas Jabatan Amal kita jaga sendiri, sampah sarap kita kutip sendiri, nak hantar orang sakit ke hospital kita ada ambulan sendiri. Doktor dan paramedik pun kita ada sendiri. Bukan kita angkuh, tapi kita mulia dengan Islam yang kita perjuangkan.

Pasaipa Kedah kerap kalah sejak dua menjak nie..!!??


ANALISIS TANGGA AYAM
-KEDAH VS SARAWAK
-MENCARI KONKLUSI
Habaq siap-siap artikel ni tobat panjang sebab aku cuba cari konklusi mengapa Kedah sangat mudah tewas akhir-akhir ini. Awainya memang banyak orang jugak yang emo bila Sarawak dapat buat comeback masa 2ndhalf semalam dan dapat sumbat 4gol dalam masa 45 minit ja even Kedah dah leading 2 bijik dalam 1st half. Aku pun setuju dengan banyak pendapat yang mengatakan bahawa NA gagal bervariasi dalam taktikal permainan sebab memang dah kenyataannya macam tu. 1st Eleven team antara yang terkuat di Malaysia kalah kat tangan team yang duduk tangga kedua di dasar liga. Memang hangin 1 badan la bila jadik kes yang macam ni. Okay kat sini aku bagi sikit huraian dari perspektif tangga ayam (sebab takda pHD sains sukan) sebab apa Sarawak dapat beat Kedah semalam. Situasi yang aku katakan ni dari sudut pandang dari stadium bukannya dari live streaming TV Haram.

BAGAIMANA KEDAH BERMAIN

Awainya kita nampak memang sap sap suy la bole makan Sarawak sebab dapat leading 2 gol masa 1st half. Sebenaqnya walaupun kita dapat sumbat 2 bijik, Sarawak yang lebih dominan kat atas padang cuma depa belum dapat sentuhan penyudah. Weekness area dalam separuh masa yang pertama lebih tertumpu di kanan padang yang mana sarawak lebih gemar menggunakan sayap kanan untuk memecah masuk defensive block pasukan Kedah. Usaha mereka dalam separuh masa yang pertama kurang memberi impak untuk menewaskan Ifwat Akmal kerana Defensive Zone Kedah berjaya dikawal dengan baik oleh Zac Anderson dan rakan-rakan. Kesemua sistem berfungsi dengan baik cuma Role NO7 dan 10 kurang efektif dalam membantu jentera serangan. Baddroll Bakhtiar tidak bermain dengan baik dan posisi itu perlu ditampung oleh Syazwan Zainon kerana Syazwan lebih efektif dalam menyerang. Kedah masih dominan di Centre Area tetapi kurang mampu untuk penetrate Zone 14 pasukan Sarawak kerana Sarawak bertahan secara compact di bahagian tengah. Sarawak memaksa Kedah untuk bermain di wide area kerana kebanyakan pasukan di MSL telah mengetahui bahawa Kedah gemar menggunakan Zone Half Space untuk penetrate Zone 14 pasukan lawan. Kedah sangat aggresive pada 20 minit awal permainan dan penghasilan Gol-Gol dari pasukan Kedah kebanyakannya hadir dalam separuh masa yang pertama. 

Kalau hampa perasan, taktikal yang macam ni keep repeat, peat, peat, peat, peat (baca ikut macam lagu salena gomez) cumanya watak yang berada di atas padang saja yang berlainan so opponent team dah study bab ni and depa dah tau camna nak manipulate kelemahan sistem pasukan Kedah. Dalam era TCH, Kedah lebih cenderung untuk absorb pressure dari pihak lawan dalam usaha melemahkan stamina pemain pasukan lawan dan kemudiannya barulah bermula episod mendominasi permainan secara mutlak. Imbas semula Kedah di era TCH, purata penghasilan gol agak rendah berbanding di bawah kendalian NA tetapi peratusan untuk tewas dalam sesebuah perlawanan adalah  rendah kerana TCH mempunyai keseimbangan dalam strategi pasukan ketika menyerang dan juga bertahan. Awal musim 2015 Kedah banyak mencatatkan keputusan seri kerana pada masa itu TCH masih dalam fasa mengenal pasti formasi terbaik untuk pertahanan dan dalam pusingan kedua liga menampakkan peningkatan dan Kedah mula selesa dengan falsafah bolasepaknya sendiri. Ianya terbukti dengan kejayaan untuk berada di tempat ketiga liga dan muncul sebagai juara TM Piala Malaysia. Falsafah bolasepak TCH mula sebati dan menampakkan hasilnya dan dari itulah Kedah muncul sebagai kuasa besar bolasepak masakini dengan menewaskan JDT di Larkin untuk merampas trofi sumbangsih. Kedah kekal pasukan yang sukar ditewaskan walaupun tidak mampu untuk menghasilkan jumlah gol yang besar tetapi cukup untuk mengutip 3 mata penuh. 

