Wednesday, November 4, 2015

Jamal kaki kencing kata Ali Tinju


 
Dia mencabar Jamal membuktikannya dengan menunjukkan dokumen pelantikannya sebagai Pengerusi NGO Melayu Malaysia.
jamal-yunos,ali-tinju
PETALING JAYA: Benarkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.
Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.
Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang 'kaki kencing'.
"Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi," katanya kepada FMT.
Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.
"Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.
"Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa," katanya.
Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.
"Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik," katanya.

Skandal 1MDB: Melibatkan wang rakyat pandai tapi bertemu rakyat TAK BERANI


Dengar cerita melalui watsapp, debat Arul-Tony dalam isu 1MDB dibatalkan ...... betul ke ? Yang saya tahu perbincangan banyak berkisar status Tony dalam PAC sampai Speaker pun ancam nak letak jawatan dan Menteri Komunikasi pula kata siaran langsung RTM hanya akan dibuat jika Tony keluar dari PAC.
1MDB: Melibatkan wang rakyat pandai tapi bertemu rakyat TAK BERANIHmmmm .... nampak bersungguh benar mereka nak Tony itu keluar dari PAC, kan ?Tak perlu gaduh2 dan tak perlu sesiapa pun letak jawatan bagai ..... jalan terbaik adalah dengan mengadakan Sesi Soal Jawab antara 1MDB dengan wakil2 dari rakyat terutamanya media dan para pengkritik.Arul pun dah bersedia untuk bercakap ..... kan ?
Jika Arul ikhlas dan 1MDB juga ikhlas mahu jelaskan perkara kepada rakyat, Sesi Soal Jawab itu adalah alternatif yang jauh lebih baik dari berdebat.Semua orang nak tahu cerita sebenar 1MDB. Banyak persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya lagi walaupun Arul kata dah jawab berpuluh kali. Jadi apakata buat sesi Soal Jawab ini dan selesaikan semuanya.
ADA BERANI ?
Melainkan 1MDB ada banyak perkara yang nak disorokkan dari rakyat .......
Sekarang sudah terbukti nyata bahawa 1MDB itu telah gagal, rugi dan terpaksa diselamatkan melalui Pelan Rasionalisasi Hutang.Antara kesan langsung dari Pelan Tukar Aset 1MDB dengan IPIC adalah penglibatan kerajaan secara langsung dalam memastikan IPIC mendapat aset sebagaimana dalam perjanjian. Ini bermakna, satu lagi GERENTI kewangan dari kerajaan gara2 1MDB !
ff
Ingat balik apa yang tertulis dalam rekod London Stock Exchange mengenai perjanjian 1MDB/Kerajaan-IPIC : ( KLiK )On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet.........
...... 1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa.Perjanjian itu bukan saja dengan 1MDB tetapi juga dengan Kementerian Kewangan.
Pendek kata - Kerajaan ( atau rakyat ) telah dilibatkan sama dalam proses menyelamatkan 1MDB dari kemelut hutang !
Kenapa masih nak berahsia lagi dengan rakyat ? Melibatkan komitmen rakyat pandai ..... tapi nak bertemu dengan rakyat takut tak berani.Kalau Arul sudah bersedia untuk berdebat, tidak ada alasan lagi untuk Arul menolak bertemu rakyat dalam sesi Soal Jawab ...... MELAINKAN perkara debat itu cuma lakonan semata2.
Bawa sekali Najib dalam sesi pertemuan itu ...... kalau Najib berani lah. Jangan lupa CEO2 lama 1MDB serta ahli lembaga pengarah termasuk yang dah resign tu. Kita tak nak nanti diberi alasan konon waktu itu Arul belum bersama 1MDB maka beliau tidak boleh jawab tentang isu2 lama 1MDB.Kita siap bagi soalan2 lebih awal supaya persiapan rapi dapat dibuat untuk penjelasan yang tuntas.Amacam, BERANI ?

Putrajaya enggan jawab dakwaan beli teknologi untuk risik rakyat sendiri....


Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.

Putrajaya tidak menjawab sama ada sudah membeli satu alat teknologi daripada "Hacking Team" untuk merisik rakyat sendiri dengan mengatakan data peribadi dan kerahsiaan rakyat sentiasa terjaga.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.
"Di Malaysia, data peribadi dan kerahsiaan rakyat dilindungi supaya tidak disalahgunakan.

