Tuesday, December 4, 2012

MELAYU : KERANAMU UMNO KAMI MEREMPAT ...

Anak kecil main api: Silap mata, silap lidah terhebat


Bukan main hiba wakil Kelab Umno Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung Umno tempohari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika Umno tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"

Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung Umno sepanjang memerintah Tanahair ini.

1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!

2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan Umno apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa Umno dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!

3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh Umno bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat Umno putera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu disebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!

4. Berapa ramai anak muda Malaysia tiada peluang pekerjaan ketika ini dibawah pemerintahan hebat Najib Razak dan Umno? Ramai pula yang sekadar bersandar kepada jawatan kontrak yang boleh dipecat pada bila-bila masa. Termasuk juga dalam pelbagai agensi kerajaan, ramai anak muda ditawarkan jawatan kontrak sahaja. Mengapa Umno sebagai pemerintah pilihan Tuhan dan mendahulukan rakyat tidak melaksanakan satu pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini termasuklah menetap tempoh masa maksimum pergantungan tenaga kerja asing untuk sesuatu industri itu? Syabas PM!!!

5. Di kotaraya, tahap kemiskinan kota terus memuncak walau cuba dinafi oleh statistik pemerintah. Ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah tetapi ada pemimpin-pemimpin Umno mampu beli hartanah di United Kingdom atau negara luar. Anak muda yang baru membina keluarga dan tinggal di kotaraya terpaksa menghuni rumah pangsa yang tinggi dan sesak. Hidup Umno!!!

6. Rakyat terus bergelut mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan. Keluar pagi, balik lewat malam mencari rezeki untuk keluarga. Institusi keluarga menjadi longgar ekoran dari ibu bapa yang terpaksa bekerja keras terutama di kotaraya. Impaknya, membiak keruntuhan moral di kalangan muda mudi negara. Nama Rihanna mengalir deras di mulut anak muda berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Muda mudi lebih mengingati lirik lagu Justin Bieber dari lagu Negaraku. Gemilang Umno!!!

7. Umno terus bersedia untuk menyedut kantung rakyat melalui pengenalan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Rang undang-undang GST tidak pernah ditarik balik tetapi menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan sebaik PRU 13 selesai. Segala gula-gula Bajet 2013 akan direnggut dari nurani rakyat. Syukur Umno!!!

8. Umno telah mengheret kadar hutang negara melepasi 50% dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Warisan pentadbiran Najib Razak buat pewaris masa depan Negara nanti. Terima kasih PM dan Umno!!!

9. Umno telah mengheret kredibiliti dan integriti pelbagai agensi perlaksanaan Kerajaan merudum teruk dengan pelbagai skandal korupsi yang melingkari setiap agensi Kerajaan. Duit kopi bukanlah satu fenomena asing. Satu lagi kejayaan Umno!!!

10. Apakah yang Umno telah lakukan dalam pengisian dan penghayatan maksud sebenar Islam dalam kehidupan setiap warga Muslim? Umno terus mendiamkan diri tatkala MCA terus menerus memfitnah Islam. Tidak kedengaran langsung suara-suara lantang dalam Perhimpunan Agung Umno menegur MCA yang sudah tidak menghormati Muslim. Apakah ini kepimpinan yang kita ingin letakkan impian dan harapan untuk terus memayungi Islam dan Melayu? Syabas Umno!!!

Ini baru sedikit daripada jutaan jasa Umno dalam memundurkan pemikiran dan kehidupan Melayu. Pemikiran Melayu terus dicabar dengan idea-idea sempit yang sekadar membuncitkan perut sekelompok pemimpin Umno baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung-kampung. Melayu terus diciptakan wajahnya oleh Umno sebagai sebuah bangsa yang memerlukan tongkat subsidi. Hilang jatidiri sebagai bangsa bermaruah hingga terpaksa melukut di tangga Pejabat Kebajikan Masyarakat dan program BERSAMAMU.

Sudah sampai masanya, bangsa Melayu harus bangkit. Menolak hegemoni Umno yang tidak pernah memerdekakakan minda. Umno wajar direhatkan dari terus memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya bangsa Melayu ingin mendapatkan kembali kegemilangan maruah Melayu sepertimana zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cukuplah segala bentuk pengkhianatan, korupsi, salahguna kuasa dan rompakan kekayaan negara yang telah dilakukan Umno dengan bersembunyi di sebalik slogan Hidup Melayu. Umno yang ada hari ini telah jauh tersasar dari Umno tahun 1946. Umno yang ada hari ni adalah Umno "lintah darat" yang menghisap kantung rakyat di waktu siang dan malam. Bangkitlah Melayu.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu terhina di bumi bertuah ini? Jawapannya adalah Umno yang bertanggungjawab mengheret Melayu menjadi begitu lemah ketika ini. TERIMA KASIH Umno. Jasamu memang banyak dan tidak terbalas. Kerana itu, kami tidak akan mengundi kamu lagi.