Di bawah kendalian NA, Kedah bermain dengan lebih baik dalam fasa menyerang dan jumlah penghasilan gol lebih tinggi berbanding di bawah kendalian TCH tetapi jumlah gol bolos juga meningkat. Ianya seperti tiada keseimbangan dan walaupun berjaya mendapat gol awal tetapi kecenderungan untuk bolos juga agak tinggi. Mengapa ini berlaku? Kedah kurang efektif bermain menggunakan sistem 3 bek kerana sistem ini mudah dimanipulasi oleh pasukan lawan yang gemar bertahan secara compact dan akan melancarkan serangan balas pantas menggunakan sistem sayap. Dalam transisi menyerang, Kedah bertukar formasi kepada 3-2-5 dalam formasi asas 4-2-3-1. Taktikal seumpama ini digunakan untuk memberi lebih tekanan kepada pasukan lawan dalam fasa menyerang serta mengukuhkan sokongan di depth tetapi taktikal seumpama ini memerlukan pemain untuk melakukan quick transition ketika menerima serangan balas pantas. Pemain yang naik membuat overlapping harus segera turun untuk membentuk chain of 5 dalam transisi bertahan. Salah seorang pemain yang berada di posisi DM perlu mengisi slot di celah-celah pertahanan berempat untuk membentuk rantaian 5 pertahanan (chain of five). Pemain harus pantas untuk mengisi semula box asal dalam situasi ini untuk mengekalkan shape pasukan. Pemain juga harus bersedia untuk memulakan semula serangan apabila berjaya mengagalkan serangan pasukan lawan dan ini perlu dilakukan dengan built up yang bermula dari defensive third dalam pace permainan yang sederhana. Mengapa perlukan pace permainan yang sederhana? ianya adalah untuk mengekalkan stamina pemain sepanjang 90 minit permainan. Inilah yang dilakukan di era TCH dan Kedah berjaya mencipta keputusan yang baik dalam setiap perlawanan. Berbeza dengan NA kerana beliau banyak menggunakan stamina pemain pada awal permainan untuk mencari gol awal sepantas mungkin. Strategi ini berjaya dengan penghasilan jaringan yang tinggi tetapi Kedah selalu struggle untuk menamatkan perlawanan kerana pada kebiasaannya pemain akan lag of energy di awal minit separuh masa yang kedua. Apabila situasi ini berlaku, pasukan lawan menggunakan kesempatan ini untuk masuk di zonal-zonal yang kekurangan pemain dan menyebabkan pertahanan bertiga terdedah kepada ancaman. Situasi out numbered dalam fasa bertahan sering berlaku dalam separuh masa yang kedua kerana pemain-pemain yang naik untuk memberi sokongan ketika menyerang gagal untuk balik mengisi box asal dan membentuk semula shape pasukan. Apa yang jadi kat Sarawak semalam ni memang situasi out number masa bertahan. Hampa imbas balik banyak gol terhasil sebab out numbered di defensive line. Masa nak switch dari mode bertahan ke menyerang pun lani banyak kekurangan sebab pemilihan pemain yang berfungsi sebagai pivot kurang sesuai atau kurang membantu untuk menjadi penghubung diantara defensive zone dan centre area so opponent team akan ambik kesempatan di middle third sebab banyak team dah tau yg Kedah ni banyak bergantung kat Matdon di centre area so depa selalunya akan meningkatkan intensiti di centre area untuk menyukarkan Matdon untuk bergerak. 