"Tindakan tegas akan diambil melalui undang-undang sedia ada bagi menjamin hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara," kata jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat hari ini. Salleh bagaimanapun memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau serangan siber.
"SKMM melalui Pusat Keselamatan Rangkaian atau SKMM Network Security Center (SNSC) juga bertindak memantau serangan siber.
"SNSC juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Majlis Keselamatan Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan GCERT dalam menjaga keselamatan siber negara.

PAS akan kembali ke tahun 1980-an

 




Saya melihat Selangor sebagai model mini bagi Malaysia. Tiada satu pun parti politik yang mampu menjadi kerajaan di Selangor secara tunggal. Justeru parti politik amat perlu bekerjasama untuk menjadi kerajaan di negeri ini.
Sebelum 2008, BN menguasai Selangor. Selepas 2008, kita ada Barisan Alternatif dan DAP, yang kemudiannya bergabung menjadi Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum ke-13, Pakatan mengekalkan mandatnya di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor kelihatan tergugat apabila menteri besar waktu itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tentangan dan ancaman daripada PKR dan DAP.
Hanya PAS sahaja dilihat mempertahankan TSKI, mungkin kerana ghanimah yang diperolehi oleh PAS agak lumayan pada waktu itu. Kemuncaknya, enak orang exco – tiga dari PKR dan tiga dari DAP – dipecat daripada pentadbiran negeri Selangor.
Bakinya hanya empat orang exco PAS sahaja yang tinggal bersama seorang menteri besar bebas. Masalah ini diselesaikan apabil Mohamed Azmin Ali dipilih menjadi menteri besar yang baru.
Selangor kembali dilanda kontroversi pada tahun ini. Kemuncaknya, Muktamar Agung PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP tapi masih bersama dengan PKR. Dari itu terbitlah Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sekali lagi, kerusi menteri besar menjadi tumpuan. Azmin digesa memilih Pakatan Harapan (gandingan PKR, DAP dan AMANAH) dan menyingkirkan PAS dalam pentadbirannya.
Azmin bagaimanapun memutuskan untuk menyatukan semua pihak berkepentingan termasuk PAS dan PSM dalam menghadapi musuh yang satu iaitu Umno/BN.
Dalam situasi ini, saya melihat Azmin berada dalam keadaan yang cukup dilema dalam meraikan semua pihak termasuk istana, Pakatan Harapan, PAS dan rakyat Selangor. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Pasti beliau sendiri pening dalam memikirkan kelangsungannya sebagai MB, kelangsungan parti, harapan dan aspirasi rakyat serta kehendak istana sendiri.
Melihat kepada situasi itu, aku memahami kekurangan yang ada pada PKR sehinggakan perlu bergantung atau menumpang kekuatan PAS dalam beberapa aspek.
PKR masih lagi parti yang muda yang mana punya penyokong yang ramai tapi masih lagi kekurangan pendukung terutamanya di peringkat akar umbi.
Jika PAS dikesampingkan akan wujud satu lompong yang besar ketika PKR perlu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jika PKR mengesampingkan parti baru iaitu AMANAH, parti itu akan kehilangan pengundi Cina – sehingga 15 peratus – mengikut tinjauan Merdeka Center.
Terdapat juga simulasi yang menunjukkan bahawa BN akan berpeluang merampas kerusi seperti DUN Kota Damansara, Semenyih dan Sungai Aceh sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.
Adakah PAS boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru? Kita boleh melihat contoh di DUN Selat Kelang.
Jumlah sokongan kepada PAS sememangnya meningkat pada 2013. Pada tahun 2008, PAS mendapat sokongan yang agak menyeluruh di mana kemenangan yang diperolehi hampir seimbang di setiap unit daerah mengundi Melayu dan unit daerah mengundi campuran (majoriti cina).
Pada tahun 2013 pula, DUN Selat Klang mencatatkan penambahan undi popular dan majoriti.
Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa PAS hanya menang di satu daripada kesemua sembilan Unit Daerah Mengundi (UDM) majorit Melayu. PAS menang di kesemua enam UDM majoriti Cina.
Apakah kesimpulan yang boleh kita buat? Jika pecahan UDM kekal sama dan sentimen pengundi Cina merosot, adakah PAS dapat mengekalkan kuasa di DUN Selat Klang? Bagaimana dengan DUN yang lain?