Monday, December 3, 2012

UMNO : EKONOMI MELONJAK GILA-GILA ...

Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi
 

ANWAR : SYABAS, NAJIB PANDAI EKONOMI ...

Cayelah!! Najib Memang ‘Pandai’ Ekonomi



Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

“Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion. Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

“Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang. Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?” soalnya disambut sorakan ‘Anwar’ oleh rakyat.

UMNO: PENJARA TU UNTUK KAMI ...

Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan
 
PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah.
Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

Mampuih lah KJ kali ini.

Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

  • Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.
  • UMNO/BN : KAMILAH PENYAMUN ITU ...

    Kenapa mereka menangis..???
     
    Kenapa mereka menangis..??? Susahkah mereka..? Anak anak kelaparankah..? atau hutang keliling pinggang..? atau mereka mahukan rakyatkan kepercayaan rakyat..? Jangan mudah tertipu.. kerana mereka tak rugi apa apa.. KITA yg akan kerugian...



    PM NAJIB: MAMPUIH LA AKU NAK JAWAB ...

    Najib mesti jawab 10 soalan sebelum PRU13
    Soalan 1: Sekiranya Najib menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

    Soalan 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh Umno-BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

    Soalan 3: Jikalau Najib ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah Umno-BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible.
    Soalan 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan Umno-BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis?

    Soalan 5: Apakah pandangan Najib terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan Umno-BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?
    Soalan 6: Kenapa Najib masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan Umno-BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

    Soalan 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti Umno-BN?

    Soalan 8: Kenapa kerajaan Umno-BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?

    Soalan 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?

    Soalan 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib akan mencontohi Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal?

    TIADA MAAF UNTUK MU UMNO ...

    Ini sebabnya berkali-kali Najib kena minta maaf...

     
    Najib dan semua puak Umno bangang mohon maaf sebab mereka tahu mereka telah buat kesalahan yang amat besar.

    Persoalannya adakah boleh kesalahan itu dimaafkan begitu sahaja. Umno wajib pulangkan 1.7 juta hektar tanah rizab melayu yang hilang... Pulangkan berbilion duit rakyat yang diboros dan disalah guna, bayar balik berbilion US dollar hutang negara. Pulangkan berbilion ringgit duit royalti rakyat Kelantan, bla bla bla bla bla...

    Kesalahan seterusnya, tengok kat bawah neh...


    Mungkin tak ramai yang tahu atau buat-buat tak tahu, especially puak-puak gerombolan yang berkepentingan dan meletakkan perut mengatasi segalanya...

    Inilah sebabnya sampai berkali-kali Najib punya mintak maaf kat rakyat Malaysia terutama sekali umat Melayu... Amacam? Ada macai Umno yang tak puas hati ka?

    UMNO: KAMI DAH BUBAR ...

    Gambaq paling lawak minggu neh...



    Salam semua...

    Tak tau la tang mana Mak Long hang dapat gambaq neh...

    Dia la yang punya mau nih, Mak Long hang suruh jugak-jugak Pak Long boh gambaq yang kononnya lawak sangat bagi dia... Dia punya
    gelak guling-guling, dari dapoq sampai ke serambi lepaih tengok gambaq nie... tak tau tang mana yang lawaknya... hangpa tengok lawak ka bila Nepal dah boleh join perhimpunan agung Umno...

    Patut pun Pak Long tengok ramai dah Nepal la nie, ramai jugak depa yang meniaga... tak kurang yang jadi jaga... Memang pandai sungguh depa jaga, habih serba mak neneknya sampai kat anak dara bangsa kita pun depa pakat-pakat jaga... haha...

    Patut la Nepal pakat mai buat ramai, rupa-rupanya depa nak tubuh UNNO... United
    Nepal Nasionalis Organization.

    Wassalam...

    UMNO: PAK LAH KEDARAH DUIT ...

    TERKINI! Skandal Keluarga Bekas Perdana Menteri Terbongkar Lagi!

     

    Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
    Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
    Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun akan datang.
    “Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
    “Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
    “Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
    “Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM6.88 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor..
    Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani secara senyap peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik semasa mereka.
    “Justeru, KEADILAN menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.
    “Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.
    Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
    Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
    “Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
    Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.