Bila Akram gagal untuk membentuk rantaian dengan Matdon, so aliran bola akan tersangkut di middle third sebab tu aku prefer Amirul Hisyam untuk role NO6 sebab Amirul ni dia ada ability dalam defensive dan mampu bertindak sebagai NO8 so Matdon dapat bebas untuk bermain sebagai playmaker sebab kalau nak harap Sandro memang tak lah. Sandro ni sebenaqnya banyak merugikan taktikal team. Tugasan NO10 ni sebenaqnya adalah sebagai rantaian daripada Centre Area kepada Striker. Dalam konsep flexsible positioning yang Kedah guna lani actually memerlukan NO10 yang mempunyai gamestyle as a Free Role Player kiranya bertindak sebagai Shadow Striker (SS) kiranya 2nd Striker. Dan dalam flexsible positioning juga, NO10 saling bergantungan dengan NO8 yang bertindak lebih offensive dalam sistem pivot berkembar (Double Pivot). Bila Liridon lebih offensive so Sandro perlu lebih defensive untuk memberi sokongan di depth apabila opponent team buat clearance dan begitu juga sebaliknya. 

Tapi Sandro ni gagal berfungsi sebagai Free Role Player yang baik di atas padang so kita dah kehilangan satu sistem yang paling penting di atas padang. Bila NO8 dan NO10 dapat membentuk rangkaian yang baik, aliran bola untuk memasuki final third mempunyai lebih bervariasi dan apabila NO10 gagal berfungsi, kita terpaksalah guna winger untuk menyerang. Kiri takda masalah sebab Wan Kapet memang best kat zonal tu tapi sistem di kanan padang mati sebab NO7 Kedah lebih kepada Classic NO7 bukannya Modern NO7 so untuk attack di kanan padang, Kedah perlu mengharapkan Rizal Ghazali untuk naik membuat overlapping. Rizal ni lebih berfungsi sebagai Wingback so dia kena kerap naik bila serangan bermula dari kanan padang. Tugasan NO7 adalah drop deep ke Zonal Rizal bagi mengisi box yang ditinggalkan oleh Rizal tapi NO7 pasukan Kedah ni lebih cenderung kepada Inside Forward jadi box Rizal perlu di isi oleh Zac Anderson dan NO6 perlu masuk untuk isi box yang ditinggalkan Zac Anderson. Tugasan NO6 ni penting tapi tak ramai yang tau. NO6 ni berada di tengah-tengah antara midfielder dan juga defender. Dalam sistem 4-2-3-1 Kedah, role NO6 selalunya dimainkan oleh Amirul Hisyam ataupun Akram Mahinan.

BAGAIMANA KEDAH TEWAS

Dalam game semalam. Seawal permainan lagi Role NO7 dah tak berfungsi so kita dah kehilangan 1 sistem penting kat atas padang. Mujoq Ariff Farhan dapat backup area tu sebab Ariff ada ability untuk main sebagai wingback tp NO7 tak dapat nak tampung box Ariff bila Ariff naik buat overlapping. Sandro yang banyak bagi masalah kat Kedah semalam ni sebab dia lambat sangat nak release bola. Aku dok perati lama dah Sandro ni, bila bola dapat kat kaki dia dalam fasa menyerang di middle third, dia akan hold untuk tunggu Matdon mai, tapi Sarawak compact di centre area dan Sarawak main secara robust so bila bola dapat dekat Sandro, pemain-pemain Sarawak cepat untuk intercept sebelum Sandro dapat cari Matdon. Bila bola dirampas dari kaki Sandro, Akram dalam keadaan tidak bersedia so mudah buat Sarawak melepasi benteng diantara 2 pivot so backfour terdedah kepada ancaman. Yang tak kelianya lagi adalah sistem pengadilan. Nampak bias bila Sarawak lebih banyak dapat advantage even tackle depa cukup keras tapi bila player Kedah cuit sikit ja dan-dan wisel bunyi. So benda ni gangu Fluidity permainan team Kedah. Actually Sarawak tak kuat mana pun kalau nak ikutkan daripada kualiti player depa pun memang tak boleh nak beat player Kedah. Game  Sarawak tak fluid sebab player depa takda kualit yang baik dari aspek first touch tapi yang boleh buatkan depa menang semalam adalah sebab coach depa dapat study camna Kedah bermain. Konsep depa main mudah ja. Depa guna sistem targetman dan depa sebaik mungkin compact di centre area untuk tutup zone 14. 