Dengan trend pengundiannya yang hampir sama, PAS akan menghadapi masalah apabila peratus undi Cina melebihi 20 peratus dalam sesuatu DUN.
Rentetan itu, PAS akan dicabar di sekurang-kurangnya sembilan kerusi yang mereka menangi sebelum ini. Jika ini berlaku, adakah Selangor dapat dipertahankan? PKR sendiri belum tentu dapat mempertahankan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2013.
Saya tidak bimbang dengan pertandingan tiga penjuru, tetapi saya bimbang jika jumlah kerusi yang dimenangi PAS menyusut. Perkara ini akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan untuk mengekalkan kuasa di Selangor.
Saya berpendapat, keputusan yang terbaik adalah memastikan Selangor diperintah oleh PKR, DAP dan AMANAH menjelang pilihan raya umum akan datang.
Rakyat Selangor dan rakyat Malaysia mendambakan sebuah kerajaan yang utuh dan stabil untuk menggantikan Umno/BN.
Ulama fekah menetapkan kaedah fikh Islam sendiri menetapkan kaedah yang membolehkan pelaksanaan mudarat yang ringan demi menghilangkan mudarat yang lebih besar.
Darurat yang lebih besar adalah membiarkan Umno/BN kekal memerintah dan menzalimi rakyat.
Darurat yang kecil cakap-cakap yang timbul apabila AMANAH berpisah dengan PAS.
Dalam masa dua tahun ini, Pakatan Harapan perlu memperkemas jentera di peringkat akar umbi dan membuktikan tiada masalah timbul.
Lagi pula, Menteri Beasr Mohamed Azmin Ali sudah berkali-kali mengajak PAS untuk bersama, tapi ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PAS Pusat.
Justeru itu, takkanlah PKR mahu diumpamakan seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Namun apakah implikasinya jika PKR bekerjasama dengan PAS dan pada masa yang sama terus dalam Pakatan Harapan?
Saya meramalkan empat perkara akan berlaku: empat kemungkinan berikut:
1. Pertandingan tiga penjuru tidak akan dapat dielakkan lagi melainkan ada rundingan saat akhir.
2. Jika Selangor berjaya dipertahankan, PKR akan memperolehi kemenangan paling sedikit berbanding parti komponen lain dalam Pakatan Harapan kerana rakyat akan melihat PKR adalah parti yang flip-flop.
3. Parti yang akan menang ialah gandingan AMANAH-DAP-PKR. AMANAH mampu menyengat kerana memiliki gerak kerja yang tersusun dan juga pemikir PAS yang sudah berhijrah.
4. PAS akan kembali ke tahap seperti tahun 1980-an dan akan lebih malang jika gagal mempertahankan Kelantan.

MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR

TERKINI!! : KENYATAAN PANAS YB RAFIZI RAMLI..JOM LAYAN..


rafizi ramli

KUALA LUMPUR - "Jika mahu menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pun, ia tak perlu dilakukan secara terang-terangan, kena la pandai-pandai," demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli yang menyindir sinis Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin.

Rafizi berkata, larangan Hasan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada bercakap mengenai isu 1MDB secara terbuka hanya akan menguatkan persepsi bahawa PAC 'diperkudakan' kerajaan untuk menutup skandal tersebut.

"Dia buat macam ini, rakyat akan melihat bagaimana PAC diperkudakan untuk menutup 1MDB.
"Ia tidak menepati kehendak Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan segala yang berlaku sebelum ini dan sekarang dia cuba untuk menyekat ahli PAC, ini akan diihat sebagai rentetan cubaan menutup siasatan 1MDB," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PAC itu, hari ini yang mengatakan bahawa Tony Pua tidak sepatutnya bercakap secara terbuka mengenai skandal 1MDB.

Menurut Hasan, ini berdasarkan arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata Tony Pua mesti sama ada berhenti daripada menganggotai PAC atau tidak terbabit dengan siasatan jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Mengulas lanjut, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga berkata, susulan peraturan mesyuarat yang diputuskan Pandikar pagi tadi, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Harapan lain untuk menentukan penggantian Tony Pua dalam debat 1MDB pada Jumaat ini.