Sarawak gunakan pressing yang tinggi di centre area dan depa main cukup robust. Sarawak mencetuskan situasi tegang di atas padang untuk mengganggu moral pemain Kedah. Seperti yang kita tau, Kedah akan hilang shape pasukan bila pemain gagal kawal emosi di atas pasang. 1st leg kat Darulaman lawan Sarawak ritu pun camtu gak, depa kacau mental team kita, masa tu paan Keeper. Kalau ampa ingat lagi yang paan baling botoi ayaq tu pastu bebai masuk fitting room. Game tu kita seri kot kalau tak silap. Same situation dengan apa yang terjadi semalam kat Stadium Sarawak. Cerita dia Sarawak dah study weekness pasukan Kedah so depa dah stanby untuk counter tactical team Kedah. Tapi yang membuatkan ianya lebih buruk ialah bila pengadil lebih bias untuk team Sarawak. Kedah totally kalah dalam aspek moral so game jadik kelaut. Di middle third semalam ni, berlaku 'conflict' position diantara Akram Mahinan dengan Fitri Omar. Tekadang Akram bergerak melangkaui Zonal sampai bertembung dengan Fitri. Tak salah  Akram jugak sebab Sandro tak dapat nak cover box tu bila Matdon naik create chances. Akram bukan tak bagus, Akram ni baguih tapi pairing tak kena. Akram ni dia more to offensive so bila dia perlu bertindak lebih defensive dia jadik celaru la. Amirul takpa sebab dia bole main defensive or offensive tapi akram kurang ability untuk defensive. 

Ingat dak Akram banyak buat Half Volley masa era TCH dulu dan pada zaman tu Akram main dengan sangat baik? kadang-kadang pemilihan pemain di sesuatu posisi tu sangat penting sebab kalau letak player salah posisi memang gameplan jadik teqaboq. Aku cakap dari perspektif aku la kn, kalau hat ada pHD sains sukan tu xtau la depa nampak cena, maybe depa nampak kok lain. Tapi tulah apa yang jadik semalam ni. Banyak sangat role yang tak fungsi kat atas padang, lag of energy masa 2ndhalf, out numbered masa bertahan dan semua yang berlaku dimanipulasikan dengan sangat baik oleh Pasukan Sarawak.

P/S: Even aku kecewa sebab Kedah tak rangkul naib juara liga atleast aku nak tengok Kedah sekali lagi layak ke Final TM Piala Malaysia. Kepada jembalang-jembalang semua (kat Sarawak pun depa mengusik) "Awak memandang saya begitu serius! mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiran? Sarebeteyyy Kongggssiiii la sama i Boboi"
BY: Bvrd Ortega II

Ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang


Oleh Hasmi Hashim

SUDAH sampai masanya Pulau Pinang perlu mempunyai seorang ketua menteri Melayu. Kalau bukan daripada Umno-BN, dia boleh datang daripada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Mungkin ramai yang merasakan BN takkan mampu melaksanakan idea itu. Lebih-lebih lagi, BN sendiri yang memulakan tradisi sedemikian. Sejak merdeka lagi.

Kalau Pulau Pinang kekal di bawah BN, maka sampai kiamat pun Pulau Pinang takkan mengubah formula yang ditinggalkan Umno-BN. Entah dari mana perjanjian setan itu datang, tak siapa tahu dan kekal misteri.

Sekiranya dari satu PRU ke PRU yang baru jawatan ketua menteri Pulau Pinang hanyalah wajib untuk etnik Cina sama ada dari DAP dan Gerakan, maka apa pun yang terjadi, orang Melayu Pulau Pinang hanyalah percaturan dua parti itu saja.