"Perkara ini akan diputuskan dan dibincangkan dahulu dalam Pakatan Harapan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Saya akan berbincang dengan Anthony Loke dan Setiausaha Amanah, Anuar Tahir, kami berhadap dapat keputusan sebelum Jumaat ini mungkin pagi esok, kami mungkin bincangkan malam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata lagi, beliau tidak menolak dan bersedia untuk menggantikan tempat Tony Pua dalam debat 1MDB yang akan bersiaran langsung di RTM, bermula 9 hingga 10 malam, Jumaat ini.

"InsyALLAH, siapa yang akan berdebat sama ada saya atau sesiapa saja, itu bukan keutamaan, itu bahagian mudah," tegasnya.

Sementara itu, Rafizi turut menegaskan bahawa tiada mana-mana peraturan Dewan Rakyat yang menyebut bahawa seorang ahli Parlimen tidak boleh bercakap sesuatu di luar institusi itu.

"Itu bukan satu masalah kerana prosedur dalam PAC bukan kes jenayah, maka itu Tony Pua dan Arul Kanda dengan memberi testimoni kepada PAC tidak akan menjejaskan siasatan atau mana-mana cara pun.
"Kalau ada pun maklumat diperolehi dari prosiding PAC digunakan dalam debat itu, Tony Pua telah menunjukkan disiplin sejak 3 tahun lalu, bahawa tiada dakwaan terhadap Tony Pua bahawa dia menyalahgunakan maklumat PAC untuk kegunaan di luar," katanya lagi.