Maka benarlah tuduhan bahawa mujur saja jawatan Yang di-Pertua Negeri satu jawatan lantikan. Kalau tidak, jawatan itu pun tak pasti selamat kepada orang Melayu. Macam di Singapura.

Baru-baru ini riuh di media sosial apabila presiden Singapura terkini kembali kepada tangan seorang berketurunan Melayu. Lebih digembar-gemburkan dia seorang perempuan. Bertudung pula. Tinggal pun hanya di rumah pangsa.

Terakhir Singapura memiliki presiden Melayu ialah Yusof Ishak dari 1965 sampai 1970. Yusuf seorang wartawan – dengan lantikan itu mudah difahami tak lain adalah untuk membeli jiwa wartawan dan surat khabar Melayu supaya meredakan perjuangan atas nama bangsa. Terimalah seadanya.

Singapura pun pada tahun itu baru berpisah dari Malaysia. Dengan lantikan Yusuf, warga Melayu Singapura paling tidak masih dibenarkan untuk berangan-angan bahawa masa depan politik tetap milik mereka. Nama jawatan itu pun belum dipanggil sebagai “presiden”. Dipanggil sebagai “Yang di-Pertuan Negara”: satu nama yang mirip kepada “Yang di-Pertuan Agung” bagi Malaysia.

Hari ini jumlah Melayu Singapura sekitar 500,000, lebih kecil daripada populasi penduduk Petaling Jaya sekalipun. Jumlah keseluruhan rakyat Singapura sekitar 6 juta dan hampir 1.5 juta daripadanya pendatang luar. Dalam kata lain, Melayu yang dulunya menguasai dan menjadi penduduk terbesar Singapura lebih rendah waima berbanding para pendatang.

Kuasa presiden sebenarnya pun tidaklah sebesar mana. Jawatan itu tak ubah sebagai “lambang negara” dan segala urusan harian masih tetap ditadbir oleh perdana menteri. Demikian sorakan “kemenangan” segelintir kaum liberal termasuk Malaysia bahawa konon Melayu Singapura mencipta pencapaian hebat hanyalah peluru kapur. Kampung tetap tergadai jua.

Di Pulau Pinang, kesnya sama tapi tak serupa. Sama ada BN atau Pakatan Harapan, keduanya masih gagal melihat peri penting seorang ketua menteri Melayu diangkat ke tampuk kuasa. Sudah tentu Melayu yang perlu diangkat itu seorang Melayu yang layak dan tanpa menafikan unsur merit. Kalau tak lebih hebat daripada Lim Guan Eng, sama hebat pun cukuplah.

Mustahil bagi sebuah negeri dengan penduduk lebih 1.7 juta tak ada seorang pun tokoh pemimpin Melayu yang layak. Perdana menteri ke-5 adalah dari Pulau Pinang. Mantan TPM yang kini ketua umum PKR, bahkan ketua pembangkang Parlimen juga dari sana. Senarai tokoh besar anak jati Pulau Pinang bukti yang pulau mutiara itu sebenarnya tidak kurang tokoh politik dan kepimpinan Melayu.

Dalam DAP sendiri, umum tahu ramai sudah tokoh hebat berbondong-bondong menyertai DAP.

Daripada seorang peguam sehinggalah pensyarah dan pakar perlembagaan sudah menganggotai parti itu. Malah satu-satunya Sasterawan Negara yang kini bersama parti politik adalah seorang ahli DAP.

Senarai itu belum lagi disebut saf tokoh agama dan aktivis masyhur yang bersedia mempertahan parti itu daripada apa juga serangan luar.

Sama ada mereka memang orang Pulau Pinang atau tidak, pertimbangan itu bukan segala-galanya. Guan Eng sendiri bukanlah anak jati Pulau Pinang. Dia orang luar yang dibawa masuk untuk menjadi ketua menteri. Lantikan itu lebih mudah kerana Guan Eng anak Lim Kit Siang.

Sedangkan keturunan Jenatun yang membuka Pulau Pinang pun tidak dipandang besar, maka persoalan anak jati atau tidak bukanlah pra-syarat memilih ketua menteri.