YB Husam Musa Jawap Balas Wan Mutalib


Jawap Balas Wan Mutalib
Alhamdulillah, paling tidak Kanda saya Dato Wan Mutalib Embong selaku AJK Pas Pusat sudi berbicara (menerusi surat terbuka) dengan saya.
Inilah yang saya tunggukan - tindak balas.
Beliau berani meletakkan nama beliau dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
Pertama, surat beliau banyak bertanya. Menunjukkan bagi beliau banyak perkara belum jelas kedudukannya.
Mengapa saya tidak menegur amalan kelulusan hutan simpan tebang habis untuk tujuan perladangan dengan jumlah yang semakin luas dari masa ke semasa sewaktu saya dalam kerajaan?
Adakah saya tidak menegur selama ini?
Saya berpendapat lebih baik untuk Dato Wan bertanya kepada MB Kelantan sekarang, atau anggota Dewan Harian (DH) di masa lalu dan anggota J Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) pada masa saya menjadi anggotanya daripada membuat pertanyaan terbuka seperti ini.
Ketika se orang Adun (sekarang telah dilantik menjadi Exco) hendak dilantik sebagai anggota tambahan JKPP, saya telah meminta DH menentukan dasar pemberian hutan simpan kekal tebang habis ini untuk diguna pakai oleh anggota JKKP.
Seingat saya, YAB MB sekarang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau waktu itu adalah Timbalan Pesuruhjaya Jaya 1 dan Tok Guru tidak hadhir. Ia berlaku pada akhir 2012 atau sekitarnya.
Tidak ada polisi diputuskan.
Bila YB anggota tambahan ini pertama kali menghadiri mesyuarat JKKP, seperti biasa saya sekali lagi berhujah dalam mesyuarat tersebut menolak cadangan-cadangan kelulusan atas tajuk ini.
Hujah saya tidak dibantah. Apa yang berlaku ialah anggota baru ini membacakan senarai syarikat untuk kelulusan.
Saya memprotes secara dalaman dengan tidak lagi menghadiri mesyuarat JKKP sampai DUN dibubarkan pada tahun 2013. Tiga atau empat mesyuarat selepas itu tidak lagi saya hadhiri. Rekod mesyuarat berkenaan boleh disemak.
Tujuan?
Kalau saya ikut serta, sampai bila bila saya terperangkap dan tidak dapat bersuara.
Sejak itu, kelulusan atas tajuk ini kian bertambah.
Rekod-rekod boleh disemak dan InsyaAllah akan berbicara dengan sendirinya.
Adakah sebelum itu saya tidak berbuat apa-apa?
Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam berbagai cara yang saya tidak bercadang memanjangkan pada peluang ini. Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian baru lalu.
Kedua, adakah kerana pernah menjadi sebahagian dari sistem itu pada masa lalu, saya hilang kebebasan saya selama-lamanya untuk menegur sesuatu yang saya fikir buruk?
Apatah lagi ia kian bertambah hari ke hari dengan kelulusan baru.
Saya yakin itu bukan prinsip Dato Wan yang saya kenal.
Prinsip itu hanya anutan Fir'aun. Fir'aun menggunakan 'kesalahan' lalu Nabi Musa a.s menyebabkan seorang pemuda terbunuh untuk menghalang Nabi Musa bersuara.
(Al Qur'an - Surah As Syua'ra, ayat 19)
Apa lagi kelulusan tebang habis adalah sentiasa berkembang dengan jumlah keluasan yang semakin bertambah.
Di manakah hadnya?
Adakah adanya tambahan-tambahan kelulusan baru sekalipun, tiada teguran boleh dibuat sampai hutan Kelantan pupus sepenuhnya?
Terbaru adalah seluas 4,500 ha hutan simpan hanya untuk satu syarikat.
Kini, giliran saya bertanya kepada Dato Wan selaku Ajk Pas Pusat.
Apa dasar Pas terhadap alam sekitar?
Apa dasar Pas terhadap pemanasan global?
Apa dasar Pas terhadap pembalakan tebang habis?
Apa dasar Pas terhadap pemberian hutan bersekala besar tanpa tender?
Apa janji Pas dalam manifesto mengenai pemeliharaan alam?
Apa dasar Pas terhadap cara pembahagian kekayaan negara/negeri yang hanya melebihkan orang yang sama?
Adakah Dato Wan tahu berapa keluasan hutan simpan di Kelantan yang telah diluluskan?
Adakah Dato Wan mengambil tahu korupsi di pelbagai peringkat yang melatari amalan ini?
(Dalam kesempatan ini saya tidak bercadang menghuraikannya)
Bukankah dulu Dato Wan atau pimpinan Pas membesar-besarkan pengurusan
( baca penyelewengan) balak oleh pimpinan Umno?
Adakah kini bila Pas melakukannya kita harus berdiam diri?
Adakah Pas Pusat pernah meminta taklimat oleh Pas Kelantan diberikan?
Saya adalah anak Kelantan. Saya bertanggungjawab membantu menjaga kepentingan negeri tanah tumpah saya lebih dari pertimbangan yang lain.
Lagi pun, apa yang ditegur mempunyai ruang diperbaiki.
Sepanjang kritikan saya, saya lebih banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan terkini kerajaan dengan tujuan di sana ada sanubari yang masih sudi mendengarnya.
Sekalipun serangan untuk membunuh karekter dilakukan ke atas saya kiri dan kanan, apa kan daya. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, saya dayung jua teguran ini, mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab Allah dunia dan akhirat.
Nota:
Saya menerima surat terbuka Dato Wan Mutalib pada malam Himpunan 60k (17 Oktober 2015) dari orang yang tidak dikenali.
Saya cuba menalipon dan menghantar pesanan sms kepada nombor Dato Wan memohon pengesahan beliau atas tulisan itu, tetapi tidak berjawab sampai hari ini.
Saya menyimpan jawapan balas agar tiada mudharat lebih besar berlaku.
Rasa hormat saya terhadap pemimpin yang mempunyai 'stature' seperti Dato Wan meminta saya tidak keburu dalam melepaskan peluru.
Saya beranggapan, pemimpin sehebat beliau memilih pendekatan 'diplomatik' ketimbang 'ofensif'. Melalui secawan kopi, mungkin saya boleh memberikan latar belakang kritikan saya daripada berbalas surat terbuka dengan beliau.
Malangnya, saya mendapat tahu tulisan beliau akhirnya disiarkan menerusi Harakah terbaru.
Saya tidak mempunyai pilihan melainkan menyiarkan jawapan saya.
Moga Harakah dapat berlaku adil dengan ikut menyiarkan jawapan saya ini.
Terima kasih.
Husam Musa
14 Muharram 1437/27 Oktober 2015

Siapa bakal ganti Tony Pua?

 

 
DAP tidak akan membenarkan Tony Pua mengundurkan diri daripada PAC sebaliknya, akan mencari seseorang bagi menggantikan tempatnya untuk berdebat.
tony-pua,-1mdb2
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan menamakan seorang anggotanya bagi menggantikan Tony Pua untuk berdebat secara terbuka dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.
Ketua Whip DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan perkara itu selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan bahawa anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai anggota PAC sekiranya berhasrat untuk meneruskan debat terbuka dengan Arul Kanda.
"DAP tidak akan membenarkan Tony Pua meletakkan jawatan beliau sebagai anggota PAC sebaliknya kami akan berbincang di antara kami untuk mewakilkan seorang daripada wakil kami untuk berdebat secara langsung dengan Arul Kanda (bagi menggantikan Pua)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
Jelas Loke keputusan Pandikar Amin itu tidak akan terpakai sekiranya wakil yang berdebat mengenai isu 1MDB itu bukanlah seorang anggota PAC.
Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Pandikar Amin menegaskan sekiranya Pua tidak mahu melepaskan jawatannya dalam PAC, beliau tidak boleh terlibat sama sekali dengan siasatan 1MDB yang sedang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.
Pada masa sama, Arul Kanda yang merupakan saksi utama, juga harus tidak terlibat dalam penyiasatan PAC, menurut Pandikar Amin.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyarankan debat berhubung 1MDB itu diadakan di Studio 1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton dan disiarkan secara langsung bermula 9 malam pada Jumaat ini.

SEMUA HARGA NAIK, SAMPAI BILA NAK SOKONG BN’


hambik kat hangpa : Bangun Awal Pagi Jika Tidak Mahu Bayar Tol – Menteri



Cadangannya nampak macam bijak walaupun hakikatnya apa yang dicadangkannya ini sebenarnya kurang bijak..

Kalau diikutkan cadangan ataupun petua dari Menteri ni iaitu bangun awal-awal pagi dan gunakan laluan alternatif untuk ke pejabat memanglah menjimatkan.. kalau hanya kita seorang saja yang gunakan jalan allternatif itu..

Tapi jika kebanyakkan kita menerima pakai cadangan yang sebenarnya tak bijak langsung ini.. apa akan jadi kepada lalu lintas di jalan alternatif itu?

Sudah tentu akan berlaku kesesakan pula di jalan-jalan alternatif itu.. lainlah kalau jalan-jalan alternatif itu mempunyai tiga atau empat lorong..

Kita bukan saja menghabiskan masa tapi kita juga membazirkan petrol dalam kesesakan itu..

Selain itu kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.

Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?

Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?

Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?

Menteri ini hanya mencadangkan untuk pergi kerja sahaja tapi dia tak cadangkan bagaimana untuk pulang sambil berjimat.

Apakah kita perlu tunggu sehingga ke tengah malam buta dan gunakan laluan alternatif untuk pulang?

Kadar tol di 18 lebuhraya baru sahaja naik dua minggu lepas, menyebabkan rungutan meluas warga kota yang berulang-alik menggunakan laluan berbayar itu.  
Jika ada pengguna yang tertekan dengan kadar baru tol ewaktu ke pejabat setiap pagi, menteri perumahan dan kerajaan tempatan ada idea bernas untuk anda: cuba laluan alternatif.  
“Di mana ada jalan tol, akan ada jalan alternatif. Maka ada jalan tanpa melalui tol, cuma banyak sedikit trafik,” kata Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada media selepas satu forum mengenai perancangan bandar.  
“Jadi dari segi, itu kita kena labur masa sedikit, bangun lebih awal dan sebagainya… Ini hal tolak ansur.”  
Ahli parlimen Kota Belud juga menjelaskan bahawa kerajaan tiada pilihan kecuali membenarkan pemegang-pemegang konsensi menaikkan kadar tol - The Malay Mail

Nasib baik dia tak cadangkan supaya kita.. "Kepada yang bekerja 5 hari dalam seminggu, dicadangkan supaya pergi kerja awal-awal pagi hari Isnin dan pulang kerumah pada lewat malam hari Jumaat.. manakala pada yang bekerja 6 hari seminggu digalakkan pulang ke rumah pada lewat petang Sabtu..

Kan jimat banyak tu...

Nak tidur..tidurlah dalam kereta, mandi pulak.. mandi di tandas awam... Kah.. kah.. kah..

Apalah malang nasib kita.. dapat Menteri kebanyakkannya kurang cerdik..