Apabila tamat saja penggal kali ini yang diramal dalam beberapa bulan lagi – dan kebetulan ketua menteri Guan Eng sudah menjawat jawatan berkenaan selama dua penggal, maka nama ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang sudah wajar diwar-warkan. Perkara ini juga janji Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan tertinggi hanya untuk dua penggal.

Janji itu bukan baru. Sudah dibeberkan sejak 2008 dan menjadi antara kempen penarik sehingga berjaya menumbangkan BN.

Inilah waktunya kata dikotakan. Paling tidak, keadaan di Pulau Pinang akan menjadi seberkas bukti sejunjung azimat bagaimana komitednya Pakatan Harapan mahu membuka tirai Malaysia baru. Namun andainya tidak, sekali lagi semua kata-kata tak lebih hanyalah ungkapan pemanis bibir, dalam ceramah, pada malam bicara.

Paling tidak PM kena bawa pulang AS$1.7b dari AS



Pada pertemuan rasmi kurang 10 minit di antara delegasi Datuk Sri Najib Razak dan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada 12 September lalu, ayat kedua dan ketiga yang diucap Perdana Menteri Malaysia ialah:

"I want to say that we come here with a strong value proposition to put on the table. Number one, we want to help you in terms of strengthening the US economy." (Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS.)

Beliau seterusnya berkata bahawa MAS akan menambah jumlah kapal terbang Boeing yang akan dibeli. Pembelian tambahan ini dijangka bernilai sekitar AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Najib turut berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$4 bilion (RM16.8 bilion) ke dalam ekonomi AS, manakala Khazanah juga akan meningkatkan jumlah pelaburan di negara itu daripada AS$400 juta yang ada sekarang.

Ini bermakna Malaysia akan memasukkan hampir RM60 bilion ke dalam ekonomi AS untuk lima tahun akan datang.

Tetapi di dalam pertemuan tersebut, kita tidak mendengar sepatah perkataan pun dari Trump tentang apa yang akan dimasukkan AS ke dalam ekonomi Malaysia.

Bermakna kepada rakyat

Jika dirujuk nilai perdagangan Malaysia - AS dari 2013 hingga 2016 jelas pihak yang menerima manfaat langsung paling besar daripada pertemuan itu adalah AS,.

Ekonomi AS akan menyaksikan pertambahan purata ekspot ke Malaysia bernilai lebih kurang RM8.4 bilion setahun untuk lima tahun akan datang dengan pembelian kapal terbang Boeing tersebut.

Namun sehingga kini tidak jelas apa manfaat langsung yang akan dinikmati ekonomi Malaysia daripada pertemuan Najib dan Trump itu.

Laporan Bernama bertarikh 14 September 2017 ada disebut bahawa "kedua-dua negara komited mengkaji semula kerangka pengawalseliaan dengan tujuan memudahkan pelaburan di dalam ekonomi negara masing-masing" (The two countries also committed to review regulatory frameworks with the aim of facilitating investment in their respective economies).
Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, nilai aset yang terlibat dalam kes 1MDB di AS mencecah hampir AS$1.7 bilion.

Maka, adalah cukup bermakna untuk rakyat dan ekonomi negara jika kerangka pengawalseliaan ini dikaji semula untuk membolehkan segala "pelaburan" di AS yang didakwa menggunakan wang haram diseleweng daripada 1MDB akan diekspot - yakni dipulangkan - kembali ke Malaysia.

Oleh itu, perdana menteri perlu segera menjelaskan apakah beliau ada berbincang dengan Trump berkaitan pemulangan aset-aset bernilai AS$1.7 bilion ini ke Malaysia.

Walaupun pemulangan aset bernilai AS$1.7 bilion dari AS tidak menyamai hampir AS$60 bilion yang akan dimasukkan Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya maruah negara dapat ditebus.

FAHMI FADZIL ialah Pengarah Komunikasi PKR.

Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan



Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya.

Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata "manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya."

Berikut soalannya itu:

1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

“Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah respons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya,” katanya